Showing posts with label amiratiya. Show all posts
Showing posts with label amiratiya. Show all posts

Saturday, September 8, 2012

Tuhan Jagakan Dia

Untuk : Kekasih hati

Walau dimana kau berada. Aku berharap tuhan sentiasa melindungi kau dan menjaga kau daripada segala anasir jahat didunia juga memberi kesihatan yang baik buat diri kau. Hai, aku rindukan kau. Apakah kau rasa? Ya Allah. Aku terlalu merindukan kau. Rindu yang membuat air mata aku menitis laju. Rindu yang buat aku ulang lagu yang sama berulang kali.

Wahai kekasih hati, aku insan tak sempurna. Kau juga. Tiada insan yang sempurna. Maaf andai sikap aku menyakiti kau. Aku tetap menyayangi kau. Aku memilih untuk menerima baik buruk kau setelah aku buka ruang dalam hati. Aku tetap setia kepada kau. Hanya engkau yang aku pilih. Aku tak mampu hendak alihkan pada tempat lain. Aku hanya merasakan kau yang terbaik buat diri ini. Yang dituju hanya pada kau. Bagaimana?

Maafkan aku menyepahkan ruang usang. Maafkan aku andai aku gagal memberi kau bahagia. Memberikan kau senyuman seperti dulu. Mungkin kau akan marah dengan kata-kata aku tapi entah. Aku tak rasa aku salah. Aku tak rasa kau salah. Entah. Saat ini harus kau tahu, rasa ngilu datang pada ruang antara rusuk aku. Rasa yang hanya datang bila keadaan kita begini. Aku sendiri tak mengerti.

Jauh mana aku. Rajuk mana aku. Kau tak pernah jauh. Aku sendiri tak mampu menanggung keadaan yg tanpa ketawa mahupun senyuman kita. Merintih aku dalam tidur. Merintih aku waktu berjalan sendiri. Merintih aku merenung silling. Esak tangis yang terlalu kuat. Apa yang sudah terjadi pada hati?

Aku juga tak mahu hal buruk berlaku. Kita rancang bahagia. Kita nekad hendak cipta hidup yang sempurna berdua. Tak mungkin pengakhiran hanya berakhir begini. Aku mencintai kau. Setulus hati aku. Moga ini sementara. Aku rindu masa kita bersama. Aku rindu mendengar jenaka kau. Aku terlalu merindu senyuman dan gelak tawa kau. Aku terlalu rindu raut wajah yang aku tak mampu hendak membenci. 

Daripada : aku.

Friday, August 24, 2012

Assalamualaikum Kekasihku.


Hai,

Saya tenung hujung jambatan sana. Kosong. Saya tunggu sesuatu yang muncul, atau mungkin sebenarnya seseorang. Saya tertanya apakah ia? Siapakah dia? Kadang-kadang saya terlalu penat menunggu. Lama sudah saya disini. Mengharapkan sesuatu. Bagai menanti bulan jatuh ke riba mungkin. Haihh, mengeluh berat.

Mata makin mengecil pagi sudah membawa kepada tengah malam. Lama menanti sampai tak sedar terang bertukar gelap. Gelap bertukar ke terang balik. Papp, gelap. Lena. Perlahan terasa bahu disentuh. Tersentak. Huh, menakutkan. Saya pandang siapa yang berani mencemar duli menyentuh bahu. Dia senyum.
Ah sudah. Senyum ikhlas atau niat jahat.

"Assalamualaikum kekasihku yang selalu dirindu..."

Oh, sekian lama. Dia yang dinanti akhirnya kembali. Selamat pulang sayang. Selamat kembali ke pangkuan. Saya telah lama menanti kamu datang. Terima kasih kerana masih ingat untuk pulang. Meneruskan kisah kita seterusnya. Mengejar awan, melakar sinar bahagia.

Okbai, jiwang sangat. Keh.

Thursday, May 10, 2012

Anak Mak Nak Minta Izin Dari Mak Boleh?

Kehadapan mak.

Mak.
Anak mak nak cakap ni.
Mungkin mak terkejut bila dengar apa saya kata ni.
Mungkin mak akan marah saya juga.
Mungkin mak akan bulat-bulat mata tak percaya.

Mak.
Anak mak nak minta izin mak.
Anak mak ni nak kata pada mak.
Boleh tak kalau anak mak ni nak bernikah?
Pada usia ini? Secepat ini?

Mak.
Anak mak ni dah fikir banyak.
Anak mak ni dah kaji ciri-ciri calon menantu mak tu.
Dan insyaAllah mak, anak mak ni percaya dia boleh jadi suami yang baik.
InsyaAllah segalanya akan mendapat keredhaan Allah diatas keputusan anak mak ni.
Mak.
Sebab anak mak ni dah fikir nak jaga diri dia daripada segala fitnah.
Anak mak ni lakukan kerana Allah yang esa.
Dia bukan buat keputusan kerana trend mahupun nafsu.
Dia buat kerana dia tahu sudah tiba masanya, mungkin ini jalan yang terbaik.
Anak mak dah lakukan istikharah jua sebelum memilih dia mak.


Mak.
Mak sebaik sahaja mak dapat surat ni,
Anak mak ni dengan senang hatinya akan berbicara sebab lebih lanjut.
Anak mak ni harap mak dapat sokong.
Jangan marahkan anak mak ini tapi slow talk dengan anak mak ini.

Oh ya,
Mak selamat hari ibu,
Saya sayang mak,
Ini hadiah saya dari mak,
menantu *heheheh*

Daripada,
anak mak

Thursday, March 22, 2012

Pesanan Buat Sahabat.

"Anda menerima dua pesanan suara, sila tekan 1 untuk mendengar.... tutttt"

"Sila tekan 2 untuk pesanan seterusnya, atau 3 untuk padam."



Tuesday, March 20, 2012

Kawan Separa Lama, Separa Baru Dan Selamanya.

Untuk... 

Kawan separa lama, 
Terima kasih kerana sebuah kenangan. Terima kasih kerana ada dengan aku. Maafkan aku kerana selalu menghilang daripada kalian. Aku punya sebab untuk jadi sedemikian. Aku sayang kalian. 

Kawan separa baru,
Terima kasih untuk segalanya. Aku ingat keputusan salah, rupanya aku dapat secebis bahagia disini. Rasa sebuah persahabatan yang aku rindui selama ini. Aku juga sayang kalian. 

Kawan selamanya,
Terima kasih kerana selalu ada. Aku sayang kau. Aku rindu kau. Kalau boleh aku hendak putarkan masa dan hentikan disitu agar kita tidak pernah menjadi dewasa dan terpisah.

Kawan separa lama, baru dan selamanya,
Semoga sebuah perkenalan itu berkenalan, semoga kita bersahabat selamanya, semoga kita tak pernah terlupa setiap kenangan yang ada. semoga tidak akan tercetus sekalipun rasa benci dalam hati. Selamat segalanya. Semoga Allah SWT rahmati kalian.

Daripada,
Yang Mencari Erti Sahabat


Sunday, March 18, 2012

Manusia Itu, Manusia Ini.

source : tumblr
Kehadapan manusia itu,

Kenapa acap kali kau sering berusaha untuk menyakiti aku. Aku sedar aku hanya manusia yang berbeza. Yang tidak punya ciri selengkap bidadari syurga. Hanya punya sikap sedingin bongkah ais. Bibir sukar mengatur bicara mahupun senyuman. Tapi itu tak bermakna aku tidak punya hati juga perasaan. 

Aku sedar khilaf aku kepada kalian, namun itu bukan bermakna kau bisa mencerca dan membandingkan aku dengan mereka. Aku punya hati. Jangan terusan sakiti aku dengan kata-kata tidak bersemuka. Katakan pada aku secara jelas jika sikap aku menganggu kalian. 

Aku penat berpura-pura tersenyum dihadapan kalian. Sedangkan hakikatnya aku menangis dibelakang kalian. Menangis dan menangis tanpa suara. Kering air mata hingga tak mampu hendak menangis lagi kini. Lelah aku hendak berhadapan dengan kalian. 

Kalau bisa ingin aku terbang ke langit ke tujuh. Ingin aku selam ke laut dalam. Ingin pula aku pergi ke hujung dunia agar aku bisa jauh daripada kalian. Agar setiap perbuatan aku tidak lagi menyakiti kalian. Agar setiap perbuatan aku tidak lagi akan menyakiti dia yang penting buat aku. Kata-kata kau bukan sahaja membunuh aku tetapi membunuh dia. Suatu hari nanti akan aku pastikan semua bisu. 

Andai kau tidak bisa membisu teruskan sakiti aku, tetapi jangan sekali sakiti dia. Biarlah berdarahnya hati, tapi jangan hati dia. Alang-alang terluka biar sampai luka berdarah dan bernanah. Biarkan agar kalian mendapat kepuasan yang diinginkan. Namun, kau harus tahu aku memaafkan kalian dan aku juga memohon maaf atas khilaf aku itu.

Daripada manusia ini.


Monday, March 12, 2012

Hilang.

Kehadapan jiwa kau,


Macam mana kalau perasaan tu semakin berkurang. Macam mana kalau rasa yang selama tersimpan semakin pudar. Entah kenapa mahupun bagaimana. Macam mana kalau otak mula mempersoal rasa yang wujud dihati. Yakin tak yakin mula terasa. Ragu memenuhi minda. Apakah sebenarnya. Adakah ini tanda rasa itu sebenarnya tiada. Dan aku hanya memaksa ia kekal disini. Disini yang dipanggil hati. Atau aku yang mula bertindak menjadi tak setia. Mungkin jua tuhan menghilangkan rasa ini kerana dia bukan ditakdirkan bersama. Apakah aku yang mudah jatuh cinta atau tergugat dengan kehadiran insan lain yang hanya singgah dimata. Aku takut keadaan ini. Aku taku perasaan ini berubah. Aku tak mahu berubah rasa ini. Aku takut hati ini memadam nama kau. 


Daripada, hati aku.