Buat insan yang sentiasa dalam ingatan
awak kata,
'saya berharap betul kat awak..' saya pegang harapan awak tu..tapi kenapa awak pula yang hancurkan harapan saya..
bila tanya, pasti ke nak jadi suami ni? saya jawap tak..bila tanya pasti ke nak jadi isteri ni? awak jawap kalau ada jodoh, InsyaAllah..awak terasa sebab saya cakap tak..tapi sekarang jawapan kita dah terbalik kan..
awak kata, bila la nak jadi isteri ni..seronok tiap hari balik kerja boleh peluk..saya cakap tak nak lah..awak busuk..sekarang siapa yang nak, siapa yang tak nak..
saya tanya, ada lagi ke rasa sayang awak kat saya..? awak tanya saya balik, kenapa? awak punya dah takde ke? cepat nye hilang..sekarang, siapa punya yang hilang..
awak kata nak tunggu saya habis belajar dan kerja..8 tahun lagi kita kahwin..saya tanya, sampai ke kita 8 tahun..awak tanya balik, kenapa? awak rasa kita tak sampai ke 8 tahun? saya jawap entahlah..sekarang, dah tahu jawapan kan..
saya kata, sekarang awak jaga makan minum saya, 8 tahun lagi, giliran saya pula jaga makan minum awak..awak cakap 'amin'.. doa awak tak makbul la..
awak cakap, jangan la fikir bukan-bukan tentang awak..awak ikhlas dengan saya..tapi bila saya percaya kat awak, awak tipu saya..
bila saya nak undur diri, awak cakap kenapa awak cepat sangat mengalah ni? tetapi bila saya bertahan demi awak, awak buat saya macam ni..
awak cakap, sabar lah..elok kesudahannya ni nanti..tapi bila saya sabar..macam ni pula jadi..
waktu saya nak pergi sambung belajar, awak cakap, yang ditinggalkan lagi sakit dari yang meninggalkan..saya cakap sama je..sekarang baru saya tahu awak betul..
awak cakap, dekat sana jangan nakal-nakal, awak cakap jangan kecewakan awak..tapi siapa yang nakal, siapa yang kecewakan siapa..
awak cakap saya akan jadi budak kecik awak sampai bila-bila..tapi awak tipu..
saya minta 7 dulang hati dinosour..awak kata ' dulang tak muat de dinda..' bila saya minta hati awak, awak kata dah memang dekat saya..lagi sekali..awak tipu..
awak cakap, bila saya pergi, siapa nak suap awak sarapan pagi-pagi..siapa nak paksa awak datang lapor diri pukul 3 tiap hari..tapi kenapa sekarang saya rasa saya yang rindu benda tu semua..awak pula yang tak rasa apa-apa..
awak cakap, ‘ala melaka tak sampai sejam..bila-bila masa awak boleh datang..tetapi sekarang, macam kedah jauh eh..
awak tak pernah gelakkan saya tak kira lah saya terjatuh ke, saya terhantuk ke..saya comot pun awak cakap comel..saya busuk pun awak menempek dekat saya..saya peluh-peluh pun awak lapkan..
mana la saya nak cari lagi orang yang sanggup dukung saya sampai mengah-mengah, bawak saya pergi funfair walaupun umur dah besar panjang, tak gelakkan saya bila jatuh escalator..dua kali pula tu..bawak saya pergi a&w malam-malam..
macam-macam yang awak cakap dan buat..saya ingat semua nye..
bila awak tertidur, saya tengok awak dan doa ya Allah,
izinkan suatu hari nanti, wajah ini yang menjadi pandangan pertama ku sebelum ku tidur, dan selepas ku bangun tidur..
maaf awak, sakit-sakit badan awak tidur kat buaian tu..sampai awak tidur dalam duduk sebab saya tidur dekat awak..kalau lah ada butang padam dalam otak ni..bukan niat saya nak minta simpati..bukan niat saya nak tagih sayang awak balik..cuma hati ni tidak tahu nak bercakap degan siapa..saya tahu awak tak sengaja..takpe lah..saya maafkan semua..awak macam pelangi, awak datang dan semua nye jadi cantik..tetapi lepas itu sekejap je, awak hilang..terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya..semoga awak bahagia..
daripada insan yang telah dilupakan
pengirim : unwanted
No comments:
Post a Comment