Tuesday, July 31, 2012

[Kiriman] Dalam beribu ada satu.


Dari aku,

Dalam beribu ada satu,
Satu yang selalu aku rindu,
Dan yang aku tunggu,
Walau tak pasti bila akan bersatu.
Tapi aku masih setia di situ.
Setia menunggu.
Di suatu sudut dengan badan yang lesu.
Aku membisu.
Yang aku tahu.
Aku hanya mahu kamu.
Kamu yang mengajar aku erti rindu.
Dan sekarang aku terhimpit dengan perasaan sendiri.
Aku tak ingin mati.
Aku tak ingin berhenti.
Masih belum pasti.
Kau belum pergi.
Masih ada peluang menanti.
Aku menunggu lagi.
Di suatu sudut yang sepi.
Datanglah sang peri.
Kau masih di kekal di sini.
Di hati.
Di hati aku yang sangat menyintai.
Mari kita bahagia bersama lagi. Mahu? 


nama pengirim : izara 

Monday, July 16, 2012

[Kiriman] Kawan Baik Yang Pergi.


Kepada Iden,

Pernah aku berazam agar tidak lagi mengangkat sesiapa sebagai saudara. Kawan baik itu aku gelar saudara. Dia kawan baik aku bukan hanya kerana dia baik, tetapi kerana aku sudah dapat menerima walaupun apa yang dibuatnya penuh cela dan tidak sempurna. Demikianlah dia, kawan baikku.

Barangkali pabila masa gembira mungkin aku tiada di sana, namun tidak pernah aku hilang tatkala kesusahan menimpa (atau sekurang-kurangnya aku mencuba). Aku perit jika dia ditimpa bencana. Yang pertama kerana aku tidak sanggup melihat terjadinya bencana, yang kedua kerana bencana itu menimpa dia. Rela aku menanggungnya dari dibiarkan hati aku luka melihat dia terseksa.

Khilaf dan silap itu sebahagian dari manusia, termasuklah diri aku dan dia. Sejujurnya, banyak yang dibuatnya menyakitkan hati. Aku sakit hati tetapi masih sanggup berada di sisi, kerana itu lah dia kawan baik. Mungkin ada yang aku buat juga menyakitkan hati. Namun seperti sukar nampaknya dia untuk menerima. 

Aku menjangka andai dia pergi, rasanya seperti mereka-mereka yang lain yang juga pernah pergi. Namun aku silap, berminggu rasa perit bermukim di dalam hati. Aku tertanya juga mengapa begitu sekali. Lantas aku menghulur tangan, membuang ego dan bongkak dalam diri, demi persahabatan yang sangat bernilai dan aku hargai. Aku tahu tangan itu mungkin ditepis pergi dan aku pastinya malu tidak terperi. Namun aku hulurkan juga, kerana malu tidaklah terlalu mahal untuk aku korbankan demi persahabatan ini. Walau begitu, rasa hati tidak dapat dinafi, bertambah pedih bila tangan itu ditolak pergi.

Aku tidak berhajat dia membalas kepada aku dengan sesuatu yang serupa. Namun tidak juga aku jangka untuk aku diluka. Dia tahu rasa hati aku, seperti mana aku tahu rasa hati dia. Mungkin baginya tidak mengapa. Namun bagi aku, tidak begitu.

Pedih mengenangkan perginya dia yang aku gelar saudara, andai itu pilihannya. Mungkin tidak banyak yang gembira dikongsi aku dan dia, namun segala susah dan jerih hidupnya banyak bersama aku, kerana dia aku angkat sebagai saudara.

Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, dia aku kasihi lebih dari aku mengasihi diri aku. Sekuat dan semampu kudrat seorang insan, wilayah kemanusiaan hanya berusaha dan berdoa, wilayah penentuan tergenggam erat milik Sang Pencipta. Aku sudah usahakan apa yang perlu, aku juga berdoa kepada Tuhan Yang Satu dan aku juga cuba berserah kepada ketentuan-Nya, walau hati seakan enggan berbuat begitu. 

Di sebalik kehendak-Nya ini pasti membawa kepada kehendak-Nya yang lain, mungkin lebih baik. Namun aku rayu semoga hati ini terus tabah menghadapi hari-hari yang tidak lagi begitu indah. Mengapa begitu perit, aku sendiri tidak mengerti. Pernah dahulu pabila tiba-tiba perit hati ini, aku tahu tatkala itu dia susah hati. Namun kini aku tidak pasti. Apakah dia turut merasai betapa peritnya hati ini.

Dia kawan baik aku. Tidak tergamak meminta sesuatu yang nista untuk berlaku. Namun jauh dalam sudut benak aku berharap, agar hatinya merasa apa rasa hatiku. Tuhan, jika dia pergi, jadikan hati aku redha dengan kehendakMu. Jika dia ditakdirkan kembali, kembalikan kami seperti dahulu.

Sesungguhnya aku mengasihi dia hanya kerana Zat Yang Maha Esa.

Dari aku. 

From : Tanpa Nama

Wednesday, July 11, 2012

[Kiriman] Aku Si Penanggung Sepi.


Kepada Kawan Yang Tidak Setia,

Fiezah..
Kenapalah kau tinggalkan aku???
Aku tak sedar bila kau tinggalkan aku...
Tapi selepas hari yang aku cuti tu...
Aku perasan sesuatu...
Sesuatu yang pelik sangat-sangat...
Kau macam lain...
Kau tinggal kan aku sorang-sorang wei...
Aku tak tahulah kenapa..
Mungkin ko dah tak larat nak layan aku??
Mungkin ko dah lali tengok muka aku...
Heh...tapi sejak hari tu jugaklah...
Aku rasa tak kisah kalau kau tak ada...
Walaupon aku tak tau kenapa ada rasa sakit kat hati ni...
Tapi tak pe...
Aku akan buang perasaan ni jauh-jauh...
Tapi aku pon rasa sakit bila tengok muka kau...
Aku rasa masa cuti tu...
Aku banyak belajar tentang KAWAN...
Heh...kawan...
Kawan banyak muka...
Tapi tak kisah lah...
Kalau kau hanya nak gunakan aku pun tak pe...
Aku tak kisah...
Sebab sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman mengenai kawan macam kau ni...
:D
Berkawan biar seribu...tapi yang setia jangan kan satu je...:D
Aku mintak maaf sebab banyak susahkan kau...
Maafkan aku....
tapi aku hanya boleh temankan ko hanya sekejap...
dan maafkan aku sebab aku layan ko macam tak ada perasaan..
sebab aku tak sanggup tengok muka kau...maafkan aku sangat-sangat...

Daripada Boneka Hidup...


From : lonely girl

Friday, July 6, 2012

Rindu Semilir Dingin Lebat Hujan



Duhai hujan,

Kenapa kau begitu kejam? Datang terlalu kejap sa-kadar membasah tanah gersang, memberi hawa dingin yang hangat matarinya masih jelas membungkam. Aku mahu kau turun lebat-lebat. Aku mahu hanyut lemas dalam nikmat kesejukan rasa yang kau zahirkan. Aku mahu kau. Aku mahu kau turut sama rasa derita yang aku rasa. Aku mahu lenjun disirami kau agar mereka tidak nampak aku sedang menangis bersama kau, juga bergembira dengan kehadiran kau. Aku hanya mahu kau.

Dalam pekat malam ini, aku takut. Aku takut keseorangan karena memang aku senantiasa ditinggalkan sa-orang. Mari datang temani aku yang kesepian ini. Aku sudah telah bunyi petir yang kau lemparkan. Aku tak kisah asalkan saja kau turut sama ada lebat. Semilir angin itu aku perlukan untuk secebis ketenangan. Jiwa ini mampir polos kau tinggalkan. Walau aku tampak tenang di permukaannya, gelodak di dasar ini hanya mampu aku pendamkan. Simpan dan telan.

Hujan, moga datang sekejap lagi. Aku tunggu kau di pembaringan. Jangan sampai aku terlena menanti dengan harapan karena ia membuahkan kekecewaan di akhirnya. Aku sudah cukup dikecewakan. Sakit lagi memeritkan. Jadi, sudikah kiranya kau temani aku sepanjang malam ini dengan lebat dan hawa dingin mendamaikan?


Tempayan kontang