Showing posts with label tiada nama. Show all posts
Showing posts with label tiada nama. Show all posts

Saturday, December 29, 2012

[Kiriman] Kepada Semua Sahabat-Sahabatku.



Assalamualaikum,
surat ini dituju khas untuk mereka yang bergelar sahabat saya.. memang seronok bila ada sahabat yang meluahkan rasa pada diri ini.Terasa diri rapat dengan mereka.Berbicara dengan mereka mengenai hati,iman dan sebagainya. Dikala mereka inginkan nasihat aku cuba hulurkan pertolongan selagi diri ini mampu.

Sahabat,
aku sangat bersyukur kepada Dia kerana mengurniakan rakan-rakan yang sanggup menerimaku seadanya.
Kita menangis sama-sama.Kita gelak sama-sama.Kita kongsi segala cerita.Kita sentiasa ada untuk satu sama lain.Tetapi kenapa sekarang dah lain. Kadang-kadang nak dapat satu panggilan pun susah.Ibarat tunggu kucing bertanduk.Macam itu rasanya..Sedih,sakit hati,geram..semua bercampur.Adakah aku ini hanya wujud dikala kau sedih dan hilang kala kau gembira?Aku ini ibarat bantal ke?Tempat yang hanya diperlukan bila perlu?

Sahabat,
setiap kali engkau dalam kesedihan,aku sedaya upaya mencuba untuk menenangkan kamu..i want to be ones who you can rely on..tapi kenapa setiap kali aku bagi nasihat supaya jangan ikutkan sangat kata hati itu,kau tak nak dengar??Banyak kali aku nasihat tapi hati kau juga yang kau nak dengar..Aku cakap serahkan segala perkara pada Allah.Tapi kau seolah-olah masuk telinga kanan keluar telinga kiri!!Pasal jodoh,rezeki,dan segalanya hanya Allah yang tahu.Kenapa taknak mengadu dekat Allah?Mengadulah pada Dia.Dia Maha Mendengar.Doa banyak-banyak dekat Allah supaya jodoh kau dengan dia.Bila lelaki itu buat sesuatu yang menyakitkan hati mula la kau menangisi dia yang sememangnya tak patut ditangisi..Membazir air mata,masa dan otak.Sebab apa sebab terpaksa fikirkan perkara yang menyeksakan kepala.Nasib baik aku sayang kau..

Sahabat,
Bila bersama senyuman aku akan melebar.Siapa tidak gembira bila ada member dekat tepi.Beberapa tahun ini,ramai kawan yang aku jumpa.Ada kawan yang sememangnya sahabat yang baik.Dia bukan sahaja nak aku berjaya dalam hidup, di akhirat pun dia nak aku berjaya juga.Alhamdulillah,aku dipertemukan dengan sahabat yang nak bantu aku mengenal Dia dengan lebih dekat.Ada juga sahabat aku yang sentiasa,sentiasa ada..dekat di hati.Setiap kali aku telefon bertanya khabar,pasti ada yang menyambut dengan gembira.Walaupun ada yang jauh,ada yang dekat,ada yang terpisah bertahun lamanya,kita masih lagi kawan.

Sahabat,
mati itu pasti hidup itu mungkin..aku tidak tahu bila ajal aku tiba.Jika kau dengar berita mengenai aku yang telah pergi.Jangan menangis ye!Tapi tolonglah aku di alam sana.Doakan aku ye!Sebab aku tidak tahu samaada amalan aku ini macam mana?Layakkah aku bertemu Penciptaku?Keadaaanku yang penuh dengan dosa ini..Maafkan aku kalau ada perkara yang menyakitkan hati kau masa aku ada dulu.Halalkan segala apa yang kau bagi aku ye!

Sahabat,
sampai sini warkah aku untuk kamu semua.Aku berdoa agar persahabatan yang terjalin ini sampai ke Syurga..Amin.Amin.Amin. Jangan lupa Allah tau!Kalaulah kita tahu betapa ruginya kita kalau Allah melupakan kita.Ingat jangan lupa buat apa yang wajib kita buat.Jangan lupa baca surat cinta dari Illahi..Banyak benda ada dalam buku itu.Kalau kita sama-tama tadabbur surat-surat cinta Dia banyak kita dapat..Kalau ada masalah dengan hati,bincanglah dengan doktor hati.Bak kata cikBeah..Allah lah doktor hati.Dia yang paling tahu apa dalam hati kita..

sekian..

kiriman : -

Thursday, September 27, 2012

[Kiriman] Warkah Buat Kamu


Wahai insan itu,
Jarum jam menunjuk ke angka satu pagi, sedangkan aku masih berjaga, memendam rasa sendiri. Tanpa sedar, air mataku turut jatuh berjuraian. Maafkan aku, aku bukan sengaja. Aku cuba untuk melupakan kamu, tapi kamu tetap insan yang pernah hadir dalam hatiku, dan masih ada di situ biar setiap hari aku cuba mengikis rasa itu dari sini, di hati ini. kamu pasti takkan mengerti keperitan yang aku rasa, menyimpan rasa yang tidak ada ertinya ini. Namun aku mahu kamu mengerti yang aku selalu berusaha membuangnya, dan sentiasa akan berusaha sampai namamu lenyap dari situ.

Wahai insan itu,
Andai kita dapat berdepan, ingin sekali aku nyatakan yang aku ingin memohon maaf, untuk ke sekian kalinya. Biarlah ia berjuta kali sekalipun aku rela, kerana aku sedar, aku terlalu banyak salahnya pada kamu. Aku terlalu mengganggu hidup kamu, dan mungkin dengan kehadiran warkah ini yang entah akan kamu baca atau tidak, namun jika kamu terbaca, aku yakin kamu akan rasa terganggu sekali lagi. maafkan aku. Maafkan aku kerana aku memang gila dengan perasaan ini hinggakan aku bisa mengikut perasaan,menjadi seorang yang sangat menjengkelkan. Aku sedar kini.

Wahai kamu,
Aku tahu hnya tinggal berapa detik lagi sebelum kamu akan menjadi imam kepada insan yang kamu sayang. Aku sedar hakikat itu dan aku tidak punya niat untuk mengganggu. Aku cuma ingin kamu bahagia, benar, aku tidak berbohong. Aku ingin lihat kamu sentiasa bahagia biarpun bukan aku di sisi kamu. Walaupun kamu tidak akan pernah percaya, namun dari dulu lagi aku tidak pernah mengharapkan rasa aku ini akan berbalas, kerana aku sedar betapa kau tinggi di langit sedangkan aku hanya melata di bumi. Tapi memang aku selalu khilaf, aku seorang yang selalu saja mengikut perasaan dan selalunya apabila aku kembali tenang, aku akan menyesal dengan apa yang aku titipkan padamu. Mungkin warkah ini juga akan aku sesali nanti, namun aku tidak menyesal untuk memohon kemaafan darimu berulang kali.

Wahai kamu,
Aku akan selalu doakan kebahagiaanmu walaupun aku tahu, doaku pun kamu tidak inginkan lagi. malah andai bisa, kamu tidak mahu ada sebarang perkaitan lagi dengan aku. Walau begitu, aku masih tetap akan berdoa dan akan sentiasa berdoa, semoga kamu akan bahagia bersama dia sampai syurga. Amin amin amin! Semoga kamu bisa menjadi imam yang terbaik bagi dia dan juga anak2mu kelak. Amin!

Wahai pemilik hati si dia,
Awak... saya minta maaf andai selama ini saya mengganggu hidup awak dan dia. Saya faham perasaan awak yang rimas apabila insan yang awak sayang, diganggu oleh insan lain. Saya minta maaf, saya khilaf dan saya selalu ikut perasaan. Maafkan saya biarpun saya sedar, sukar untuk awak maafkan saya. Saya tidak punya hak untuk meminta awak menjaga dia dengan sebaiknya kerana awak sudah sedia maklum tentang itu, dan tidak perlu ada insan lain utk mengingatkan perkara yang awak sudah sedia tahu. Saya takkan meminta itu, cuma saya hanya mengharapkan semoga kebahagiaan akan mengiringi awak berdua sampai Jannah. Itu doa saya. Walaupun mungkin awak meragui keikhlasan saya, tapi jujur saya katakan, saya ikhlas.

Maaf kerana selama sembilan tahun ni, perasaan saya masih sukar saya kikis. Saya sedang berusaha, dan apabila lafaz ijab itu terlafaz, saya memang tidak akan punya hak lagi dan adalah menjadi dosa bagi saya untuk mempunyai perasaan pada dia lagi. Maafkan saya ya awak. Saya selalu mengganggu hidup awak dan dia, maafkan saya...

Dengan lafaz Bismillah,
Ya Allah, hilangkan segala rasa yang membelenggu hatiku ini ya Allah. kirimkanlah aku insan yang bisa membimbingku ke jalanMU ya Allah. Jalan yang diredhaiMu dan bukan jalan orang-orang yang dilaknat. Suburkanlah bahagia di hati dia dan insan yang dicinta. Semoga rumahtangga yang bakal mereka bina, dirahmatiMu dan membawa mereka ke jalan syurgaMU. Amin ya rabbal a’lamin.

Penuh rasa cinta,
PencintaSetiaPadaCintaSiaSia


Wednesday, August 29, 2012

[Kiriman] Berhenti


Assalamualaikum...
sungguh aku suka kat dia. ingat aku suka sikit sikit ke? ya aku yang memilih untuk suka kat dia sangat sangat bila dia macam tunjukkan dia suka aku. suka aku? haha. perasan kot. ye lah rasanya dia memang baik dengan sesiapa pun. aku je perasan lebih. sigh. (_ _")tapi kali ni aku isytiharkan diri aku untuk berhenti suka dah kat dia. BERHENTI!

dear wan,
sungguh memang aku suka kau. kau tau tak? mesti tak tau kan.. dont worry small matter je ni. tak kisah... *sobsob* aku harap kau berhenti juga melayan aku. ya. berhenti layan aku walaupun kita ni kawan.
cukup la aku dah perasan selama ni. jangan tegur aku di fesbuk, macam yg kau dah biasa buat sekarang. kalau boleh takkan layan langsung. aku juga akan cuba untuk tak tegur kau dah. jangan usik aku dah. ya. berhenti usik usik aku. maybe aku suka kau sebab kau suka usik aku. (-.-') aku penah termesej kau dulu, masa seorang membe kita kahwin, tanya kau pergi ke tak? tapi dalam mesej mesej kau tu, ada 1 mesej kau usik aku. aku terkejut. tp aku tak reply dah mesej kau tu. malu sebab budak baik mcm kau yg mengusik. pelik.. sigh. aku memang kuat perasan.

jangan tanya nak datang rumah aku boleh ke tak. sebab soalan ni kau penah tanya masa kau aktif berYM dulu. kan aku dah cakap aku kuat perasan. soalan ni aku tak penah lupa. (-.-') jangan ajak aku datang rumah kau jugak. kau tau aku jadi pendiam seminggu after dijemput dan dihantar pulang selepas ke rumah kau tu. mengelamun sikit ingat kau. nanar aku tau! nanar.. -.-' jangan ajak aku tengok baju kahwin dah. kan aku ni kuat perasan.

jangan tanya pasal mana suami aku. sebab kau punya soalan ni buat aku jadi lagi saiko. jangan cakap nak suruh aku temankan kau jalan jalan. lagi aku gila nanti, macam mana? jangan cakap, jangan YM, jangan layan aku. itu the best way. and aku sememangnya puas sebab baru baru ni masa raya, aku mesej kau and kau tetiba call aku and tanya, "ini siapa?" tercengang juga aku. tapi tak apa. no worries. aku terkilan sikit je.

aku ni hanya perempuan biasa yang tak sesuai dengan kau. aku akan sentiasa doakan kau dapat jodoh yang baik, dan berjaya membina keluarga bertaqwa yang boleh memimpin negara ni. insyaAllah. aku pula? aku kan dah berhenti suka kau, jadi aku akan memperbaiki diri aku. bukan kau je nak jodoh yang baik. aku pun nak jugak. haha.

assalamualaikum. 

Monday, July 16, 2012

[Kiriman] Kawan Baik Yang Pergi.


Kepada Iden,

Pernah aku berazam agar tidak lagi mengangkat sesiapa sebagai saudara. Kawan baik itu aku gelar saudara. Dia kawan baik aku bukan hanya kerana dia baik, tetapi kerana aku sudah dapat menerima walaupun apa yang dibuatnya penuh cela dan tidak sempurna. Demikianlah dia, kawan baikku.

Barangkali pabila masa gembira mungkin aku tiada di sana, namun tidak pernah aku hilang tatkala kesusahan menimpa (atau sekurang-kurangnya aku mencuba). Aku perit jika dia ditimpa bencana. Yang pertama kerana aku tidak sanggup melihat terjadinya bencana, yang kedua kerana bencana itu menimpa dia. Rela aku menanggungnya dari dibiarkan hati aku luka melihat dia terseksa.

Khilaf dan silap itu sebahagian dari manusia, termasuklah diri aku dan dia. Sejujurnya, banyak yang dibuatnya menyakitkan hati. Aku sakit hati tetapi masih sanggup berada di sisi, kerana itu lah dia kawan baik. Mungkin ada yang aku buat juga menyakitkan hati. Namun seperti sukar nampaknya dia untuk menerima. 

Aku menjangka andai dia pergi, rasanya seperti mereka-mereka yang lain yang juga pernah pergi. Namun aku silap, berminggu rasa perit bermukim di dalam hati. Aku tertanya juga mengapa begitu sekali. Lantas aku menghulur tangan, membuang ego dan bongkak dalam diri, demi persahabatan yang sangat bernilai dan aku hargai. Aku tahu tangan itu mungkin ditepis pergi dan aku pastinya malu tidak terperi. Namun aku hulurkan juga, kerana malu tidaklah terlalu mahal untuk aku korbankan demi persahabatan ini. Walau begitu, rasa hati tidak dapat dinafi, bertambah pedih bila tangan itu ditolak pergi.

Aku tidak berhajat dia membalas kepada aku dengan sesuatu yang serupa. Namun tidak juga aku jangka untuk aku diluka. Dia tahu rasa hati aku, seperti mana aku tahu rasa hati dia. Mungkin baginya tidak mengapa. Namun bagi aku, tidak begitu.

Pedih mengenangkan perginya dia yang aku gelar saudara, andai itu pilihannya. Mungkin tidak banyak yang gembira dikongsi aku dan dia, namun segala susah dan jerih hidupnya banyak bersama aku, kerana dia aku angkat sebagai saudara.

Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, dia aku kasihi lebih dari aku mengasihi diri aku. Sekuat dan semampu kudrat seorang insan, wilayah kemanusiaan hanya berusaha dan berdoa, wilayah penentuan tergenggam erat milik Sang Pencipta. Aku sudah usahakan apa yang perlu, aku juga berdoa kepada Tuhan Yang Satu dan aku juga cuba berserah kepada ketentuan-Nya, walau hati seakan enggan berbuat begitu. 

Di sebalik kehendak-Nya ini pasti membawa kepada kehendak-Nya yang lain, mungkin lebih baik. Namun aku rayu semoga hati ini terus tabah menghadapi hari-hari yang tidak lagi begitu indah. Mengapa begitu perit, aku sendiri tidak mengerti. Pernah dahulu pabila tiba-tiba perit hati ini, aku tahu tatkala itu dia susah hati. Namun kini aku tidak pasti. Apakah dia turut merasai betapa peritnya hati ini.

Dia kawan baik aku. Tidak tergamak meminta sesuatu yang nista untuk berlaku. Namun jauh dalam sudut benak aku berharap, agar hatinya merasa apa rasa hatiku. Tuhan, jika dia pergi, jadikan hati aku redha dengan kehendakMu. Jika dia ditakdirkan kembali, kembalikan kami seperti dahulu.

Sesungguhnya aku mengasihi dia hanya kerana Zat Yang Maha Esa.

Dari aku. 

From : Tanpa Nama

Sunday, April 29, 2012

[Kiriman] Surat buat dia yang jauh!




Kepada : awak yang saya rindu.

Assalamualaikum awak..
Awak apa khabar? moga awak sentiasa sihat dan dalam keberkatan Tuhan yang Maha Pengasih.

Awak...awak kenal saya lagi kan?orang yang penah wujud dalam hidup awak suatu ketika dahulu,yang awak penah kenal sedetik waktu.Awal perkenalan kita dulu,masa tu saya bekerja dengan pak lang saya(sepupu mak),saya nampak awak dan awak pun nampak saya,mata kita bertaut tanpa kita sedar.Itulah pertemuan pertama yang awak dan saya tak pernah rancang.Masa tu saya rasa cam awaklah lelaki idaman saya selama ni.

Awak...hari tu saya dapat tahu yang ayah awak nak awak bekerja dengan pak lang saya,saya senyum sorang-sorang.Sebelum tu saya ingatkan awak ni penghantar barang,rupanya awak anak kepada rakan kongsi pak lang saya.Saya rasa gembira sangat-sangat sebab saya boleh jumpa awak lagi walaupun dari jauh je tapi saya tetap puas hati boleh menatap wajah awak.

Awak...pagi tu saya pergi kerja dengan abang saya,masa saya sampai awk dah ada kat depan kedai.Saya tak tahu apa yang awak fikir bila nampak saya dengan abang saya.Saya terus masuk ke dalam kedai tanpa hiraukan awak.Lepas tu saya keluar pula sebab nak ke kedai nak beli air kat kedai hujung simpang.Awak duduk kat situ lagi,saya berjalan di depan awk,awak tanya saya \"nak ke mana?\",saya balas \"nak pi kedai beli air\".Saya tengok awak cam nak bersembang dengan saya je tapi saya tak layan awk,lagipun awak takde kawan nak bersembang.Awak tahu,masa tu dalam hati saya berbunga sangat sebab dapat bercakap dengan awak,gembiranya saya.

Awak...awak ingat lagi tak,kat tempat kerja tu,kita selalu kena usik dengan mak lang dan akak dan abang kat situ,saya bawa bekal,diorang gitau awak yang lauk tu mak mertua awak yang masak(mak saya),saya malu sangat tapi saya suka.Muka awak merah sebab makan sambal yang akak tu buat,sambal tu memang pedas tapi awak makan jugak.Selama kita bekerja kat situ,kita jarang bersembang,masa takde pun tuk kenal dari hati ke hati.Lagipun saya tak sepadan dengan awak,awak anak orang kaya,ada rupa yang kacak,bijak dalam pelajaran dan agama,sedangkan saya tak punya apa yang awak ada.Tapi satu je yang saya tak suka sal awak,awak suka merokok tapi ayah dan mak cik awak tak tahu,pandai kan awak simpan rahsia.

Awak...hari tu saya dapat tahu yang ayah awak carikan calon tuk awak,dia adik kepada kawan awak,saya risau sangat tau.Pastu saya dapat tahu yang awak dan dia tak jadi tunang sebab perangai ayah dia yang suka mendesak ayah awak.Saya happy tak terkata bila dapat berita tu.Saya dah tak lama dah keja kat situ,saya dapat peluang lanjutkan pelajaran.Dalam masa yang sama awak pun nak sambung belajar kat Mesir,saya terluka sangat awak,lepas ni mungkin saya tak kan jumpa awak lagi.Saya bersedih di dalam hati.

Awak...saya berharap sangat yang saya boleh berjumpa dengan awak lagi,biarpun sekejap saja tapi tu dah cukup buat saya.Sampai sekarang saya masih rindukan awak walaupun dah 3 tahun berlalu.Saya berharap suatu hari nanti awak akan datang meminang saya tuk jadikan peneman dikala awak sunyi dan watak utama dalam cerita hidup awak.Tetapi jika kita tidak berjodoh,saya doakan agar awak bertemu dengan wanita solehah tuk dijadikan suri hidup dan berbahagialah awak didunia dan diakhirat.Awak,terima kasih kerana pernah mengisi hati saya disaat hati saya kosong daripada cinta manusia.Saya akan sentiasa rindukan awak hingga ada seseorang yang boleh mencuit hati saya nanti.Wassalam.

Daripada : saya yang rindukan awak. 
Pengirim ---

Saturday, April 21, 2012

[Kiriman] Love To The End


Kepada N.E.I.L,

Awak ingat tak, bulan 6 Januari 2008. Awak menghulurkan salam persahabatan kepada saya. Saya tak nak sebab saya pegang prinsip saya. Hampir setiap hari awak kacau dan ugut saya. Awak tahu tak, kita ada STPM akhir tahun itu. Saya kena jaga banyak hati orang. Awak pentingkan diri. Sampaikan perkara ini heboh satu sekolah. Saya malu sangat. Disebabkan itu, saya terpaksa jawab salam persahabatan awak tapi bersyarat.

Manusia memang tak pernah puas kan? Dalam masa kita berkawan, awak mula menyimpan perasaan kepada saya. Awak dah langgar syarat saya. Saya tak marah. Saya tahu itu fitrah manusia. Tapi, tindakan awak itu akan memusnahkan diri awak, saya dan si dia. Si dia dah bagi hati dia dekat awak. Sepatutnya awak jaga. Tapi, kenapa awak nak juga hati saya? Sungguh, saya sayang awak. Sebagai kawan.. Sebab itu, saya terpaksa menghindari awak. Sejak itu, awak mula buat perangai awak yang lama. Malah, awak sanggup putuskan hubungan hati dengan si dia. Kenapa awak tak pernah faham saya? Saya menyesal menyambut salam perkenalan awak. 

Tapi, sungguhlah doa awak supaya saya sambut perasaan awak, termakbul jua. Hati saya, ALLAH yang pegang. Jika ALLAH dah palingkan hati saya untuk awak, maka كون فيكون... Saat saya ingin melafazkan kata hati saya. Tanpa awak sedar, awak dah hancurkan hati saya. Sungguhlah, setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. Mesti awak tak sangka bayang disebalik pintu itu adalah saya. Saat awak dan classmate berbual pasal saya. Alangkah peritnya hati saya. Awak mengatakan saya orang kedua penting dalam hidup awak dan si dia adalah orang pertama. Bodohnya saya. Saya tak kisah awak tak pilih saya. Tapi, awak bertekad nak juga hati saya. Awak memang tamak. Saya tak kan rampas hak orang lain. Sampai hati awak. Begitu mudah bagi awak kan. Sejak saat itu, saya mula mengelak dari awak. Biarlah orang nak cakap apa pun. Dunia saya adalah belajar dan belajar..
Masa dalam dewan peperiksaan, awak ditakdirkan duduk di sebelah saya. Awak sapa saya, tapi saya hanya buat tak tahu. Saya tekadkan hati. Awak cuba tegur saya. Tapi, saya hanya pandang awak sekilas. Luaran saya nampak tenang, tapi hati saya menangis. Sampailah hari terakhir, awak tunggu saya kan. Sebab saya orang yang terakhir keluar. Awak hanya pandang saya dan termenung jauh. Tapi, saya bergegas nak balik awal. Saat awak teriak nama saya, saya hanya melambai pergi. Saya tak berani menoleh ke belakang, sebab airmata saya tumpah juga di situ.
Awak pernah cakap awak nak kita sama-sama future study sebab awak nak jaga dan lindungi saya. Saya pegang kata-kata awak. Tapi kini, hanya saya yang jauh mengorak langkah. Saat saya menjejakkan kaki ke menara gading, saya tercari-cari bayangan awak. Awak biarkan saya tanpa hala tuju. Begitu mudah awak lafazkan, begitu cepat awak lupakan...

Dalam masa 4 tahun ni, saya masih tak dapat nak buang awak dari hidup saya. Kita berkenalan dalam masa 1 ½ tahun, tapi saya nak buang awak dalam masa 4 tahun pun payah. Saya dah cuba buka hati saya untuk orang lain, tapi hati saya hanya ada awak. Sebab saya tahu, sekali saya buka hati untuk seseorang, selamanya akan terus begitu. Akhirnya, saya pasrah. Hati saya ALLAH pegang. Awak tak kan dapat cari saya lagi sebab saya tak nak berkait lagi dengan awak. sebab saya tak kuat nak berhadapan dengan awak. Reunion kita pun saya tak datang kan. Harapan saya kini nak tengok awak bahagia di dunia dan di akhirat. Buanglah sikap baran awak tu. Bestfriend awak pernah cakap kat saya, hanya saya perempuan yang mampu bertahan dengan sikap awak tu. Betul atau tidak. Wallahualam...

Biarlah semuanya berakhir di sini... Saya tak pernah menyesal mengenali awak. Sekurang-kurangnya saya pernah berada dalam hati awak walaupun sebagai pilihan terakhir. Saya akan simpan rahsia dan nama awak sehingga akhir nafas saya. Maafkan saya. La Tahzan.. Doa saya untuk awak setiap kali di hujung penghabisan solat, “Ya Allah, kalau aku rindu padanya, Kau peliharalah kerinduanku ini agar tidak melebihi kerinduanku padaMu. Ya Allah, kalau dia memang tercipta untukku, dekatkanlah dan satukanlah hati-hati kami. Dan seandainya dia bukan ditakdirkan untukku, maka Kau peliharalah hatiku dari terus mengingatinya.” Amin...


XOXO,
ANNA 

Pengirim : ---

Monday, April 9, 2012

[Kiriman] Tidak Adil Bagi Ku.


Kepada the girls,

Aku pakai stoking dengan selipar, menjadi isu. Aku kata aku mahu berubah, menjadi isu. Aku pakai tudung labuh semenjak naik form4, menjadi isu. Aku sombong dengan lelaki, menjadi isu. Aku tweet perkara islamik, menjadi isu. Aku tunjuk header blog aku, ada tulisan "Ke arah DIA" juga menjadi isu. Aku keluar rumah sambut kalian dengan tuala di kepala, juga menjadi isu. Aku masih kekalkan pemakaian tudung yang di pin bentuk kupu kupu dan tidak bertukar kepada shawl mahupun pashmina, juga menjadi isu.

Kenapa dengan korang? Apa salah ke aku untuk menjadi seorang yang lebih baik? Ya mungkin dengan sifat dan perangai aku, aku tak wajar katakan sesuatu dan berkelakuan seperti seorang yang mahu berubah ke arah kebaikan. Tapi ketahuilah, di saat ini, tak de apa yang aku mahukan, selain merasa dekat dengan DIA, pencipta kita semua. 

Tak boleh ke korang bagi sikit moral support dekat aku. Korang tak gembira ke tengok aku ni nak berubah? Aku tak faham dengan kau. Bila aku out of control, korang suruh aku berubah. Bila aku cuba untuk berubah, korang seolah olah perlekehkan aku. Aku tak faham dengan apa yang korang nak.

Orang kata, nak berubah kena banyak berkorban. Apa korang sanggup kalau aku korbankan hubungan persahabtan kita hanya semata mata nak berubah? Tak, kan? Aku pun tak rasa aku sanggup. Orang kata, nak berubah kena kuat. Macam mana aku nak kuat, kalau kawan yang aku ada hanya korang. Dan korang jugalah yang sengaja timbulkan isu ni.

Aku senyap tak bermakna aku tidak kisah dengan apa yang korang katakan. Mungkin, mungkin apa yang korang katakan itu, adalah kata kata kosong. Tapi bagi aku tidak. Ianya segalanya bagi aku. Tolong lah faham dengan diri ni. 

Aku berdiam diri kerana aku masih tak cukup kuat untuk hadapi soalan kalian sekiranya kalian tahu yang aku mahu berubah. 

Girls, aku kecewa dengan korang.

Daripada, orang yang sudi korang jadikan kawan.

Pengirim : ----

Sunday, April 8, 2012

[Kiriman] Kerana Terpaksa, Aku Lepaskan.


Kehadapan engkau, yang pernah jadi kawan baik, kawan rapat, dan juga seorang kakak.

Serius aku kata, aku dah penat untuk mencuba.
Dah tiba masa untuk aku lepaskan kau. 
Pergilah kawan, pergi. 
Cukuplah bagi aku, sekiranya aku masih berpeluang untuk menjadi seorang pemerhati. 
Hampir 3 tahun. 3 tahun aku cuba untuk betulkan hubungan persahabatan kita yang bukan sahaja retak, tapi dah roboh pon. 
Dan sekarang aku rasa, ini lah masa terbaik untuk aku berhenti mencuba kerana aku sedar, siapalah aku untuk dibandingkan dengan dia, kawan baru kau.
Dan aku juga sedar yang mungkin dah tertulis takkan ada lagi hubungan persahabatan antara kita berdua.
Dan juga supaya, sampai saat di mana kita akan berpisah kerana membawa haluan masing masing, kita akan menjadi cukup kuat untuk hadapi satu lagi perpisahan.
Terima kasih, terima kasih untuk segala duka yang kau tinggalkan. Semoga dengan adanya duka ini dalam hati dan diri aku, aku akan sentiasa mengingati kau hingga ke akhir hayat aku.

Daripada, aku, partner crime kau. 


Pengirim : ---

Wednesday, April 4, 2012

[Kiriman] Khas Untukmu Yang Teristimewa


Kepada Dr.rindu

Assalamualaikum.. 
Awak, surat nie saya tulis khas untuk awak.. Awak baca lah,yee...

Dear awak,
Awak apa khabar sekarang?saya harap awak sihat saja tau.. saya?saya sekarang ni sihat walafiat.. saya ikut nasihat awak untuk jaga kesihatan saya.. 

Awak,
Saya nak ambil kesempatan ini untuk meminta maaf kat awak.. sebab saya tahu.. masa saya sakit dulu,awak runsing fikirkan saya.. saya terharu.. nak nangis pun ada.. sebab selama nie saya ingat awak x amik kesah tentang saya dah.. saya tak tahu yg awak turut risau bila saya sakit.. maafkan saya.. saya jahat sebab dah fikir yang bukan-bukan tentang awak.. maafkan saya,yee..



Awak,
Saat saya tahu awak masih sayang kat saya nie.. hanya Allah jer yang tahu apa perasaan saya ketika itu.. saya hanya mampu terdiam.. saya menidakkan semua itu,tapi hati saya menerimanya dengan terbuka..awak tak perlu rasa bersalah tentang hal yang lepas.. saya akui saya sedih bila teringat kisah dulu.. tapi,saya rasa lebih selesa dalam situasi sekarang.. yee.. persahabatan..saya lebih selesa bersahabat berbanding bercinta.. sebab saya dan awak sendiri mempunyai matlamat dan tujuan yang perlu di capai.. saya tahu pelajaran lebih penting.. saya tak nak kerana saya..awak tak dapat capai impian awak..cita-cita awak..

Awak,
saya tak pernah rasa menyesal mengenali awak.. awak buat saya sedar .. betapa cinta kepada Allah itu sangat indah rasanya... baru saya mengenal erti sebenar cinta.. betul kata umi awak.. tak perlulah kita bercinta sekarang.. umi awak banyak membimbing saya selama nie.. mungkin awak tak menyedari akan perihal ini. maafkan saya sebab menyembunyikan hal ini daripada awak. semua ini atas permintaan umi awak sendiri. Ibu mana yang tak risau bila seorang anaknya sudah mula pandai bercinta.. sudah mula pandai berkepit dengan telefon bimbit sedangkan pada tahun itu kita menduduki SPM.

Awak,
Walaupun kita berjauhan tapi,saya harap kita sentiasa dekat di sisi Allah dan bertemu dalam doa..Walau ke mana pun kita pergi,saya harap suatu hari nanti kita akan dipertemukan semula seandainya kita benar benar ada jodoh .Namun,seandainya takdir menentukan awak bukan imam saya dan saya bukan tulang rusuk awak yang hilang, saya harap persahabatan kita akan kekal selamanya. :’)

Daripada saya,
Cik cinta.

pengirim : tanpa nama


Sunday, April 1, 2012

[Kiriman] Kepada Dia.


Kepada awak,

Kita selalu jumpa tapi kita tak pernah bertegur sapa.Mungkin sebab saya takut tak dilayan atau mungkin sebab saya takut awak jelek dengan saya.Setiap kali saya pandang awak mesti saya rasa sesuatu dan jantung saya mesti tak stabil.Awak tahu?Tak,awak tak pernah tahu.

Perasaan saya pada awak sama sejak dari darjah tiga lagi.Saya suka kat awak sejak awak senyum pada saya.Saya masih ingat akan senyuman itu.Senyuman tanda perkenalan.Kita pernah suka satu sama lain tapi semua tu orang kata cinta monyet.Mungkin bagi awak memang betullah tu tapi tidak bagi saya.Sampai sekarang umur tujuh belas tahun pun saya masih simpan rasa suka tu pada awak.Awak tahu?Tak,sebab saya tak pernah cakap.

Bila saya tahu yang awak dah ada seseorang dalam hati, saya cuba lupakan awak.Saya cuba buang segala memori tentang awak.Saya cuba anggap yang awak bukan sesiapa dalam hidup saya.Saya hampir berjaya tapi takdir tu kadang-kadang pelik.Bila saya dah buang jauh, takdir seolah mengembalikan perasaan itu pada saya.Kita jumpa lagi dan lagi sehingga saya rasa awak dekat dengan saya.

Benar,perit rasa kecewa tu.Saya simpan sendiri perasaan tu selama ni.Namun saat ini,saya anggap yang takdir kita sama cuma jalan kita berlainan.Kita hanya bertemu di persimpangan tapi haluan jalan kita berbeza.Saya terima kekecewaan tu dengan harapan semoga satu hari nanti saya dapat lupakan awak sepenuhnya.Saya berharap sangat agar perasaan saya pada awak hilang tanpa kesan.

Daripada,DA 

Pengirim : -----

Wednesday, March 28, 2012

[Kiriman] Terima Kasih Dan Maaf.

kepada dia yang pernah memberikan aku cinta..

Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya...saya masih ingat tarikh pertama kali kita bertemu...cinta paintball...itu sukan kegemaran awak kan...walaupun hanya sekadar bertahan setahun setengah, tempoh yang singkat tu sangat bermakna untuk saya...

maaf andai saya bukanlah yang sempurna untuk awak...saya mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk diri awak tapi saya mahu awak faham cinta adalah tanpa sempadan tapi ada batasan...maafkan saya andai saya membuatkan awak berasa bukan seperti seorang kekasih..maaf jika saya tak mampu mengisi masa hujung minggu awak bersama-sama...maaf jika banyak perkara yang awak tak boleh buat dengan saya...

saya mengharapkan awak untuk menjadi pembimbing saya bukan saya yang menjadi pembimbing awak...saya tahu awak bahagia dengan dia sekarang...mengetahui awak bahagia sudah cukup untuk membuatkan saya juga bahagia walaupun dalam tangisan...sehingga ke hari ni saya tak pernah lupa mendoakan awak...semoga yang terbaik sentiasa untuk awak...


saya akui dari sudut kehadiran awak banyak mengubah diri saya menjadi lebih baik...sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada saya..ya..suatu ketika dulu awak adalah kekuatan saya...namun saya akui juga dari satu sudut juga awak cuba membawa saya ke jalan yang tak sepatutnya..maafkan saya kerana tak mampu tunaikan ape yang awak minta...andai itu adalah punca perpisahan kita..saya redha dengan segalanya...biarlah kehilangan cinta daripada kehilangan maruah diri...bukan saya tiada masa untuk keluar berdua dengan awak..tapi memang itu yang saya cuba elak kan...saya masih sayangkan awak..maafkan saya andai masih mengangankan diri awak dan masih menyebut nama awak dalam doa saya....maafkan saya...

Pengirim : -------
Nota Pejabat PKS : Surat yg tidak punya nama pengirim