Friday, May 31, 2013

[Kiriman] Cari Saya.

Name     : Saya, bukan nama sebenar 
Subject   : CARI SAYA 

Oy oy!

Alamak aii, curi masa ni nak menulis. Sebenarnya kena wachaaaa! Bertukang bersilat dekat dapur. Dalam diam tu jugak, eh menyempat lagi rasa sedih ni datang. Bukan, bukan sedih tapi...insecure.  Carilah saya..seseorang..sesiapa... :/ 

Thursday, May 30, 2013

[Kiriman] Suka? Hmmm, entah

Name: Diddiy.
Subject: Suka? Hmmm, entah.

Message: Rasa tu subjek. Cinta pun subjek. Sampaikan aku tak tahu nak kategorikan rasa ni sebagai apa. Cinta? Atau suka? Entah. Tapi lepas baca cerita tentang kau. Aku faham apa kau rasa. Dan mungkin aku cuma suka dengan kisah kau. Bukan dekat kau. Mungkin. Aku rasa macam nak selam apa kau rasa. Tapi tu mustahil. Ada orang kata \'tak ada benda yg mustahil dalam dunia ni\'. Bagi aku, benda benda macam ni sangat mustahil akan berlaku. Sebab aku tahulah aku cuba fahamkan rasa hati aku ni sebenarnya macam mana. Ni bukan cinta mungkin juga ni sebenarnya cinta. Aku rasa lah.  


diddy

Wednesday, May 29, 2013

[Kiriman] Lone Ranger.

Dear self....

Sedihnya hidup kau. Selalu sensorang. Selalu tak berteman. Selalu forever alone. Sedih betul. Kenapalah hidup kau ni sedih sangat. Bilalah nak berteman. 

Diddy

Tuesday, May 28, 2013

[Kiriman] Buat Awak di London

Dari : Hati,

Hi awak. Nak bagitahu yang saya masih suka awak. Kita bercinta hampir 2tahun. Walaupun kita tak pernah jumpa. Saya tak pernah benci awak. Menyampah tu adalah juga. Awak delay London mesti ada yang orang suka awak. Lepas putus awak ada bercinta dengan orang Lain. Kita bertambah masalah lepas dapat tahu adik awak sukakan saya. Hmm. Saya harap awak bahagia.  

FadLee 

Monday, May 27, 2013

[Kiriman] Dari Mata Seorang Lelaki.

Hi, gadis yang aku cintai dalam diam.

Bentuknya seperti kotak. Penuh dengan kaca. Aku melihat kamu daripada dalam kaca yang memenuhi kotak segiempat ini. Berselindung di sebalik kacamata ini. Kamu yang senang untuk aku intip gerak-gerinya, walau terkadang aku rasa malu sendiri kerana asyik melihatmu sehingga rakan-rakan ku menegur aku. 

Pernah sekali aku lihat kamu termenung seorang diri di bangku kayu berhampiran dengan dewan kuliah. Aku lihat air mata kamu mengalir perlahan di pipi dan tanpa disedari langit turut sama menangis dan aku masih berdiri beberapa langkah dari kamu, basah dalam hujan. Mungkin aku dapat kongsi rasa sedih yang buat air matamu yang bagi aku amat bernilai itu membasahi pipi kamu yang comel itu.

Bertemu dengan kejujuran itu mungkin sulit. Kejujuran yang entah kenapa tetapi rasanya seperti aku telah melakukan satu kesalahan, satu kesalahan besar iaitu terlanjur jatuh cinta sama kamu. Banyak hal yang membuatkan aku gementar, gugup, gemuruh dan dalam masa yang sama gembira, teruja dan bahagia setiap kali mata aku menangkap mata kamu yang secara curi-curi melihat aku dari jauh. Atau mungkin kamu yang menangkap aku melihat mu dalam diam di sebali kacamata ini? 

Biarlah. Yang pasti aku gembira walau hanya untuk sesaat itu. Kamu begitu pendiam dan mungkin juga bingun untuk hanya sekedar mendengar suara hatimu sendiri dan memandang aku sambil mengenyit mata kananmu. Ah! Hanya dengan membayangkannya sahaja telah buat aku tersenyum sendirian. Membayangkan kamu menolak kacamata kamu menggunakan tapak tangan itu, memang satu aksi yang menggugurkan jiwa ini.

Sudahlah! Jangan pikir kali ini saya gombal. Aku memang senang membuat puisi, tapi untukmu, rasa ini berbeda. Kamu bukan seperti gadis biasa yang pernah aku jumpa. Kamu masih saja diam. Tidak bergeming. Saya berdiri dan berjalan lebih dekat ke arah kamu. Kamu masih menangis dan tidak menyedari kehadiran aku di sini. Teras luar tampak basah. Hujan deras, menghajar dahan. Aku mengeluarkan payung dari dalam beg, tetapi tidak dibuka. Aku menadah tangan untuk merasakan dinginnya hujan di telapak tangan. Tiba-tiba aku bergetar, merasakan dinginnya.

Jarak itu semacam latihan keseimbangan. Berjarak atau mengambil jarak itu semacam berdiri sebagai Tuhan lalu melihat manusia dari kejauhan. Tapi, untuk terus melihat kamu menangis di bangku kayu itu, ternyata aku tidak mampu. Tentu saja saya percaya, Tuhan dapat berdiri dimana saja. Termasuk saat ini berdiri di tepi aku, mungkin. Dan Dia berbisik kepada aku untuk menghampiri kamu dan menenangkan kamu. Jadi, aku mengambil kata putus untuk menghampiri kamu dengan sekaki payung di tangan kanan dan berbisik lembut ke telinga kamu, "Mari pulang. Saya temankan awak pulang hari ini."

Yang benar,
Lelaki yang mencintaimu dalam diam. 


Sunday, May 26, 2013

[Kiriman] Dengar.

Kepada SAM.

Dulu kita selalu sama-sama. Pergi mana-mana selalu berdua. Selalu akan bersama. Dulu tu bukan sekarang. Dulu. Sekarang. Satu masa yang berbeza. Sangat. Masing-masing ada kehidupan masing-masing. Masing-masing punya cara hidup yang berbeza. 

Aku rindu masa tu. Masa dimana kita selalu bersama. Sampaikan saat kau buat keputusan yang bercanggah dengan kehendak aku. Aku rasa macam aku akan hilang kau. Hilang selamanya. Aku takut tu. 

Tapi lepas kau cakap \"Jangan risaulah. Kitakan dipasangankan Tuhan untuk berkawan sehidup semati. Kita tetap akan bersama walaupun berjauhan.\" 

Ya, betul. Aku pegang kata-kata kau tu. Sampai sekarang kita berkawan sehati sejiwa. Kau masih bagi aku semangat untuk teruskan hidup aku walau tanpa kau yang selalu ada waktu aku tengah down. 

Kalau masa tu kita yang punya. Aku terlalu bermohon agar kita punya masa yang banyak untuk diluangkan bersama. Terlalu banyak cerita untuk aku ceritakan ke kau, untuk kau jadi pendengar dan penrespon yang tak bertauliah. Aku rindu kau. Tapi layak ke aku lafaskan rindu sedangkan lidah ni kelu?  


Diddiy. 


Saturday, May 25, 2013

Dari Pejabat Pos Syurga 6 : Kami Turut Menerima Pelbagai Jenis Pesanan!


Disini kami mahu update jenis-jenis pesanan yang kami terima. Dalam format faks, email, puisi, pesanan ringkas, catatan peribadi, sajak, syair, surat, video, pesanan suara? dan pelbagai jenis lagi. Kami menerima pelbagai jenis genre juga, cinta, kecewa, thriller, noir, sahabat, seram, mistik, keluarga, sarkastik, politik, tak puas hati dan macam-macam lagi. Mahu hantar surat anda, ini langkah-langkahnya.

1. Klik pada tab diatas yang tertulis hantar surat
2. Isikan nama anda jika mahu,nama pena ataupun biarkan kosong.
3. Isikan email anda. Ini wajib untuk kami contact anda.
4. Subject, isikan tajuk surat anda.
5. Tuliskan surat anda pada ruangan message.
6. isikan website anda jika mahu, terutama sekali jika anda sertakan nama, jadi kami akan link kan ke blog anda. boleh dibiarkan kosong.
7. Jawab anti spam protection
8. klik Send message!
9. Done =)

Pesanan kami, gunakan ejaan yang betul. Surat anda akan di pos ke blog kami secepat mungkin. Tiada lagi masa tetap untuk surat dikeluarkan. Kebiasannya sehari satu surat (itupun kalau surat ada). Anda akan menerima email balas daripada kami untuk mengetahui tarikh surat anda diposkan. Jadi ini peluang anda untuk berkongsi kepada kami. Mana tahu orang yang anda ingin tujukan tu terbaca nanti dapatlah dia tahu isi hati tu :) Jangan risau identiti anda kami boleh dirahsiakan :) Sebarang pertanyaan boleh juga tanya pada @amirazoe155 dekat twitter :)



Terima Kasih Kerana Menggunakan Perkhidmatan Posmen Ke Syurga.


[Kiriman] Tolong


Name : Saya, bukan nama sebenar
Subject : Tolong

Message :
Saya ada masalah. Memang semua orang ada masalah. Tapi apa awak buat jika orang yang selalu awak kongsikan masalah kini menjadi masalah awak?

Saya ada masalah ni :(
Ada tak... sesiapa yang nak tolong dengar?
Maksud saya, baca.
Tak boleh selesaikan pun tak apa. 

Friday, May 24, 2013

[Kiriman] Surat Untuk Papa


Dari lubuk hati untuk papa di alam sana.
Adakah rasa ini akan sampai padanya?
;')

Aku rindu papa.
Terlalu mudah hati aku menangis rindu kan papa.

Kamu tahu kenapa?
Mari sini aku cerita rasa hati aku..

AKU..
Terlalu..

Rindu.
Tapi tak mampu jumpa.

Rindu.
Tapi tak mampu dengar suara nya.

Rindu.
Tapi cuma mampu tatap gambarnya.

Rindu.
Tapi cuma mampu mendoakan nya.

Rindu.
Tapi cuma mampu bacakan Yasin, Al- Fatihah sahaja.

Rindu.
Sampai terkadang tewas teruk pada esak sendiri.

Aku redha.

Aku mahu beri Syurga pada mereka berdua,
Pada arwah papa aku, juga buat ibu aku.
Akan aku jaga ibu aku selagi ada.
In Syaa Allah. Aku tahu Allah ada bersama ku.


kiriman : panda jepun 

Thursday, May 23, 2013

Encik Doktor


Kepada: Doktor

Doktor. Hanya sekadar pekerjaan. Namun manusia di sebalik gelaran doktor itu betul-betul membuat aku kagum. Semua orang cari dia. Bila sakit semua orang tanya di mana dia. Banggakah dia? Ternyata tidak. Katanya, dia hanya manusia yang hidupnya bergantung kepada Allah sepenuhnya. Kesembuhan pesakit disebabkan keizinan Allah. Dia hanya boleh berusaha dan terus berusaha. Aku senyum. 

Katanya lagi, hidup sebagai doktor bukan untuk berasa takbur dan riak. Tujuan menjadi doktor ialah untuk mengejar saham di akhirat kelak. Jadikanlah pekerjaan ini sebagai usaha untuk masuk ke dalam syurga bukan ke neraka. 

Dia yang aku gelar doktor itu, bukan hanya merawat pesakit secara lahiriah tetapi rohaniah juga dia rawati. Dia bukannya jenis doktor yang pesakitnya demam, terus beri ubat demam. Dia doktor yang sentiasa tersenyum dan ramah melayan pesakit. Bersembang dan melayan pesakit seperti sahabat tanpa rasa kekok dan kaku. Katanya, di hospital itulah tempat dia menjalinkan ukhwah sesama manusia. 

Saya tabik sama awak Encik Doktor ;)

Daripada: Pesakit

Monday, May 20, 2013

[Kiriman] Surat Untuk Awak

kepada awak


Selamat pengantin baru buat awak yang dah 20 tahun bertahta di hati saya.....saya sangka selama ini kita berkongsi rasa yang sama..ternyata khabar yang kuterima dipetang hari membuatkan hati aku retak sendiri.

Kutuliskan surat ini hanya sekadar mengurangkan beban dihati yang tak siapa tahu.Aku hanya insan yang bertepuk sebelah tangan...

Kini aku pasrah dan redha dengan setiap ketentuanNYA...kau ternyata bukan tercipta untuk ku....

Semoga kau dan si dia bahagia sampai syurga.


akuinsanbiasa 

Sunday, May 19, 2013

Masa Silam.


Kepada semua,

Setiap orang ada masa silam yang gelap tak bercahaya. Sama ada kau ataupun aku. Manusia buat silap. Intentionally or unintentionally. 

Sesetengah manusia mempunyai hati yang keras bukan kerana dia degil tapi kerana orang sekeliling melayan dia dengan tidak adil dan berat sebelah seolah-olah dia manusia yang tak ada hati dan perasaan. 

Dan kisah silam yang satu ni buat aku jadi sangat suka memberontak dan membenci. Tapi ada satu saat aku mula sedar, kenapa nak membenci kalau diri sendiri yang sakit? Kenapa nak berdendam, kalau akhirnya diri sendiri yang terluka? 

Akhirnya aku cuba untuk memaafkan. Payah memang payah tapi aku cuba dan dengan izin Allah SWT, aku harap aku akan dapat memaafkan mereka dengan seikhlas hati. 

Dan aku tahu Allah sentiasa bersama aku dalam perjalanan mencari diri sendiri yang semakin hilang ini.

Daripada,

Aku.


Friday, May 3, 2013

[Kiriman] Aku Bingung..


Dari : Lara Hari

bila malam menjelma, aku mula resah gelisah. Bukan kerana gangguan atau apa, tapi kerana aku takut dengan diri ku sendiri.

nafsu atau keinginan tanpa disedari.. aku tidak pasti. tapi yang pasti.. bila kala malam menjengah tiba aku resah gelisah.

mimpi atau realiti.. aku sendiri tidak pasti..bila malam datang bersama sang bulan.. berirama sendu sayup.. dengan hembusan angin malam.. aku semakin resah gelisah.......

takdir atau nasib... aku tidak dapat memastikan.. mimpi datang menyapa bila mata tertutup sudah... hati hanya diiringi dengan perasaan resah bercampur dengan perasaan berserah hanya kepda yang Esa. 

keajaiban atau magis.. aku bukan tidak percaya.. tapi suara hati pasti... aku resah bukan kerana apa.. tapi bayangan si dia menjelma.. si dia igauan masa silam ku.. kenapa menjelma lagi......  

Thursday, May 2, 2013

[Kiriman] Maafkan Aku.


Kepada : Dia yang ku panggil 'AWAK'

Assalamualaikum...

Aku tahu kehadiran kiriman ini tidak disangka sangka atau mungkin juga tidak pernah diundang sama sekali. Tapi tolonglah... aku mohon... jangan abaikannya sebelum kau menemukan intipatinya yang aku pasti akan kau perolehi sebelum nokhtanya yang terakhir. Aku janji.

Mungkin terdetik di hati kau yang aku ini macam orang buang tebiat lagaknya. Ahhh tak kisahlah apa yang hendak kau andaikan... aku tak akan ambil hati jauh sekali berkecil hati. Ialah... ajal maut Allah sahaja yang dapat tentukan... terkadang dalam lena tidur... tahu tahu terus padam di pembaringan...

Sebenarnya... aku sudah berkali kali menahan jemari ini untuk menyusun ayat membentuk kata. Tapi ternyata... hati rupanya berkomplot sama mendera... memaksa dan terus memaksa. Lelah dan semakin tidak berdaya aku jadinya apabila ianya terus terusan meronta ronta... Sejenak dalam sedar aku bertanya pada Tuhan. Ya Tuhan.. seandainya memang benar hati kau sama sekali tidak pernah aku tersakitkan... maka jauhkan segala macam rontaan ini dalam relung jiwaku. Tenangkanlah nuraniku. Damaikanlah jiwaku. Tapi sayang... rasa itu masih tetap juga ada di situ... bertapak... menekan dan terus mengasak. Lalu dalam diam aku temukan jawapan... Maafkan aku \'AWAK\'. Aku merendahkan seluruh jiwaku memohon kemaafan di atas segala apa yang pernah aku lakukan yang memungkinkan engkau sempat merasa akan kesakitan. Walaupun dulu aku berandaian semua orang sekadar main main, suka suka... menganggap segalanya sekadar gurauan semata... sehingga aku lalai dan terlupa bahawa setiap insan itu berbeza beza... Maafkan aku.. Aku mohon kemaafan dari dasar keikhlasan kau yang paling dalam... Maafkanlah aku... aku mohon!

Kau gelakan aku ya... Tertawa kerana aku mempamirkan kebodohan ini. Dipandang bodoh pun bodohlah... tak mengapa.. asal bebanan kejiwaan ini dapat aku bebaskan. Aku sememangnya telah siap sedia menerima apa pun kemungkinan. Diherdik... dimaki... dicaci oleh kau pun tak mengapa... asalkan kemaafan itu aku perolehkan. Apa ada hal... bukan boleh dengar suara kau pun... habis tinggi baca cetakan huruf huruf roman... hihihiii 

Aku serius ni... bukan gimik atau apa apa yang negatif yang sempat melintas dalam kotak fikir kau. Aku harap kau sudi maafkan aku seikhlasnya... Terasa aku waktu semakin singkat sedangkan amalan aku tidak seberapa... pun pahala begitu juga... entah ada entahkan tiada... Tup tup di akhirat nanti kau tunggu aku di sana... menuntut yang di kanan aku... yang timbangannya sekadar ala ala sahaja... atau mungkin juga tiada... Lantaran itu... pada waktu yang masih bersisa... TOLONG.. MAAFKANLAH AKU.

Hanya itu sahaja yang aku pinta... hanya itu yang aku pohon... dan masih itu juga yang aku tuntut... Bukan macam macam... mahupun yang bukan bukan... Namun aku tahu memang payah meminta maaf... pun begitu... terlalu sukar memberi maaf. Aku pasrah... Terima kasih dari relung jiwa seandainya kau ikhlas memaafkan... Terima kasih jua kiranya kau masih meneruskan pembacaan. Maaf kerana terlalu banyak mencuri waktu kau... untuk kali ini sahaja. Itu janji aku. Moga akan aku temui kedamaian setelah segalanya aku lontarkan...

Jaga diri kau baik baik kerana pastinya Tuhan telah mengaturkan jodohnya yang terbaik buat kau. Jaga hati kau untuk dia... dan dia pasti menjaga hatinya juga untuk kau. Semoga kehidupan kau senantiasa dalam kerahmatan dan keberkatanNya.... Amin


kiriman : tinta sanubari