Monday, January 28, 2013

[Kiriman] Hai, Saya Sayang Awak!


Kepada #Beliau,

Hai,
Awak di balik tiang tu.
Ya, awaklah!
Tempat itu kali pertama kita bertemu.
Di balik tiang putih itu.

Hai,
Awak mungkin tak perasan kehadiran saya,
Tapi saya perasan setiap kelakuan awak.
Senyuman awak disebalik fail merah jambu itu.
Senyuman yang saya takkan lupakan sampai bila-bila.
Saya perasan semua itu.

Hai,
Awak yang berbaju biru itu,
Susah betul nak duga hati awak.
Susah betul nak tembus hati awak.
Tapi saya beranikan diri,
Mengurat, Mengejar.

Apa je saya tak buat? *hiks*

Hai,
Cinta saya dah ditolak.
Awal-awal dah kena 'friendzoned'.
Macam-macam dah saya buat.
Tapi semua gagal.
Saya okay!

Hai,

Awak jaga diri.
Awak jaga hati.
Awak jaga Iman.

Saya?
Saya hanya mendoakan dari jauh.
Saya percaya dengan kuasa DOA.
Saya tetap mendoakan kebahagiaan awak.
Senyumlah!

Saya cuma nak kabor ke awak!

Hai, Saya Sayang Awak!

Daripada Saya si Gadis Harimau

Sunday, January 20, 2013

[Kiriman] Aku Rindu Kau Kawan...


Rasa macam dah lama tak tulis ikut hati dan perasaan. Selama ni tulis ikut otak, harini, saat ni aku nak tulis ikut hati. Nak buat satu pengakuan !

Weyhhh..hampa ingat dak kenangan kita ? Masa mula-mula kita masuk Form 6 dulu ? Kita tak kenal sesapa kan ? Dalam satu kelas mesti ada beberapa group. Group dari Taman Selasih, Group dari Keladi, Group dari Taman kenari...

Ingat dak masa dulu mana ada yang nak berkawan dengan kita, kecuali si Olie. Dia jaa yang rajin dok tegur kita haa, kan ? Ingat dak ? Sampai laa kita jadi satu geng ! Kita empat orang campur dengan Olie. Pegi mana-mana mesti sekali haa. Ingat dak kita main police entry ? HAHA..macam budak-budak kan ? Ada ke patut remaja macam kita main game macam tu.

Aku takmau sentuh langsung pasal kisah-kisah tragis kita masa dekat sana. Aku nak cita pasal yang sweet-sweet ja. Tapi kena aku rasa yang aku bakal sentuh pasal something yang akan buat aku sakit ?

Ingat dak masa jamuan buka puasa dengan cikgu pratikal ?

Ingat dak kita main bowling ?

Ingat dak kita makan ayam penyet ?

Ingat dak ? Rindu kan nak buat macam tu ?

Ingat dak masa kita sambut birthday Olie? Makan kfc ! Ingat dak ?

Ingat dak masa kita pegi shot dekat Hi-tech ?

Ingat dak masa kita handle jamuan pra-u ?

Ingat dak masa kita kena jadi pembawa bendera warna-warni ?

Ingat dak masa kita lepak dataran ?

Ingat dak masa sambutan merdeka raya ?

Ingat dak masa MALAM KEJADIAN ?

Ingat dak album KEGEDIKAN TERSERLAH kita ?

Ingat dak masa rombongan sekolah ? Even masa tu hubungan kita dah renggang tapi semua orang ingat time tu kita akan berbaik semula, tapi..tapi..tapi..dieorang silap ! kita makin jauh !!!!!!

Banyakkan memori kita bersama ? Memori kita berlima...

Entah dekat mana laa salah kita, salah aku, salah hampa atau salah sesiapa jela, kita berpisah, kita BERPECAH !

Ingat lagi, cikgu Zaba pernah cuba nak baikkan kita.

Pendek kata semua cikgu form 6 laa. Semua takmau tengok kita berpecah. Macam-macam cikgu buat. Kalau ada apa-apa event, mesti cikgu letakkan kita dalam satu kumpulan, perasan dak ? Kalau hampa tak perasan pun takpe, aku paham.

Kan kampa kata aku berlagak. Nak berkawan dengan orang-orang hot jaaa.

Kan hampa kata aku mana layan budak-budak sekolah ni.

Kan hampa kata aku suka burukkan hampa dekat semua orang.

Kan hampa kata perangai aku macam setan.

Kan hampa kata aku layan orang buruk.

Kan hampa kata aku ni hipokrit.

Hampa tau dak ? Masa hubungan kita tengah teruk tu, kawan-kawan aku, kawan-kawan kita nak pegi serang hampa tau dak ? Tapi dieorang tak pegi. Nak tahu kenapa ? Sebab aku kata cukup laa aku sorang jaa hampa benci, cukup laa aku sorang ja yang hampa kutuk, maki. Aku taknak sebab aku semua orang pakat gaduh !

Mesti hampa kaa \" Haaa, nak tunjuk baik la tu. Nak raih simpati orang la tu \" Tak. Sumpah tak. Bukan niat aku pun nak buat macam tu. Aku tau, kalau dah benci, segala kebaikkan aku langsung hampa tak nampak ! Langsung hampa tak pandang ! Jeling pun silap-silap takkan ?

Ingat lagi masa aku cita dekat umie yang hampa panggil aku setan. Sumpah umie marah. Umie kata apa hak hampa nak kata aku setan ? Apa hak hampa !!!!!

Hampa tau dak, masa hampa sakit. aku risau. Sumpah aku risau. Aku tau kalau hampa sakit, sakit hampa akan teruk. Takde sapa pun yang tau pasal penyakit hampa. Hampa kata hampa cuma cita dekat aku. Hari-hari aku doa agar hampa cepat sembuh..HAHA..aku jahat..haa..aku jahat !!! Jahat aku sebab aku care pasal hampa tapi aku act macam aku tak care...

Hampa kata aku layan hampa teruk. Aku layan orang lain teruk. Betul ke ? Betul ke aku layan hampa teruk ? Betul ke aku layan orang lain teruk ? BETUL KEEEEEE !!!!!!

Hampa kata hampa ada mintak maaf dari aku tapi kenapa aku tak ingat ? Kenapa ? Betul ke hampa ada mintak maaf dari aku ? Betul ke ? Kenapa hati aku ragu ?

Hampa kata time tu aku tengah gelabah, tapi kenapa aku rasa hampa yang gelabah ? Sapa yang dok tweet ? Sapa ? Sapa ?????

Orang luar pun terbabit jugak kan ? Orang yang tatau apa pun terbabit jugak kan ? Tetiba mai maki aku ? haha..best..memang best !!

Hampa. hampa tau dak, time dok tulis ni kan..aku cuba ketawa. Betul tapi aku tak mampu. Air mata ni degil haa !! asik dok keluar jaa..bodo !!!!!! 

kiriman : liya

Friday, January 18, 2013

[Kiriman] Khas Untuk Our Rockers CNBLUE


14 Januari 2013

yang pertama sekali.. selamat ulangtahun yang keempat!!
Fuh! sudah 4 tahun menjadi peminat kamu semua..

kalau nak digambarkan perasaan harini.. terlampau berkecamuk..  gembira sebab lagu baru kamu semua da keluar.. dah bangga-bangga da.. siap download segala bagai.. fanatik la katakan..  tengah study revision untuk final exam pon rasa berkobar je.. so da petang-petang sikit tu.. etty bukaklah twitter.. bayangkan apa yang mata ni nampak.

"CNBLUE in KLIA" posted an hour ago

apa!!! aaaaa!!! runtunnya lah hati time tu!! rasa nak menjerit terjun bangunan segala la~ so ha! tweet etty pon berlambak la menangisi anda semua.. tetiba kawan etty ni tweet " mendalah menangis sebab kPop tercinta, aku maroon 5 datang x dapat pergi pon x menangis"

Odem~~~ sentap sungguh terasa time tu. tapi tetiba etty terpikir.. leklu.. kau x suka unfollow je la.. biasalah.. orang exaggerated.. bukannnya betul melompat bangunan ke apa..  plus kita semua ada minat muzik masing-masing.. justin bieber, taylor swift, paramore, one direction, maroon 5, tomok, yuna, bunkface, rabbani, maher zain.. sama la kan.. just genre berbeza....just respect la preference orang lain.. 

tapi ape pon betul la jugak apa dia cakap tu.. etty pon lagi tengah final.. boleh pulak nak emo lama2..  so etty decide herm.. maybe etty x de rezeki nak jumpa korang.. x pelah! ni kelekaan dunia semata-mata etty! cewah!

maafkan lah peminat anda ini yang tidak dapat turut bersama untuk Golden Disk Awards. but dont worry, i always support you guys.. CNBlue selamanya.. semoga surat kami tidak di banned seperti luahan planet makoto..

sekian,
BOYCE


Nota PKS : Gua tetiba rasa nak blok surat ni. hakhak kpop banget.

Monday, January 14, 2013

[Kiriman] Noktah buat Mantan Penghulu Hati


Buat awak. 

Andai kata-kata itu mudah untuk diungkapkan, pasti tidak perlu dipendam keluh kesah didalam hati.. Andai disingkap segala kisah cinta lama.. pasti tak ternoktah kisah yang ada..Namun, kisah kita dahulu biarlah menjadi kenangan.. Seandainya mampu dikuatkan hati, seandainya mampu surat ini sampai di pengetahuanmu.. Satu yang ingin ku ucapkan. Bukanlah ucapan maaf. kerana maaf tidak mampu mengubah apa-apa di masa lampau. tetapi terima kasih.

Terima kasih untuk segala yang pernah kita lalui bersama. Kau insan terbaik dalam hidupku. Seorang kawan baik yang tidak pernah tiada di saat diperlukan. Seorang abang dan bapa yang membawaku ke pulang ke landasan sepatutnya disaat aku terlampau leka dengan kematerialistikan dunia. dan kekasih hati yang sentiasa ada meskipun di saat aku membenci dunia dan satu dunia ibarat membenciku.

Kerana keegoanku, kisah kita berakhir, kerana keegoanku, kau bukan milikku lagi.. tapi tidak apa. kerana kita sudah dewasa. sudah 2 tahun segalanya berlalu.. kisah kita adalah pengalaman yang mendewasakan usia. sekadar sesuatu yang ku rasa sedikit pilu.. kerana keegoanku juga.. persahabatan kita sehingga kini masih di awangan dan mungkin akan kekal begitu selamanya..

Buat Anuar, saya sentiasa mendoakan kebahagiaanmu dan kejayaanmu dunia akhirat tidak kira dimana, bila dan dengan siapa. 

Kiriman : Etty Nasaruddin 

Saturday, January 12, 2013

Untuk Ayah dari Anak yang jauh di perantauan

Ke hadapan Ayah yang sentiasa segak, macho, gigih, penyayang, rajin bekerja, mithali, kacak, bijaksana, adil saksama dan bertimbang rasa.


Tolong masukkan duit belanja dalam akaun saya.



Sekian terima kasih.


Yang terus terang,

Anakmu.

Sunday, January 6, 2013

[Kiriman] Saya Cinta Dia.


Dear my super duper kiut Imam Muda Najdi..

Hoho..awakk..

Seriuosly saya nak bagitahu awak, saya dah jatuh cinta pada awak.. Tapi awak ramai sangat peminat, so jangan risau.. saya ni penakut orangnya, jadi saya tak akan ngorat awak ok..haha Saya cuma harap satu hari nanti saya dapat calon suami yang macam awak..

comel..boleh bimbing saya dunia akhirat..boleh jadi ayah yang baik untuk anak2 saya..bole jadi menantu yang soleh untuk family saya.. Sebenarnya saya ni tak baik mana pon, so jujur cakap saya tak berani nak tackle laki2 baik macam awak..lagipon awak kan di kenali ramai..saya ni umpama rumput tepi jalan jer..kalu awak jalan tu mesti tak nampak saya.. jadi pendam perasaan je la..huhu

Awak..kalau suatu hari nanti saya terjumpa awak..saya takkan tegur awak..sebab saya tahu antara kita umpama langit dan bumi..jadi baik saya diamkan je..tapi saya senyum je la..senyum kan sedekah..hehe Macam mana saya minat dan suka awak pon..andai Allah SWT cakap awak bukan jodoh saya..maka kita tak akan bersatu..

Tapi andai benar Allah SWT cakap awak jodoh saya..maka saya terima dengan redha..hehe Saya suka awak sebab.....entah..saya tak tahu..haha Tapi tiap kali tengok awak..hati saya jadi tenang..

I love u imam muda Najdi...hahaha 


kiriman : Miss Server