Sunday, September 2, 2018

[Kiriman] Tolonglah Jangan Ganggu aku

Name:CONAN 
E-Mail:
Subject:TOLONGLAH JANGAN GANGGU AKU. 
Message:Kepada si Dia yang sentiasa muncul di mimpi aku.

Hai. Sejak kita habis belajar ni, entah kenapa aku sentiasa termimpikan kau. Aku jadi mushkil. Kau bukan sesiapa bagi aku. Malah aku tak ada apa-apa perasaan kepada kau. Jujur. Tapi entah kenapa... kau sering mengganggu aku dalam tidur aku.

Aku ingat mimpi ini akan berhenti selepas sekali atau dua, yang peliknya, ia tak berhenti sehingga kini. Seperti yang aku rekod di dalam handphone aku, hari ni sudah kali ke 11 kau masuk ke dalam mimpi aku. Kenapa kau masuk dalam mimpi aku ek?

Kau tahu tak, aku tahan diri aku daripada menegur kau. Aku tahan diri aku untuk bertanya kepada kau. Sebab kita bukan sesiapa. Hanya sekadar ex-classmate.

Kadang aku rasa naik gila kerana kau muncul dalam mimpi aku. Aku tak pernah ingat kau wei. Serius. Dan kau masuk dalam mimpi aku bila aku lagi mahu melupakan kau. Bila aku dah penat layan perasaan aku dan nak move on dari tertanya-tanya, kau masuk lagi dalam mimpi aku. Apa ni weiiiiii. Aku penatlah.

Dalam mimpi tu kau mesti nak cakap dengan aku sambil tersenyum. Kekadang aku cuma nampak kau dari jauh. Huh.

Wei, aku bagi amaran ek. Sekali lagi kau masuk mimpi aku, aku akan ganggu kau sampai kau benci aku. Jangan sampai aku buat benda ni. Aku tak suka buat benda gila macam ni.

Daripada Conan. 
Website: 

Tuesday, July 24, 2018

[Kiriman] Mental Health

Name:KN 
Subject:mental health 
Message:Assalamualaikum,

Moga surat ini sampai pada para pembaca.
Ini adalah luahan seorang manusia yang mengalami masalah tekanan. Dari dulu lagi aku memang ada masalah ini. Tidak tahu apa faktor yang membuatkan aku jadi begini. Mungkin akibat perpecahan keluarga.
aku seorang yang tidak tahu bagaimana nak mengatasi masalah tekanan. Dan tekanan itu makin teruk apabila aku mula bekerja. Tekanan kerja yang aku alami sejak tahun lepas makin teruk.

Setiap hari aku balik rumah, aku akan mengamuk.kadang-kadang aku menangis tanpa sebab.aku tahu tertekan tapi ini jalan yang aku pilih untuk bahagiakan mak. Mak aku bangga aku mempunyai kerjaya sebagai peguam.Tetapi disebalik kehebatan itu, aku sakit. Sakit dari segi mental. Seringkali aku tak makan sebab terlalu sibuk bekerja. Aku jadi pendiam. Termenung sepanjang masa. Sentiasa mengamuk.
Keadaan makin teruk sehingga aku menjadi 'suicidal'. Ketika itu aku membuat keputusan untuk berhenti kerja. Berhenti menjadi peguam. Keputusan aku akhirnya disokong oleh mak. Mak menjadi penyokong aku untuk berhenti walaupun semua orang membantah.

Keputusan ini memang 'reckless' tapi aku lega. Aku makin sihat. Kesihatan mental aku makin sihat. Aku dah tidak berfikiran pelik2. Aku dah jadi diri aku yang lama. Rezeki aku menjadi peguam mungkin terhenti di sini. Rezeki aku dalam bidang lain bakal bermula.

Ingin aku tegaskan disini tekanan perasaan bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh.dan bukannya sengaja nak dapatkan perhatian. Ianya satu perkara yang serious dan perlu dicegah sebelum makin teruk. Aku beruntung kerana ada mak yang tahu anak dia ini seorang manusia yang sentiasa memerlukan sokongan moral.

Yang benar,
Unknown  

Wednesday, February 3, 2016

[Kiriman] Masa Depan.

Name: 
E-Mail:
Subject:Masa Depan 
Message:Makin hari umur makin naik.
Tanggungjawab pun nak makin bertambah.Kalau dulu cukup la terima apa yang ada tapi sekarang kena buat lebih.Kalau tak makin ketinggalan.Bila kawan-kawan bercakap pasal perkahwinan aku termenung.Gaya mereka seolah-olah perkahwinanlah segalanya dalam kehidupan.Aku persoalkan.
Dah tiba masa untuk kahwin ke?Rasanya banyak benda lagi belum buat. Banyak benda lagi belum capai. Bahagiakan mak pun belum.
Masa yang terlalu pantas atau aku yang sebenarnya masih di takuk lama?
Setahu aku perjalanan kehidupan itu panjang lagi.jauh lagi aku kena melangkah.Cepat atau lambat biar takdir Allah yang menentukan.
 

Thursday, January 21, 2016

[Kiriman] Egois

Name:tmos 
E-Mail:
Subject:Egois 
Message:Ada yang kata kalau rindu, jangan dihebah.
Takut nanti hati berubah.

Rindu, simpan dalam doa, dalam hati
Sebab doa sampai ke langit hakiki

At the end,
Kau dengan dea saja yang tahu
samada korang tengah betul merindu,
atau masing masing ego nak mengaku. 

Wednesday, January 20, 2016

[Kiriman] Ultimate

Name:Yang ditinggalkan 
E-Mail:
Subject:Ultimate 
Message:Takkan ada apa pun di dalam dunia ini yang bersifat selamanya, kecuali Allah Taala.

Termasuklah dengan perasaan.

Takkan ada perasaan yang akan selamanya kekal sekekal pemberi rasa.

Tapi itu bukan tiket untuk engkau berubah seperti laut yang kadang nya tenang ditiup angin dan kadangnya kabut di pukul ombak. 

Sunday, January 3, 2016

Doa untuk yang terbaik.


Kepada sesiapa yang masih berharap pada sesuatu yang sia-sia,

Dalam hidup ni, tak pelik untuk kita kehilangan seseorang atau sesuatu dalam hidup. Kadang-kadang kehilangan tu buat kita sedar yang tak ada apa pun yang kekal dalam pegangan kita walau kita sayang macam mana sekalipun benda tu. Samalah macam orang yang kita sayang. Tak semestinya bila kita sayang dia, kita akan dapat dia.

Tapi tak apa. Kehilangan benda normal. Benda biasa. Sakit memang sakit tapi baiklah lepaskan bila hati pun dah tak mampu nak tahan sakit. Penat juga bila kita aje yang sayang tapi dia langsung tak kisah. Mana tahu mungkin kita akan dapat yang lebih baik. Bukan mana tahu, insya-Allah Allah bagi yang lagi baik untuk kita. Cuma kena teruskan berdoa.

Bila orang yang betul dah datang, masa tu barulah kau sedar apa itu sebenarnya rasa sayang. Jangan pernah berhenti berdoa. Allah bagi yang terbaik apabila kita dah bersedia. 

Daripada,
Aku.

Friday, September 4, 2015

[Kiriman] Maafkan Ku Cinta

Name: 
Subject:Maafkan ku cinta 
Message:Kepada bakal suamiku.

Maafkan aku sayang. Kejam rasanya diri ini untuk berterus terang yang sejujurnya tiada cinta dalam diri aku buat kamu. Sungguh, kamu bakal imamku yang sempurna. Bukan niatku untuk mempermainkan mu. Cuma hati ini terlalu letih untuk bermula kembali. Lalu ku teruskan langkah bersamamu walau hati ini kosong. 

Berjuta maaf dari bakal isterimu.. 

Friday, August 21, 2015

[Kiriman] Rindu Tiada Penghujung

Name:AYUS HASMALIZA
Subject:RINDU TIADA PENHUJUNG 
Message:rindu memaksaku mengingati kamu setiap hari dan waktu............. 

Thursday, June 11, 2015

[Kiriman] Baju Kurung

Name: Izzah
Subject: Baju Kurung.
Message: Kata orang, perempuan itu indah sekali berbaju kurung, bertudung bawal. Katanya, ia menjadi kegilaan si lelaki. Namun, aku di sini masih terfikir, adakah aku? aku seorang perempuan biasa. Aku cuba berjinak dengan baju kurung. Tetapi, aku Perempuan yang dipenuhi dosa. Perempuan yang cuba mengejar ilahi. Tetapi? seringkali aku diperli, diejek. Bukan kerana perubahan aku. Tapi kerana tingkah laku aku. Aku menyertai satu bulatan gembira iaitu Usrah. Namun, sampai sekarang, aku malu dengan diri aku sebab aku masih gagal menjadi seorang manusia yang osem T.T

Tuesday, June 9, 2015

[Kiriman] Maafkan Saya Dunia Akhirat

Name: Fara
Subject: Maafkan Saya Dunia Akhirat
Message: Ke hadapan Puan Nurse,

Saya ingin minta maaf yang tak terhingga pada puan..dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..sesungguhnya terlalu besar dosa saya pada Puan..
Di sini saya ingin buat pengakuan jujur..setahun lebih saya telah menjalinkan hubungan sulit dengan suami Puan..bermula dari perkenalan sebagai teman sekerja sehinggalah ke kamar tidur..saya memohon maaf kerana menggunakan katil Puan berulang kali untuk memuaskan nafsu syaitan ini..
Sesungguhnya saya manusia biasa..berulang kali bertaubat..berulang kali juga tewas dengan nafsu ini...
Suami Puan bukan seorang yang baik..yang jujur..tapi Puan telah memandang beliau seperti malaikat..
Ingin sekali saya menyatakan perangai sebenar dia pada Puan..tapi saya takut kandungan Puan yang masuk 5 bulan akan terjejas...
Saya amat menyintai suami Puan..saya juga sgt kasihan pada Puan kerana tanpa sedar, Puan mempunyai suami yang curang..
Andai suatu hari nanti saya tak dapat bersama dengan suami Puan, saya redha..mungkin ini hukuman kami terhadap Puan sehingga tak dapat bersatu walaupon saling mencintai..
Banyak pengakuan yang ingin saya nyatakan..tapi cukuplah sampai sini saja pengakuan saya..
Truly deep in my heart, saya betul Minta maaf dari Puan..dunia dan akhirat..

-Cik Fara-

Tuesday, April 7, 2015

[Kiriman] Pindah.

Name: coklat ungu
Subject: Pindah
Message:

Aku rasa mau pindah
pindah rumah
pindah kerja
tapi aku takut destinasi baru itu nanti kurang indah dari bumi tempat aku berpijak sekarang.

Maaf admin, aku tak tahu ini boleh diklasifikasikan surat atau apa. Tapi aku rasa lega sikit lepas tulis ni. Terima kasih

[Kiriman] Terima Kaseh Jangan Datang lagi.

Name: Perempuan 12 Malam
Subject: Terima Kaseh Jangan Datang lagi.
Message:
Hei.

Terima kasih datang makan.

Terima kasih datang minum.

Terima kasih datang bertanya nama.

Terima kasih datang bertanya emel.

Terima kasih beri nombor telefon.

Terima kasih beri aku perasaan itu.

Terima kasih untuk simbol senyum lewat mesej.

Terima kasih datang berhari-hari.

Terima kasih untuk pengajaran ini.

Terima kasih kerana sudah berpunya rupanya.

Terima kasih....

Thursday, December 11, 2014

Menunggu atau melepaskan dia pergi?


Kepada kau,

If you loved someone, really loved them, would you let them go?

Kalau kau la kan, kau akan lepaskan ataupun kau akan terus tunggu? Kadang-kadang bila kita sayang seseorang, nak lepaskan tu memang payah. Susah sebenarnya nak jumpa orang yang betul-betul lepaskan orang yang dia sayang tanpa rasa was-was. Kau tengok drama mana-mana pun, susah nak jumpa orang yang senang-senang nak lepaskan orang yang dia suka. Aku rasa dalam dunia realiti pun macam tu jugak.

Kalau aku sukakan seseorang, aku mungkin akan tunggu. Bagi aku kalau kita yakin dengan sesuatu perkara, kita akan usaha untuk dapatkan benda tu dengan cara yang baik. Bukannya dengan cara yang jahat. Cinta apa yang akan kau dapat kalau dia dipaksa untuk suka kau? Cinta yang tak pernah mampu buat kau bahagia, hidup pun tak pernah tenang.


Aku akan berdoa. Berdoa dengan Allah SWT untuk dekatkan hati aku dan dia jika memang benar dia jodoh aku dan jika dia bukan untuk aku, aku tak perlu nak lepaskan sesiapa kerana hati ini sudah tidak menunggu lagi. Kalau tak tunggu, apa yang nak dilepaskan lagi kan?

Daripada,
Aku.


Nota : Dah lama posmen ni tak menulis surat. Bahasa pun tak best tapi takpelah, nak meluah rasa aje. 

Thursday, November 20, 2014

[Kiriman] Sailangers

Untuk orang yang suka sailang,

Aku sumpah tak faham kenapa? Kenapa suka ambil hak orang? Kenapa suka munafik. Kenapa tak boleh nak tengok orang lain bahagia. Aku tak faham kenapa kau boleh selamba badak nak ganti tempat orang yang berkasih dengan orang yang kau nak ambil tu. Kasihan. Kau ni kurang kasih sayang ke. Mak tak ajar masa kecik jangan ambil hak orang ke? Sumpah aku benci dengan kau. Memalukan kaum. Dengan tak bersalah kau nak ambil. Kenapa kau tak malu? Mana kau letak rasa malu kau? 

Depan baik, rupanya tikam belakang. Ingatkan kawan, rupanya lawan. Kau memang kejam kan. Sedaya upaya cuba ambil hak orang. Sampaikan orang dah hancur luluh. Aku tak tahu nak buat apa dengan orang macam kau. Dasar kurang kemaluan. Kau ingat kau berjaya dengan apa kau buat? Kau ingat kau akan bahagia dengan cara kau macam ni. Tak akan pernah. Kau ingat dengan mudah kau boleh rampas hak orang. Tak semudah itu. Aku rasa baik kau pergi mereput dan belajar hormat hak orang. Kalau kau teruskan, nampaknya kau memang tak sayang bahagia kau masa depan nanti. Sebab kau kena tahu, hari ni kita buat orang, esok orang buat kita. Karma tahu.



Daripada : anonymous.

Wednesday, September 17, 2014

[Kiriman] Rude

Name:
Subject: RUDE
Message:

Pernah dengar lagu Rude by Magic band? Secara konklusinya, lagu ini dinyayikan oleh seorang laki-laki yang cakap pak mentua tak jadi beliau adalah seorang yang rude sebab tak bagi anak perempuannya kahwin sama beliau.

Heh. Setiap kali aku dengar lagu ni, aku rasa ceritanya sama dengan seorang ahli keluarga aku.

Siapa yang akan kahwinkan nak dengan laki menipu duda padahal masih ada isteri? siap ada anak 2 orang lagi?

Heh. Lagi tragis. Bila kantoi katanya akan cerai tak lama lagi. Padahal isterinya kata elok elok saja.

Duit gadis naif ni habis si duda penipu ni guna. 

Siapa yang rude sebenarnya?

Ironinya, gadis naif ni salahkan ayah kandungnya sendiri. Katanya menyekat kebahagiaan dia.

Kalau aku ada kuasa, aku hantukkan kepala duda penipu tak guna tu. aku hempukkan jugak kepala gadis ni supaya clear sikit kepala dari tuduhan tak berasas tu.

Kenapa percaya pada orang luar? padahal ayah yang sayang kita dari kita lahir.

Salam.

[Kiriman] Kata Terakhir


Name: -
Date :      24 January 2014
Subject: Kata Terakhir
Message: Saya rindukan awak, Farahanis Waheda.

[Kiriman] Meh baca

Name: Saya, bukan nama sebenar
Subject: Meh baca
Message:

Baca blog post lama. Dalam private blog. Every three months, mesti terasa nak belek semula.

Cerita paling perit pun --- dimamahkan jugak. Nak rasa pedih tu semula.

Supaya saya ingat, jangan percaya bahagia kekal immortal dalam dunia ni.

Supaya saya ingat, ada benda paling bisa daripada iodine yang disapu pada luka pernah jadi pada saya.

Ini puisi yang tak berapa nak puisi, saya petik daripada blog yang ditapis untuk saya sendiri.

HATI
sabarlah
kau je yang rapuh
mudah termakan kata nista
tengok sekeliling kau
they are way too far from what you\'re thinking

Kan?
Tak cukup puitis tapi terlontar dari jiwa yang masa tu sangat jatuh-ke-bawah. Breakdown.

Untuk insan - insan yang komen pada post sebelum ni, terima kasih. Anda adalah pemangkin untuk saya beranikan diri untuk mengnyahkan dia daripada akaun saya.

Friday, January 3, 2014

[Kiriman] Apa nak buat dengan akaun bekas kekasih


Name: Saya, bukan nama sebenar 
Subject: Apa nak buat dengan akaun bekas kekasih 

Message: Hi! Ok sila baca luahan perasaan saya sebelum-sebelum ini di direktori surat. Tekan ctrl+f dan taip sayabukannamasebenar.

Saya dah berjalan ke hadapan. Moved on. Cuma hati rasa sakit, tengok dia macam cakap tak serupa bikin. Konon berjiwa terlalu keagamaan, tapi caranya..

Apa patut saya buat? Dia masih dalam friend list di Facebook.Dia masih dalamf ollowing list di Twitter.

Rasa nak block. Tapi nanti nampak seperti nama dia masih terkesan pada saya, bukan?Jadi.. bantu saya. Apa patut saya buat? 

Saturday, November 23, 2013

[Kiriman] Minta Doa

Name: Saya, bukan nama sebenar
Subject: Minta doa
Message: Lama eh tak kunjung mari. Ohoi orang sawah! Pe kabo?


Cheq mintak maap na pasai takdak masa. Puii! Ang ingat ada ka orang nak baca tulisan ang?!

Ok.

Saya ada masukkan puisi-puisi saya dalam satu sayembara puisi. Semua puisi terkumpul akan dibukukan.


Minta ya doa-doakan saya. Mungkin dengan terpilihnya karya saya, akan jadi satu inspirasi untuk saya terus berkarya.

:)


Juga. Final year exam.


Mohon doa.
Saya rasa... didoakan oleh orang yang tak dikenali...
itu sangat manis.


Doa for each other.

Boleh?

Sunday, October 20, 2013

[Kiriman] Bahagiamu Deritaku

Name : I.Z
Subject: bahagiamu deritaku 

aku tak tahu pada siapa lagi harus aku luahkan
perasaan ini,
yang dah lama terbuku
hingga jadi duri yang mencucuk hati sampai jadi luka yang tak tahu bila akan sembuh

aku cuma berdoa agar diberi kekuatan untuk teruskan hidup dan melupakan segalanya yang dah membuatkan aku derita dalam diam...

semoga juga aku redha dengan takdir ini.....
melihatmu senyum gembira dengan si dia memberi seribu satu rasa buat aku
haruskan aku sedih menangis pilu? atau berpura-pura senyum dan mendoakan kebahagiaanmu?????
sampai bila harus aku rasai derita ini????