Kepada kau,
If you loved someone, really loved them, would you let them
go?
Kalau kau la kan, kau akan lepaskan ataupun kau akan terus
tunggu? Kadang-kadang bila kita sayang seseorang, nak lepaskan tu memang payah.
Susah sebenarnya nak jumpa orang yang betul-betul lepaskan orang yang dia
sayang tanpa rasa was-was. Kau tengok drama mana-mana pun, susah nak jumpa
orang yang senang-senang nak lepaskan orang yang dia suka. Aku rasa dalam dunia
realiti pun macam tu jugak.
Kalau aku sukakan seseorang, aku mungkin akan tunggu. Bagi
aku kalau kita yakin dengan sesuatu perkara, kita akan usaha untuk dapatkan
benda tu dengan cara yang baik. Bukannya dengan cara yang jahat. Cinta apa yang
akan kau dapat kalau dia dipaksa untuk suka kau? Cinta yang tak pernah mampu
buat kau bahagia, hidup pun tak pernah tenang.
Aku akan berdoa. Berdoa dengan Allah SWT untuk dekatkan hati
aku dan dia jika memang benar dia jodoh aku dan jika dia bukan untuk aku, aku
tak perlu nak lepaskan sesiapa kerana hati ini sudah tidak menunggu lagi. Kalau
tak tunggu, apa yang nak dilepaskan lagi kan?
Daripada,
Aku.
Nota : Dah lama posmen ni tak menulis surat. Bahasa pun tak best tapi takpelah, nak meluah rasa aje.
11 comments:
Entah. Aku cuma belum belum terpikir nak mencari lain.
mungkin tunggu dan berdoa . . dari jauh
bagi saya ,awak kne banyak berfikir ,ikod kata hati kalau awak rsa menunggu stu penyiksaan ,maka lepaskan lah :)
aku setuju ngan kau... tunggu lah kalau memang dia jodoh kau akan dapat... kalau tidak dia akan terus pergi... jodoh kalau duduk dalam batu pun akan jumpa juga
dah follow sini!
Assalammualaikum. Emmmmm. Kna fkir bnyk kli tuk mlepaskan,honestly. Tpi, kta hnya mmpu brdoa. Yg pnting dkatkan cinta kpda ALLAH SWT dulu bru dptkn cinta mnusia :D
Menunggu memang amat susah.Ikut keperluan.Dah rasa macam tak der harapan tak yah tunggu.Kalau nampak macma ada peluang kena licik la.Perempuan jangan nampak perigi cari timba.Buat strategi silent killer dengan berkias or bagi hint.
Ahahahaha saya bercakap berdasarkan psikologi. :)
tunggu & doa tiap2 hari k
inshaAllah jika benar yakin. tunggu dan doa.
kalau dah usaha then let them go jelah kalau datang balik, means... oyeah! haha xD
kalau aku, usaha sehebat mampu, kalau hati dia bukan dekat aku, kuasa tuhan saja yg dpt bantu.
Post a Comment