Wednesday, August 29, 2012

[Kiriman] Berhenti


Assalamualaikum...
sungguh aku suka kat dia. ingat aku suka sikit sikit ke? ya aku yang memilih untuk suka kat dia sangat sangat bila dia macam tunjukkan dia suka aku. suka aku? haha. perasan kot. ye lah rasanya dia memang baik dengan sesiapa pun. aku je perasan lebih. sigh. (_ _")tapi kali ni aku isytiharkan diri aku untuk berhenti suka dah kat dia. BERHENTI!

dear wan,
sungguh memang aku suka kau. kau tau tak? mesti tak tau kan.. dont worry small matter je ni. tak kisah... *sobsob* aku harap kau berhenti juga melayan aku. ya. berhenti layan aku walaupun kita ni kawan.
cukup la aku dah perasan selama ni. jangan tegur aku di fesbuk, macam yg kau dah biasa buat sekarang. kalau boleh takkan layan langsung. aku juga akan cuba untuk tak tegur kau dah. jangan usik aku dah. ya. berhenti usik usik aku. maybe aku suka kau sebab kau suka usik aku. (-.-') aku penah termesej kau dulu, masa seorang membe kita kahwin, tanya kau pergi ke tak? tapi dalam mesej mesej kau tu, ada 1 mesej kau usik aku. aku terkejut. tp aku tak reply dah mesej kau tu. malu sebab budak baik mcm kau yg mengusik. pelik.. sigh. aku memang kuat perasan.

jangan tanya nak datang rumah aku boleh ke tak. sebab soalan ni kau penah tanya masa kau aktif berYM dulu. kan aku dah cakap aku kuat perasan. soalan ni aku tak penah lupa. (-.-') jangan ajak aku datang rumah kau jugak. kau tau aku jadi pendiam seminggu after dijemput dan dihantar pulang selepas ke rumah kau tu. mengelamun sikit ingat kau. nanar aku tau! nanar.. -.-' jangan ajak aku tengok baju kahwin dah. kan aku ni kuat perasan.

jangan tanya pasal mana suami aku. sebab kau punya soalan ni buat aku jadi lagi saiko. jangan cakap nak suruh aku temankan kau jalan jalan. lagi aku gila nanti, macam mana? jangan cakap, jangan YM, jangan layan aku. itu the best way. and aku sememangnya puas sebab baru baru ni masa raya, aku mesej kau and kau tetiba call aku and tanya, "ini siapa?" tercengang juga aku. tapi tak apa. no worries. aku terkilan sikit je.

aku ni hanya perempuan biasa yang tak sesuai dengan kau. aku akan sentiasa doakan kau dapat jodoh yang baik, dan berjaya membina keluarga bertaqwa yang boleh memimpin negara ni. insyaAllah. aku pula? aku kan dah berhenti suka kau, jadi aku akan memperbaiki diri aku. bukan kau je nak jodoh yang baik. aku pun nak jugak. haha.

assalamualaikum. 

Monday, August 27, 2012

Surat untuk mak mertua.



Kehadapan bakal mak mertua saya yang entah siapa,

Saya harap mak baik-baik sahaja hendaknya. Tujuan saya menulis surat ini seperti biasalah, untuk memberitahu mak tentang segala kebolehan yang saya ada. Kiranya, mak boleh ambil ini sebagai resume.

Untuk pengetahuan mak, bakal menantu mak ni tak berapa tahu memasak. Namun begitu, mak jangan risau, setakat ni kalau mak suruh saya masak kari, asam laksa, tomyam, soto mahupun sup ayam. Semua tu di hujung jari saya je mak. Mak bagi saya tiga minit je mak. Tiga minit je saya mampu siapkan setiap hidangan tu. Tanpa ragu-ragu ni mak. Percayalah! Encik suami bakal kenyang makan masakan saya tapi mungkin perlu dua bungkus dan tambah telur. Eh? Masakan ekspress pun dikira sebagai masakan jugak yedak mak?

Dear Mak,

Mak tau kan, perempuan sekarang ni sibuk nak bake Pavlova, Macroone, Red Velvet juga Rainbow Cake? Mak jangan risau,saya layan astro channel 706, Food Network Channel. Kalau mak suruh saya masak ala Jamie Oliver, Nigella, Anna Olsen atau Rachel Ray? Tiup kuku je dah boleh siap mak. Di sebabkan kita orang melayu kan mak, saya paham lidah kita pelik sikit nak makan benda alah gini. Jadi, saya dah buat sikit twist. Mungkin saya akan buat kek masak lemak cili api, kek masak kari, kek masak merah. Segala akan saya buat mak.


sumber : google


Sampai sini saja surat saya untuk kali. Harap mak dapat terima saya apa adanya. Harap mak tak berebut kasih sayang suami saya. Kita kongsi ya mak ya? Hik! 

xoxo




Menantu kesayangan.

Friday, August 24, 2012

Assalamualaikum Kekasihku.


Hai,

Saya tenung hujung jambatan sana. Kosong. Saya tunggu sesuatu yang muncul, atau mungkin sebenarnya seseorang. Saya tertanya apakah ia? Siapakah dia? Kadang-kadang saya terlalu penat menunggu. Lama sudah saya disini. Mengharapkan sesuatu. Bagai menanti bulan jatuh ke riba mungkin. Haihh, mengeluh berat.

Mata makin mengecil pagi sudah membawa kepada tengah malam. Lama menanti sampai tak sedar terang bertukar gelap. Gelap bertukar ke terang balik. Papp, gelap. Lena. Perlahan terasa bahu disentuh. Tersentak. Huh, menakutkan. Saya pandang siapa yang berani mencemar duli menyentuh bahu. Dia senyum.
Ah sudah. Senyum ikhlas atau niat jahat.

"Assalamualaikum kekasihku yang selalu dirindu..."

Oh, sekian lama. Dia yang dinanti akhirnya kembali. Selamat pulang sayang. Selamat kembali ke pangkuan. Saya telah lama menanti kamu datang. Terima kasih kerana masih ingat untuk pulang. Meneruskan kisah kita seterusnya. Mengejar awan, melakar sinar bahagia.

Okbai, jiwang sangat. Keh.

Saturday, August 18, 2012

[Kiriman] Wahai Insomnia Bisu


Bahagia ke perasaan aku sekarang? Kadang-kadang aku sendiri tak pasti aku bahagia atau terdera oleh perasaan rindu yang tak pernah surut. Sampai bila aku akan terus begini? Menanggung sebuah rindu dan cinta yang tak bersambut oleh seorang lelaki yang aku gelarkan sebagai Insomnia Bisu. Insomnia sebab dia memang pengidap insomnia. Bisu sebab dia sentiasa bisu bila aku menyapa di facebook. 

Mesej dihantar tak pernah berbalas. Terasa seperti aku hantar surat pada sebuah rumah tanpa penghuni. Cuma masuk dalam peti surat tapi tak ada sape yang membaca dan menyimpannya. Sebenarnya aku tak pernah berharap dia akan membalas setiap kali aku mesej padanya. Aku seolah-olah dah mangli dengan sikap tak layan @ buat don\'t know dia pada aku. Kalau sedih pun sekejap saja. Sebab dah macam2 yang aku dah rasai dalam hati sepanjang aku mencintai dia dalam hati ni. Sampai aku rasa, apa yg aku rasai sekarang ni sebenarnya dah tak penting lagi dan tak perlu diungkapkan lagi untuk dia fahami.

Aku yakin, dia sememangnya dah faham semasak-masaknya apa yang aku rasa dan fikirkan pasal dia. Dia tahu aku cintakan dia...dia tahu aku rindukan dia...dia tahu yang aku ingin dekati hanya dia...dia tahu segala-galanya. Dan aku jugak yakin yg sesekali dia ada visit blog ni membaca semua luahan hati aku. Aku pasti dia dah faham aku sangat-sangat. Aku tak perlu nak buat dia lebih faham lagi. Aku tak perlu lagi menulis dalam blog mengungkap rasa cinta dan rindu ni lagi untuk menggetarkan jiwa dan hatinya. Sebab aku rasa cinta aku yg ikhlas kerana ALLAH , dengan doa-doa aku tentangnya yg tak pernah putus setiap hari, dengan solat hajat yang tak pernah kenal erti jemu dan putus asa...dengan sujud yang penuh harapan dan deraian airmata kerinduan yang teramat sangat telah mampu menggegarkan takdir cintaku di Luh Mahfudz. Cuma takdir yg kekal dan yg sebenarnya telah sedia ditetapkan oleh Allah s.w.t belum mampu aku mengubahnya kerana itu adalah takdir yg termaktub sejak azali...Tiada siapa yg dapat mengubahnya pasti...

Betul ke seseorang lelaki kalau dia dah sukakan seseorang tu maka dia akan berusaha mengejar cinta dan diri perempuan yg dicintai itu? Jadi maksudnya memang dia tak cintakan aku langsung walaupun aku dah berusaha untuk memenangi hatinya? Sebab dia tak pernah respon pada aku? Tak pernah mengejar aku? Hanya aku yang mengejar dia sedangkan dia terus lari semakin jauh meninggalkan aku dibelakang...

In case kalau dia singgah lagi ke blog ni, dan kalau awak baca entri ni, satu je saya nak awak faham. Buat masa ni saya belum mampu nak singkirkan cinta dan rindu saya pada awak. Mungkin awak anggap saya seperti orang gila yang tak nak terima kenyataan. Tapi walaupun saya \'gila\' mencintai awak, saya masih waras dan mendoakan awak dari jauh. Saya tak pernah paksa awak untuk terima cinta saya. Saya tak pernah buat lebih dan melampau dari sekadar yg saya lakukan iaitu meluahkan rasa cinta dalam blog. Kalau nak diikutkan rasa hati yang tanpa iman di dada, nak je saya kejar cinta awak sehingga ke bilik tidur awak. Nak je saya paksa awak untuk terima cinta saya sehingga awak tak mampu bernafas dan akhirnya akur pada kekuatan cinta saya. Nak je saya temui mana2 dukun, pawang atau bomoh terhebat dan menaburkan bisa voodoo yg dapat membuatkan awak tunduk pada cinta saya. 

Tapi..seperti yg saya katakan. Saya cintakan awak KERANA ALLAH. 
Cinta itu takkan saya cemari dan saya hanya akan minta Allah jaga awak dan memudahkan langkah-langkah awak menjalani hidup sehari-hari melalui doa-doa saya yang lebih ampuh dari semburan kata-kata serapah. 

Hanya itu yang saya nak awak faham.... 

kiriman : Aku Cinta Dia

Friday, August 17, 2012

Adik-adik yang tak kenal erti Ramadan.

Wahai adik-adik,

Bulan Ramadan ini dijadikan Allah sebagai medan untuk Muslimin dan Muslimat beribadah dengan dikurniakan pahala yang berlipat ganda. Bertuah sungguh kita sebagai umat Islam dikurniakan nikmat sebegini rupa. Ditambah pula dengan kehadiran malam Lailatul Qadar yang menjadi raja segala malam. Sesungguhnya sembahyang terawih itu adalah salah satu medium untuk kita menundukkan diri kepada Allah. Seperti dikatakan tadi, banyak pahalanya.

Baiklah, henti dengan ceramah seperti Ustaz Azhar Idrus. Di sini saya ingin menyatakan isi hati saya kepada kanak-kanak budiman yang dibawa oleh parents mereka yang sememangnya berakal waras untuk sembahyang terawih bersama. Kalau boleh biarlah disenyapkan mereka itu. Lebih bagus, tutuplah mulut mereka dengan cellophane tape. Tolonglah, saya ni bukanlah sealim peserta-peserta Imam Muda Astro. Ramadan ini sahajalah peluang saya nak lipat gandakan amalan.

Pulak tu, tengah imam duk sedap punya layan baca surah, dah perang saudara pulak kat luar. Ikutkan hati, nak saja saya doakan terkena tangan ke, muka ke, alat sulit ke. Tapi tak baik pulak kan... Tolonglah hormat. Yang rasa dia tu sepatutnya digelar 'mak bapak', toonglah jaga anak-anak anda. Kalau kena sound kang, cakap saya ni kuang ajo pulak. Cuba kalau awak nak beribadat, saya layan duk main mercun kabait depan rumah. Mesti berapi kan?

Akhirulkalam, tolonglah hormat bulan Ramadan yang mulia ini. Main mercun tu bukanlah budaya kita. Adik saya pun saya larang nak main mercun tau. Dah lah, cakap pun tak guna, saya nak gi main meriam buluh lah. Oh, saya main meriam, bukan mercun.

Yang alim-alim kucing


#P.S: bulan puasa pun ada orang main 'geli-geli' jugak ke? pelik aku.

Thursday, August 16, 2012

[Kiriman] Penantian Yang Tiada Noktah


Pertama adalah kebetulan
Kedua adalah peluang
Ketiga adalah takdir
Dan HAKIKAT adalah kenyataan yg harus ku terima.

Berlalu rindu bukan bermakna hatiku kosong untuk meninggalkanmu.Hilangnya kasih bukan beerti setiap yg kita ciptakan akan terus lenyap dalam ingatanku.Setiap langkahku kini harus diatur dengan rapi,bimbang ianya jatuh kembali.Aku hanya mampu untuk melihat kebahagiaan itu pada wajahmu.Mungkin pengorbanan ini tidak memberi apa apa erti padamu, tapi aku sedaya upaya untuk memberi kegembiraan dalam hatimu.Perit untuku laluinya tapi lagi terseksa jiwa ini menanggung segala derita.Penat melawan segala kesedihan ini.Yang pasti inilah takdir untuk kita,bahagia yang dicipta hanya sementara.Bukan untuk diraikan tapi sekadar ujian dari Yang Esa untuk terus kita berfikir dan membuat keputusan yang terbaik dalam hidup ini.

Tahajjud Cintaku masih belum ku noktahkan.Semakin ku mencari,semakin sulit untukku mendapat jawapannya.Aku semakin keliru dengan hatiku sendiri.Melupakanmu mungkin cara yang terbaik untukku meneruskan kehidupan yang mendatang tetapi hatiku sukar untuk merelakan pemergianmu.Aneh,masih ada suara yang menghalang perasaan ini untuk terus berpaling pada kenyataan.Bisikan yang hadir dalam ruang hatiku semakin memenuhi ruang perasaan .Aku sedaya upaya menidakkan apa yang aku rasa.Seboleh bolehnya biarlah aku harus merelakan pemergianmu bersama insan lain.

Noktah ini adalah ruang untuk kita bernafas.
Noktah ini bukan pengakhiran sebuah perhubungan.
Noktah ini akan tetap menjadi kesinambungan cinta kita.
Dan yang pastinya Noktah ini tetap ada dihujung penantian.

kiriman : Mary Zane

NOTA PKS : Kami mula menerima puisi dan sebarang bentuk rant :)

Tuesday, July 31, 2012

[Kiriman] Dalam beribu ada satu.


Dari aku,

Dalam beribu ada satu,
Satu yang selalu aku rindu,
Dan yang aku tunggu,
Walau tak pasti bila akan bersatu.
Tapi aku masih setia di situ.
Setia menunggu.
Di suatu sudut dengan badan yang lesu.
Aku membisu.
Yang aku tahu.
Aku hanya mahu kamu.
Kamu yang mengajar aku erti rindu.
Dan sekarang aku terhimpit dengan perasaan sendiri.
Aku tak ingin mati.
Aku tak ingin berhenti.
Masih belum pasti.
Kau belum pergi.
Masih ada peluang menanti.
Aku menunggu lagi.
Di suatu sudut yang sepi.
Datanglah sang peri.
Kau masih di kekal di sini.
Di hati.
Di hati aku yang sangat menyintai.
Mari kita bahagia bersama lagi. Mahu? 


nama pengirim : izara 

Monday, July 16, 2012

[Kiriman] Kawan Baik Yang Pergi.


Kepada Iden,

Pernah aku berazam agar tidak lagi mengangkat sesiapa sebagai saudara. Kawan baik itu aku gelar saudara. Dia kawan baik aku bukan hanya kerana dia baik, tetapi kerana aku sudah dapat menerima walaupun apa yang dibuatnya penuh cela dan tidak sempurna. Demikianlah dia, kawan baikku.

Barangkali pabila masa gembira mungkin aku tiada di sana, namun tidak pernah aku hilang tatkala kesusahan menimpa (atau sekurang-kurangnya aku mencuba). Aku perit jika dia ditimpa bencana. Yang pertama kerana aku tidak sanggup melihat terjadinya bencana, yang kedua kerana bencana itu menimpa dia. Rela aku menanggungnya dari dibiarkan hati aku luka melihat dia terseksa.

Khilaf dan silap itu sebahagian dari manusia, termasuklah diri aku dan dia. Sejujurnya, banyak yang dibuatnya menyakitkan hati. Aku sakit hati tetapi masih sanggup berada di sisi, kerana itu lah dia kawan baik. Mungkin ada yang aku buat juga menyakitkan hati. Namun seperti sukar nampaknya dia untuk menerima. 

Aku menjangka andai dia pergi, rasanya seperti mereka-mereka yang lain yang juga pernah pergi. Namun aku silap, berminggu rasa perit bermukim di dalam hati. Aku tertanya juga mengapa begitu sekali. Lantas aku menghulur tangan, membuang ego dan bongkak dalam diri, demi persahabatan yang sangat bernilai dan aku hargai. Aku tahu tangan itu mungkin ditepis pergi dan aku pastinya malu tidak terperi. Namun aku hulurkan juga, kerana malu tidaklah terlalu mahal untuk aku korbankan demi persahabatan ini. Walau begitu, rasa hati tidak dapat dinafi, bertambah pedih bila tangan itu ditolak pergi.

Aku tidak berhajat dia membalas kepada aku dengan sesuatu yang serupa. Namun tidak juga aku jangka untuk aku diluka. Dia tahu rasa hati aku, seperti mana aku tahu rasa hati dia. Mungkin baginya tidak mengapa. Namun bagi aku, tidak begitu.

Pedih mengenangkan perginya dia yang aku gelar saudara, andai itu pilihannya. Mungkin tidak banyak yang gembira dikongsi aku dan dia, namun segala susah dan jerih hidupnya banyak bersama aku, kerana dia aku angkat sebagai saudara.

Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, dia aku kasihi lebih dari aku mengasihi diri aku. Sekuat dan semampu kudrat seorang insan, wilayah kemanusiaan hanya berusaha dan berdoa, wilayah penentuan tergenggam erat milik Sang Pencipta. Aku sudah usahakan apa yang perlu, aku juga berdoa kepada Tuhan Yang Satu dan aku juga cuba berserah kepada ketentuan-Nya, walau hati seakan enggan berbuat begitu. 

Di sebalik kehendak-Nya ini pasti membawa kepada kehendak-Nya yang lain, mungkin lebih baik. Namun aku rayu semoga hati ini terus tabah menghadapi hari-hari yang tidak lagi begitu indah. Mengapa begitu perit, aku sendiri tidak mengerti. Pernah dahulu pabila tiba-tiba perit hati ini, aku tahu tatkala itu dia susah hati. Namun kini aku tidak pasti. Apakah dia turut merasai betapa peritnya hati ini.

Dia kawan baik aku. Tidak tergamak meminta sesuatu yang nista untuk berlaku. Namun jauh dalam sudut benak aku berharap, agar hatinya merasa apa rasa hatiku. Tuhan, jika dia pergi, jadikan hati aku redha dengan kehendakMu. Jika dia ditakdirkan kembali, kembalikan kami seperti dahulu.

Sesungguhnya aku mengasihi dia hanya kerana Zat Yang Maha Esa.

Dari aku. 

From : Tanpa Nama