Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Dari Cik Manis pipi gebu..

teet..teet..ada mesej masuk pukul 3 pagi semalam:

dari awak,orang yang paling saya sayang..

                               Ya Allah,jaukanlah perasaan cintaku ini padanya jika dia bukan milikku,jika betul dia milikku,maka engkau dekatkanlah hati-hati kami.Hanya kepada Mu aku minta pertolongan..

                       Tak lena tidur sebab mesej awak ni.Dari malam sampai pagi.Terfikir-fikir apa yang patut saya balas.Saya tak pandai buat ayat puitis macam awak.Patut ke saya balas saranghae..aishiteru..uhibukafillah..I love u so much..Tapi tu cuma saya cakap dalam hati je lah..Kalau saya balas macam tu..nanti awak juga yang tak lena tido malam.Akhirnya saya balas:

         Kalau awak sayangkan saya,cari saya bila tiba masanya.Saya cuma nak hubungan yang halal antara kita.Saya nak jaga hati saya dan saya nak awak jaga hati awak.Kalau awak tak mampu,sila cari orang lain sebagai pengganti.Maafkan saya..

                      Bukan sengaja saya nak tinggalkan awak.Saya memang sayangkan awak.Tapi saya lebih sayangkan Yang Maha Esa.Tuhan yang telah menganugerahkan seorang kekasih sebaik awak.Sebab saya sayang awaklah,saya tak nak heret awak buat dosa.Dosa bercinta sebelum nikah..Biarlah kita terpisah untuk sementara dari kita terpisah selamanya di dalam neraka.Kalau memang ada jodoh antara kita,sejauh mana pun kita terpisah...satu hari nanti  kita akan tetap bersatu.


             Saya tahu sukar untuk awak terima semua ni.Saya pun sama.Rasa macam lain gila bila tak dapat nak dengar suara awak hari-hari macam dulu.Rindunya kat semua tu.Tapi kita kena sabar.Awak juga yang cakap syurga itu maharnya mujahadah..Kita kan nak hidup sama-sama kat syurga nanti..so,kenalah mujahadah kan.Kalau saya rindu awak,masih ada keychain love yang awak bagi ni..saya bawak pergi ke mana je.Kalau awak rindu saya,peluk je teddy bear yang saya bagi tu.

    Saya nak awak tahu,yang saya sayang awak sangat-sangat dan saya berharap awak  akan pegang tangan ayah saya masa akad nikah nanti.Awak yang akan sarung cicin kat tangan saya dan awak yang akan cium dahi saya sebagai sahnya saya menjadi isteri awak.Itulah saat yang paling bahagia yang saya nanti-nantikan.Sabar ye awak,tak lama pun.Saya tahu awak mampu.

Dari: Cik Manis pipi gebu..

Thursday, March 22, 2012

Dia Benar-benar Isteri Setia

Kepada,
Wanita tabah.

Sungguh awak seorang wanita yang sangat kuat. Jika saya berada di tempat awak, saya tak jamin saya boleh teruskan hidup ataupun tidak. Kehilangan orang tersayang memang memeritkan, saya juga pernah alaminya namun kehilangan seseorang yang menjadi pelindung kehidupan, hanya Allah saja yang tahu kesedihannya. Benarlah Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286, "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Sungguh awak insan terpilih untuk menerima ujian sebegitu dan awak juga pasti mampu menghadapinya. Kadangkala hati seseorang akan tewas dengan ujian namun saya tahu awak seorang muslimah dan isteri solehah, sentiasa mengingati kembali bahawa Allah jualah yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu kejadian. Awak kembali semula kepada Qada' dan Qadar Tuhan. Awak, sungguh ramai yang menyayangi awak. Teruskanlah kehidupan awak seperti biasa bersama anak-anak. Mereka sangat memerlukan kehadiran awak. InsyaAllah, saya yakin cinta sejati sesama manusia pasti saja akan bertemu di syurga begitu juga awak dan si dia. Semoga awak sekeluarga berkumpul di sana, tempat yang lebih indah.  Amin!

Daripada,
Pemerhati setia.

Sunday, March 18, 2012

Wanita di Fesbuk

Lelaki seluruh dunia,
Ruang Lelaki,
Facebook Bersepadu,
Meleis.

*******************************************************************************

Pengguna Wanita,                                                                                              18 Mac 2012
Ruang Wanita,
Facebook Bersepadu,
Seluruh dunia .

Puan,

MEMOHON AGAR DIKURANGKAN TEMA 'MUNCUNG ITIK' DALAM GAMBAR DP FACEBOOK

Berhubung tajuk di atas, saya selaku wakil pengguna-pengguna lelaki ingin meminta jasa baik para pengguna wanita di laman Facebook supaya dapatlah kiranya mengurangkan penggunaan tema 'muncung itik' dalam gambar-gambar DP atau Default Pic anda.

2.   Kami mendapati penggunaan tema ini semakin menjadi-jadi dan sering dilihat mengalahkan Donald Duck yang merupakan ikon muncung itik sejati. Teguran ini dibuat adalah atas dasar kemanusiaan supaya masyarakat timur kita tidak terikut-ikut dengan gaya-gaya yang diambil dari budaya barat. Disini ada kami lampirkan contoh penggunaan 'Muncung Itik'(lampiran 1) yang dapat dikesan. Kami mendapati, jumlah ahli kami yang bertukar menjadi pemburu itik dan pengusaha mee segera perisa itik goreng semakin meningkat, selari dengan meningkatnya penggunaan tema bergambar ini.

3.   Tambahan pula, wajah manusia yang ada di gambar itu kelak dikhuatiri akan bertukar lama-kelamaan menjadi wajah haiwan. Ingin kami tegaskan bahawa, teguran ini bukan dikhaskan untuk hot stuff atau sebaliknya (faham-faham sahajalah) tetapi ditujukan untuk mana-mana wanita yang sudah melakukan atau ingin melakukan perkara ini kelak. Ingin juga ditegaskan di sini bahawa kami juga menetapkan larangan bagi ahli kami untuk melakukan aktiviti tidak sihat ini.

4.   Kami harap teguran kami ini akan menyumbang ke arah taubat nasuha ahli-ahli anda yang ingin atau sudah menggunakan tema 'muncung itik' ini dalam proses pengambilan gambar mereka. Eloklah kiranya jika nasihat kami ini ini dijadikan pedoman dan tidak dibalas dengan caci maki puak-puak yang butthurt atau terasa melebih. Kerjasama dari anda amatlah kami hargai. 

Sekian Terima Kasih.

Yang Benar,

AbangFesbuk
(Setiausaha Ruang Lelaki)
Facebook Meleis.



Lampiran 1.