Showing posts with label Akim Iqbal. Show all posts
Showing posts with label Akim Iqbal. Show all posts

Friday, April 6, 2012

Kepada Semua Manusia Sibuk

Kepada,
Awak yang selalu sibuk.

Hai awak di sana ? Kalau belum solat silalah solat dahulu sebelum membaca surat saya. Jangan sampai terlupa solat apabila asyik dengan dunia, akhirat jangan lupa tau..

Awak tahu kan yang solat itu lima waktu sehari semalam, dan solat itu tiang agama. Cuba awak tengok tiang rumah tu, nak buat tiang kena tahu bahan-bahan untuk buat tiang. Nak jadikan tiang kena tahu ukuran dan kepanjangan, supaya sesuai dengan bumbung yang hendak didirikan. Bahan-bahan untuk buat tiang pulak kena sesuai, kalau tak sesuai nanti tiang tu tak kukuh. Boleh runtuh bila-bila masa, silap haribulan tiang tu jatuh atas kepala. Kesian awak..

Nak jadikan tiang sahaja kita kena baca dan tahu apa bahannya. Solat ? Takkan hanya bersolat tetapi tidak tahu apa yang terkandung di dalamnya kan ?

Awak nak tahu sebab apa tak khusyuk ? Sebab kita tak tahu apa benda yang kita baca waktu solat tu. Cuba kita tahu, tentu kita dapat hayati setiap makna dan perkataan yang kita baca.

Awak, saya nak bagi satu video supaya awak tengok dan awak hayati.



Wednesday, March 14, 2012

Untuk Tanah.

Untuk tanah yang bakal menimbus aku,

Bila celik mataku ini, aku memijak kamu dengan kasar. Kadang-kadang terlalu kasar disebabkan terlajak tidur. Maafkan aku tanah, aku terpaksa berlari. Aku terasa banyak dosa bila dahi aku terlewat menyentuh tanah menyahut seruan Illahi. Di tanah ini jugalah aku sering melakukan dosa dan maksiat, melawan cakap ibu bapa dan memusnahkan hubungan aku dengan kawan-kawan.

Bertemu cinta juga di atas tanah, menghadap cinta yang sejati di dalam tanah. Mampukah aku ?

Kasihanilah aku wahai tanah, saat aku berada di dalam mu. Kau jagalah jasadku dengan sempurna. Kau halanglah ribuan ulat yang cuba menggigit diri ini. Aku ingin tenang bila berada di situ. Seksaan di situ amat dahsyat untuk di bayangkan. Aku tak mampu.

Tercipta aku dari tanah, akan kembali menjadi tanah. Tanah yang gersang, tiada berteman. Di sekeliling cuma sekujur jasad tidak bergerak.

Yang sering lalai di dunia,
Hamba Allah