Showing posts with label insan. Show all posts
Showing posts with label insan. Show all posts

Sunday, May 19, 2013

Masa Silam.


Kepada semua,

Setiap orang ada masa silam yang gelap tak bercahaya. Sama ada kau ataupun aku. Manusia buat silap. Intentionally or unintentionally. 

Sesetengah manusia mempunyai hati yang keras bukan kerana dia degil tapi kerana orang sekeliling melayan dia dengan tidak adil dan berat sebelah seolah-olah dia manusia yang tak ada hati dan perasaan. 

Dan kisah silam yang satu ni buat aku jadi sangat suka memberontak dan membenci. Tapi ada satu saat aku mula sedar, kenapa nak membenci kalau diri sendiri yang sakit? Kenapa nak berdendam, kalau akhirnya diri sendiri yang terluka? 

Akhirnya aku cuba untuk memaafkan. Payah memang payah tapi aku cuba dan dengan izin Allah SWT, aku harap aku akan dapat memaafkan mereka dengan seikhlas hati. 

Dan aku tahu Allah sentiasa bersama aku dalam perjalanan mencari diri sendiri yang semakin hilang ini.

Daripada,

Aku.


Tuesday, June 5, 2012

Tabah dan bersabarlah.


Kepada kamu,

Hari ni aku mungkin akan bercakap panjang lebar mengenai sesuatu yang aku tahu semua orang rasa iaitu mengenai perasaan cinta yang Allah kurniakan pada semua makhluk-Nya di muka bumi ini. :) Kenapa aku tiba-tiba nak cakap pasal benda ni? Well, sejak kebelakangan ni banyak benda yang dah berlaku dalam hidup aku dan hidup orang lain jugak. It just aku nak bagitahu apa yang aku rasa kerana hanya dengan cara ini je, aku mampu meluahkan perasaan aku tanpa perlu berkata-kata. *Amboi, metafora ayat kau eh! Hahaha!

Nampak gambar dekat atas tu? It's all about patience. :') Ya, aku memang tengah bersabar sekarang ni dan aku memang mencuba sehabis baik untuk bersabar. Kenapa? Sebab aku tahu, jika aku bersabar, Allah pasti akan tolong aku. Aku tahu di sebalik kesabaran aku, ada hikmah yang tersembunyi. Memang, menahan perasaan itu amat pedih. Sakitnya usah dikata tapi kita kena cepat-cepat sedar yang kesakitan itu hanyalah bersifat sementara. Memang sekarang hati kita pedih, terseksa... tapi lama-kelamaan kesakitan itu akan hilang dan diganti dengan satu keindahan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.


Looking around and realising that you’re not worrying about anything, not because there’s nothing worth worrying about, but because you know the Best Planner is taking care of your affairs. You’ve placed your whole life in His hands, and for the first time, you’re not dwelling in the past or breaking your head over the future.It’s a wonderful, beautiful feeling. Let the chips fall where they may.

Aku tahu Allah dah merancang sesuatu yang baik untuk aku dan juga untuk si dia. Cuma aku perlu menanti dan bersabar. Menguatkan hati dan berubah untuk menjadi lebih baik. Memang sakit apabila melihat orang lain senang untuk bercakap sesama sendiri tetapi kami? Langsung tidak bertegur sapa dan tidak bercakap. Memang pedih di hati usah dikata tapi aku reda. Aku tahu dia cuba menjauhkan aku dari selalu mengingati dia. Aku faham. Sangat faham.


kadang - kadang,
bila dia menolak,
bila dia menjauh,
bila dia mengelak,
bukan sebab dia membenci kamu…
bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…
tapi kerana dia tahu,
dan kerana dia sedar,
ini bukan caranya,
ini bukan masanya,
walaupun dia punya rasa yang sama.
dia melakukan itu,
kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….
kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…

Dulu kami pernah bertukar senyuman dan salam. Tapi itu dulu bukan sekarang. Aku akui jauh di sudut hati aku, memang aku amat merindui Assalamualaikum dan Hi yang selalu dia cakap dekat aku dulu. Sekarang ni, setiap kali bertembung... apa yang aku mampu ucapkan adalah Assalamualaikum tapi semua itu hanyalah di dalam hati dan tidak diluahkan di bibir. Biarlah begitu asalkan kami masing-masing bahagia dan senang hati. Bila melihat dia gembira, itu dah cukup bagi aku. Automatiknya, bibir aku pun akan tersenyum gembira dan mendoakan dia agar sentiasa bahagia.

“The one who loves you will prevent you from sin and the one who is your enemy will provoke you towards sin. Just use a bit of your time to think about what people ask you to do, then I am sure you’ll soon figure out who really loves you.”

Mimpi tu memang membuatkan aku banyak berfikir. Aku takut walaupun mimpi itu memang menyenangkan hati aku. Kadang-kadang aku menangis dan akhirnya aku berhenti menangis bila sedar betapa lemahnya aku. And then aku bangkit balik. Menguatkan balik hati aku dan cuba sedaya upaya untuk menjadi seperti sebelum ni. Aku cuba buang pasal benda ni dari otak aku walaupun susah sangat! Dah macam dilekat di dalam otak aku guna gam uhu paling kuat!

Tapi aku tahu yang aku perlu bersabar. InsyaAllah, segalanya akan mempunyai kesudahan yang baik. Put your trust in Allah. He knows the best! :')

Kepada awak,

Mungkin sekarang ni segalanya masih kabur, tapi saya yakin insyaAllah satu hari nanti, Allah akan memperjelaskan semuanya. Mungkin sekarang ni, kita meninggalkan antara satu sama lain kerana Allah dan jika ada jodoh, insyaAllah Allah akan mempertemukan kita kembali. Apa yang kita perlukan adalah kesabaran dan keyakinan. Allah tahu apa yang baik untuk kita. Saya tahu apa yang awak buat adalah untuk kebaikan saya dan juga untuk awak. Memang situasi kita tak sama macam orang lain. Saya mengaku kadang-kadang tu saya jealous tengok orang lain tapi saya cepat-cepat sedar bahawa kita berlainan. Jika saya mempunyai keberanian dan kuat, insyaAllah saya akan cakap dekat awak apa yang saya rasa sebab perit sangat nak tahan perasaan ni tapi saya tak berani dan tak kuat. Saya cuma mampu berserah pada Allah dan menunggu masa yang sesuai. Bergembiralah di mana sahaja awak berada kerana dengan melihat senyuman awak, saya pun akan turut gembira. :) InsyaAllah, saya akan selalu mendoakan awak kerana tanda saya menyayangi seseorang adalah dengan mendoakan dia. Walau seribu tahun, jika Allah ingin menjadikannya satu kenyataan... insyaAllah bakal terjadi.

Daripada,

Aku.


Thursday, April 19, 2012

Kenapa awak?



Kepada awak,

Saya tengok langit semalam. Cantik sangat... Tiba-tiba saya teringat dekat awak. Awak sihat? Kenapa semalam saya tengok awak duduk sorang-sorang je? Risau pulak saya tengok. Awak okey je kan?

Kenapa awak tak senyum semalam? Awak nampak moody je. Saya risau tau, awak... Kalau awak nak luahkan masalah awak dekat saya, saya sentiasa ada untuk mendengar.

Awak, jangan simpan sorang-sorang masalah awak tu. Kalau simpan, lama-lama jadi nanah dalam hati awak. Tak elok simpan masalah tu. Kalau tak cerita dekat saya pun, ceritalah dekat orang lain ye. Take care, awak...

Daripada,
Saya.

Friday, April 6, 2012

Kepada Semua Manusia Sibuk

Kepada,
Awak yang selalu sibuk.

Hai awak di sana ? Kalau belum solat silalah solat dahulu sebelum membaca surat saya. Jangan sampai terlupa solat apabila asyik dengan dunia, akhirat jangan lupa tau..

Awak tahu kan yang solat itu lima waktu sehari semalam, dan solat itu tiang agama. Cuba awak tengok tiang rumah tu, nak buat tiang kena tahu bahan-bahan untuk buat tiang. Nak jadikan tiang kena tahu ukuran dan kepanjangan, supaya sesuai dengan bumbung yang hendak didirikan. Bahan-bahan untuk buat tiang pulak kena sesuai, kalau tak sesuai nanti tiang tu tak kukuh. Boleh runtuh bila-bila masa, silap haribulan tiang tu jatuh atas kepala. Kesian awak..

Nak jadikan tiang sahaja kita kena baca dan tahu apa bahannya. Solat ? Takkan hanya bersolat tetapi tidak tahu apa yang terkandung di dalamnya kan ?

Awak nak tahu sebab apa tak khusyuk ? Sebab kita tak tahu apa benda yang kita baca waktu solat tu. Cuba kita tahu, tentu kita dapat hayati setiap makna dan perkataan yang kita baca.

Awak, saya nak bagi satu video supaya awak tengok dan awak hayati.



Thursday, April 5, 2012

Untukmu kawan.

Kepada kawan,

Kawan, aku rindu sangat dekat kau. Apa khabar kau dekat sana? Aku harap semoga kau baik-baik aje. Jangan risau pasal aku sebab aku bahagia di sini.

Kawan, aku rindu... rindu nak sembang-sembang dengan kau. Perasan tak sekarang ni kita dah jarang bersembang-sembang? Kau sibuk dengan hal kau, dan aku sibuk dengan hal aku tapi percayalah, aku tak pernah lupakan kau.

Kawan, aku takut. Takut sangat kalau suatu hari nanti, kita bukan lagi kawan baik. Aku takut kau akan lupakan aku dan akhirnya hubungan persahabatan kita terputus macam tu aje. Aku sedih kalau perkara macam tu berlaku dekat kita.

Kawan, aku nak kau tahu yang aku sayang kau. Kaulah kawan paling terbaik yang aku pernah ada. Terima kasih untuk segala-galanya. Harapan aku cuma satu. Jangan pernah lupakan aku kerana insya-Allah, kau akan selalu berada dalam ingatanku.

Daripada,

Kawanmu yang merindu...

Tuesday, April 3, 2012

[Kiriman] Thank You.

To My dearest..

Thank you for being a man, Who always see me as beautiful and cute no matter how ridiculous I look, sweaty and comot or even when I am at my worst..

Thank you for being a man, With such patience treating me so well regardless my misbehave, my inconsiderate sulking and my childish requests as well as thoughts..

Thank you for being a man, Who never lost his temper despite my never ended accusation along with my thoughtless whining..Thank you for being a man, who never yells at me for every slap, pinch, messing with his hair or for the countless cigarette thrown away.

Thank you for being a man, who never once asked for my money regardless how many he spent for me. Thank you for being a man, who always gives his level best although he is being tormented by all the blames from others who simply do not know the deep inside of him.

Thank you for being a man, Who would jokes just for the sake of a smile on my face regardless of his own bleeding heart..Thank you for being a man, Who took care of me with such full of concern without giving a care about his own behalf..

Thank you for being a man, who would hold me, comfort me for every time I’ve cried..Thank you for being my pillow and cuddled me up when I’m asleep..Thank you for staying on the phone, keeping me company till I fell asleep..

And most of all..

Thank you for being a friend, a best friend, a partner, a brother, a guardian..Thank you for being my abg, my yunk, my dear, my papa, my panda, my bantal..Thank you for being my everything..

I remember once I was so upset with you for not prioritizing me..instead of losing your temper, tenderly u asked me whether if I understand your situation. It reminds me of how selfish and unappreciated I am towards you.. 

I used to cry whenever you hold me tight and close..because i was so afraid of time passing by which I know will eventually drawing us apart..because it was such a beautiful, precious, perfect moment, and I know, none perfect would last forever..

as my tears falling, u held me tighter..u whispered words of comfort..for each and every time, I would feel safe..as if nothing could go wrong..everythin’s going to be just fine..

but now that you’re gone, none whispers could comfort me like the way yours did..

I’m sorry..
I miss u..I miss me..I miss us..

sincerely, 
your past.

Pengirim : Unwanted 

Sunday, April 1, 2012

[Kiriman] Kepada Dia.


Kepada awak,

Kita selalu jumpa tapi kita tak pernah bertegur sapa.Mungkin sebab saya takut tak dilayan atau mungkin sebab saya takut awak jelek dengan saya.Setiap kali saya pandang awak mesti saya rasa sesuatu dan jantung saya mesti tak stabil.Awak tahu?Tak,awak tak pernah tahu.

Perasaan saya pada awak sama sejak dari darjah tiga lagi.Saya suka kat awak sejak awak senyum pada saya.Saya masih ingat akan senyuman itu.Senyuman tanda perkenalan.Kita pernah suka satu sama lain tapi semua tu orang kata cinta monyet.Mungkin bagi awak memang betullah tu tapi tidak bagi saya.Sampai sekarang umur tujuh belas tahun pun saya masih simpan rasa suka tu pada awak.Awak tahu?Tak,sebab saya tak pernah cakap.

Bila saya tahu yang awak dah ada seseorang dalam hati, saya cuba lupakan awak.Saya cuba buang segala memori tentang awak.Saya cuba anggap yang awak bukan sesiapa dalam hidup saya.Saya hampir berjaya tapi takdir tu kadang-kadang pelik.Bila saya dah buang jauh, takdir seolah mengembalikan perasaan itu pada saya.Kita jumpa lagi dan lagi sehingga saya rasa awak dekat dengan saya.

Benar,perit rasa kecewa tu.Saya simpan sendiri perasaan tu selama ni.Namun saat ini,saya anggap yang takdir kita sama cuma jalan kita berlainan.Kita hanya bertemu di persimpangan tapi haluan jalan kita berbeza.Saya terima kekecewaan tu dengan harapan semoga satu hari nanti saya dapat lupakan awak sepenuhnya.Saya berharap sangat agar perasaan saya pada awak hilang tanpa kesan.

Daripada,DA 

Pengirim : -----

Friday, March 30, 2012

[Kiriman] Maafkan Aku Raqib

mungkin surat yang aku kirim terus ke syurga hanya nukilan biasa..tidak seindah karya karya sastera yang lain..ingin aku coretkan disini perasaan ku..mungkin perasaan itu sesuatu yang terlalu biasa bagi semua..tapi tidak mengapa...kisah antara aku dia dan kamu..ibarat novel yang dikarang oleh aku..

maafkan aku kerana menyukai dirimu dalam diam..
maafkan aku kerana menyayangi dirimu dalam diam...
maafkan aku kerana bermimpi tentang kamu dalam diam.

sulit sekali menahan perasaan yang makin menggebu di hati ini.
.sakit bila melihat dirimu tertawa bersama si dia.
.luluh hatiku bila melihat kamu berpegangan tangan dengan si dia di depanku.
.mungkinkah aku yang silap tertawan dengan dirimu sepanjang pertemuan kita berdua

dan aku pun masih mencintai dirimu..
namun aku sedar..
memang diriku tidak mampu memilikimu..

aku sering berdoa..
kuatkan hatiku dan lepaskanlah dirimu bersama dirinya..
aku yakin mungkin perasaan ini hanya sementara..
akan ku gagahkan hatiku untuk melepaskan kamu..

kiriman : ieda miho

Thursday, March 29, 2012

[Kiriman] Yang Tertinggal.

Buat insan yang sentiasa dalam ingatan awak kata,

'saya berharap betul kat awak..' saya pegang harapan awak tu..tapi kenapa awak pula yang hancurkan harapan saya.. bila tanya, pasti ke nak jadi suami ni? saya jawap tak..bila tanya pasti ke nak jadi isteri ni? awak jawap kalau ada jodoh, InsyaAllah..awak terasa sebab saya cakap tak..tapi sekarang jawapan kita dah terbalik kan.. awak kata, bila la nak jadi isteri ni..seronok tiap hari balik kerja boleh peluk..saya cakap tak nak lah..awak busuk..sekarang siapa yang nak, siapa yang tak nak.. 

saya tanya, ada lagi ke rasa sayang awak kat saya..? awak tanya saya balik, kenapa? awak punya dah takde ke? cepat nye hilang..sekarang, siapa punya yang hilang.. awak kata nak tunggu saya habis belajar dan kerja..8 tahun lagi kita kahwin..saya tanya, sampai ke kita 8 tahun..awak tanya balik, kenapa? awak rasa kita tak sampai ke 8 tahun? saya jawap entahlah..sekarang, dah tahu jawapan kan..

saya kata, sekarang awak jaga makan minum saya, 8 tahun lagi, giliran saya pula jaga makan minum awak..awak cakap 'amin'.. doa awak tak makbul la.. awak cakap, jangan la fikir bukan-bukan tentang awak..awak ikhlas dengan saya..tapi bila saya percaya kat awak, awak tipu saya.. bila saya nak undur diri, awak cakap kenapa awak cepat sangat mengalah ni? tetapi bila saya bertahan demi awak, awak buat saya macam ni.. 

awak cakap, sabar lah..elok kesudahannya ni nanti..tapi bila saya sabar..macam ni pula jadi.. waktu saya nak pergi sambung belajar, awak cakap, yang ditinggalkan lagi sakit dari yang meninggalkan..saya cakap sama je..sekarang baru saya tahu awak betul.. awak cakap, dekat sana jangan nakal-nakal, awak cakap jangan kecewakan awak..tapi siapa yang nakal, siapa yang kecewakan siapa.. 

awak cakap saya akan jadi budak kecik awak sampai bila-bila..tapi awak tipu.. saya minta 7 dulang hati dinosour..awak kata ' dulang tak muat de dinda..' bila saya minta hati awak, awak kata dah memang dekat saya..lagi sekali..awak tipu.. awak cakap, bila saya pergi, siapa nak suap awak sarapan pagi-pagi..siapa nak paksa awak datang lapor diri pukul 3 tiap hari..tapi kenapa sekarang saya rasa saya yang rindu benda tu semua..awak pula yang tak rasa apa-apa.. awak cakap, ‘ala melaka tak sampai sejam..bila-bila masa awak boleh datang..tetapi sekarang, macam kedah jauh eh.. 

awak tak pernah gelakkan saya tak kira lah saya terjatuh ke, saya terhantuk ke..saya comot pun awak cakap comel..saya busuk pun awak menempek dekat saya..saya peluh-peluh pun awak lapkan.. mana la saya nak cari lagi orang yang sanggup dukung saya sampai mengah-mengah, bawak saya pergi funfair walaupun umur dah besar panjang, tak gelakkan saya bila jatuh escalator..dua kali pula tu..bawak saya pergi a&w malam-malam.. 

macam-macam yang awak cakap dan buat..saya ingat semua nye.. bila awak tertidur, saya tengok awak dan doa ya Allah, izinkan suatu hari nanti, wajah ini yang menjadi pandangan pertama ku sebelum ku tidur, dan selepas ku bangun tidur.. maaf awak, sakit-sakit badan awak tidur kat buaian tu..sampai awak tidur dalam duduk sebab saya tidur dekat awak..kalau lah ada butang padam dalam otak ni..bukan niat saya nak minta simpati..bukan niat saya nak tagih sayang awak balik..cuma hati ni tidak tahu nak bercakap degan siapa..saya tahu awak tak sengaja..takpe lah..saya maafkan semua..awak macam pelangi, awak datang dan semua nye jadi cantik..tetapi lepas itu sekejap je, awak hilang..terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya..semoga awak bahagia..

daripada insan yang telah dilupakan

pengirim : unwanted

Dari Cik Manis pipi gebu..

teet..teet..ada mesej masuk pukul 3 pagi semalam:

dari awak,orang yang paling saya sayang..

                               Ya Allah,jaukanlah perasaan cintaku ini padanya jika dia bukan milikku,jika betul dia milikku,maka engkau dekatkanlah hati-hati kami.Hanya kepada Mu aku minta pertolongan..

                       Tak lena tidur sebab mesej awak ni.Dari malam sampai pagi.Terfikir-fikir apa yang patut saya balas.Saya tak pandai buat ayat puitis macam awak.Patut ke saya balas saranghae..aishiteru..uhibukafillah..I love u so much..Tapi tu cuma saya cakap dalam hati je lah..Kalau saya balas macam tu..nanti awak juga yang tak lena tido malam.Akhirnya saya balas:

         Kalau awak sayangkan saya,cari saya bila tiba masanya.Saya cuma nak hubungan yang halal antara kita.Saya nak jaga hati saya dan saya nak awak jaga hati awak.Kalau awak tak mampu,sila cari orang lain sebagai pengganti.Maafkan saya..

                      Bukan sengaja saya nak tinggalkan awak.Saya memang sayangkan awak.Tapi saya lebih sayangkan Yang Maha Esa.Tuhan yang telah menganugerahkan seorang kekasih sebaik awak.Sebab saya sayang awaklah,saya tak nak heret awak buat dosa.Dosa bercinta sebelum nikah..Biarlah kita terpisah untuk sementara dari kita terpisah selamanya di dalam neraka.Kalau memang ada jodoh antara kita,sejauh mana pun kita terpisah...satu hari nanti  kita akan tetap bersatu.


             Saya tahu sukar untuk awak terima semua ni.Saya pun sama.Rasa macam lain gila bila tak dapat nak dengar suara awak hari-hari macam dulu.Rindunya kat semua tu.Tapi kita kena sabar.Awak juga yang cakap syurga itu maharnya mujahadah..Kita kan nak hidup sama-sama kat syurga nanti..so,kenalah mujahadah kan.Kalau saya rindu awak,masih ada keychain love yang awak bagi ni..saya bawak pergi ke mana je.Kalau awak rindu saya,peluk je teddy bear yang saya bagi tu.

    Saya nak awak tahu,yang saya sayang awak sangat-sangat dan saya berharap awak  akan pegang tangan ayah saya masa akad nikah nanti.Awak yang akan sarung cicin kat tangan saya dan awak yang akan cium dahi saya sebagai sahnya saya menjadi isteri awak.Itulah saat yang paling bahagia yang saya nanti-nantikan.Sabar ye awak,tak lama pun.Saya tahu awak mampu.

Dari: Cik Manis pipi gebu..

Wednesday, March 28, 2012

[Kiriman] Terima Kasih Dan Maaf.

kepada dia yang pernah memberikan aku cinta..

Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya...saya masih ingat tarikh pertama kali kita bertemu...cinta paintball...itu sukan kegemaran awak kan...walaupun hanya sekadar bertahan setahun setengah, tempoh yang singkat tu sangat bermakna untuk saya...

maaf andai saya bukanlah yang sempurna untuk awak...saya mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk diri awak tapi saya mahu awak faham cinta adalah tanpa sempadan tapi ada batasan...maafkan saya andai saya membuatkan awak berasa bukan seperti seorang kekasih..maaf jika saya tak mampu mengisi masa hujung minggu awak bersama-sama...maaf jika banyak perkara yang awak tak boleh buat dengan saya...

saya mengharapkan awak untuk menjadi pembimbing saya bukan saya yang menjadi pembimbing awak...saya tahu awak bahagia dengan dia sekarang...mengetahui awak bahagia sudah cukup untuk membuatkan saya juga bahagia walaupun dalam tangisan...sehingga ke hari ni saya tak pernah lupa mendoakan awak...semoga yang terbaik sentiasa untuk awak...


saya akui dari sudut kehadiran awak banyak mengubah diri saya menjadi lebih baik...sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada saya..ya..suatu ketika dulu awak adalah kekuatan saya...namun saya akui juga dari satu sudut juga awak cuba membawa saya ke jalan yang tak sepatutnya..maafkan saya kerana tak mampu tunaikan ape yang awak minta...andai itu adalah punca perpisahan kita..saya redha dengan segalanya...biarlah kehilangan cinta daripada kehilangan maruah diri...bukan saya tiada masa untuk keluar berdua dengan awak..tapi memang itu yang saya cuba elak kan...saya masih sayangkan awak..maafkan saya andai masih mengangankan diri awak dan masih menyebut nama awak dalam doa saya....maafkan saya...

Pengirim : -------
Nota Pejabat PKS : Surat yg tidak punya nama pengirim

Monday, March 26, 2012

[Kiriman] Saya Mimpi Kamu Lagi.

Kepada encik mimpi, Assalamualaikum...

Maaf saya tidak pandai bermadah kata, kerna lidah kelu untuk berbicara, tatkala memandang wajah si dia; walaupun hanya di mimpi sahaja... Sungguh hati ini terasa... bahawa ingin bertemu padanya... encik yang hanya hadir di mimpi saya...

Senyum manisnya terasa di jiwa.. sehingga aku terbuai dengan kasihnya... tapi sayang pabila aku tidak ketahui namanya, jauh lagi rupa paras yang kabur tatkala mentari menjelma, hanya bayangan mimpi semalam membuai hati nan indah.

Tapi sampai bilakah? akan tibakah waktu untuk bertemu si dia? berhadapan bersama... bertentang mata dengan si dia...

Wahai encik mimpi.. sungguhnya aku meminta.. hadirlah ke alam maya... agar aku tidak buat spekulasi yang berbeza.. sama ada awak hanya mainan mimpi semata-mata. ataupun petanda jodoh itu milik kita.

Hadirlah ke realiti.. sayu hati ini merintih.. engkau muncul di mimpi.. membelai hati... Ia terlalu lama encik mimpi! sejak aku hadir melihat alam maya ini... bertahun lamanya aku bernafas.Tatkala aku cuba lupakan kamu, engkau hadir malam tu jua.. mengingatkan aku.. jangan sesekali melupakan mu...

Daripada, pemilik mimpi

Pengirim : Nur Serenity
Nota Pejabat PKS : Masa menerima surat, ingatkan 
surat untuk Encik Mimpi yang penyanyi youtube tu >.<


Friday, March 23, 2012

[Kiriman] Dear Awak, Biarkan Dia Pergi.

Dear Awak Yang Broken Heart,

Harini dah masuk hari ke berapa , minggu ke berapa , bulan ke berapa , atau mungkin tahun ke berapa , dia meninggalkan awak . Dan awak masih terus - terusan begini , berterusan membiarkan kesedihan menyelebungi diri, menyembunyikan kesedihan disebalik ketawa buatan awak tu, disebalik senyuman palsu awak tu . Awak , kenapa macam tu? 

Dulu dia berjanji untuk terus bersama awak . Setia bersama walau apa pun yang terjadi . Membuatkan hati awak berbunga - bunga riang mendengarnya walaupun tidak tahu kepastiannya , tidak tahu kebenaran ayat yang dilontar keluar oleh sang pencinta , tapi sekarang , dia berlalu pergi . Begitu saja , meninggalkan awak sendiri . 

" Saya sayangkan awak , sayanggg . Saya janji saya takan tinggalkan awak walau apa pun yang jadi saya akan terus setia , teman awak sampai bebila . Ini janji saya . " 

" Awak tahu tak, saya tak pernah sayang orang , macam saya sayang awak . You're the special one untuk saya . Seriously , no lies sayang . No doubt , I love You :) " 

 But at the end of the day , dia pergi . 

Awak fikir dia akan pegang janji dia , tidak akan mungkir , tapi akhirnya , lain yang jadi . Sakitnya hati . Sakitnya jiwa . Kecewa . Nothing hurts more than being disappointed with the one that you thought would never hurt you . Setiap hari , apa yang awak buat awak bagitahu dia . Awak cerita itu ini , selama ni dialah pendengar setia cerita - cerita awak . Bergelak - ketawa bersama . Indah sungguh . But now , hilang semuanya . You both have your own life . Dia dengan hidup dia , awak dengan hidup awak .

 Bila terpandang , terdengar atau teringat something yang relate kepada dia , awak menangis . Menangis lagi dan menangis . Awak buat apa bazirkan air mata untuk seseorang yang tidak layak untuk ditangisi ? Don't waste your time on someone who don't love you . 

Sesetengah orang tu boleh diibaratkan seperti awan , bila mereka pergi , langit yang cerah muncul .

Dah ternyata dia bukan untuk awak . Jadi buat apa terus - terusan bersedih ? Mungkin dia untuk awak , tapi bukan untuk waktu sekarang , boleh jadi untuk waktu akan datang . Who knows ? Pernah dengar kan orang kata , kalau dia memang untuk kita , apa pun yang terjadi , terpisah jauh macam mana sekalipun , akhirnya bersama juga . 

Ada je orang yang terpisah , but then after few years jumpa balik , and the ended up with marrying . See ? So , no need to be worried , every single person , you , me , them all of us , telah ditetapkan siapa sayang kita sejak awal lagi . So cheer up :) Smile . 

Sometimes it really hard to lose someone , no matter how much or little they mean to you . 

Awak kata nak start the new chapter ? Tak nak ingat dia lagi . But then , tengoklah diri awak sekarang , sikit - sikit teringat . And then menangis . So now temme , macam mana awak nak lupakan dia kalau macam tuu . You cant start the next chapter of life if you keep re-reading the old one . Past is past . Yang lepas jadikan sebagai pengajaran . Oh yes , the past is hurt . Menyakitkan . Memeritkan . But you can either run from it , or learn from it . 

This one is for the brokenhearted : Sayang , berhenti menangis . Kesat air mata awak tuuu . Move on baby . 

Everyone know , its never easy , but that doesn't mean its impossible kan ? Chin up , be confident . Believe in yourself and walk away . Awak still ada a better journey to go and live . And REMEMBER one day , awak akan jumpa that one person who comes , and shall never leave , you call them , YOUR SOUL MATE . 

p/s : Ditinggalkan oleh orang yang kita sayang sepenuh hati memang menyakitkan , tapi itu tak bermakna kehidupan kita telah berakhir . People go , life goes on .

From, 
gdsbnga

Kiriman : gdsbnga



Untuk Mereka Bergelar Anak.


Kepada kamu,

Dah telefon keluarga kamu? Dah tanya khabar mereka? Kalau belum, telefonlah sekarang. Nyatakan betapa kamu merindui mereka. Betapa kamu ingin pulang ke rumah dan bersama-sama mereka. Janganlah membazir duit untuk menelefon makwe /pakwe kamu tapi nak telefon mak ayah sendiri, tak nak pulak. Ingatlah, siapa yang melahirkan kamu ke dunia ni? Siapa yang menahan kesakitan untuk melahirkan kamu? Siapa yang bersusah payah membawa kamu di dalam rahimnya selama 9 bulan 10 hari? Dia adalah ibu kamu. Jangan terlampau sibuk dengan pakwe/makwe kamu sampai melupakan ibu yang sentiasa menanti panggilan kamu. Jangan malas nak bertanya khabar mereka. Sekarang ni mungkin kamu tak berapa kisah tapi cuma bayangkan satu hari nanti. Satu hari di mana, mereka berdua sudah tiada lagi di dunia ni. Telefonlah mereka dan tanyalah khabar mereka selagi mereka bersama-sama kita. Jangan sampai mereka sudah tiada lagi dan ketika itu, barulah kita sibuk menangis mengatakan betapa kita merindui mereka.

Hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada di samping kita. Jangan menyesal di kemudian hari. Jangan terlampau leka mengejar harta dunia dan cinta manusia sampaikan kita terlupa dua orang insan yang sentiasa menyayangi kita sepanjang masa. Yang tak pernah lelah menjaga kita. Yang tak pernah melupakan kita walaupun kadang-kala kita sering melupakan mereka. Jangan sampai satu ketika nanti, kita menangis kesal kerana tidak sempat memberi kebahagiaan kepada ibu bapa kita. Wallahualam...

Daripada,
Aku.

Thursday, March 22, 2012

[Kiriman] Lingkaran Gelap Malam.

kau,

kau tahu kan dalam dunia ini ada 7 manusia bermuka serupa, bak kata pepatah pelanduk dua serupa, dalam pada aku cuba melupakan kau, bayangan kau mengikuti jejak langkah ku.. mengapa? mengapa? mengapa dia mempunyai rupa sepertimu.. melihat nya membuat kan aku ingat akan diri mu..aku mahu luka yang kau tinggal kan di hati ku ini cepat sembuh,agar mampu ku tersenyum tanpa pura-pura.luka yang kau beri memberikan aku tamparan, bagai susunan bangunan jatuh menghempap dadaku.. 

aku.

kiriman : anonymous






Wednesday, March 21, 2012

Redhalah Kerana Allah.

Kepada kamu semua,



Pernah rasa nak jauhkan diri dari seseorang yang kamu sayang sebab kamu tahu perkara itu yang paling terbaik untuk dilakukan? Kerana kamu juga tidak mahu dia terlalai dan terfitnah oleh dirimu?

Aku pernah rasa dan masih merasainya. Menguatkan semangat untuk menahan diri dari mengingatinya. Menguatkan hati supaya terus tabah. Menguatkan minda supaya berhenti berfikir mengenainya.

Memang susah. Sangat susah nak buat semua tu. Jauhkan diri dengan seseorang yang buat kamu tersenyum, seseorang yang buat kamu rasa bahagia tapi selagi dia belum tentu menjadi hak milikmu yang sah, perlukan rasa itu terus ada? Bagaimana kalau ditakdirkan bahawa dia bukan untukmu sebaliknya sekadar datang untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan kita? Kawan mungkin...



Yang indah hanya sementara, yang abadi adalah kenangan, yang ikhlas hanya dari hati, yang tulus hanya dari sanubari. Tidak mudah mencari yang hilang, tidak mudah mengejar impian, namun yg lebih susah mempertahankan yang ada kerana walaupun tergenggam masih boleh terlepas juga..Ingatlah pada pepatah,“Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini”


Yang indah hanya sementara, yang abadi hanyalah kenangan, yang ikhlas hanya dari hati...

Memang ada rasa kurang senang sebab terpaksa melakukan semua ni kerana diri sendiri tahu betapa payahnya nak melakukannya. Tapi hati mula sedar, kenapa takut untuk melepaskan seseorang yang belum tentu menjadi hak kita?

Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil .. Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba-Nya..



“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”


Cara terbaik untuk melupakan adalah dengan redha kerana selagi kita tak redha, kita takkan bahagia dan jiwa takkan tenang. Jadi redhakanlah apa yang telah berlaku...Bila kita redha, hati akan tenang dan perlahan-lahan kita akan dapat menerima hakikat bahawa semua ini merupakan ketentuan-Nya dan pada akhirnya, masa yang akan buat kita lupa semua itu...

Daripada,

Aku.


[Kiriman] Hargai Yang Remeh Itu

buat yang dikenang,

saya bengang bila awak sendawa kuat-kuat.. segan la sikit.. saya bengang bila saya text ‘yunk..’awak balas ‘yunk yunk yuk pagi2 bukak priuk..’ -__-" saya bengang bila saya tengah nak manja-manja awak boleh bantai tidur.. saya bengang bile keluar awak mesti datang lambat.. saya bengang bila dalam kereta, awak suka dengar lagu melayu lama-lama.. lepastu nak berebut radio dengan saya.. bawak kereta diam-diam boleh tak? saya bengang bila saya tengah bosan, awak tidur mati macam tunggul.. saya kena telefon beratus-ratus kali untuk kejut awak..

saya bengang bila saya tengah serius, awak buat lawak bodoh.. saya bengang bila awak menempek-nempek kat leher saya.. macam lintah gergasi tahu? saya bengang bila awak tarik-tarik, lambung-lambung saya sesuka hati.. mentang la awak besar dan kuat... saya bengang bila saya pakai keperempuanan, awak gelakkan saya.. saya cuba berlawa untuk awak tahu? saya bengang bila awak gelakkan saya.. sampai rasa macam nak nangis tahu? saya bengang bila awak kacau saya.. awak kata hantu suka culik budak cengeng.. harijadi awak, penat-penat saya buat kejutan.. harijadi saya, awak nyanyi happy birthday je.. bila saya kenakan awak dengan tepung,alih-alih, saya yang kena balik lagi teruk..


Tapi walau bengang mcm mane pun saya.. saya tak penah bosan atau muak buat benda tu semua.. sebab awak sentiasa tahu mcm mane nak hilangkan muncung saya dan  baru saya sedar yang buat saya bengang tu lah yang saya rindu bila awak dah tiada.. dan perkara-perkara tu la yang membezakan awak dgn orang lain..

awak..
saya rindu awak.. ='(

Seringkali, bila sesuatu sudah tiada, sudah hilang dari pandangan mata, terlepas dari genggaman, ketika itu lah kita sedar bertapa berharganya saat-saat remeh yang selama ini kita abaikan..

daripada
yang kehilangan.

kiriman : unwanted


Tuesday, March 20, 2012

[Kiriman] Hanya Maaf Ingin Ku Ucap.

kepada : awak..

awak...
masih ingat lagi dengan tarikh ni 10/07/2005..??
masih ingat apa yang berlaku pada tarikh tu...??
saya tak tahu awak ingat atau tak..
tapi saya masih ingat...
mana boleh saya lupa dengan peristiwa tu...
peristiwa yang membuat awak malu kerana saya...
awak..awak kat mana sekarang..??
puas sy cari awak..tapi sampai sekarang tak jumpa...
saya nak jumpa awak, sekali pun tak apa..
hanya satu ingin saya ucapkan pada awak..
hanya perkataan MAAF yang ingin saya mahu awak dengar dari saya....

awak..
tolong...saya tunggu awak, maafkan saya...

Pengirim : anieki

Monday, March 19, 2012

[Kiriman] Kau dan aku tiada lagi cinta.

kau yang pernah kucintai

assalamualaikum awak, semoga sihat nun jauh disana,
awak...
ingat tak pada saya ...
sayalah gadis bertuah yang memiliki hati awak suatu ketika dahulu,
sayalah gadis malang yang sentiasa disakiti oleh si kasanova cinta,
sayalah gadis yang selalu menangis dikala hati gundah gulana, dan awak pula...
si lelaki pencuri cinta,awak dah curi cinta dari hati saya..
selama 6 bulan kita menyulam cinta,
selama 6 bulan juga kita berjanji setia,
tapi kemana awak selepas 6 bulan?
sepi tanpa berita?
saya mengharapkan awak kembali menyinari kehidupan saya,
saya tahu kita harus redha dengan ketentuan yang kita harus memutuskan ikatan,
tetapi janganlah memutuskan ikatan persahabatan antara kita..
saya rindukan suara awak, saya rindukan petikan gitar awak,saya terlalu rindukan wajah awak..
tolonglah jangan menyepikan diri,hati saya sakit mengenangkan kebahagian yang telah kita cipta,
apabila saya rindukan awak,saya mengadu pada tuhan yg Esa,semoga sampaikan kerinduan saya untuk awak,
saya sayangkan awak sampai bila-bila,jika bukan kerana kasih ,saya akan sayangkan awak sebagai seorang kawan,
saya mendoakan yang terbaik demi kebahagian awak, dikala hati ini masih berkesempatan untuk bebicara,
ingin saya lafazkan \"saya menyanyangi awak kerana awak menyayangi saya \"

yang ikhlas mencintaimu 
stb

pengirim : surat tidak bersetem

Sunday, March 18, 2012

Manusia Itu, Manusia Ini.

source : tumblr
Kehadapan manusia itu,

Kenapa acap kali kau sering berusaha untuk menyakiti aku. Aku sedar aku hanya manusia yang berbeza. Yang tidak punya ciri selengkap bidadari syurga. Hanya punya sikap sedingin bongkah ais. Bibir sukar mengatur bicara mahupun senyuman. Tapi itu tak bermakna aku tidak punya hati juga perasaan. 

Aku sedar khilaf aku kepada kalian, namun itu bukan bermakna kau bisa mencerca dan membandingkan aku dengan mereka. Aku punya hati. Jangan terusan sakiti aku dengan kata-kata tidak bersemuka. Katakan pada aku secara jelas jika sikap aku menganggu kalian. 

Aku penat berpura-pura tersenyum dihadapan kalian. Sedangkan hakikatnya aku menangis dibelakang kalian. Menangis dan menangis tanpa suara. Kering air mata hingga tak mampu hendak menangis lagi kini. Lelah aku hendak berhadapan dengan kalian. 

Kalau bisa ingin aku terbang ke langit ke tujuh. Ingin aku selam ke laut dalam. Ingin pula aku pergi ke hujung dunia agar aku bisa jauh daripada kalian. Agar setiap perbuatan aku tidak lagi menyakiti kalian. Agar setiap perbuatan aku tidak lagi akan menyakiti dia yang penting buat aku. Kata-kata kau bukan sahaja membunuh aku tetapi membunuh dia. Suatu hari nanti akan aku pastikan semua bisu. 

Andai kau tidak bisa membisu teruskan sakiti aku, tetapi jangan sekali sakiti dia. Biarlah berdarahnya hati, tapi jangan hati dia. Alang-alang terluka biar sampai luka berdarah dan bernanah. Biarkan agar kalian mendapat kepuasan yang diinginkan. Namun, kau harus tahu aku memaafkan kalian dan aku juga memohon maaf atas khilaf aku itu.

Daripada manusia ini.