Tuesday, July 31, 2012

[Kiriman] Dalam beribu ada satu.


Dari aku,

Dalam beribu ada satu,
Satu yang selalu aku rindu,
Dan yang aku tunggu,
Walau tak pasti bila akan bersatu.
Tapi aku masih setia di situ.
Setia menunggu.
Di suatu sudut dengan badan yang lesu.
Aku membisu.
Yang aku tahu.
Aku hanya mahu kamu.
Kamu yang mengajar aku erti rindu.
Dan sekarang aku terhimpit dengan perasaan sendiri.
Aku tak ingin mati.
Aku tak ingin berhenti.
Masih belum pasti.
Kau belum pergi.
Masih ada peluang menanti.
Aku menunggu lagi.
Di suatu sudut yang sepi.
Datanglah sang peri.
Kau masih di kekal di sini.
Di hati.
Di hati aku yang sangat menyintai.
Mari kita bahagia bersama lagi. Mahu? 


nama pengirim : izara 

Monday, July 16, 2012

[Kiriman] Kawan Baik Yang Pergi.


Kepada Iden,

Pernah aku berazam agar tidak lagi mengangkat sesiapa sebagai saudara. Kawan baik itu aku gelar saudara. Dia kawan baik aku bukan hanya kerana dia baik, tetapi kerana aku sudah dapat menerima walaupun apa yang dibuatnya penuh cela dan tidak sempurna. Demikianlah dia, kawan baikku.

Barangkali pabila masa gembira mungkin aku tiada di sana, namun tidak pernah aku hilang tatkala kesusahan menimpa (atau sekurang-kurangnya aku mencuba). Aku perit jika dia ditimpa bencana. Yang pertama kerana aku tidak sanggup melihat terjadinya bencana, yang kedua kerana bencana itu menimpa dia. Rela aku menanggungnya dari dibiarkan hati aku luka melihat dia terseksa.

Khilaf dan silap itu sebahagian dari manusia, termasuklah diri aku dan dia. Sejujurnya, banyak yang dibuatnya menyakitkan hati. Aku sakit hati tetapi masih sanggup berada di sisi, kerana itu lah dia kawan baik. Mungkin ada yang aku buat juga menyakitkan hati. Namun seperti sukar nampaknya dia untuk menerima. 

Aku menjangka andai dia pergi, rasanya seperti mereka-mereka yang lain yang juga pernah pergi. Namun aku silap, berminggu rasa perit bermukim di dalam hati. Aku tertanya juga mengapa begitu sekali. Lantas aku menghulur tangan, membuang ego dan bongkak dalam diri, demi persahabatan yang sangat bernilai dan aku hargai. Aku tahu tangan itu mungkin ditepis pergi dan aku pastinya malu tidak terperi. Namun aku hulurkan juga, kerana malu tidaklah terlalu mahal untuk aku korbankan demi persahabatan ini. Walau begitu, rasa hati tidak dapat dinafi, bertambah pedih bila tangan itu ditolak pergi.

Aku tidak berhajat dia membalas kepada aku dengan sesuatu yang serupa. Namun tidak juga aku jangka untuk aku diluka. Dia tahu rasa hati aku, seperti mana aku tahu rasa hati dia. Mungkin baginya tidak mengapa. Namun bagi aku, tidak begitu.

Pedih mengenangkan perginya dia yang aku gelar saudara, andai itu pilihannya. Mungkin tidak banyak yang gembira dikongsi aku dan dia, namun segala susah dan jerih hidupnya banyak bersama aku, kerana dia aku angkat sebagai saudara.

Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, dia aku kasihi lebih dari aku mengasihi diri aku. Sekuat dan semampu kudrat seorang insan, wilayah kemanusiaan hanya berusaha dan berdoa, wilayah penentuan tergenggam erat milik Sang Pencipta. Aku sudah usahakan apa yang perlu, aku juga berdoa kepada Tuhan Yang Satu dan aku juga cuba berserah kepada ketentuan-Nya, walau hati seakan enggan berbuat begitu. 

Di sebalik kehendak-Nya ini pasti membawa kepada kehendak-Nya yang lain, mungkin lebih baik. Namun aku rayu semoga hati ini terus tabah menghadapi hari-hari yang tidak lagi begitu indah. Mengapa begitu perit, aku sendiri tidak mengerti. Pernah dahulu pabila tiba-tiba perit hati ini, aku tahu tatkala itu dia susah hati. Namun kini aku tidak pasti. Apakah dia turut merasai betapa peritnya hati ini.

Dia kawan baik aku. Tidak tergamak meminta sesuatu yang nista untuk berlaku. Namun jauh dalam sudut benak aku berharap, agar hatinya merasa apa rasa hatiku. Tuhan, jika dia pergi, jadikan hati aku redha dengan kehendakMu. Jika dia ditakdirkan kembali, kembalikan kami seperti dahulu.

Sesungguhnya aku mengasihi dia hanya kerana Zat Yang Maha Esa.

Dari aku. 

From : Tanpa Nama

Wednesday, July 11, 2012

[Kiriman] Aku Si Penanggung Sepi.


Kepada Kawan Yang Tidak Setia,

Fiezah..
Kenapalah kau tinggalkan aku???
Aku tak sedar bila kau tinggalkan aku...
Tapi selepas hari yang aku cuti tu...
Aku perasan sesuatu...
Sesuatu yang pelik sangat-sangat...
Kau macam lain...
Kau tinggal kan aku sorang-sorang wei...
Aku tak tahulah kenapa..
Mungkin ko dah tak larat nak layan aku??
Mungkin ko dah lali tengok muka aku...
Heh...tapi sejak hari tu jugaklah...
Aku rasa tak kisah kalau kau tak ada...
Walaupon aku tak tau kenapa ada rasa sakit kat hati ni...
Tapi tak pe...
Aku akan buang perasaan ni jauh-jauh...
Tapi aku pon rasa sakit bila tengok muka kau...
Aku rasa masa cuti tu...
Aku banyak belajar tentang KAWAN...
Heh...kawan...
Kawan banyak muka...
Tapi tak kisah lah...
Kalau kau hanya nak gunakan aku pun tak pe...
Aku tak kisah...
Sebab sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman mengenai kawan macam kau ni...
:D
Berkawan biar seribu...tapi yang setia jangan kan satu je...:D
Aku mintak maaf sebab banyak susahkan kau...
Maafkan aku....
tapi aku hanya boleh temankan ko hanya sekejap...
dan maafkan aku sebab aku layan ko macam tak ada perasaan..
sebab aku tak sanggup tengok muka kau...maafkan aku sangat-sangat...

Daripada Boneka Hidup...


From : lonely girl

Friday, July 6, 2012

Rindu Semilir Dingin Lebat Hujan



Duhai hujan,

Kenapa kau begitu kejam? Datang terlalu kejap sa-kadar membasah tanah gersang, memberi hawa dingin yang hangat matarinya masih jelas membungkam. Aku mahu kau turun lebat-lebat. Aku mahu hanyut lemas dalam nikmat kesejukan rasa yang kau zahirkan. Aku mahu kau. Aku mahu kau turut sama rasa derita yang aku rasa. Aku mahu lenjun disirami kau agar mereka tidak nampak aku sedang menangis bersama kau, juga bergembira dengan kehadiran kau. Aku hanya mahu kau.

Dalam pekat malam ini, aku takut. Aku takut keseorangan karena memang aku senantiasa ditinggalkan sa-orang. Mari datang temani aku yang kesepian ini. Aku sudah telah bunyi petir yang kau lemparkan. Aku tak kisah asalkan saja kau turut sama ada lebat. Semilir angin itu aku perlukan untuk secebis ketenangan. Jiwa ini mampir polos kau tinggalkan. Walau aku tampak tenang di permukaannya, gelodak di dasar ini hanya mampu aku pendamkan. Simpan dan telan.

Hujan, moga datang sekejap lagi. Aku tunggu kau di pembaringan. Jangan sampai aku terlena menanti dengan harapan karena ia membuahkan kekecewaan di akhirnya. Aku sudah cukup dikecewakan. Sakit lagi memeritkan. Jadi, sudikah kiranya kau temani aku sepanjang malam ini dengan lebat dan hawa dingin mendamaikan?


Tempayan kontang

Friday, June 22, 2012

Kasih untuk Ayah

surat terbuka ini buat orang yang macam aku, punya ayah yang tak berpangkat sultan, tak punya syarikat besar untuk aku ambil alih dan tak punya personaliti sehebat superdaddy.


Aku agak kehairanan bila orang terlalu bangga akan ayah sendiri. Terutama perempuan. Kebanggaan mereka terhadap ayah sendiri bagai tatkala dulu Mawi menjuarai akademi fantasia. Bagai Sheikh Muazaphar naik ke ISS. Ibarat malaysia menang aff suzuki cup. Ibarat mat salleh menyanyikan lagu Baldu Biru. Bangga bagai ayah mereka ibarat Sultan Kelantan. The awesome king, kind hearted and a gentlemen.

Tapi aku tak merasa pun begitu. Langsung tidak berperasaan bangga akan ayah sendiri walau sekelumit di celah gigi. langsung aku hairan akan mengapa mereka mereka ini begitu bangga akan ayah sendiri. Ayah aku tak cukup awesome macam ayah ayah yang lain kah? Sememangnya tidak.

Di awal remaja ku, sebagai anak lelaki, aku lebih rapat dengan mama. Ayah? Punca yang buat aku rasa malu. Kadang kala aku takut hendak menjemput ayah ke majlis ataupun acara yang menjemput ibu bapa turut sama hadir. Aku takut aku dimalukan oleh ayah. Berbagai cara aku mengelak agar mama saja yang hadir. Tapi pada umurku 15 tahun semua tanggapan itu berubah.

Selesai semester 1 persekolahan, sekolah aku akan menjemput ibubapa dan pelajar berjumpa dengan guru subjek masing masing. Sesampainya surat di rumah mengenai acara ini aku hanya menunjukkan surat pada mama. Mengharapkan hanya mama dan aku hadir menemukan guru-guru subjek ku. Tapi mama sudah bercakap mengenainya dengan ayah. Terpaksalah aku menerima hakikat ayah dan mama akan menemani aku hadir ke acara. Acara dimana penilaian prestasi akademik aku akan di bentangkan di hadapan ayah dan mama. Aku takutkan keputusan dan komen dari cikgu kerana takut di rotan di rumah kelak. Walhal, aku lagi takut ayah akan memalukan aku dengan sikapnya di hadapan cikgu.

Seperti sudahku jangka, memang ada suatu saat di mana aku dimalukan. Cikgu cuba menerangkan prestasi dan markah ujian ujian ku sepanjang semester tapi ayah seakan tidak mengerti dengan terma terma yang di sebut oleh cikgu. Mama sudah tersenyum bila ayah menyebut perkara yang berlainan terus dari yang di bincangkan. Aku terus mengeleng kepala. Lalu cikgu memandang aku.

"Jangan macam tu, ini ayah kamu. Macam mana pun tetap ayah kamu. Memang begitu sikapnya"

Bermula dari saat itu, aku langsung menerima sikap ayah sememangnya begitu. Tanpa ada warning, senang saja dia memalukan aku di hadapan aku dan rakan-rakan ku. Akan sudah memahami sikapnya sememangnya begitu, aku belajar memahami sikapnya lantas cuba mengawal keadaan suapaya aku tidak dimalukan olehnya. Juga menghalang ayah memalukan dirinya sendiri dengan sikapnya. Ayahku sangat ramah. Kadang kala ramahnya tak bertempat. Keuntungannya, dia senang saja mendapat rakan untuk borak borak dimana-mana.

Ayah aku tak sehebat mana. Tak punya duit yang mampu penuhi kehendak anak-anak dan mama. tapi aku senang saja berada disisinya. Ayah aku bukanlah idola aku seperti orang lain banggakan "ayah aku adalah idolaku". Aku tak tahu itu cuma ikhlas dari hati atau membanggakan diri bagi mereka. Tapi aku bersyukur punya ayah yang masih ambil berat pada aku dan mengatakan sayang pada aku bila dia mahu. Beginilah cinta ayah padaku.



Aku hidup dalam ketakutan untuk mengatakan aku sayang kan ayah aku.



Wednesday, June 20, 2012

[Kiriman] Pecinta Dunia Hayalan




Kepada Conan Edogawa..

Hai Conan..
Kau tau tak yang kau tu comel sangat...
Kau nak tau..sebab kau aku tak tidur malam..
Nasib baik masa tu cuti sekolah...
Aku tengok kau dari pagi sampai malam tau tak...
Sampai termimpi-mimpi aku kat kau...
Sebab ko juga lah aku rasa macam ada semangat..
Membara semangat aku tau tak...
Heheheeh...
Sebab kau juga aku rasa nak belajar bahasa jepun..
Walaupun kene bayar 10 ringgit...
Tapi aku tak kisah...
Asalkan aku paham apa yang kau cakap...
Lagi-lagi...
Aku sanggup habiskan duit 100 ringgit..
Untuk beli CD ko yang The Movie je tau tak...
Aku tak pernah menyesal beli semua tu..
Lagi pun baik suka kau...
Daripada suka manusia..
Sebab selamat..
Tak ada siapa nak cemburu kalau aku suka kau pun..
^_^
Ok lah...biarlah aku jadi peminat kau...
Walaupun kau tak wujud..
Tapi apa aku kisah..
Asalkan kau ada...:D
Daisuki Conan-kun
Biarkan aku tinggal di Dunia Hayalan ini bersama kau..

Daripada Nia Nasuha.. 

kiriman : lonely girl

Monday, June 18, 2012

[Kiriman] Kenangan Hanya Kenangan.


Kepada Sahabatku sekalian,

Aku sebenarnya rindu korang sangat-sangat...
Korang nak tau tak..
Kat sini tak ada yang serupa dengan korang...
Sebab aku tau korang satu dalam seribu...
Aku suka bila korang gembira..
Korang boleh bergelak ketawa...
Aku gembira bila korang gembira...
Aku akan nangis bila korang sedih...
Aku akan turut sakit bila korang sakit...
Aku tak kisah mereka nak panggil kita apa pun..
Sebab kadang-kadang kita pegang hujung lengan baju je..
Mereka ingat kita berpegangan tangan...
Aku tak kisah dengan segala kata cacian..
Yang telah engkau berikan..membuat ku rasa...
kosong...kosong...kosong..
ehh...ternyanyi lak...hheheh...
Akhir kata dari aku...
Korang mesti sabar menghadapi dugaan...
Walaupun kita berjauhan..
Aku akan selalu disisi korang...
Jangan lupakan aku...
sebab aku takkan lupakan korang pon..
:D

Daripada Sang Perindu... 

kiriman : Lonely Girl 

Saturday, June 16, 2012

Encik JPJ

Kepada Encik JPJ,

Apa khabar encik JPJ? Sudah minum kopi belum? Sudah trim misai encik yang lebat macam rumput tu? Eh banyak tanya pula saya kan? Tau tak siapa saya? Sayalah Rahim. Tak ingat? alahhhh..yang encik gagalkan ituhari lah kat Sekolah Memandu Bajet Rendah.

Kenapa saya pos surat ini? Di sini saya ingin menyatakan rasa tidak puas hati setelah digagalkan oleh encik dengan sewenang-wenangnya ketika ujian memandu JPJ tempoh hari! Saket hati!(dengan suara Ropie) Encik ingat saya ni banyak duit sangat nak repeat ujian JPJ tu? Encik bagi saya duitlah baru tau mahal tak mahal! Encik ni memang tiada hati perut lah! Hanya kerana saya lambat untuk parking sisi itu sahaja, encik sudah menghalau saya tanpa rasa belas kasihan untuk turun dari kereta! Cubalah encik tanya kenapa saya lambat. Tak boleh ke?

Buat pengetahuan encik, punca utama saya lambat ketika melaksanakan ujian itu adalah, ketika saya hendak parking sisi, di garisan kuning parking itu, saya ternampak seekor siput babi sedang melintas sambil mengendong anaknya. Oleh kerana sifat perikemanusiaan yang ada dalam diri saya, saya berhentikan kereta supaya siput babi itu boleh melintas tanpa rasa segan dan silu. Encik ni tak ada sifat kemanusiaan ke? Tak sangka saya! Belum sempat saya menunggu siput babi itu melintas, encik pula boleh suruh saya turun.

Ingin saya tegaskan di sini, bahawa saya akan berusaha sedaya-upaya untuk membawa hal ini ke muka pengadilan! Akan saya dakwa encik dalam isu hak asasi manusia dan keselamatan haiwan Malaysia. Baru encik tahu bahawa encik tak sepatutnya menggagalkan saya tempoh hari! Saket hati! Menci tau!

Yang kecewa, Rahim Al-Kontol



*Rahim sudah tidak dibenarkan mengambil ujian memandu JPJ lagi dan diharamkan untuk mendaftarkan diri di mana-mana sekolah memandu di Malaysia oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.