surat terbuka ini buat orang yang macam aku, punya ayah yang tak berpangkat sultan, tak punya syarikat besar untuk aku ambil alih dan tak punya personaliti sehebat superdaddy.
Aku agak kehairanan bila orang terlalu bangga akan ayah sendiri. Terutama perempuan. Kebanggaan mereka terhadap ayah sendiri bagai tatkala dulu Mawi menjuarai akademi fantasia. Bagai Sheikh Muazaphar naik ke ISS. Ibarat malaysia menang aff suzuki cup. Ibarat mat salleh menyanyikan lagu Baldu Biru. Bangga bagai ayah mereka ibarat Sultan Kelantan. The awesome king, kind hearted and a gentlemen.
Tapi aku tak merasa pun begitu. Langsung tidak berperasaan bangga akan ayah sendiri walau sekelumit di celah gigi. langsung aku hairan akan mengapa mereka mereka ini begitu bangga akan ayah sendiri. Ayah aku tak cukup awesome macam ayah ayah yang lain kah? Sememangnya tidak.
Di awal remaja ku, sebagai anak lelaki, aku lebih rapat dengan mama. Ayah? Punca yang buat aku rasa malu. Kadang kala aku takut hendak menjemput ayah ke majlis ataupun acara yang menjemput ibu bapa turut sama hadir. Aku takut aku dimalukan oleh ayah. Berbagai cara aku mengelak agar mama saja yang hadir. Tapi pada umurku 15 tahun semua tanggapan itu berubah.
Selesai semester 1 persekolahan, sekolah aku akan menjemput ibubapa dan pelajar berjumpa dengan guru subjek masing masing. Sesampainya surat di rumah mengenai acara ini aku hanya menunjukkan surat pada mama. Mengharapkan hanya mama dan aku hadir menemukan guru-guru subjek ku. Tapi mama sudah bercakap mengenainya dengan ayah. Terpaksalah aku menerima hakikat ayah dan mama akan menemani aku hadir ke acara. Acara dimana penilaian prestasi akademik aku akan di bentangkan di hadapan ayah dan mama. Aku takutkan keputusan dan komen dari cikgu kerana takut di rotan di rumah kelak. Walhal, aku lagi takut ayah akan memalukan aku dengan sikapnya di hadapan cikgu.
Seperti sudahku jangka, memang ada suatu saat di mana aku dimalukan. Cikgu cuba menerangkan prestasi dan markah ujian ujian ku sepanjang semester tapi ayah seakan tidak mengerti dengan terma terma yang di sebut oleh cikgu. Mama sudah tersenyum bila ayah menyebut perkara yang berlainan terus dari yang di bincangkan. Aku terus mengeleng kepala. Lalu cikgu memandang aku.
"Jangan macam tu, ini ayah kamu. Macam mana pun tetap ayah kamu. Memang begitu sikapnya"
Bermula dari saat itu, aku langsung menerima sikap ayah sememangnya begitu. Tanpa ada warning, senang saja dia memalukan aku di hadapan aku dan rakan-rakan ku. Akan sudah memahami sikapnya sememangnya begitu, aku belajar memahami sikapnya lantas cuba mengawal keadaan suapaya aku tidak dimalukan olehnya. Juga menghalang ayah memalukan dirinya sendiri dengan sikapnya. Ayahku sangat ramah. Kadang kala ramahnya tak bertempat. Keuntungannya, dia senang saja mendapat rakan untuk borak borak dimana-mana.
Ayah aku tak sehebat mana. Tak punya duit yang mampu penuhi kehendak anak-anak dan mama. tapi aku senang saja berada disisinya. Ayah aku bukanlah idola aku seperti orang lain banggakan "ayah aku adalah idolaku". Aku tak tahu itu cuma ikhlas dari hati atau membanggakan diri bagi mereka. Tapi aku bersyukur punya ayah yang masih ambil berat pada aku dan mengatakan sayang pada aku bila dia mahu. Beginilah cinta ayah padaku.
Aku hidup dalam ketakutan untuk mengatakan aku sayang kan ayah aku.
Showing posts with label Naqib. Show all posts
Showing posts with label Naqib. Show all posts
Friday, June 22, 2012
Kasih untuk Ayah
Monday, April 23, 2012
Ada yang sedang memandang
Hai awak,
Saya dah lama intai awak dari dekat sebenarnya, cuma... itu lah, awak tu buta pada zarah kehadiran saya. dekat sebelah pun tak nampak. duduk kiri kanan pun tak nampak jugak. jadi saya tengok je lah. apa saya boleh buat. nak paksa awak nampak saya yang hodoh ni.
awak ni baik sebenarnya. kadang-kadang jahil juga. terang-terang belajar agama, larangan-larangan dalam islam, apa boleh buat dan apa tak boleh buat. tapi awak buat jugak. bila insaf sanggup ke surau penuh waktu. bila dah lalai, azan pun buat-buat tak dengar. kalau lah awak nampak saya, memang saya luruskan apa yang awak dah bengkok, bodoh.
saya kadang-kadang geli pulak tengok apa awak buat atas katil sambil tengok laptop. jijik tahu. saya tau Tuhan bagi nafsu, tapi reti-reti la kawal. akal letak kat mana? nabi dah cakap kalau tak tahan, berpuasa lah kamu. tak tahan jugak cari awek buat bini. saya pandang je dari atas. rasa nak join jugak pun ada.
bagus saya tengok awak solat penuh. tapi kenapa solat dalam bilik? pegi la kat surau, jauh mana sangat surau tu, alahai. kalau saya join jadi makmum, mau terperanjat awak. iye lah, biasa solat sorang-sorang dalam bilik, tiba-tiba ada orang ambik jadi imam. solat subuh pun entah ke mana. yang lain penuh. subuh entah ke mana.
wahai anak Adam, aku duduk sini lagi lama dari kau. baju tu jangan la sampai sebulan baru nak basuh dan hari-hari recycle baju minggu lepas. lepas makan basuh la pinggan mangkuk hayun kau tu. bawah katil dan lantai tu masa-masa senggang bawak-bawak la sapu.
aku malas lah nak cakap banyak, nanti kau syak surat ni datang dari house-mate kau pulak. bukan nya si mail, mat labu mahupun moksin. ini dari aku, aku ni yang dah lama memperhati. aku ni makhluk ciptaan Tuhan yang duduk atas almari kau ni. anggap lah ni warning letter dari aku. tak berubah jugak, aku panggil kawan lama aku. cerita pasal dia dah ramai orang tahu tau. Jangan pandang aku pelik pulak.
salam dari sahabat atas almari.
Wednesday, April 11, 2012
Madu yang Hilang
Kepada bekas kekasih yang telah disayangi,
i tau u dah tak sayang dekat i dah, tak ape kan i membahasa kan diri sebagai 'i'? ape? panggilan itu hanya bila kita bersama? okey okey. aku tau kau dah tak sayang aku dah. kau tinggalkan aku sebab aku lebih tergila-gilakan lisa surihani daripada kau. kau terasa seperti aku mempunyai chance untuk date dengan lisa surihani padahal tweet aku pun lisa surihani tak balas. ini kan direct message kepada lisa surihani. bak kata orang yang dikejar memang mustahil nak dapat, yang dikendong lari kecemburuan. tak apalah, mungkin bukan jodoh.
wahai bekas kekasihku. aku tau aku silap kerana terlalu menyintaimu sedangkan aku lupa pada janji Allah. Jodoh di tangan Nya. kerana kau telah bertemu dengan kedua ibu bapa ku dan aku juga sudah bertemu kedua ibu bapa mu. abah kau siap percaya lagi kat aku, bank in duit dalam akaun aku kirimkan kepada kau. lelaki, bila dah sampai ke telinga ibu bapa maksudnya dia akan jujur dan setia. tetapi, baik mana sekali pun keluarga kau. kalau janji ALLAH jodoh DIA telah tetapkan. jadi juga. kun faya kun. jadilah, maka jadilah.
wahai bekas kekasihku. maaf jika layanan aku seteruk cipanzi. maaf jika layanan aku tidak kau senangi. aku tau, kekasih kau kini telah bersurah pada aku. aku layan kau seperti kawan lelaki. aku ni ego, pentingkan diri sendiri, tak reti jaga hati kau dan tak terima kekurangan kau. ex, kalau jodoh, aku layan isteri aku macam layan sahabat lelaki pun tetap tak akan lari. kalau aku layan sebagai sahabat lelaki apa salahnya? bukan kah itu lebih romantik? dan aku rasa berkawan kita lebih kenal hati budi dari bersayang-sayang. pijak semut pun semut reti elak. Kalau berkawan, kau akan lihat true colour seseorang itu. ex, biasalah lelaki, punyai ego. ego aku tinggi sekali pun tetapi aku tak pernah nak tinggalkan kau. tetapi aku yang kau tinggalkan. kau patut belajar lebih sikit sebab wanita punyai kuasa untuk menundukkan ego lelaki. juga imannya.
wahai bekas kekasihku. maaf jika aku jahil dalam menjaga hati kau. pentingkan diri sendiri dan tak menerima kekurangan kau. sekurang-kurangnya aku tak lari dan tinggalkan kau untuk perempuan lain. aku tetap setia di sisi kau itu pun belum cukup untuk menjaga hati kau? apa, selama ini tidak cukup lagi apa aku buat untuk jaga hati kau? inilah jodoh. aku tau aku pentingkan diri sendiri. mungkin salah aku sendiri. inilah jodoh. jahat mana sekali pun aku kalau jodoh tu jodoh jugak. kau katakan kau terima kekurangan kekasih baru kau dan kekasih baru kau terima kekurangan kau? nampak sangat kau terima aku dan tinggalkan aku kerana kau tak mampu terima segala kekurangan aku. inilah dikatakan jodoh. kalau jodoh, jodoh jugak.
| [ sumber : google ] |
wahai bekas kekasih aku. bila kita berpisah kau canang sana dan sini keburukan aku dan kekurangan aku ketika bercinta dulu. aku tau aku bukan untuk kau. aku tau kau tak boleh menerima begitu banyak kekurangan aku. dan aku tau aku manusia biasa yang tak sempurna seperti lelaki idaman malaya. tetapi rahsia dan sisi gelap kau tetap bersama aku. tidak aku mencanang sini dan sana mengenainya sebab aku pegang pada janji kau dan aku tidak mahu mengaibkan kau. biarlah rahsia itu terkubur bersama memori.
wahai bekas kekasih aku. kita tak patutnya berjanji setia. berjanji yang kau hanya di hati aku sampai syurga. itu pun kalau masuk syurga lah. begitu juga kau. kau berjanji tidak akan meninggalkan aku. kau berjanji hanya aku dihati kau. tetapi tidak kah kau sedar dengan cara ini kita telah mencari dosa free. janji yang tidak ditunaikan itu berdosa. dan kita patut beringat pada janji Allah yang jodoh itu ditanganNYA. kita tak patut berjanji kerana kita tidak tahu akan siapa jodoh kita sebenar.
wahai bekas kekasih aku. maaf jika aku memegang tangan kau. aku tau perbuatan ini dosa. aku tak menjaga batas-batas pergaulan dengan kau. dan kau juga tahu perbuatan kita itu dosa. dan pasti kau juga tahu jika antara lelaki dan wanita itu pastinya ada orang ke-tiga. alhamdulilah, kita tidak pernah terlanjur kerana aku masih ada iman. dan aku sayangkan keluarga. maruah diri aku dan keluarga aku. dan beringatlah wahai wanita sekalian. maruah kau bukan untuk kekasih. tetapi untuk suami kau. jika zaman bercinta kau telah serahkan tangan kau untuk di pegang. makan di restaurant bersuap-suap. kau dah hilangkan mood makan beradap ketika kenduri kawin kelak. nampak sweet je makan beradap bila bersanding tetapi dah biasa pun buat kat restaurant bila keluar date. jadikan semua yang pertama untuk suami. save the best for the last.
wahai bekas kekasih aku. sekarang aku redha dengan apa terjadi. Kalau sudah jodoh itu tak kemana. sekarang kau sudah bersama kekasih yang baru. begitu cepat kau move on sedangkan aku terpenjara dalam diri sendiri. terguling tak tentu arah nak keluarkan dari kotak memori. aku percaya, satu hari ingatan kau akan padam jugak seperti tulisan di pasir. dipadam dek ombak. dan tak mungkin di padam dalam memori otak sebab otak boleh menyimpan memori beribu-ribu kali ganda dari komputer dan hard disk TeraGig.
wahai bekas kekasih aku. aku doakan kebahgiaan kau bersama kekasih baru kau. semoga berkekalan dunia akhirat. dan ingat pesanan aku yang acapkali aku ucapkan bila aku marah, sayang, tak ada mood dengan kau. mungkin berguna ketika bersama kekasih baru. bencilah aku kerana muka kau pun aku tak sanggup memandang kerana begitu dalam terguris hati aku diperlakukan sebegini. mungkin bukan dalam sebulan dua yang pertama untuk kita berkawan. kerana parah terguris hati aku belum sembuh-sembuh. hargailah kekasih baru kau itu.
mungkin pesanan aku tidak cukup. dan aku kini percaya bahawa bercinta selepas berkahwin itu lebih bermakna dari bercinta tanpa ikatan yang sah. semua yang aku lakukan pada kau. pemberian bunga rose unggu. pemberian hadiah hari jadi. pemberian ucapan selamat pagi setiap hari seakan tidak bermakna dan sia-sia sekarang. kerana aku lupa akan janji Allah. jodoh ditanganNYA. telah aku ikhlaskan hati, ampunkan segala silap dan salah dan halalkan makan dan minum selama kita berkongsi. bercinta selepas kahwin itu lebih bermakna bagi aku sekarang walau pun dahulu aku lah orang yang paling kuat membangkang cara tersebut. sekurang-kurangnya segala usaha, penat, kasih, sayang dan pengorbanan aku itu berbaloi untuk seorang isteri yang cantik dan di redhai ALLAH. semua itu dibalas dengan kasih sayang ALLAH dan seorang isteri. tidak kah itu lebih bermakna?
wahai bekas kekasih aku. cukuplah setakat ini kiriman surat aku. semoga aku pula bertemu dengan jodoh yang ALLAH telah janjikan pada aku. jika aku mati esok hari sekali pun aku percaya ada bidadari yang jauh lebih cantik dari kau untuk aku. biarlah aku menunggu jodoh dariNYA. kini aku harus pegang pada kata-kata ibu aku. cukup lah kau bercinta, nak. jangan rosakkan masa depan kau kerana wanita. jika kau saling jatuh hati sekali pun kelak cukup lah sekadar suka. teman tapi mesra. takkan kau terguris begini teruk. 'bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan' thank you umi.
salam terakhir dan selamat pergi bekas kekasih ku.
Friday, March 30, 2012
Bazir
Salam bos,
mungkin bos tertanya-tanya di mana saya sekarang dan apa sudah terjadi dengan wanita ini. kalau saya bagi tau kat mana saya sekarang, saya telah permudahkan kerja bos. hari-hari makan rasuah, lepak mapley dan singgah kelab malam tapi nak cari saya nak jalan mudah je. aish.... mana boleh. hidup saya pun dah susah lari sana sini, kini giliran saya pulak nak bagi hidup bos susah.
tubuh di hadapan bos ni ( saya menjangkakan bos akan terus baca surat ni sebaik saja tiba di tempat kejadian sebab saya letak surat ni sebelah usus kecik. tak tau la pulak kalau bos hantar pegi makmal ala-ala CSI dulu lepas tu baru nak baca ) adalah seorang wanita. mana lah tau setelah puas saya menjamah melepaskan nafsu saya yang tak terbayar sejak dua tiga bulan yang lepas sampai hilang kemaluannya. kalau check DNA masih lagi dapat tentukan lelaki atau wanita kan bos? saya lama dah tak tengok CSI ni. saya bayangkan bos macam Horatio Caine tapi bos tak lah sebijak H. sampai setahun nak cari saya. apa kes? saya penat nak makan makanan tong sampah. kalau serah diri tak macho beb.
oh terlupa. panjang pulak intro-nya sebab... alah, polis nak jumpa saya pun bukan dua tiga minit lagi kan? pasal mangsa di hadapan bos ni, saya dah tekan dari awal-awal mangsanya perempuan. kepalanya ada di atas loteng. nanti dia boleh lah tengok macam mana polis cari bukti jenayah dalam rumah. yang saya tahu wanita ni pun minat betul dengan CSI. otaknya di atas meja seperti yang bos sudah lihat. agak payah jugak lah saya nak asingkan tengkorak dengan otak. otak ni letak atas meja study pun bukan boleh pandai kalau dah azali bodoh. gigi ada dalam peti ais. kuning sikit sebab tuannya tak gosok gigi berapa tahun tah. dalam rumah ni cuma ada playar, agak payah sikit dan makan masa jugak lah nak cabut. bahagian bahagian lain semuanya ada dalam rumah ni. tak besar pun rumah ni. boleh main treasure hunt dengan kawan-kawan bos. siapa dapat bahagian paling banyak dia menang.
oh, terlupa, dalam perut mangsa ada ayam tak habis gigit. seketul besar bos! terkejut saya. memang patut pun saya cabut gigi dia, makan tak reti gigit bagi lumat. saya tengok macam pembaziran jadi saya makan je lah. sedangkan nabi mengutuk orang membazir dan memuji kita bersederhana. harap bos tak marah takut saya makan ayam tu sebagai bukti on crime scene. tapi bos, aku tengok wanita ni sebagai satu pembaziran, entah siapa benarkan dia lahir kat muka bumi ni? jadi daripada membazir saya tamatkan riwayat dia dengan cara yang tak membazir. bos pun kalau suka membazir macam ni jugak lah aku buat kat kau.
saya bagi hint terakhir lah untuk bos, wanita ni bekas kekasih saya. dia membazir masa aku hampir 2 tahun bos. buat apa saya jumpa wanita yang bukan jodoh saya dan cakap dia sayang saya? tak ke membazir tu bos?
tadi masa wanita ni meronta-ronta macam orang gila, kami terpatah antenna tv. saya tak nak berhutang antenna tv dengan wanita lakhanat ni jadi saya ganti dengan tulang. walaupun dia sudah tiada bos tapi the ride we had was great. saya pun tak sure dia bekas kekasih saya ke tak pun kekasih kawan saya. tak tengok pulak saya muka dia masa tengah sedap sedap tadi, takut tak ternaik nafsu aku pulak. tapi macam sedap je aku bantai je lah. muka macam mak saya pun ada jugak perempuan ni. ah, persetan lah. janji aku puas.
salam sayang dari saya buat bos dan satu kontigen bos.
see you in another letter with another pair of brain.
^^
Wednesday, March 21, 2012
Moirai (2)
Asalamualaikum,
Amin, mak tahu ini kerja gila,
tetapi mak rindu sangat kat Amin. Sepagi sabtu mak duduk di sini dan berdoa
pada ILAHI. Supaya dekat mana pun Amin sekarang, Allah akan pelihara Amin. Sepagi
ini juga lah mak duduk dan menulis surat untuk Amin, sebab mak rindu sangat. Mak
rasa Amin tak marahkan pada kawan Amin tu, kan? Basyar tinggalkan pau kegemaran
Amin kat sini. Tapi dah berkulat. Dia rindu sangat kat Amin. Mak pun begitu. Menitis
air mata mak baca surat dia untuk Amin. Inikan lagi mak menulis surat untuk
Amin, pipi mak kebasahan. Dulu Mak ada Amin untuk lapkan air mata Mak. Mak
datang sini sebab mak sunyi sangat. Kami tahu, Amin takkan datang sini lagi.
Muhaimin, nama ni ayah yang bagi. Katanya,
kawan dia dulu namanya Muhaimin. Orang nya bijak. Arif dunia dan akhirat. tak
silap keputusan mak bersetuju dengan Ayah. Amin sentiasa senangkan hati mak,
gembirakan hati mak kadang-kadang mak meminta terlalu banyak dan di luar
jangkaan Amin, Amin masih dapat tunaikan. Amin sokong hujah-hujah mak bila bertengkar dengar Ayah kamu walaupun Amin tau
mak sebenarnya salah. Mak rindu sangat kat Amin. Mak tak harapkan Amin pulang,
sebab itu bukanlah ketentuan ILAHI. Mak tahu itu. Mak masih waras, Min.
Izinkan mak beransur pulang. Ingat,
Amin sentiasa di hati mak, adik-adik, Ayah. Semalam kami ke restoran rumah
hijau, sebab kat situ la Amin belanja kami semua makan mula-mula Amin dapat
gaji. Seronok sangat. Tapi tak se-seronok dulu. Masa Amin ada dulu.
Nanti kita pasti akan jumpa, mak
akan peluk Amin kuat kuat.
Salam sayang dari mak, mak balik
dulu.
Saturday, March 17, 2012
Moirai
Salam,
Amin, aku mintak maaf kalau kau terasa dan berkecil hati dengan aku, kalau kau nak larikan diri dari aku, sekurang kurangnya aku tahu sebab apa kau begini. Kau hilang macam ni, hidup aku bercelaru tahu. Kau la kawan aku cari senang dan susah. Memang kadang kala bahasa aku kasar, dan aku akan dapat lempang di kepala mahu pun terajang di kaki kalau bahasa aku terlampau kasar. Kau tak ada, dah tak ada orang nak lempang aku, beb.
Aku cari kau separuh bumi, kemana kau menghilang Min. Mungkin kau ada di ceruk ceruk separuh lagi bumi yg belum aku terokai. Tapi, dengan duit simpanan yang aku ada, aku tak mampu nak teruskan mencari kau, Min. Min... Aku mintak maaf. Balik la min. Aku merayu, min.
Masa aku cari kau, aku nampak ayah dan mama kau. Diorang cakap kalau nak cari kau, kat sini tempatnya. Berdekatan dengan batu ni. Tapi aku tak nampak kau pun. seharian aku menunggu sebab aku yakin kau akan muncul. Tapi aku percaya kau akan lari bila nampak aku. Kenapa benci kau pada aku begitu tinggi Min? Apa salah aku min? Aku melutut dan merayu kau ampun lah segala silap dan dosa aku pada kau, Min.
Aku akan cari kau sampai mati. Aku tak tipu Min. Aku bersumpah atas nama yang Maha Esa. Kau tau kan bila aku dah cakap begini aku buat betul betul. ini bukan macam kes aku suruh kau datang block akademik tempoh hari. Aku rindu sangat kat kau Min. Kau la kawan yang aku ada. Satu satunya atas bumi ini. Langit dan di darat. Kau saja Min. mungkin aku tak ke syurga. tapi aku bangga ada kawan macam kau di syurga.
Aku letakkan surat ini bersama titis air mataku, sekalung keampunan dari aku dan 3 biji pau cina. Tak se-sedap macam nenek kau buat. Tapi... Aku biarkan saja di atas batu ni. Kelak kalau ada kelapangan aku datang kembali. Tinggalkan aku nota mahupun sehelai rambut kau, tanda kau dapat surat dari aku. tanda kau dah menjamah pau cina ni walau secubit. tanda kau tahu akan aku rindu sangat pada kau.
Aku pasti aku akan jumpa kau jugak.
Subscribe to:
Posts (Atom)



