Ke hadapan pengurusan FAM, atau lebih senang orang kenal Persatuan Bolasepak Malaysia,
Oh, surat ini hanya menyentuh tentang bola sepak, tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti institusi diraja dan sebagainya.
Ke hadapan pengurusan FAM, atau lebih senang orang kenal Persatuan Bolasepak Malaysia,
Kehadapan awak yang hipster,
Hai awak. Awak khabar apa? Khabar baik lah semestinya kan. Harap-harapnya begitulah. Bukan apa, saja nak bertanya. Mana tau sakit, bolehlah saya tolong bawakkan ke hospital.
Saya nak cakap ni, semenjak saya nampak awak, saya rasa macam sukalah pulak pada awak. Entahlah, kalau awak tanya kenapa pun saya tak tau nak jawap ape. Awak lembut, sopan-santun peramah, berhijab, dan yang paling penting, awak hipster. Saya suka bila tengok awak pakai cermin mata besar awak. Kenalah dengan muka awak. Saya pun pakai cermin mata besar jugak. Nampak tak permainan takdir di situ?
Saya pun nak ucap terima kasih lah kat awak sebab temankan saya ituhari. Sengaja je saya ajak awak, nak jugak jalan-jalan dengan awak. Dapat jugak rasa akhirnya. Saya tau, awak mesti tak perasan kan taktik saya? Nampak tak permainannya di situ?
Awak, saya ingat lepas ni nak ajak awak pergi makan kat luar kampus pulak, kalau awak nak lah. Tapi rasanya kalau ajak sekarang, potensi untuk di-friendzone tu lebih tinggi. Taknak lah saya asyik kena friendzoned je. Nak jugak rasa kejayaan kadangkala.
Dear awak,
Harap-haraplah sangat awak tahu isi hati saya. Sebab tiada cara lagi untuk saya luahkan isi hati saya kecuali melalui posmen ni. Posmen ni boleh sampai syurga tau (harap tiada orang PAS serang saya selepas mengeluarkan statement ini). Saya tak berani, saya tak juga gentlemen sangat. Kalau setakat main gitar kapok depan orang ramai tu saya beranilah. Bab-bab perempuan ni saya gugup sikitlah awak. Kalau awak nak tau, saya dah siap tulis satu lagu untuk awak. Awaklah sumber inspirasi saya sekarang.
Okaylah, sampai sini sajalah warkah saya untuk awak. Sorrylah kalau ada terkasar bahasa ye awak.
RE: Surat untuk mak mertua (Monday, August 27 2012)
Ke hadapan bakal menantu yang belum apa-apa dah bagi surat,
Mak ok je maintain kesihatan mak. Biasalah, semenjak buat poco-poco dan Gangnam Style dengan Rosmah ni, badan mak terasa kuat macam orang muda. Kau pulak macam mana? Sihat? Mak dah baca dah surat kau tu. 'Banyak' kebolehan kau ye nak..
Untuk pengetahuan kau nak, mak suka kat menantu yang pandai masak. Lagi-lagi kek masak cili padi ngan asam pedas tu. Mak ingat kalau raya nanti, mak nak order kat kau sikit kek-kek tu. Mak bagi bonus sikit la kalau kau boleh buat kuih 'Batang buruk bebenor nampaknya'. Susah nak buat tu.
Tentang nak masakkan masakan ekspres tu kat bakalan suami kau merangkap anak mak, kau masaklah. Selama dia dengan mak pun, mak buatkan sup cendawan Campbell je untuk dia tiap-tiap hari. Sampai dah muka fungus dah mak tengok dia. Mak tak kisah pun. Tapi mak tak boleh konpem lah kau bahagia ke tak dengan dia. Takut jugak kalau dia merajuk nanti lari balik rumah mak. Malas mak nak melayannya.
Oh menantu,
Mak tak kisah jugak kalau bab nak berkongsi anak mak tu. Tapi syaratnya tiap-tiap kali malam raya kena tidur rumah mak meaning that tiap-tiap kali beraya kena bali rumah mak. Muktamad. kalau tak, jangan harap nak jadik menantu mak.
Kalau tak boleh ikut jugak syarat mak, jawapannya adalah:
Wahai adik-adik,
Bulan Ramadan ini dijadikan Allah sebagai medan untuk Muslimin dan Muslimat beribadah dengan dikurniakan pahala yang berlipat ganda. Bertuah sungguh kita sebagai umat Islam dikurniakan nikmat sebegini rupa. Ditambah pula dengan kehadiran malam Lailatul Qadar yang menjadi raja segala malam. Sesungguhnya sembahyang terawih itu adalah salah satu medium untuk kita menundukkan diri kepada Allah. Seperti dikatakan tadi, banyak pahalanya.
Baiklah, henti dengan ceramah seperti Ustaz Azhar Idrus. Di sini saya ingin menyatakan isi hati saya kepada kanak-kanak budiman yang dibawa oleh parents mereka yang sememangnya berakal waras untuk sembahyang terawih bersama. Kalau boleh biarlah disenyapkan mereka itu. Lebih bagus, tutuplah mulut mereka dengan cellophane tape. Tolonglah, saya ni bukanlah sealim peserta-peserta Imam Muda Astro. Ramadan ini sahajalah peluang saya nak lipat gandakan amalan.
Pulak tu, tengah imam duk sedap punya layan baca surah, dah perang saudara pulak kat luar. Ikutkan hati, nak saja saya doakan terkena tangan ke, muka ke, alat sulit ke. Tapi tak baik pulak kan... Tolonglah hormat. Yang rasa dia tu sepatutnya digelar 'mak bapak', toonglah jaga anak-anak anda. Kalau kena sound kang, cakap saya ni kuang ajo pulak. Cuba kalau awak nak beribadat, saya layan duk main mercun kabait depan rumah. Mesti berapi kan?
Akhirulkalam, tolonglah hormat bulan Ramadan yang mulia ini. Main mercun tu bukanlah budaya kita. Adik saya pun saya larang nak main mercun tau. Dah lah, cakap pun tak guna, saya nak gi main meriam buluh lah. Oh, saya main meriam, bukan mercun.
Kepada Encik JPJ,
Apa khabar encik JPJ? Sudah minum kopi belum? Sudah trim misai encik yang lebat macam rumput tu? Eh banyak tanya pula saya kan? Tau tak siapa saya? Sayalah Rahim. Tak ingat? alahhhh..yang encik gagalkan ituhari lah kat Sekolah Memandu Bajet Rendah.
Kenapa saya pos surat ini? Di sini saya ingin menyatakan rasa tidak puas hati setelah digagalkan oleh encik dengan sewenang-wenangnya ketika ujian memandu JPJ tempoh hari! Saket hati!(dengan suara Ropie) Encik ingat saya ni banyak duit sangat nak repeat ujian JPJ tu? Encik bagi saya duitlah baru tau mahal tak mahal! Encik ni memang tiada hati perut lah! Hanya kerana saya lambat untuk parking sisi itu sahaja, encik sudah menghalau saya tanpa rasa belas kasihan untuk turun dari kereta! Cubalah encik tanya kenapa saya lambat. Tak boleh ke?
Buat pengetahuan encik, punca utama saya lambat ketika melaksanakan ujian itu adalah, ketika saya hendak parking sisi, di garisan kuning parking itu, saya ternampak seekor siput babi sedang melintas sambil mengendong anaknya. Oleh kerana sifat perikemanusiaan yang ada dalam diri saya, saya berhentikan kereta supaya siput babi itu boleh melintas tanpa rasa segan dan silu. Encik ni tak ada sifat kemanusiaan ke? Tak sangka saya! Belum sempat saya menunggu siput babi itu melintas, encik pula boleh suruh saya turun.
Ingin saya tegaskan di sini, bahawa saya akan berusaha sedaya-upaya untuk membawa hal ini ke muka pengadilan! Akan saya dakwa encik dalam isu hak asasi manusia dan keselamatan haiwan Malaysia. Baru encik tahu bahawa encik tak sepatutnya menggagalkan saya tempoh hari! Saket hati! Menci tau!
Wahai si koruptor,
Aku percayakan kau dalam segala perkara. Aku selalu fikir yang kau seorang yang bertanggungjawab. Aku fikir kau boleh pegang amanah ini tapi sikap kau yang korup telah membuat hati aku hancur kerana percayakan kau. Sudah lama kita berkenalan dan bekerja bersama, tapi kerana imbuhan dan duit, sanggup kau menggelapkan mata lantas mengkhianati amanah yang diberikan.
Apalah sangat imbuhan yang dijanjikan itu wahai koruptor? Tidak cukupkah imbuhan yang diberikan untuk kau memegang amanah tersebut? Kenapa kau ni korup sangat? Mata duitan. Kau tahu tak rasuah itu adalah salah satu dosa besar di sisi Islam? Tidakkah kau takut duit-duit haram itu mengalir di setiap inci badan kau? Tidakkah kau fikir wahai koruptor?
Kau kata kau boleh pegang amanah itu tapi sekarang, janji hanya tinggal janji. Kau tinggalkan amanah untuk kepuasan diri kau sendiri. Hanya kerana emak dan ayah merasuah kau dengan RM2, kau pun gelap mata lantas melaporkan perihal aku hisap rokok di tepi loji kelmarin! Mana janji kau untuk rahsiakannya setelah puas kau habiskan fulus-fulus aku semata-mata untuk belikan Beyblade yang kau nak! Kau korup! Kerana korupsi kau, aku kena detention kat rumah ni! Tak guna. Kau tidak layak memegang amanah kerana kau korup.
"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali." (Jodoh Itu Milik Kita - Sara Aisha - )
Ke belakang sikit lecturer yang dihormati,
(Kerana 'Ke hadapan' terlalu mainstream)
Peperiksaan akhir semester baru sahaja kami lalui. Betullah bak kata-kata abang dan kakak senior, peperiksaan ini memang bisa memecahkan otak dan memutarbelitkan urat akal. Tidakkah Tuan sedar bahawa ketika peperiksaan dijalankan, terlalu ramai pelajar yang mengorek telinga mereka menggunakan pensil mekanikal Shaker 2.0 kerana terpedaya dengan dakyah salah seorang pelajar yang menyebarkan mitos bahawa 'jika kita mengorek telinga dengan Shaker 2.0, otak akan dapat jawab semua soalan.' Natijahnya, semua pelajar-pelajar yang bodoh itu mengalami sakit telinga berdarah dan kudis2 di cuping telinga.
Namun begitu, saya bukanlah terdiri di antara pelajar-pelajar bangang itu. Saya yakin bahawa saya adalah contoh seorang pelajar terbilang yang sepatutnya ditiru oleh rakan-rakan lain. Kenapa perlu mereka susah-susah berfikir untuk menjawab soalan-soalan itu. Bukankah itu semua duniawi? Mereka sanggup berjaga dua tiga malam semata-mata untuk mendapat markah yang cemerlang dan seterusnya pointer yang baik. Tidakkah mereka tahu sekali lagi baqhawa itu semua duniawi? Ish, ish, ish..
Saya tahu kalau tak jawab soalan-soalan di paper exam ini akan menyebabkan saya gagal dan seterusnya terpaksa menyambung satu lagi semester memandangkan ini merupakan semester terakhir saya. Tapi ingin saya memberitahu Tuan bahawa tujuan saya menggagalkan diri hanyalah kerana tidak sanggup untuk meninggalkan kampus yang tersayang itu. Saya juga hendak belajar lagi dengan Tuan. Harap Tuan faham dengan nawaitu saya.
Akhir kata, bukan sengaja ingin saya biarkan kertas peperiksaan itu kosong. Lagipun bukankah saya baru sahaja menjimatkan penggunaan kertas?
Terima kasih.
Dari aku,
Dahulu kita sama-sama membina istana pasir di pantai ini. Kita sama-sama menanam diri di sini. Kita sama-sama lari berkejaran di sini. Pabila kau menyuarakan kebosanan, ku petik gitar dan alunkan muzik kegemaranmu itu. Indah sungguh kenangan ketika itu. Terasa aku dan kau ibarat terbang melayang sambil berpegangan tangan di atas langit cinta.
Tapi semua itu dulu. Hanya kerana satu ketidak sempurnaan, kau curang dengan aku. Apa salah aku? Apa dosa aku sehingga sanggup kau berbuat begini? Apa dosa aku sehingga sanggup kau bergomol dengan jantan lain? Ketika kau tiada rumah dan tempat bergantung, siapa yang bawa kau pulang dan menyayangi kau lebih dari ibu bapamu? Aku tak pernah minta balasan. Yang aku harapkan hanya keikhlasan mu membalas cintaku.
Ternyata aku hanya melepaskan batuk di tangga (kau faham peribahasa ni? Aku nampak macam best aku letak je). Kau itu ibarat kacang lupakan kulit, pensil lupakan penutup, teddy lupakan bear! Kau mesti pelik bagaimana aku dapat kesan kerja kotor kau itu kan? Bukankah kau lupa yang kau bergurau senda dengan jantan itu di rumah aku? Dasar betina tak guna. Engkau nak bukti? aku tunjukkan bukti! Nah! Tengok gambar yang aku sertakan sekali dalam poskad ini!
Pabila tibanya surat ini di hadapan mata kau, kau patut tahu yang kau telah pun dihalau dari rumah ini. Pergilah kepada jantan itu. Kau hanya akan mengotorkan penglihatan aku.
Sekian, wassalam.
![]() |
| Aku zoom dari jauh sahaja. |
Yang indah hanya sementara, yang abadi adalah kenangan, yang ikhlas hanya dari hati, yang tulus hanya dari sanubari. Tidak mudah mencari yang hilang, tidak mudah mengejar impian, namun yg lebih susah mempertahankan yang ada kerana walaupun tergenggam masih boleh terlepas juga..Ingatlah pada pepatah,“Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini”
“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”