Saturday, March 31, 2012

[Kiriman] Ini Surat Stalker.

Kepada Mamat kacak

Hai awak. Awak sedar tak yang awak ni kacak? Serius kacak. Pertama kali saya jumpa awak masa tu kat bus stop. Tengah tunggu shuttle bas yang warna oren tu. Mula-mula saya nampak awak dah terdetik dah kat hati saya ‘hensemnya mamat ni, tapi melayu kah?’. Awak pun saya tengok mengerling ke arah saya. Cewah! Awak sengaja je kan nak bagi saya tengok muka awak dengan lebih jelas. Pastu saya duduk sebelah awak kat bus stop tu.

Sementara menunggu bas tu saya tengok awak ada bercakap dengan sorang orang putih ni yang ada bawak sekali anak perempuannya. Saya rasa mesti tu pensyarah awak dari cara awak bercakap dengan dia la. English awak sangat mantap dan slang yang sangat unik. Saya suka gila. Pastu awak tanya kat budak perempuan itu, “are you a toothfairy?” saya rasa masa tu awak sangat kacak =).

Masa dalam bas lak awak berdiri btol2 sebelah saya sbb masa tu mcm quite packed je bus tu. OMG, awak tak tau betapa berbunga nye hati saya dan saya takley nak control tersengih kat kwn saya, si S. Dia memang dah sengih gila-gila dah. Karang kalau saya tersengih sampai telinga mesti awak perasan saya usha awak. Malulah saya. Keayuan kena maintain walaupun saya ni seorang stalker eh silap observer. 

Lepas tu saya ingat kita dah takkan jumpa lagi. Siapa tau kan ditakdirkan saya terserempak dengan awak untuk kali yang kedua. Masa tu awak pakai baju merah juga. Sama mcm pertama kali saya jumpa awak. Awak betul-betul lalu sebelah saya dengan kawan saya si C. malang sekali dia tak nampak awak pon. Mata kita bertentang buatkan saya rasa cuak dan teruja. Sangat2. Jumpa juga kita lagi kan? Masa tu saya baru balik exam dan dapat tengok awak, hati terus jadi berbunga dan terbang ke langit. Selepas tahu awak duk kat hostel, saya ada pasang harapan nak jumpa awak lagik. Masa saya duk study MBB yang sangat susah tu saya ad tulis something kt buku saya. ‘Hope to see you for one last time’. 

Memang btol2 saya jumpa awak on the next day. Waaaahhhh buku saya dah jadik macam wishing well la pula. Saya jumpa awak kt kolej. Macam awak tengah tunggu seseorang. Awekkah? Saya pun tak tau. 
Itu je la 3 kali saya nampak awak. Kalau jodoh kita dipanjangkan bolehlah kita jumpa lagik bila2. Sekarang ni saya dah keluar dari hostel and moving from one stage to another stage of my life. Rasanya memang tiada harapan untuk kita jumpa lagi. Cukuplah sampai di sini :)

Daripada Yang Suka Tengok Awak

Pengirim : Yang Suka Tengok Awak 

Friday, March 30, 2012

Ingatlah Wahai Wanita!


Daripada wanita,

Ingatlah wahai wanita,

Lelaki yang jahat itu sentiasa melirikkan matanya di setiap inci bahagian tubuhmu yang terdedah. Nafsunya sentiasa mencari jalan untuk melihat wajah, serta lenggok dan bentuk tubuhmu yang menawan.Sesungguhnya tubuhmu itu adalah hak bagi suami mu sahaja.

Ingatlah wahai wanita,

Sesungguhnya kejahatan yang engkau lakukan pasti akan menarik 4 golongan lelaki yang lain bersama ke dalam neraka. Iaitu ayahmu,suamimu,anak lelakimu serta adik-beradik lelakimu. Sedangkan kejahatan lelaki itu tidak akan menarik seorang wanita pun bersama mereka ke neraka.

Ingatlah wahai wanita,

Kepanasanmu bertudung, longgarnya pakaianmu, panjangnya lengan bajumu, panjangnya sarung kakimu, sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu ganjarannya syurga di akhirat kelak.

Kebaikan itu adalah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya (Riwayat Muslim)

Ibn Umar ada berkata, “Kebaikan itu mudah, muka yang berseri-seri dan perkataan yang lemah lembut.“Abu Darda’ pernah menyebut, “Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan“

Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa.Adakah seorang wanita itu menjadi harapan kepada bangsa sekiranya auratnya tidak dijaga dengan sempurna, peri laku akhlaqnya memualkan sesiapa yang melihatnya? Wanita yang tidak memelihara agama itukah yang bakal melahirkan generasi-generasi akan datang yang akan menyambung mata rantai perjuangan Rasulullah SAW?

Sesungguhnya al-Quran dan Sunah Rasul telah menunjukkan jalan untukmu wahai wanita. Segalanya terpulang kepadamu untuk memilih jalan Maryam, ibu kepada Nabi Isa as, ataupun jalan Ummu Jamil, isteri kepada Abu Lahab.

Namun sekiranya syurga itu impianmu, maka ketahuilah jalan ke syurga itu penuh dengan pelbagai kesusahan yakni engkau perlu mengawal kehendak nafsumu yang menggoda. Sekiranya, neraka itu cita-cita mu, maka ketahuilah sesungguhnya jalan ke neraka itu dihiasi dengan keseronokan-keseronokan yang bersifat sementara dan tidak kekal abadi.

Renung-renungkanlah...

Kepada,
Wanita-wanita yang lain.

[Kiriman] Maafkan Aku Raqib

mungkin surat yang aku kirim terus ke syurga hanya nukilan biasa..tidak seindah karya karya sastera yang lain..ingin aku coretkan disini perasaan ku..mungkin perasaan itu sesuatu yang terlalu biasa bagi semua..tapi tidak mengapa...kisah antara aku dia dan kamu..ibarat novel yang dikarang oleh aku..

maafkan aku kerana menyukai dirimu dalam diam..
maafkan aku kerana menyayangi dirimu dalam diam...
maafkan aku kerana bermimpi tentang kamu dalam diam.

sulit sekali menahan perasaan yang makin menggebu di hati ini.
.sakit bila melihat dirimu tertawa bersama si dia.
.luluh hatiku bila melihat kamu berpegangan tangan dengan si dia di depanku.
.mungkinkah aku yang silap tertawan dengan dirimu sepanjang pertemuan kita berdua

dan aku pun masih mencintai dirimu..
namun aku sedar..
memang diriku tidak mampu memilikimu..

aku sering berdoa..
kuatkan hatiku dan lepaskanlah dirimu bersama dirinya..
aku yakin mungkin perasaan ini hanya sementara..
akan ku gagahkan hatiku untuk melepaskan kamu..

kiriman : ieda miho

Bazir


Salam bos,

mungkin bos tertanya-tanya di mana saya sekarang dan apa sudah terjadi dengan wanita ini. kalau saya bagi tau kat mana saya sekarang, saya telah permudahkan kerja bos. hari-hari makan rasuah, lepak mapley dan singgah kelab malam tapi nak cari saya nak jalan mudah je. aish.... mana boleh. hidup saya pun dah susah lari sana sini, kini giliran saya pulak nak bagi hidup bos susah.

tubuh di hadapan bos ni ( saya menjangkakan bos akan terus baca surat ni sebaik saja tiba di tempat kejadian sebab saya letak surat ni sebelah usus kecik. tak tau la pulak kalau bos hantar pegi makmal ala-ala CSI dulu lepas tu baru nak baca ) adalah seorang wanita. mana lah tau setelah puas saya menjamah melepaskan nafsu saya yang tak terbayar sejak  dua tiga bulan yang lepas sampai hilang kemaluannya. kalau check DNA masih lagi dapat tentukan lelaki atau wanita kan bos? saya lama dah tak tengok CSI ni. saya bayangkan bos macam Horatio Caine tapi bos tak lah sebijak  H. sampai setahun nak cari saya. apa kes? saya penat nak makan makanan tong sampah. kalau serah diri tak macho beb.

oh terlupa. panjang pulak intro-nya sebab... alah, polis nak jumpa saya pun bukan dua tiga minit lagi kan? pasal mangsa di hadapan bos ni, saya dah tekan dari awal-awal mangsanya perempuan. kepalanya ada di atas loteng. nanti dia boleh lah tengok macam mana polis cari bukti jenayah dalam rumah. yang saya tahu wanita ni pun minat betul dengan CSI. otaknya di atas meja seperti yang bos sudah lihat. agak payah jugak lah saya nak asingkan tengkorak dengan otak. otak ni letak atas meja study pun bukan boleh pandai kalau dah azali bodoh. gigi ada dalam peti ais. kuning sikit sebab tuannya tak gosok gigi berapa tahun tah. dalam rumah ni cuma ada playar, agak payah sikit dan makan masa jugak lah nak cabut. bahagian bahagian lain semuanya ada dalam rumah ni. tak besar pun rumah ni. boleh main treasure hunt dengan kawan-kawan bos. siapa dapat bahagian paling banyak dia menang.

oh, terlupa, dalam perut mangsa ada ayam tak habis gigit. seketul besar bos! terkejut saya. memang patut pun saya cabut gigi dia, makan tak reti gigit bagi lumat. saya tengok macam pembaziran jadi saya makan je lah. sedangkan nabi mengutuk orang membazir dan memuji kita bersederhana. harap bos tak marah takut saya makan ayam tu sebagai bukti on crime scene. tapi bos, aku tengok wanita ni sebagai satu pembaziran, entah siapa benarkan dia lahir kat muka bumi ni? jadi daripada membazir saya tamatkan riwayat dia dengan cara yang tak membazir. bos pun kalau suka membazir macam ni jugak lah aku buat kat kau.

saya bagi hint terakhir lah untuk bos, wanita ni bekas kekasih saya. dia membazir masa aku hampir 2 tahun bos. buat apa saya jumpa wanita yang bukan jodoh saya dan cakap dia sayang saya? tak ke membazir tu bos? 

tadi masa wanita ni meronta-ronta macam orang gila, kami terpatah antenna tv. saya tak nak berhutang antenna tv dengan wanita lakhanat ni jadi saya ganti dengan tulang. walaupun dia sudah tiada bos tapi the ride we had was great. saya pun tak sure dia bekas kekasih saya ke tak pun kekasih kawan saya. tak tengok pulak saya muka dia masa tengah sedap sedap tadi, takut tak ternaik nafsu aku pulak. tapi macam sedap je aku bantai je lah. muka macam mak saya pun ada jugak perempuan ni. ah, persetan lah. janji aku puas.

salam sayang dari saya buat bos dan satu kontigen bos.

see you in another letter with another pair of brain.

^^

Thursday, March 29, 2012

Puisi Buat Jiwa

Duhai Jiwa,



Kenapa kau bergelora?
buat aku merana..
kala aku bahagia..
bagai ditiup sangkakala..
hampir melayang separuh nyawa..
akan dugaan diterima..
semuanya sekelip mata..
direntap rakus binasa..

Aku mohon jiwa..
agar kau senantiasa..
kekal utuh perkasa..
jangan gadai segala..
kerna esok tiba..
butuhkan kolaborasi kita..
sebagai satu nyawa..
sebagai sa-manusia..

Tenanglah hai jiwa..
jangan kau merana..
terusan buat aku gila..
aku homosapiens biasa..
emosi tak tentu hala..
otak perlu kerja..
hadapi lumrah dunia..
apa kata kau ketawa..
mereka kata; pengubat duka..


Sang Perana

[Kiriman] Yang Tertinggal.

Buat insan yang sentiasa dalam ingatan awak kata,

'saya berharap betul kat awak..' saya pegang harapan awak tu..tapi kenapa awak pula yang hancurkan harapan saya.. bila tanya, pasti ke nak jadi suami ni? saya jawap tak..bila tanya pasti ke nak jadi isteri ni? awak jawap kalau ada jodoh, InsyaAllah..awak terasa sebab saya cakap tak..tapi sekarang jawapan kita dah terbalik kan.. awak kata, bila la nak jadi isteri ni..seronok tiap hari balik kerja boleh peluk..saya cakap tak nak lah..awak busuk..sekarang siapa yang nak, siapa yang tak nak.. 

saya tanya, ada lagi ke rasa sayang awak kat saya..? awak tanya saya balik, kenapa? awak punya dah takde ke? cepat nye hilang..sekarang, siapa punya yang hilang.. awak kata nak tunggu saya habis belajar dan kerja..8 tahun lagi kita kahwin..saya tanya, sampai ke kita 8 tahun..awak tanya balik, kenapa? awak rasa kita tak sampai ke 8 tahun? saya jawap entahlah..sekarang, dah tahu jawapan kan..

saya kata, sekarang awak jaga makan minum saya, 8 tahun lagi, giliran saya pula jaga makan minum awak..awak cakap 'amin'.. doa awak tak makbul la.. awak cakap, jangan la fikir bukan-bukan tentang awak..awak ikhlas dengan saya..tapi bila saya percaya kat awak, awak tipu saya.. bila saya nak undur diri, awak cakap kenapa awak cepat sangat mengalah ni? tetapi bila saya bertahan demi awak, awak buat saya macam ni.. 

awak cakap, sabar lah..elok kesudahannya ni nanti..tapi bila saya sabar..macam ni pula jadi.. waktu saya nak pergi sambung belajar, awak cakap, yang ditinggalkan lagi sakit dari yang meninggalkan..saya cakap sama je..sekarang baru saya tahu awak betul.. awak cakap, dekat sana jangan nakal-nakal, awak cakap jangan kecewakan awak..tapi siapa yang nakal, siapa yang kecewakan siapa.. 

awak cakap saya akan jadi budak kecik awak sampai bila-bila..tapi awak tipu.. saya minta 7 dulang hati dinosour..awak kata ' dulang tak muat de dinda..' bila saya minta hati awak, awak kata dah memang dekat saya..lagi sekali..awak tipu.. awak cakap, bila saya pergi, siapa nak suap awak sarapan pagi-pagi..siapa nak paksa awak datang lapor diri pukul 3 tiap hari..tapi kenapa sekarang saya rasa saya yang rindu benda tu semua..awak pula yang tak rasa apa-apa.. awak cakap, ‘ala melaka tak sampai sejam..bila-bila masa awak boleh datang..tetapi sekarang, macam kedah jauh eh.. 

awak tak pernah gelakkan saya tak kira lah saya terjatuh ke, saya terhantuk ke..saya comot pun awak cakap comel..saya busuk pun awak menempek dekat saya..saya peluh-peluh pun awak lapkan.. mana la saya nak cari lagi orang yang sanggup dukung saya sampai mengah-mengah, bawak saya pergi funfair walaupun umur dah besar panjang, tak gelakkan saya bila jatuh escalator..dua kali pula tu..bawak saya pergi a&w malam-malam.. 

macam-macam yang awak cakap dan buat..saya ingat semua nye.. bila awak tertidur, saya tengok awak dan doa ya Allah, izinkan suatu hari nanti, wajah ini yang menjadi pandangan pertama ku sebelum ku tidur, dan selepas ku bangun tidur.. maaf awak, sakit-sakit badan awak tidur kat buaian tu..sampai awak tidur dalam duduk sebab saya tidur dekat awak..kalau lah ada butang padam dalam otak ni..bukan niat saya nak minta simpati..bukan niat saya nak tagih sayang awak balik..cuma hati ni tidak tahu nak bercakap degan siapa..saya tahu awak tak sengaja..takpe lah..saya maafkan semua..awak macam pelangi, awak datang dan semua nye jadi cantik..tetapi lepas itu sekejap je, awak hilang..terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya..semoga awak bahagia..

daripada insan yang telah dilupakan

pengirim : unwanted

Dari Cik Manis pipi gebu..

teet..teet..ada mesej masuk pukul 3 pagi semalam:

dari awak,orang yang paling saya sayang..

                               Ya Allah,jaukanlah perasaan cintaku ini padanya jika dia bukan milikku,jika betul dia milikku,maka engkau dekatkanlah hati-hati kami.Hanya kepada Mu aku minta pertolongan..

                       Tak lena tidur sebab mesej awak ni.Dari malam sampai pagi.Terfikir-fikir apa yang patut saya balas.Saya tak pandai buat ayat puitis macam awak.Patut ke saya balas saranghae..aishiteru..uhibukafillah..I love u so much..Tapi tu cuma saya cakap dalam hati je lah..Kalau saya balas macam tu..nanti awak juga yang tak lena tido malam.Akhirnya saya balas:

         Kalau awak sayangkan saya,cari saya bila tiba masanya.Saya cuma nak hubungan yang halal antara kita.Saya nak jaga hati saya dan saya nak awak jaga hati awak.Kalau awak tak mampu,sila cari orang lain sebagai pengganti.Maafkan saya..

                      Bukan sengaja saya nak tinggalkan awak.Saya memang sayangkan awak.Tapi saya lebih sayangkan Yang Maha Esa.Tuhan yang telah menganugerahkan seorang kekasih sebaik awak.Sebab saya sayang awaklah,saya tak nak heret awak buat dosa.Dosa bercinta sebelum nikah..Biarlah kita terpisah untuk sementara dari kita terpisah selamanya di dalam neraka.Kalau memang ada jodoh antara kita,sejauh mana pun kita terpisah...satu hari nanti  kita akan tetap bersatu.


             Saya tahu sukar untuk awak terima semua ni.Saya pun sama.Rasa macam lain gila bila tak dapat nak dengar suara awak hari-hari macam dulu.Rindunya kat semua tu.Tapi kita kena sabar.Awak juga yang cakap syurga itu maharnya mujahadah..Kita kan nak hidup sama-sama kat syurga nanti..so,kenalah mujahadah kan.Kalau saya rindu awak,masih ada keychain love yang awak bagi ni..saya bawak pergi ke mana je.Kalau awak rindu saya,peluk je teddy bear yang saya bagi tu.

    Saya nak awak tahu,yang saya sayang awak sangat-sangat dan saya berharap awak  akan pegang tangan ayah saya masa akad nikah nanti.Awak yang akan sarung cicin kat tangan saya dan awak yang akan cium dahi saya sebagai sahnya saya menjadi isteri awak.Itulah saat yang paling bahagia yang saya nanti-nantikan.Sabar ye awak,tak lama pun.Saya tahu awak mampu.

Dari: Cik Manis pipi gebu..

Wednesday, March 28, 2012

Bro-bro yang macho

Assalamualaikum bro,

Wah, gua sukalah tengok lu bro. Gua rasa lu bagus sebab lu banyak fikirkan pasal agamalah bro. Gua suka tengok lu tegur awek-awek kat luar tu. Lu beranilah bro. Gua rasa lu berani sebab lu tegur awek-awek yang tak tutup aurat tu. 

Gua hormat sama lu bro, serius. Gua pun tak berani nak cakap kat depan awek-awek sekalian alam tu untuk tutup aurat diorang. Gua tak cukup beriman lagi bro. Gua hanya mampu tegur dari dalam hati je. Iman gua selemah-lemah iman agaknya, bak kata ustaz-ustaz gua masa mengaji dulu.

Bro, masa gua tengok lu cakap sama awek tu bro, gua ingat lagi. "Apa guna kau orang pakai tudung, kalau #$#@# terdedah, #$%^& nampak, pegang tangan pakwe kau orang? Buat malu islam je. $#%^& punya orang."

Masa tu bro, dalam hati gua kan, "peh mamat ni berani gila cakap macam ni. Gua pun kalau nak tegur senyap-senyap je dalam hati. Bagusnya bro ni, sayangkan agama kita."

Tapi kan bro, bila gua fikir-fikirkan balik kan, cara lu macam tak kenalah bro. Gua tahulah lu nak tegur orang-orang perempuan ni der, tapi tak boleh ke guna bahasa yang elok? Gua rasa lu kena pergi belajar kelas siviklah bro. Lu sayang agama bukan macam tu caranya bro. Lu kalau sayangkan agama, nak tegur orang lain, lu pun kena tunjukkan contoh yang baik bro. Lu kena amalkan dulu nilai murni tu, baru lu tegur orang, orang boleh hormat lu bro.

Ok bro? Lepas ni nak tegur orang tak payahlah nak maki hamun, carut marut. Gua dengar pun tak sedaplah bro. Gua ingat lagi lepas lu tegur awek tu itu hari, dia balas apa. Gua ingat bro, mana boleh lupa punya. "Alah brader ni, nak tegur orang. Kau pun pakai seluar pendek tu. Nak cerita aurat dengan aku, kau orang lelaki pun ada aurat apa, tak payah jaga ke?"

Hah bro, lu tengok. Masa tu kan lu dah malu sendiri. Lu lupa ke bro, lu sibuk-sibuk nak cerita aurat perempuan, sampai lu lupa aurat lelaki. Bolehlah gua kata, lu dengan awek tu lebih kurang je perangai. Ok bro, lepas ni berubah ya?

Sekian, terima kasih bro lu sudi baca surat gua.

Dari,
lelaki yang rimas tengok bro macam lu


[Kiriman] Terima Kasih Dan Maaf.

kepada dia yang pernah memberikan aku cinta..

Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya...saya masih ingat tarikh pertama kali kita bertemu...cinta paintball...itu sukan kegemaran awak kan...walaupun hanya sekadar bertahan setahun setengah, tempoh yang singkat tu sangat bermakna untuk saya...

maaf andai saya bukanlah yang sempurna untuk awak...saya mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk diri awak tapi saya mahu awak faham cinta adalah tanpa sempadan tapi ada batasan...maafkan saya andai saya membuatkan awak berasa bukan seperti seorang kekasih..maaf jika saya tak mampu mengisi masa hujung minggu awak bersama-sama...maaf jika banyak perkara yang awak tak boleh buat dengan saya...

saya mengharapkan awak untuk menjadi pembimbing saya bukan saya yang menjadi pembimbing awak...saya tahu awak bahagia dengan dia sekarang...mengetahui awak bahagia sudah cukup untuk membuatkan saya juga bahagia walaupun dalam tangisan...sehingga ke hari ni saya tak pernah lupa mendoakan awak...semoga yang terbaik sentiasa untuk awak...


saya akui dari sudut kehadiran awak banyak mengubah diri saya menjadi lebih baik...sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada saya..ya..suatu ketika dulu awak adalah kekuatan saya...namun saya akui juga dari satu sudut juga awak cuba membawa saya ke jalan yang tak sepatutnya..maafkan saya kerana tak mampu tunaikan ape yang awak minta...andai itu adalah punca perpisahan kita..saya redha dengan segalanya...biarlah kehilangan cinta daripada kehilangan maruah diri...bukan saya tiada masa untuk keluar berdua dengan awak..tapi memang itu yang saya cuba elak kan...saya masih sayangkan awak..maafkan saya andai masih mengangankan diri awak dan masih menyebut nama awak dalam doa saya....maafkan saya...

Pengirim : -------
Nota Pejabat PKS : Surat yg tidak punya nama pengirim

Tuesday, March 27, 2012

Pekerja yang amanah

Minta perhatian, untuk semua pekerja.

Kepada para pekerja yang bertugas di syarikat ini, anda diminta untuk mengambil perhatian kepada notis ini. Saya, sebagai ketua di bahagian pengurusan sumber manusia ingin mengingatkan kepada anda semua mengenai masalah kehadiran dan etika sewaktu bekerja.

Yang pertama, disebabkan syarikat kita tidak mempunyai mesin 'punch card', adalah amat dikesalkan kerana saya tidak mampu untuk memantau kehadiran anda semua pada setiap masa. Saya ingin meminta anda semua untuk datang samada tepat atau seboleh-bolehnya lebih awal sebelum bertugas. Saya tidak ada masalah sekiranya anda terlewat selama 5 atau 10 minit, masih boleh dipertimbangkan. Tetapi saya amat kesal kerana ada sebilangan pekerja yang sengaja hadir lewat kadangkala sehingga satu jam. Ini perbuatan yang tidak amanah. Apa yang saya lebih kesalkan, anda semua sudah berhenti menjalankan tugas 15 minit lebih awal sebelum waktu pulang. Hadir bekerja lewat, pulangnya mahu awal pula.

Yang kedua, saya berharap agar anda semua fokus dengan kerja anda sewaktu bertugas. Saya tidak ada masalah untuk membiarkan anda melayari internet sewaktu bekerja, tetapi sebolehnya selepas kerja anda telah selesai sepenuhnya. Pihak syarikat telah menyediakan kemudahan internet kepada para pekerja, jadi diharapkan agar kemudahan ini tidak disalahgunakan oleh anda semua.

Yang ketiga, mengenai perbuatan 'mengular' sewaktu bekerja. Saya juga tidak ada masalah sekiranya anda mahu membuat minuman di dalam pejabat dan mengambil masa untuk minum. Tetapi, alangkah kesalnya saya, ada pekerja yang mengambil masa sehingga setengah jam hanya untuk membuat dan minum secawan kopi. Saya rasa anda semua haruslah mematuhi etika bekerja, dan menjalankan tugas dengan amanah.

Yang terakhir, ingin saya maklumkan bahawasanya mungkin saya dan ketua-ketua bahagian lain tidak nampak akan segala perbuatan anda sewaktu bekerja. Namun saya pasti anda percaya bahawa kita ini di bawah pengawasan tuhan. Segala yang anda lakukan, diperhatikan setiap masa. Anda mahu gaji anda halal dan berkat, bukan sahaja dengan mencari pekerjaan yang halal, tetapi apabila anda melakukan tugas dengan penuh amanah. Saya tak mampu untuk memerhatikan anda semua setiap masa, tapi tuhan tidak pernah terlupa untuk menilai awak semua. Kerja itu juga adalah ibadah buat kita.

Sekian dari saya, saya harap anda semua mampu untuk menjalankan tugas dengan amanah.

Yang menjalankan tugas,

pekerja yang bertugas


[Kiriman] Cinta Halal.

Aku tujukan surat ini kepada Cinta Halal aku yang aku sendiri tak tahu siapa. 

Semoga kehadiran surat ini tak menggangu gugat naluri kewanitaan yang akan mengatakan jodoh mu sedang bersedih. Sedih. Ya, aku bersedih. Sedih kerana sering kali gagal dalam hubungan. Segeralah kau hadir dalam hidup wahai Cinta Halalku. Aku dah tak sanggup. Tak sanggup untuk meratapi pemergian. Apatah lagi untuk merasai kehilangan.

Kepada posmen, segeralah hantar surat ini. Agar penghuni syurga tahu bahawa aku sedang dambakan Cinta Agungku..





Pengirim : HafizMahmod




[Sumber] Saya Nak Kahwin Masa Belajar.

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Labuan? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Ajib pun tak berapa jelas mengapa ajib nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar ajib tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, ajib selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang ajib tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, ajib sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila ajib cakap macam nie. Ajib bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Ajib nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, ajib akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, ajib rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

Ajib bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi ajib nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti ajib, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibu bapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, ajib takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi ajib green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Ajib lebih suka calon tu ajib yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk ajib.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak ajib akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang ajib nikahi nanti. Seperti yang ajib katakan awal-awal tadi, ajib nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh ajib belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka ajib akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu.

Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 6 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 9 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 9 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau ajib telefon dia, ajib dapat pahala, ajib rindu kat dia, ajib dapat pahala, ajib bagi hadiah kat dia, ajib dapat pahala malahan kalau ajib keluar berdua-duaan dengannya adalah halal.

Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, ajib nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan ajib masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka ana akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib ajib bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka ajib akan bagi dia sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).

Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum ajib nak nikah, ajib akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri ajib. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak ajib tangguh dulu. Apa-apa pun, ajib tegaskan sekali lagi, ajib nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

Ajib tengok semua abang ajib nikah awal dalam umur 22 tahun. Ajib cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu ajib tua nanti, ajib tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak ajib nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Ajib juga harap, anak-anak ajib nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Ajib tak nak ajib akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

Ajib sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan ajib dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Usu Mol, sebab ajib tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu ajib ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Ajib nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi ajib, kalau ajib membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab ajib pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja ajib membicarakan hal nikah ni ketika mana ajib baru berusia 20 tahun (dalam tahun Islam, ajib dah 21 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat ajib ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ajib tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang ajib katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jangan bagitau abg jul dan abg didi, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan ajib ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, ajib akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan ajib di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Labuan.

Puteramu,
Ajib

Sumber surat : fitri hadi 
Nota Pejabat PKS : Ini surat pertama yang ada tanda [sumber] maknanya 
di ambil daripada blog-blog lain yang dirasakan bermanfaat. Jika ada yang
merasakan suratnya dijiplak, boleh minta diturunkan surat ini.

Monday, March 26, 2012

Kenapa Pilih Kaca Sedangkan Awak Layak Menerima Permata?



Buat,
Awak.

Kenapa perlu bersedih ditinggalkan kekasih hati dan jiwa. Sedih hingga lupa segala-galanya. Bersedih itu memang fitrah manusia. Tapi tak perlu bersedih lama-lama. Cinta itu kan milik Allah Yang Maha Esa. Hari ini mungkin DIA tarik rasa cinta dari pasangan awak hingga tawar hatinya. Tapi mungkin esok atau lusa DIA campakkan rasa cinta yang lebih indah berbunga dalam hati si dia yang selayaknya awak terima. Allah itu kan Perancang yang terbaik buat manusia. Kita hanya perlu yakin dan melaluinya saja. Dan awak tolonglah, jangan awak kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga awak ditemukan permata. 

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. -Surah An-Nur ayat 26-

Usah dikenang masa silam yang dulu.
Yang penting kini masa depan bukan masa lalu.
Ingatlah semua orang itu layak mendapatkan pasangan yang dia mahu.
Pasti kamu juga mahu yang soleh dan solehah menjadi teman hidupmu.
Untuk itu kamu hanya perlu tahu satu.
Sediakan diri menjadi solehah/soleh terlebih dahulu.
Yakni solehah/soleh pasti menjadi milikmu.
Yakin dengan janji Allah itu.

Wallahualam.

Daripada,
Saya.

[Kiriman] Saya Mimpi Kamu Lagi.

Kepada encik mimpi, Assalamualaikum...

Maaf saya tidak pandai bermadah kata, kerna lidah kelu untuk berbicara, tatkala memandang wajah si dia; walaupun hanya di mimpi sahaja... Sungguh hati ini terasa... bahawa ingin bertemu padanya... encik yang hanya hadir di mimpi saya...

Senyum manisnya terasa di jiwa.. sehingga aku terbuai dengan kasihnya... tapi sayang pabila aku tidak ketahui namanya, jauh lagi rupa paras yang kabur tatkala mentari menjelma, hanya bayangan mimpi semalam membuai hati nan indah.

Tapi sampai bilakah? akan tibakah waktu untuk bertemu si dia? berhadapan bersama... bertentang mata dengan si dia...

Wahai encik mimpi.. sungguhnya aku meminta.. hadirlah ke alam maya... agar aku tidak buat spekulasi yang berbeza.. sama ada awak hanya mainan mimpi semata-mata. ataupun petanda jodoh itu milik kita.

Hadirlah ke realiti.. sayu hati ini merintih.. engkau muncul di mimpi.. membelai hati... Ia terlalu lama encik mimpi! sejak aku hadir melihat alam maya ini... bertahun lamanya aku bernafas.Tatkala aku cuba lupakan kamu, engkau hadir malam tu jua.. mengingatkan aku.. jangan sesekali melupakan mu...

Daripada, pemilik mimpi

Pengirim : Nur Serenity
Nota Pejabat PKS : Masa menerima surat, ingatkan 
surat untuk Encik Mimpi yang penyanyi youtube tu >.<


Sunday, March 25, 2012

Buat gadis.

Gadis,

Untuk awak semua yang mulai tinggalkan alam hingusan, untuk awak yang rasa sudah mulai dewasa. Mari sini kakak ingin sampaikan sedikit nasihat. Nasihat tentang diri awak sendiri. Awak tahu, dilahirkan sebagai seorang gadis ada banyak kelebihan yang tuhan beri. Awak tahu susahnya mak ayah awak nak jaga seorang anak gadis. Pernah dengar orang kata jaga lembu sekandang lebih senang dari jaga anak perempuan seorang?

Tahukah awak awak juga yang kita ni adalah golongan yang paling senang masuk syurga dan senang juga masuk neraka? Tahukah awak semua selagi awak belum berkahwin segala dosa yang awak buat, akan ditanggung sama oleh ayah awak? Tapi kalau dia dah lakukan tanggungjawab dia sebagai seorang ayah, yang lainnya terserah pada awak la. Sendiri buat, sendiri tanggung ya.

Oh, lagi satu perihal cinta. Kata orang cinta ini dari mata turun ke hati kan? Kalau awak dah terlalu tenggelam dalam angan buaian cinta mati awak tu, dari hati nanti lama lama dia turun ke bawah lagi. Sedar sedar awak dah buncit sebab cinta sejati awak. Lepas tu, macam biasa lah. Awak tak tengok cerekarama ke? Sama ada awak kena duduk sembunyi diri, awak bunuh jasad yang hidup dalam badan awak atau awak cari ayahnya ajak kahwin. Kan?

Awak belum jadi ibu bapa. Jadi awak mungkin tak tahu apa yang mereka rasa. Takda ibu bapa yang mengharapkan benda buruk terjadi pada anak anak dia. Gadis sekalian, awak ada satu permata yang tak ternilai harganya. Bila permata awak dah awak beri. Awak tak punya apa dah. Kosong. Umpama makanan yang terbuka akan di hurung lalat dengan makanan yang di simpan di tudung saji, mana satu yang akan awak pilih? Mohon awak tahu jaga diri. Buka mata, hidup tak seindah yang awak jangka.

[Kiriman] Purrrrrrrrr.

Assalamualaikum! 

Right now I'm in my college room and I feel FANTASTICO! Its Bobby and Tangerine in my room! The little cats I recently made my own. Hehehe. These kittens makes me childish and active back again! And sometimes nampaklah my ciri-ciri keibuan (eh? iyaka?) You know why? Dah lama helle I tak jaga meow meow..  

Mary Alexander The Queen II, or Mary, my berbelas-belas tahun cat left me and my family to somewhere better.. Huuu. Then mama tak kasi bela anymore meows. But then kat my college, ada kucing, kittens lagi tu! I love cats! Haahahahahahahaa, they make me high. You can see why I'm writing in exclamation marks. If you could see my face expression, I macam tengah senyum dari telinga ke telinga ke hapa? hahahahaahhaha. 

To Bobby and Tangerine, ilebiuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! 
*in cat's language* 

Kiriman :  Princeszsy 
Nota Pejabat PKS : Aku rasa Princeszsy  tulis surat 
ni untuk Amira Atiya tentang kegembiraannya. #lol hyper 
betul suratnya dengan isi kucing. Berkongsi kegembiraan ya. hehe.

Si Bujang bercanda sendiri

Dari aku,

Dahulu kita sama-sama membina istana pasir di pantai ini. Kita sama-sama menanam diri di sini. Kita sama-sama lari berkejaran di sini. Pabila kau menyuarakan kebosanan, ku petik gitar dan alunkan muzik kegemaranmu itu. Indah sungguh kenangan ketika itu. Terasa aku dan kau ibarat terbang melayang sambil berpegangan tangan di atas langit cinta.

Tapi semua itu dulu. Hanya kerana satu ketidak sempurnaan, kau curang dengan aku. Apa salah aku? Apa dosa aku sehingga sanggup kau berbuat begini? Apa dosa aku sehingga sanggup kau bergomol dengan jantan lain? Ketika kau tiada rumah dan tempat bergantung, siapa yang bawa kau pulang dan menyayangi kau lebih dari ibu bapamu? Aku tak pernah minta balasan. Yang aku harapkan hanya keikhlasan mu membalas cintaku.

Ternyata aku hanya melepaskan batuk di tangga (kau faham peribahasa ni? Aku nampak macam best aku letak je). Kau itu ibarat kacang lupakan kulit, pensil lupakan penutup, teddy lupakan bear! Kau mesti pelik bagaimana aku dapat kesan kerja kotor kau itu kan? Bukankah kau lupa yang kau bergurau senda dengan jantan itu di rumah aku? Dasar betina tak guna. Engkau nak bukti? aku tunjukkan bukti! Nah! Tengok gambar yang aku sertakan sekali dalam poskad ini!


Pabila tibanya surat ini di hadapan mata kau, kau patut tahu yang kau telah pun dihalau dari rumah ini. Pergilah kepada jantan itu. Kau hanya akan mengotorkan penglihatan aku.

Sekian, wassalam.



Untuk,
Si Comel.


Aku zoom dari jauh sahaja.

Saturday, March 24, 2012

Awak yang nak jadi baik..


Kepada awak yang nak jadi baik,

       Saya tahu memang susah nak berubah.Banyak yang awak kena korbankan.Kadang-kadang awak rasa tak mampu nak berubah jadi baik,rindu sangat dengan zaman seronok dengan dosa macam dulu-dulu.Tapi percaya lah awak,awak akan dapat ganjaran yang lagi hebat kalau awak betul-betul berusaha nak jadi baik.Dan Cuma awak je yang boleh ubah diri awak sendiri.Allah takkan ubah nasib Sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri.

    Awak selalu Tanya saya,macamana nak jadi baik?awak kata kena kenal dulu baik tu macamana barulah boleh amalkan.Tak kenal maka tak cinta.Senang je awak,baik tu bila awak buat apa yang Allah suruh dan jauhi apa yang Allah larang.Macam skema SPM je jawapan saya kan.Tapi itulah skema Allah dan Rasul.Amar makruf nahi mungkar.Itu je yang awak kena buat.Tak susah pun kalau awak betul-betul berusaha nak jadi baik.

     Awak,walaupun awak solat cukup 5 waktu tapi awak main bola kat padang pakai seluar pendek,itu tak cukup baik lagi sebab aurat awak tak jaga.Kalau awak tutup aurat dengan sempurna tapi suka pegang tangan  perempuan pun tak cukup baik lagi,sebab dalam islam kena jaga batas pergaulan.Mungkin awak rasa susah sangat nak ikut semua tu,awak tak bebas nak buat apa saja macam dulu.Ikut hawa nafsu awak.Tapi mana yang awak pilih,bahagia kat dunia ke kat akhirat?Kalau awak ikut nafsu,awak akan bahagia di dunia je.Kalau awak ikut Allah dan Rasul,awak akan bahagia di dunia dan di akhirat.Pilihan di tangan awak.

       Yang paling awak kena jaga ialah solat.Jangan solat  semata-mata sebab tuntutan dalam islam.Tapi solat lah dengan ikhlas.Faham setiap ayat dan gerak geri dalam solat,barulah awk rasa solat tu adalah perkara yang sangat menakjubkan.Solat tu sangat penting.Sebab tu orang cakap solat adalah tiang agama.Kalau solat kita sempurna,mesti urusan lain akan dapat dilaksanakan dengan mudah.

     Awak mesti pernah main domino masa kecik-kecik dulu kan.Awak susun mainan tu,lepas tu tolak satu dan semua akan jatuh.Islam pun macam tu,bila solat dan ibadat kita sempurna,secara tak lansung  cara hidup kita akan menurut syariat.Hal aurat pun akan settle dan bila hal aurat settle,jadi tak susah untuk awak jaga ikhtilat(pergaulan).Tak susah kan awak,kalau nak berubah jadi baik.Awak Cuma kena jaga solat je.Dan solat akan jaga semua cara hidup awak yang lain.Solat memang memberi kesan yang sangat mendalam dalam hidup kita kalau kita fahami dan lakukan solat dengan sempurna.Sebab tu solat dianggap sebagai tiang agama.

       Saya harap awak akan kuat semangat dan berusaha untuk menjadi orang baik.Awak memang baik,tapi tak salah kalau awak berusaha menjadi lebih baik.Saya bangga ada sahabat macam awak.Yang selalu ada di sisi saya dan kita akan berusaha bersama-sama untuk jadi baik.Awak ingat tak apa yang Allah pesan dalam surah Al-Ashr “sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan-pesan”.Saya tak nak jadi orang yang rugi dan saya pun tak nak awak jadi orang yang rugi.Sebab tu awak kena ada untuk saya dan saya kena ada untuk awak supaya kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.Barulah kita boleh jadi baik.

Last,saya nak awak tahu yang saya sayang Awak kerana Allah Taala..Uhibukafillah.

Sekian,
Kawan awak yang nak jadi baik.

[Kiriman] Pesanan Buat Hati.

Kepada hati,

Hati..
Tika ini mungkin engkau keresahan atau mungkin..Engkau rasa kekosongan… 

Hati..
Aku tahu engkau kebingungan.. Bingung serta hilang arah tujumu.. Mungkin salahku..kerna lama membiarkan kau terkapai-kapai.. Terkapai-kapai mencari nakhodamu.. 

Wahai hati..
bersabarlah.. nakhodamu sedang berusaha mencari jalan pulang.. jalan yang diredhai penciptaNya… tika ini dia juga sepertiMu.. masih dalam kebingungan… namun..jangan kau risau hatiku.. kerna diatas sana ada sang pencipta yang sedia membimbingmu… nakhodamu sedang mencariNya.. mencari pencipta Nya.. mengenali pencipta Nya.. kerna dia tahu disitulah segala persoalannya akan terjawab…. 

Hati bersabarlah.. 
Lindungilah dirimu dengan iman… Agar engkau tak terpedaya dengan tipu daya syaitan dan juga nafsu.. Mereka sentiasa cemburu akanmu… Hati janganlah kau berputus asa tika kegagalan dan kekecewaan menghampirimu.. Jangan sesekali kau menyalahkan penciptaMu..jangan.. 

Ingatlah wahai hatiku.. Hidup di alam fana ini hanyalah satu persinggah… Oleh itu janganlah kau leka dengan hidup ini.. Kerna ada destinasi yang abadi untukmu.. Carilah sebanyak mungkin bekalan untuk dibawa kesana… Tinggalkanlah segala beban yang tak berguna.. Kerna ianya hanya akan memberatkan bahumu untuk memikulnya.. 

Wahai hati..aku tahu ketabahanmu..aku tahu kecekalanmu… Janganlah engkau jatuh sebelum berjuang… Janagn biarkan hidupmu terbuang… Hati..penciptaMu sedang menunggumu.. jangan kau pulang tanpa ketakwaan.. kerna ia sangat mengecewakan.. 

Hati…aku adalah akal .. yang akan menjadi nakhodamu… aku hanyalah penunjuk arah.. dalam perjalanan ini akan wujudnya banyak persimpangan… persimpangan yang memerlukanmu untuk memilih… namun yang memilih dan menentukan arah yang dituju.. adalah engkau…bukannya aku wahai hati hati perananmu sangat besar… 

Hati..jangan kau bimbang… kerna didalam dirimu ada satu sinar yang akan membantumu… semakin bersih dirimu..semakin terang sinar itu.. semakin gelap dirimu..semakin hilang sinar itu… sinar itu dipanggil naluri… naluri ini adalah anugerah ilahi… ia dicipta untuk membimbingmu disaat engkau memerlukannya… oleh itu jagalah dirimu sebaik mungkin… lindungilah dirimu dengan iman dan takwa.. kerna ia mampu membersihkan nalurimu yang kelam itu.. akhir kata.. 

Hati…hidup ini indah..andai kita merasakan ianya indah.. jangan kau gusar dan bimbang.. kerna Allah sentiasa bersamamu… hati yang tenang akan sentiasa mencari penciptanya…. Allah always with us ^_^

Ikhlas dari nakhodamu..

pengirim : aKu


Kesempurnaan Kita

Khas buat,
Bakal Imam ku.

Ana tak sempurna.
Anta pun tak sempurna.
Ketidaksempurnaan anta menjadi pelengkap ketidaksempurnaan ana.
Hingga kita akan sempurna meskipun hanya bagi kita berdua.
Biarlah Allah yang Maha Sempurna, menilai kesempurnaan kita.

Bata-bata yang saling melengkapi, baru membentuk sebuah bangunan yang indah.
Kita juga saling memerlukan untuk membina sebuah istana mawaddah.

Sungguh hanya DIA yang lebih mengetahui kan?

Ikhlas daripada,
Bakal Makmum mu.

Friday, March 23, 2012

Manusia tak punya perasaan.

Untuk kesekian kalinya, pada detik yang sama. Dia tunggu, terusan menunggu khabar berita dari manusia yang sama. Untuk kesekian kalinya sendiri dia pujuk hati. Mungkin dia sibuk. Ya, mungkin. Pesan dia pada hati untuk terus cuba setia. Setia menunggu sesuatu yang tak pasti. Ada kalanya dia sendiri mulai rasa bosan dengan sikap endah tak endah yang di beri. Manusia seperti dia punya ego tersendiri barangkali.

Duduk dia termenung mengharap pada manusia satunya yang berjaya ketuk pintu hati. Manusia yang hatinya kayak batu, yang sepertinya tak punya langsung perasaan, yang seharusnya dia buang saja dari kotak hati. Tapi.....itukan cuma cakap cakap kosong. Sedang pada dasarnya untuk di lupakan manusia itu untuk seketika pun belum pada mampu. Bila hati mulai menjerit rindu, terus dia sibukkan diri dari terjebak dalam hal sakit perit merindu manusia yang tak pernah ambil tahu.

Untuk awak manusia tak berperasaan, mohon awak cepat bertindak. Sebelum.....segalanya mulai terlambat. Selagi masih punya rasa yang sama di sini. Sini (hati). Awak masih dia tunggu. Masih. Acap kali dia pesan pada angin untuk sampaikan salam rindu. Pada tuhan sentiasa dia panjatkan doa agar satu hari nanti mereka bersatu. Harapnya.........


Moga cinta dia tak bertepuk sebelah tangan.

[Kiriman] Dear Awak, Biarkan Dia Pergi.

Dear Awak Yang Broken Heart,

Harini dah masuk hari ke berapa , minggu ke berapa , bulan ke berapa , atau mungkin tahun ke berapa , dia meninggalkan awak . Dan awak masih terus - terusan begini , berterusan membiarkan kesedihan menyelebungi diri, menyembunyikan kesedihan disebalik ketawa buatan awak tu, disebalik senyuman palsu awak tu . Awak , kenapa macam tu? 

Dulu dia berjanji untuk terus bersama awak . Setia bersama walau apa pun yang terjadi . Membuatkan hati awak berbunga - bunga riang mendengarnya walaupun tidak tahu kepastiannya , tidak tahu kebenaran ayat yang dilontar keluar oleh sang pencinta , tapi sekarang , dia berlalu pergi . Begitu saja , meninggalkan awak sendiri . 

" Saya sayangkan awak , sayanggg . Saya janji saya takan tinggalkan awak walau apa pun yang jadi saya akan terus setia , teman awak sampai bebila . Ini janji saya . " 

" Awak tahu tak, saya tak pernah sayang orang , macam saya sayang awak . You're the special one untuk saya . Seriously , no lies sayang . No doubt , I love You :) " 

 But at the end of the day , dia pergi . 

Awak fikir dia akan pegang janji dia , tidak akan mungkir , tapi akhirnya , lain yang jadi . Sakitnya hati . Sakitnya jiwa . Kecewa . Nothing hurts more than being disappointed with the one that you thought would never hurt you . Setiap hari , apa yang awak buat awak bagitahu dia . Awak cerita itu ini , selama ni dialah pendengar setia cerita - cerita awak . Bergelak - ketawa bersama . Indah sungguh . But now , hilang semuanya . You both have your own life . Dia dengan hidup dia , awak dengan hidup awak .

 Bila terpandang , terdengar atau teringat something yang relate kepada dia , awak menangis . Menangis lagi dan menangis . Awak buat apa bazirkan air mata untuk seseorang yang tidak layak untuk ditangisi ? Don't waste your time on someone who don't love you . 

Sesetengah orang tu boleh diibaratkan seperti awan , bila mereka pergi , langit yang cerah muncul .

Dah ternyata dia bukan untuk awak . Jadi buat apa terus - terusan bersedih ? Mungkin dia untuk awak , tapi bukan untuk waktu sekarang , boleh jadi untuk waktu akan datang . Who knows ? Pernah dengar kan orang kata , kalau dia memang untuk kita , apa pun yang terjadi , terpisah jauh macam mana sekalipun , akhirnya bersama juga . 

Ada je orang yang terpisah , but then after few years jumpa balik , and the ended up with marrying . See ? So , no need to be worried , every single person , you , me , them all of us , telah ditetapkan siapa sayang kita sejak awal lagi . So cheer up :) Smile . 

Sometimes it really hard to lose someone , no matter how much or little they mean to you . 

Awak kata nak start the new chapter ? Tak nak ingat dia lagi . But then , tengoklah diri awak sekarang , sikit - sikit teringat . And then menangis . So now temme , macam mana awak nak lupakan dia kalau macam tuu . You cant start the next chapter of life if you keep re-reading the old one . Past is past . Yang lepas jadikan sebagai pengajaran . Oh yes , the past is hurt . Menyakitkan . Memeritkan . But you can either run from it , or learn from it . 

This one is for the brokenhearted : Sayang , berhenti menangis . Kesat air mata awak tuuu . Move on baby . 

Everyone know , its never easy , but that doesn't mean its impossible kan ? Chin up , be confident . Believe in yourself and walk away . Awak still ada a better journey to go and live . And REMEMBER one day , awak akan jumpa that one person who comes , and shall never leave , you call them , YOUR SOUL MATE . 

p/s : Ditinggalkan oleh orang yang kita sayang sepenuh hati memang menyakitkan , tapi itu tak bermakna kehidupan kita telah berakhir . People go , life goes on .

From, 
gdsbnga

Kiriman : gdsbnga



Untuk Mereka Bergelar Anak.


Kepada kamu,

Dah telefon keluarga kamu? Dah tanya khabar mereka? Kalau belum, telefonlah sekarang. Nyatakan betapa kamu merindui mereka. Betapa kamu ingin pulang ke rumah dan bersama-sama mereka. Janganlah membazir duit untuk menelefon makwe /pakwe kamu tapi nak telefon mak ayah sendiri, tak nak pulak. Ingatlah, siapa yang melahirkan kamu ke dunia ni? Siapa yang menahan kesakitan untuk melahirkan kamu? Siapa yang bersusah payah membawa kamu di dalam rahimnya selama 9 bulan 10 hari? Dia adalah ibu kamu. Jangan terlampau sibuk dengan pakwe/makwe kamu sampai melupakan ibu yang sentiasa menanti panggilan kamu. Jangan malas nak bertanya khabar mereka. Sekarang ni mungkin kamu tak berapa kisah tapi cuma bayangkan satu hari nanti. Satu hari di mana, mereka berdua sudah tiada lagi di dunia ni. Telefonlah mereka dan tanyalah khabar mereka selagi mereka bersama-sama kita. Jangan sampai mereka sudah tiada lagi dan ketika itu, barulah kita sibuk menangis mengatakan betapa kita merindui mereka.

Hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada di samping kita. Jangan menyesal di kemudian hari. Jangan terlampau leka mengejar harta dunia dan cinta manusia sampaikan kita terlupa dua orang insan yang sentiasa menyayangi kita sepanjang masa. Yang tak pernah lelah menjaga kita. Yang tak pernah melupakan kita walaupun kadang-kala kita sering melupakan mereka. Jangan sampai satu ketika nanti, kita menangis kesal kerana tidak sempat memberi kebahagiaan kepada ibu bapa kita. Wallahualam...

Daripada,
Aku.

Dari Pejabat Pos Syurga 4 : Surat Anda.


Langit, 23 Mac : Setelah hampir seminggu beroperasi Posmen Ke Syurga menerima banyak surat daripada para pengirim. Terima kasih Posmen Ke Syurga ucapkan. Tentang surat-surat yang dihantar ke pejabat pos Posmen Ke Syurga, ada beberapa perkara yang ingin dimaklumkan.

  1. Pastikan yang surat anda itu berupa surat, kepada.... daripada...... dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kita panggil kepala surat. Jadi PKS tak perlu mencipta kepala surat untuk anda, biar semuanya datangnya dari penulisan anda sendiri.
  2. Surat dalam bahasa Inggeris, bahasa Indonesia, bahasa yang boleh difahami oleh pihak PKS juga boleh dihantar.
  3. Surat yang dihantar boleh juga dalam format surat rasmi, email, telegram, faks dan pesanan suara.
  4. Anda perlulah menggunakan bahasa yang betul. Yang bahasa Melayu, ejalah yang sebetulnya. Begitu juga dengan bahasa lain. Contoh  Bile = bila, jew = aje/sahaja/saja
  5. Anda dikehendaki menggunakan ejaan yang betul dan bukan disingkatkan ejaannya. Contoh, dlm = dalam, Awk = awak. 
  6. PKS masih menanti surat-surat genre selain genre cinta seperti sarka, keluarga, islami, lawak dan sebagainya.
  7. Surat berisu sensitif minta dijauhkan seperti seks, perkauman, dan politik melampau.
  8. Selepas anda menghantar surat satu email balasan akan diterima untuk memaklumkan masa surat akan disiarkan. PKS akan cuba respon secepat mungkin surat anda.
  9. Surat Pengirim diposkan pada setiap hari pada pukul 3 petang. 1 surat sahaja akan dipos dalam satu hari.

Hantar sahaja surat anda. Tak perlu ayat sastera hebat sampai petala langit ke tujuh. Tulis apa yang ada dalam hati. PKS akan berusaha pos surat anda secepat mungkin. Sekian sahaja berita hari ini dari pejabat pos ke syurga =)



Thursday, March 22, 2012

Dia Benar-benar Isteri Setia

Kepada,
Wanita tabah.

Sungguh awak seorang wanita yang sangat kuat. Jika saya berada di tempat awak, saya tak jamin saya boleh teruskan hidup ataupun tidak. Kehilangan orang tersayang memang memeritkan, saya juga pernah alaminya namun kehilangan seseorang yang menjadi pelindung kehidupan, hanya Allah saja yang tahu kesedihannya. Benarlah Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286, "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Sungguh awak insan terpilih untuk menerima ujian sebegitu dan awak juga pasti mampu menghadapinya. Kadangkala hati seseorang akan tewas dengan ujian namun saya tahu awak seorang muslimah dan isteri solehah, sentiasa mengingati kembali bahawa Allah jualah yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu kejadian. Awak kembali semula kepada Qada' dan Qadar Tuhan. Awak, sungguh ramai yang menyayangi awak. Teruskanlah kehidupan awak seperti biasa bersama anak-anak. Mereka sangat memerlukan kehadiran awak. InsyaAllah, saya yakin cinta sejati sesama manusia pasti saja akan bertemu di syurga begitu juga awak dan si dia. Semoga awak sekeluarga berkumpul di sana, tempat yang lebih indah.  Amin!

Daripada,
Pemerhati setia.

[Kiriman] Lingkaran Gelap Malam.

kau,

kau tahu kan dalam dunia ini ada 7 manusia bermuka serupa, bak kata pepatah pelanduk dua serupa, dalam pada aku cuba melupakan kau, bayangan kau mengikuti jejak langkah ku.. mengapa? mengapa? mengapa dia mempunyai rupa sepertimu.. melihat nya membuat kan aku ingat akan diri mu..aku mahu luka yang kau tinggal kan di hati ku ini cepat sembuh,agar mampu ku tersenyum tanpa pura-pura.luka yang kau beri memberikan aku tamparan, bagai susunan bangunan jatuh menghempap dadaku.. 

aku.

kiriman : anonymous






Pesanan Buat Sahabat.

"Anda menerima dua pesanan suara, sila tekan 1 untuk mendengar.... tutttt"

"Sila tekan 2 untuk pesanan seterusnya, atau 3 untuk padam."



Wednesday, March 21, 2012

Redhalah Kerana Allah.

Kepada kamu semua,



Pernah rasa nak jauhkan diri dari seseorang yang kamu sayang sebab kamu tahu perkara itu yang paling terbaik untuk dilakukan? Kerana kamu juga tidak mahu dia terlalai dan terfitnah oleh dirimu?

Aku pernah rasa dan masih merasainya. Menguatkan semangat untuk menahan diri dari mengingatinya. Menguatkan hati supaya terus tabah. Menguatkan minda supaya berhenti berfikir mengenainya.

Memang susah. Sangat susah nak buat semua tu. Jauhkan diri dengan seseorang yang buat kamu tersenyum, seseorang yang buat kamu rasa bahagia tapi selagi dia belum tentu menjadi hak milikmu yang sah, perlukan rasa itu terus ada? Bagaimana kalau ditakdirkan bahawa dia bukan untukmu sebaliknya sekadar datang untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan kita? Kawan mungkin...



Yang indah hanya sementara, yang abadi adalah kenangan, yang ikhlas hanya dari hati, yang tulus hanya dari sanubari. Tidak mudah mencari yang hilang, tidak mudah mengejar impian, namun yg lebih susah mempertahankan yang ada kerana walaupun tergenggam masih boleh terlepas juga..Ingatlah pada pepatah,“Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini”


Yang indah hanya sementara, yang abadi hanyalah kenangan, yang ikhlas hanya dari hati...

Memang ada rasa kurang senang sebab terpaksa melakukan semua ni kerana diri sendiri tahu betapa payahnya nak melakukannya. Tapi hati mula sedar, kenapa takut untuk melepaskan seseorang yang belum tentu menjadi hak kita?

Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil .. Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba-Nya..



“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”


Cara terbaik untuk melupakan adalah dengan redha kerana selagi kita tak redha, kita takkan bahagia dan jiwa takkan tenang. Jadi redhakanlah apa yang telah berlaku...Bila kita redha, hati akan tenang dan perlahan-lahan kita akan dapat menerima hakikat bahawa semua ini merupakan ketentuan-Nya dan pada akhirnya, masa yang akan buat kita lupa semua itu...

Daripada,

Aku.


[Kiriman] Hargai Yang Remeh Itu

buat yang dikenang,

saya bengang bila awak sendawa kuat-kuat.. segan la sikit.. saya bengang bila saya text ‘yunk..’awak balas ‘yunk yunk yuk pagi2 bukak priuk..’ -__-" saya bengang bila saya tengah nak manja-manja awak boleh bantai tidur.. saya bengang bile keluar awak mesti datang lambat.. saya bengang bila dalam kereta, awak suka dengar lagu melayu lama-lama.. lepastu nak berebut radio dengan saya.. bawak kereta diam-diam boleh tak? saya bengang bila saya tengah bosan, awak tidur mati macam tunggul.. saya kena telefon beratus-ratus kali untuk kejut awak..

saya bengang bila saya tengah serius, awak buat lawak bodoh.. saya bengang bila awak menempek-nempek kat leher saya.. macam lintah gergasi tahu? saya bengang bila awak tarik-tarik, lambung-lambung saya sesuka hati.. mentang la awak besar dan kuat... saya bengang bila saya pakai keperempuanan, awak gelakkan saya.. saya cuba berlawa untuk awak tahu? saya bengang bila awak gelakkan saya.. sampai rasa macam nak nangis tahu? saya bengang bila awak kacau saya.. awak kata hantu suka culik budak cengeng.. harijadi awak, penat-penat saya buat kejutan.. harijadi saya, awak nyanyi happy birthday je.. bila saya kenakan awak dengan tepung,alih-alih, saya yang kena balik lagi teruk..


Tapi walau bengang mcm mane pun saya.. saya tak penah bosan atau muak buat benda tu semua.. sebab awak sentiasa tahu mcm mane nak hilangkan muncung saya dan  baru saya sedar yang buat saya bengang tu lah yang saya rindu bila awak dah tiada.. dan perkara-perkara tu la yang membezakan awak dgn orang lain..

awak..
saya rindu awak.. ='(

Seringkali, bila sesuatu sudah tiada, sudah hilang dari pandangan mata, terlepas dari genggaman, ketika itu lah kita sedar bertapa berharganya saat-saat remeh yang selama ini kita abaikan..

daripada
yang kehilangan.

kiriman : unwanted