| Name: | KN |
| Subject: | mental health |
| Message: | Assalamualaikum, Moga surat ini sampai pada para pembaca. Ini adalah luahan seorang manusia yang mengalami masalah tekanan. Dari dulu lagi aku memang ada masalah ini. Tidak tahu apa faktor yang membuatkan aku jadi begini. Mungkin akibat perpecahan keluarga. aku seorang yang tidak tahu bagaimana nak mengatasi masalah tekanan. Dan tekanan itu makin teruk apabila aku mula bekerja. Tekanan kerja yang aku alami sejak tahun lepas makin teruk. Setiap hari aku balik rumah, aku akan mengamuk.kadang-kadang aku menangis tanpa sebab.aku tahu tertekan tapi ini jalan yang aku pilih untuk bahagiakan mak. Mak aku bangga aku mempunyai kerjaya sebagai peguam.Tetapi disebalik kehebatan itu, aku sakit. Sakit dari segi mental. Seringkali aku tak makan sebab terlalu sibuk bekerja. Aku jadi pendiam. Termenung sepanjang masa. Sentiasa mengamuk. Keadaan makin teruk sehingga aku menjadi 'suicidal'. Ketika itu aku membuat keputusan untuk berhenti kerja. Berhenti menjadi peguam. Keputusan aku akhirnya disokong oleh mak. Mak menjadi penyokong aku untuk berhenti walaupun semua orang membantah. Keputusan ini memang 'reckless' tapi aku lega. Aku makin sihat. Kesihatan mental aku makin sihat. Aku dah tidak berfikiran pelik2. Aku dah jadi diri aku yang lama. Rezeki aku menjadi peguam mungkin terhenti di sini. Rezeki aku dalam bidang lain bakal bermula. Ingin aku tegaskan disini tekanan perasaan bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh.dan bukannya sengaja nak dapatkan perhatian. Ianya satu perkara yang serious dan perlu dicegah sebelum makin teruk. Aku beruntung kerana ada mak yang tahu anak dia ini seorang manusia yang sentiasa memerlukan sokongan moral. Yang benar, Unknown |
Tuesday, July 24, 2018
[Kiriman] Mental Health
Wednesday, February 3, 2016
[Kiriman] Masa Depan.
| Name: | |
| E-Mail: | |
| Subject: | Masa Depan |
| Message: | Makin hari umur makin naik. Tanggungjawab pun nak makin bertambah.Kalau dulu cukup la terima apa yang ada tapi sekarang kena buat lebih.Kalau tak makin ketinggalan.Bila kawan-kawan bercakap pasal perkahwinan aku termenung.Gaya mereka seolah-olah perkahwinanlah segalanya dalam kehidupan.Aku persoalkan. Dah tiba masa untuk kahwin ke?Rasanya banyak benda lagi belum buat. Banyak benda lagi belum capai. Bahagiakan mak pun belum. Masa yang terlalu pantas atau aku yang sebenarnya masih di takuk lama? Setahu aku perjalanan kehidupan itu panjang lagi.jauh lagi aku kena melangkah.Cepat atau lambat biar takdir Allah yang menentukan. |
Thursday, January 21, 2016
[Kiriman] Egois
| Name: | tmos |
| E-Mail: | |
| Subject: | Egois |
| Message: | Ada yang kata kalau rindu, jangan dihebah. Takut nanti hati berubah. Rindu, simpan dalam doa, dalam hati Sebab doa sampai ke langit hakiki At the end, Kau dengan dea saja yang tahu samada korang tengah betul merindu, atau masing masing ego nak mengaku. |
Wednesday, January 20, 2016
[Kiriman] Ultimate
| Name: | Yang ditinggalkan |
| E-Mail: | |
| Subject: | Ultimate |
| Message: | Takkan ada apa pun di dalam dunia ini yang bersifat selamanya, kecuali Allah Taala. Termasuklah dengan perasaan. Takkan ada perasaan yang akan selamanya kekal sekekal pemberi rasa. Tapi itu bukan tiket untuk engkau berubah seperti laut yang kadang nya tenang ditiup angin dan kadangnya kabut di pukul ombak. |
Sunday, January 3, 2016
Doa untuk yang terbaik.
Friday, September 4, 2015
[Kiriman] Maafkan Ku Cinta
Name:
Subject:Maafkan ku cinta
Message:Kepada bakal suamiku.
Maafkan aku sayang. Kejam rasanya diri ini untuk berterus terang yang sejujurnya tiada cinta dalam diri aku buat kamu. Sungguh, kamu bakal imamku yang sempurna. Bukan niatku untuk mempermainkan mu. Cuma hati ini terlalu letih untuk bermula kembali. Lalu ku teruskan langkah bersamamu walau hati ini kosong.
Berjuta maaf dari bakal isterimu..
Friday, August 21, 2015
[Kiriman] Rindu Tiada Penghujung
Name:AYUS HASMALIZA
Subject:RINDU TIADA PENHUJUNG
Message:rindu memaksaku mengingati kamu setiap hari dan waktu.............
Thursday, June 11, 2015
[Kiriman] Baju Kurung
Name: Izzah
Subject: Baju Kurung.
Message: Kata orang, perempuan itu indah sekali berbaju kurung, bertudung bawal. Katanya, ia menjadi kegilaan si lelaki. Namun, aku di sini masih terfikir, adakah aku? aku seorang perempuan biasa. Aku cuba berjinak dengan baju kurung. Tetapi, aku Perempuan yang dipenuhi dosa. Perempuan yang cuba mengejar ilahi. Tetapi? seringkali aku diperli, diejek. Bukan kerana perubahan aku. Tapi kerana tingkah laku aku. Aku menyertai satu bulatan gembira iaitu Usrah. Namun, sampai sekarang, aku malu dengan diri aku sebab aku masih gagal menjadi seorang manusia yang osem T.T
