Friday, February 8, 2013

[Kiriman] Siapa saya di hati awak??

Kepada awak yang menyakitkan hati


Assalamualaikum awak.

Sudah hampir 3 tahun saya mengenali awak. Sepanjang persahabatan kita saya rasa macam saya nak cekik-cekik awak sebab awak ni sangat menyakitkan hati. 

Pada mulanya kita hanya dua orang asing yang menjadi lab partner. Dan pada mulanya saya juga tidak pernah menyedari kehadiran awak disisi saya. Hanya selepas malam pertandingan sketsa kumpulan kita baru saya menyedari kehadiran awak disisi dan mula menghargai awak. Pelik. Daripada orang asing, awak semakin hari semakin dekat dengan saya. Adakah itu hanya perasaan saya?

Bila dapat tahu yang kita akan di tempatkan di Universiti yang sama, saya tersangat gembira. Adakah ini mimpi? Peti surat kecil di talefon semakin penuh dengan balasa surat kecil dari awak. Surat-surat kecil yang selalu menyakitkan hati, tetapi ada juga yang menjadi pengubat jiwa. Adakah saya sahaja yang berperasaan begitu? 

Siapa saya di hati awak? Kenapa awak layan saya seperti orang yang istimewa kalau awak tidak pernah bermaksud sebegitu? Adakah saya ni hanya spare part awak di kala kebosanan? GPS awak dikala sesat? Information counter untuk bertanya soalan itu dan ini?

Sampai hari ini persoalan itu bermain-main di hati saya. Saya belum cukup kuat untuk bertanya sendiri kepada awak kerana saya lebih menghargai persahabatan kita. Adakah awak juga berperasaan begitu?

Jadi, saya membuat keputusan untuk menjarakkan diri dari awak supaya saya tidak akan kecewa jika suatu hari nanti saya tahu perasaan sebenar awak dan supaya saya sendiri tidak sesak, sedih dan kecewa menanti jawapan siapakah saya di hati awak.

Penantian sangat menyeksakan. Jadi saya belajar untuk melepaskan awak sedikit demi sedikit dari hati saya. 
Jika saya bukan di hati awak, saya harap awak bahagia dengan pilihan hati awak. Saya harap awak juga mendoakan saya…

Daripada AdiMastulik


No comments: