Showing posts with label gadis. Show all posts
Showing posts with label gadis. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Dari Cik Manis pipi gebu..

teet..teet..ada mesej masuk pukul 3 pagi semalam:

dari awak,orang yang paling saya sayang..

                               Ya Allah,jaukanlah perasaan cintaku ini padanya jika dia bukan milikku,jika betul dia milikku,maka engkau dekatkanlah hati-hati kami.Hanya kepada Mu aku minta pertolongan..

                       Tak lena tidur sebab mesej awak ni.Dari malam sampai pagi.Terfikir-fikir apa yang patut saya balas.Saya tak pandai buat ayat puitis macam awak.Patut ke saya balas saranghae..aishiteru..uhibukafillah..I love u so much..Tapi tu cuma saya cakap dalam hati je lah..Kalau saya balas macam tu..nanti awak juga yang tak lena tido malam.Akhirnya saya balas:

         Kalau awak sayangkan saya,cari saya bila tiba masanya.Saya cuma nak hubungan yang halal antara kita.Saya nak jaga hati saya dan saya nak awak jaga hati awak.Kalau awak tak mampu,sila cari orang lain sebagai pengganti.Maafkan saya..

                      Bukan sengaja saya nak tinggalkan awak.Saya memang sayangkan awak.Tapi saya lebih sayangkan Yang Maha Esa.Tuhan yang telah menganugerahkan seorang kekasih sebaik awak.Sebab saya sayang awaklah,saya tak nak heret awak buat dosa.Dosa bercinta sebelum nikah..Biarlah kita terpisah untuk sementara dari kita terpisah selamanya di dalam neraka.Kalau memang ada jodoh antara kita,sejauh mana pun kita terpisah...satu hari nanti  kita akan tetap bersatu.


             Saya tahu sukar untuk awak terima semua ni.Saya pun sama.Rasa macam lain gila bila tak dapat nak dengar suara awak hari-hari macam dulu.Rindunya kat semua tu.Tapi kita kena sabar.Awak juga yang cakap syurga itu maharnya mujahadah..Kita kan nak hidup sama-sama kat syurga nanti..so,kenalah mujahadah kan.Kalau saya rindu awak,masih ada keychain love yang awak bagi ni..saya bawak pergi ke mana je.Kalau awak rindu saya,peluk je teddy bear yang saya bagi tu.

    Saya nak awak tahu,yang saya sayang awak sangat-sangat dan saya berharap awak  akan pegang tangan ayah saya masa akad nikah nanti.Awak yang akan sarung cicin kat tangan saya dan awak yang akan cium dahi saya sebagai sahnya saya menjadi isteri awak.Itulah saat yang paling bahagia yang saya nanti-nantikan.Sabar ye awak,tak lama pun.Saya tahu awak mampu.

Dari: Cik Manis pipi gebu..

Sunday, March 25, 2012

Buat gadis.

Gadis,

Untuk awak semua yang mulai tinggalkan alam hingusan, untuk awak yang rasa sudah mulai dewasa. Mari sini kakak ingin sampaikan sedikit nasihat. Nasihat tentang diri awak sendiri. Awak tahu, dilahirkan sebagai seorang gadis ada banyak kelebihan yang tuhan beri. Awak tahu susahnya mak ayah awak nak jaga seorang anak gadis. Pernah dengar orang kata jaga lembu sekandang lebih senang dari jaga anak perempuan seorang?

Tahukah awak awak juga yang kita ni adalah golongan yang paling senang masuk syurga dan senang juga masuk neraka? Tahukah awak semua selagi awak belum berkahwin segala dosa yang awak buat, akan ditanggung sama oleh ayah awak? Tapi kalau dia dah lakukan tanggungjawab dia sebagai seorang ayah, yang lainnya terserah pada awak la. Sendiri buat, sendiri tanggung ya.

Oh, lagi satu perihal cinta. Kata orang cinta ini dari mata turun ke hati kan? Kalau awak dah terlalu tenggelam dalam angan buaian cinta mati awak tu, dari hati nanti lama lama dia turun ke bawah lagi. Sedar sedar awak dah buncit sebab cinta sejati awak. Lepas tu, macam biasa lah. Awak tak tengok cerekarama ke? Sama ada awak kena duduk sembunyi diri, awak bunuh jasad yang hidup dalam badan awak atau awak cari ayahnya ajak kahwin. Kan?

Awak belum jadi ibu bapa. Jadi awak mungkin tak tahu apa yang mereka rasa. Takda ibu bapa yang mengharapkan benda buruk terjadi pada anak anak dia. Gadis sekalian, awak ada satu permata yang tak ternilai harganya. Bila permata awak dah awak beri. Awak tak punya apa dah. Kosong. Umpama makanan yang terbuka akan di hurung lalat dengan makanan yang di simpan di tudung saji, mana satu yang akan awak pilih? Mohon awak tahu jaga diri. Buka mata, hidup tak seindah yang awak jangka.