Thursday, May 17, 2012

Harga hati.


Awak..

Tepuk amai-amai tak sama dengan tepuk sebelah tangan. Kalau main tepuk amai-amai seronok, tepuk sebelah tangan pula mampu buat dunia kau gelap walau cuma seketika. Perit dia tambah lagi bila dikaitkan dengan pepatah perigi cari timba.

Ada yang bilang cinta itu buta, yang pahit jadi manis, yang pedas masih manis, masam rasa manis. Ahh, segalanya! Aku sendiri jadi tak faham. Yang sepuluh kali terluka, sepuluh kali menangis kecewa masih tahan hati terus jadi setia. Yang masih tak diberi kata putus pula terus buat andaian yang diri sedang hebat dilambung asrama. Awak bodoh ya? Awak tutup mata, pekakkan telinga sebab Awak rasa diri sedang bahagia.

Sedang cuma, awak seorang yang sedang ralit dengan bahagia yang awak cipta, dengan dia yang pandang awak cuma dengan sekilas jelingan mata. Bangun. Cuba sedarkan diri kau dari angan mimpi kisah dongeng angan tak pasti ini. Aku kagum kerna kau berani, tapi aku rasa kasihan sama hati yang kau letak di kaki.

Boleh tolong letakkan ego dalam diri? Sekurang-kurangnya ego yang terbit nanti mampu per:tahankan maruah diri. Jangan biar hati disampahkan, dibuang, diletak tepi. Kalau mau beri hati, beri pada yang sudi. Itukan lebih bererti.

Atau kau..masih mahu berdegil? Terus biar hati terluka..langsung mati?


sumber:google

Hati. Bukan sampah.

Thursday, May 10, 2012

Anak Mak Nak Minta Izin Dari Mak Boleh?

Kehadapan mak.

Mak.
Anak mak nak cakap ni.
Mungkin mak terkejut bila dengar apa saya kata ni.
Mungkin mak akan marah saya juga.
Mungkin mak akan bulat-bulat mata tak percaya.

Mak.
Anak mak nak minta izin mak.
Anak mak ni nak kata pada mak.
Boleh tak kalau anak mak ni nak bernikah?
Pada usia ini? Secepat ini?

Mak.
Anak mak ni dah fikir banyak.
Anak mak ni dah kaji ciri-ciri calon menantu mak tu.
Dan insyaAllah mak, anak mak ni percaya dia boleh jadi suami yang baik.
InsyaAllah segalanya akan mendapat keredhaan Allah diatas keputusan anak mak ni.
Mak.
Sebab anak mak ni dah fikir nak jaga diri dia daripada segala fitnah.
Anak mak ni lakukan kerana Allah yang esa.
Dia bukan buat keputusan kerana trend mahupun nafsu.
Dia buat kerana dia tahu sudah tiba masanya, mungkin ini jalan yang terbaik.
Anak mak dah lakukan istikharah jua sebelum memilih dia mak.


Mak.
Mak sebaik sahaja mak dapat surat ni,
Anak mak ni dengan senang hatinya akan berbicara sebab lebih lanjut.
Anak mak ni harap mak dapat sokong.
Jangan marahkan anak mak ini tapi slow talk dengan anak mak ini.

Oh ya,
Mak selamat hari ibu,
Saya sayang mak,
Ini hadiah saya dari mak,
menantu *heheheh*

Daripada,
anak mak

Wednesday, May 9, 2012

Tak takut ke?


Kepada lelaki dan wanita di luar sana,

 Ini cuma satu luahan. Harap korang tak terasa hati. Cuma aku ingin menyatakan rasa tak puas hati aku bila tengok lelaki dan perempuan pergi jalan-jalan sambil berpegangan tangan tanpa ada hubungan yang halal. Berjalan-jalan ke sana ke sini sambil berpegangan tangan walaupun baru jadi kekasih. Tahu tak dosanya pegang seseorang yang bukan mahram bagi kita? Lebih baik pegang khinzir daripada pegang orang yang bukan mahram tau tak? Khinzir tu haiwan yang haram disentuh oleh umat Islam tapi tengoklah, lagi elok kita pegang khinzir dari pegang seseorang yang bukan mahram!

Rasa bangga ke bila pergi jalan-jalan sambil berpimpinan tangan tanpa rasa bersalah pada Allah? Tak takut ke dengan balasan Allah di akhirat nanti? Kalau dah sayang sangat, kenapa tak kahwin je terus? Nak pegang tangan pun tak dosa. Kenapa nak buat dosa sedangkan ada sesuatu yang boleh kita lakukan untuk elak diri kita daripada berbuat dosa?

Kalau sayang sangat, nikahlah dengan dia. Jadikan dia yang halal buat kamu. Bimbing dia ke jalan Allah. Jangan terus lalai.

Daripada,
Aku.

Wednesday, May 2, 2012

[Kiriman] Hello HATI..

kepada: hati@ heart.

salam..kehadapan hati yang sentiasa bersih lagi murni..semoga sentiasa sihat didalam diri empunya tuan.

Akal nak bagi pesanan pada hati,tolonglah jaga perasaan hati sebab akal hanya mampu berfikir tetapi hati yang akan mengawal setiap perasaan yang hadir dalam hidupmu.Sekarang ini hati dalam keadaan gembira,tenang,rasa disayangi.Tetapi hati jangan lupa, suatu hari nanti pasti akan ada ujian dan dugaan. Jadi,akal harap hati akan tabah dan kuat.Biarlah manusia keliling memandang ketabahan dan kesabaran yang dipamerkan.Hati kena ingat tentang kebergantungan kita pada Pencipta yang Maha Esa, yang telah mengatur segala-galanya..semua itu adalah yang terbaik untuk kita..

Salam sayang dari akal untuk hati.

Pengirim:Ot_akal