Saturday, November 23, 2013

[Kiriman] Minta Doa

Name: Saya, bukan nama sebenar
Subject: Minta doa
Message: Lama eh tak kunjung mari. Ohoi orang sawah! Pe kabo?


Cheq mintak maap na pasai takdak masa. Puii! Ang ingat ada ka orang nak baca tulisan ang?!

Ok.

Saya ada masukkan puisi-puisi saya dalam satu sayembara puisi. Semua puisi terkumpul akan dibukukan.


Minta ya doa-doakan saya. Mungkin dengan terpilihnya karya saya, akan jadi satu inspirasi untuk saya terus berkarya.

:)


Juga. Final year exam.


Mohon doa.
Saya rasa... didoakan oleh orang yang tak dikenali...
itu sangat manis.


Doa for each other.

Boleh?

Sunday, October 20, 2013

[Kiriman] Bahagiamu Deritaku

Name : I.Z
Subject: bahagiamu deritaku 

aku tak tahu pada siapa lagi harus aku luahkan
perasaan ini,
yang dah lama terbuku
hingga jadi duri yang mencucuk hati sampai jadi luka yang tak tahu bila akan sembuh

aku cuma berdoa agar diberi kekuatan untuk teruskan hidup dan melupakan segalanya yang dah membuatkan aku derita dalam diam...

semoga juga aku redha dengan takdir ini.....
melihatmu senyum gembira dengan si dia memberi seribu satu rasa buat aku
haruskan aku sedih menangis pilu? atau berpura-pura senyum dan mendoakan kebahagiaanmu?????
sampai bila harus aku rasai derita ini????

Wednesday, October 2, 2013

[Kiriman] Pengakuan.

Assalamualaikum M.H,

saya dengan rasa malu yang tebal ni nak bagi tahu kat awak dalam surat ni..
saya SUKA awak!
jangan tanya kenapa saya suka awak..
saya pun tak tahu..
suddenly saya jadi macam ni.
senang cerita semua ni kuasa Dia
saya tak penah rasa macam ni..
kawan-kawan saya suruh saya bagi tahu awak depan-depan tapi saya segan..
saya tak boleh bayangkn mcm nak hadapi lepas bagi tahu awak semua benda tu..
Dah la kita akan selalu jumpa in future nanti

awak,
saya harap sangat-sangat yang awak tak ada sesiapa dalam hidup awak..
jangan lah tiba-tiba awak ada tunang pulak
boleh kena heart attack! saya..
tapi kalau jadi pun saya rasa saya redha..
maknanya kita tak ada jodoh.*sedih*
Tapo saya akan berusaha untuk tambat hati awak..
dalam doa
orang kata 'action speaks louder than words"
hehehe..

by :unknown

Friday, September 20, 2013

[Kiriman] Lelaki Masa Hadapan

Kita sama,
aku tilik satu persatu,
dari awal hingga akhir,
banyak persamaan,
dari perbezaan,
atau kemungkinan,
aku yang tersilap tilik,
perkiraan—
yang kau dan aku banyak persamaan
Bisa kau bantu aku,
bikin kira-kira itu,
sama-sama,
wahai lelaki masa hadapan?

Kiriman : Diddy

Wednesday, September 18, 2013

[Kiriman] Selang Seli Aku

Dibawah bulan,  
aku coret rasa jiwa, 
yang sudah lama aku pendamnya, 
aku tarik buku ‘contengan puisi’ aku, 
muka surat terakhir bertulis, 
aku selaknya,
Yang berada di dada langit sekarang, 
aku kira, 
sama macam aku kira waktu, 
aku rindu pada Tuhanku, 
Aku bawa pena mekanikal, 
berlari laju atas buku bergaris satu itu, 
aku berhenti---
sekejap,
aku ada masalah, 
kehabisan dakwat pensil mekanikal.

Kiriman : Diddy

Monday, September 16, 2013

[Kiriman] Lekas Dewasa.

Name: Diddiy
Subject: Lekas dewasa

Message:
Kau kata,
lekaslah dewasa,
kau kata lagi,
kau mahu bawa aku mengembara mengelilingi---
dunia,
Sama dengan keinginan aku untuk merantau,
jauh dari segala semak cerita aku di bumi Malaysia,
Kau tunggu aku dewasa,
untuk kau hulur tangan,
dan aku sambut dengan senyuman,
Kau mahu bawa aku ke sana,
ke tanah Aberdeen,
 tempat di mana,
aku kepingin pergi.

Saturday, September 14, 2013

[Kiriman] Kepada Dia

Name: Aku 
Subject: Kepada Dia. 

Message: Aku disini. Masih menanti. Ya masih. Menanti sesuatu ke ajaiban berlaku. Keajaiban yang mengubah cerita hidup aku. Cerita hidup aku yang penuhnya celaka. Cerita yang sejak aku belum jadi ketulan daging lagi telah kau ciptakan. Aku masih tegar. Masih. Menjalani setiap ujian. Setiap perjalanan. Yang kau telah tetapkan. Jadi mahunya apa lagi?

Aku cuba kuat. Aku cuba. Tapi aku juga manusia. Larilah aku ke hujung dunia. Larilah. Tapi hakikat tak berubah. Aku masih sama. Masih manusia. Yang bezanya, Cuma perangai yang telah sebati dari jasad bernyawa tanpa nadi ini. 

Kau tahu. Ya pastinya kau tahu. Setiap yang berlaku dialam ini. Kau yang cipta. Pastinya kau tahu. 

Aku penat. Penat mahu tidur berbantalkan air mata dengan esak tangisan tanpa suara. Aku penat. Jujur. Jika meminta sesuatu daripadaMu, aku Cuma mahu minta. Ambillah nyawa aku. Cukup. Cuma itu. Aku penat mahu tambah dosa yang telah aku buat. Aku penat mahu persoalkan segala. Aku penat. Sungguh. Cukuplah setakat ini. Cukup lah. 

Saban hari, saban malam. Aku Cuma bertemankan--- air mata. Ini yang kau mahukan aku jalani. Ya, ini. Tak apa. aku masih tegar. Aku masih segar mahu teruskan jika kau bisa berikan aku sedikit rasa bahagia. Cuma sedikit. Aku minta. Sedikit.

Wednesday, September 4, 2013

[Kiriman] ‘’SURAT UNTUK DIRI SENDIRI.’’

Hai Assalamualaikum pada awak, Apa khabar Iman, Taqwa, Amal dan Hati awak hari ni ya.? 
Makin naik atau menjunam turun? Nak Tanya, Hari ni, lebih banyak kebaikan atau keburukan yang di catat oleh Malaikat di kiri kanan awak tu ya..? 

Saya harap sangat awak tetap ingat semua nasihat yang awak bagi pada kawan2 awak dekat luar tu. Buat macam apa yang awak selalu nasihat kan tu jugak. Saya harap awak tetap istiqomah walau apa jadi, walau apa dugaan dan ujian dating pada awak ya. Atau apa2 nikmat Allah beri pada kamu, tetap lah bersyukur dan senyum ya.

Ujian itu manis sebenarnya. Janji Allah itu pasti. Malah mati itu tepat. :’) Awak, saya suka dengan perubahan awak walau ianya perlahan.

Saya nak cakap ni.

“Tetaplah berlari walau awak orang yang paling perlahan berlari berbanding orang lain, Tak apa, Janji awak masih di Trek yang betul, *TREK ALLAH* tahu? ” 


Saya tahu, masa mula2 awak berhijrah, terlalu banyak masalah dan dugaan awak dapat.. kan? T_T Terlalu banyak sampai kadang2 awak merungut mengadu pada Dia lebih dari biasa. Awak rasa lemah tanpa Dia kan. Awak tak bagi tahu sesiapa pon masalah awak yang paling besar. Cuma Dia yang tahu kan. Taka pa, itulah yg terbaik bagi saya. Awak kuat sebab Dia kan. Dia yang bantu awak saat awak tak percaya kan sesiapa pon. Awak kuat kan hati walau awak rasa paling lemah dulu kan. Terima kasih sebab awak percaya pada Allah yang satu.

Awak tahu, Sebab awak yang dulu tetap kuat walau dugaan menimbun, Maka saya yang sekarang tetap kuat!

Saya nak ingatkan awak hari hari, Tolong jaga Hati, jaga Iman, jaga Aurat, jaga percakapan dan pendengaran awak. Jaga pandangan awak. Hijabkan semua kalau boleh ya. Istiqomah sentiasa walau ia susah sangat. Saya taknak awak jadi macam dulu lagi.  Janji dengan saya boleh? Allah ada, akan bantu awak tiap kali awak mohon pada Dia. Ingat tu.


Satu lagi, Awak jangan fikir soal jodoh dengan siapa2 pon.. buat masa sekarang boleh..? Saya nak awak solehahkan dan perbaiki diri awak dulu. Cari cintaNya dulu. Bukan apa, Cuma saya takut kalau2 jodoh awak dengan ajal lagi cepat dari jodoh awak dengan mahluk Allah. ‘

’ Jodoh dengan ajal sudah tetap dan pasti, Jodoh dengan mahluk Allah tak pasti lagi kan”, Saya tak ada jawapan pon. Awak faham kan maksud saya? 

Awak tolong tolong tolong tolong jangan pernah mengalah boleh? Jauh lagi perjalanan awak ni tahu..? Untuk awak jadi muslimah dengan makna sebenarnya. Perjalanan awak baru bermula.. Masih terlalu jauh bagi saya. Jangan peduli kan apa orang cakap pada awak ya. Diorang tak kenal awak. Yang kenal awak Cuma satu je.. Dia.. Pencipta kita. Allah..

Moga Allah redha dgn setiap perbuatan awak.Amin ;’)
Moga AWAK tetap kuat dan istiqomah.

HasbunaAllah Wani’mal Wakil.


kiriman : panda jepun


Friday, August 16, 2013

[Kiriman] Dear Mr DoneTrying

Dear Mr DoneTrying
Saya tak tau kenapa tiba-tiba saya teringatkan awak...tiba-tiba awak terlintas dalam fikiran saya padahal selama 8tahun ni saya x pernah ambil tahu pun....walaupun saya sentiasa mengelak & lari bila nampak awak dari jauh sepanjang 4 tahun di Universiti…(ok, saya pernah nampak awak kat Hs Café time awak dating n saya perasan awak pandang saya &saya juga pernah ternampak awak di perpustakaan tapi mestilah saya buat-buat tak Nampak & lari sebelum awak perasan)

Saya search nama penuh awak & saya jumpa blog awak. Saya baca post-post awak walaupun pendek tapi sangat mendalam kot..Awak bukan dah ad gf ker? Tapi kenapa post-post awak macam orang yang suffer silently jer ?Ok lupakan. Saya nak bagitau saya jelous tengok pencapaian awak dalam kerjaya tapi sebagai orang yang pernah mengenali awak saya tumpang gembira & baru-baru ni awak update profile awak lagi…Saya berharap saya boleh lebih fokus macam awak…

Mr DoneTrying
Pertama kali saya jumpa awak bila kita berjumpa untuk ‘team building’. Saya tak tau apa ‘first impression ‘ awak pada saya tapi ayat-ayat awak memang kedengaran pelik pada saya ( saya tak tau itu ayat pujian ataupun peril) tapi seperti biasa sebagai orang ESTJ saya malas nak ambil tahu. Dalam kepala saya ‘oh ni ketua aku & aku kene kerja dengan dia’. FULL STOP!

Tapi sepanjang saya bekerja dengan awak, memang saya akan terbakar bila jumpa awak. Dan boleh dikatakan saya ‘terbakar’ tiap-tiap hari sebab awak suka sangat buat ‘meeting’ walaupun orang lain sibuk awak nak jugak buat kan? Dan awak ingat tak satu malam tu awak nak jugak buat meeting . Saya dah cakap s/u kita ada kelas tapi awak yang tetap nak buat jugak & memang saya dengan awak je la kan yang meeting . Waktu saya mundar-mandir kat luar tu tunggu s/u, awak dengan selambanya sound saya” boleh tak ko duduk, pening ar aku” dah la tempat tu sunyi nasib baik tak kene kawen free… Kalau tak memang saya pancung kepala awak & saya pun duduk tapi jauh dari awak.. Dan yang paling best bila tiba-tiba kawan awak tegur awak & muka dia terkejut tengok awak berdua ja dengan saya dalam kelas tu awak boleh buat muka selamba & tak bersalah.. Ya Allah memamng saya angin tahap gaban dah waktu tu. Kalau saya tak kawen, awak yang salah sebab mesti dorang ingat saya scandal dengan awak …

Mr DoneTrying
Serius saya tak faham dengan awak & saya tau awak pun tak faham dengan saya…Awak jenis yang susah nak percaya kat orang kan. Yup, dan itu yang selalu buat saya nak membebel dengan awak… Kalu boleh semua benda awk nak buat sendiri & sebagai assistant mestilah saya kene tempias sekali kan..Dan yang saya paling marah bila awk & s/u kita demam sekali. Saya marah sebab dalam demam-demam tu pun awak nak handle semuanya…Dan bila saya dah nak ke main campus saya dah bagitau awak untuk train yang lain & cari calon assistant baru yang awak & s/u selesa untuk bekerja. Tapi awak tak pernah nak hiraukan kan. Marahnya saya waktu tu bila awak suruh saya yang decide. Yang nak keje dengan dia tu awak bukan saya ok. 

Mr DoneTrying
Awak perasan tak kita selalu ada masalah komunikasi. Awak tau tak saya pernah tunggu awak 3 jam dalam gelap + bernyamuk sebab saya salah faham mesej awak( ke awak yang saja nak kenakan saya). Bila saya call awak boleh tak awak kata bila pula nak jumpa… wargh time tu rasa nak berjurai airmata saya… Dengan gelap+nyamuk+ budak-budak lelaki tu pandang saya berdiri sorang-sorang kat situ memang hati saya dah banjir. Bila awak dah sampai boleh pulak awak buat muka tak bersalah…angin nyer saya…Dan bermula daripada saat itulah saya mula jauhkan diri dari awak. Saya bercakap bila perlu aja tapi awak memang tak boleh tengok saya diam kan…

Ada satu malam tu tak silap saya kita habis meeting lambat & saya orang terakhir yang keluar dari bilik mesyuarat tu. Memang bila dengan awak saya kene jadi orang terakhir sebab saya kene check ada tak harta-harta pusaka yang awak tinggalkan… Awak tau tak saya sebenarnya seorang yang careless tapi dengan awak saya jadi sebaliknya sebab awak lagi careless dari saya..

Malam tu jujurnya saya tak expect pun awak tunggu saya kat luar… saya dah berangin je dengan awak sebab ingat awak blah macam tu je…rupa-rupanya awak tungggu kat luar dengan z salah seorang main committee yang dah tak heran tengok saya bergaduh dengan awak… setiap kali kita gaduh dia senyum je & untuk pengetahuan awak bila dia senyum tu sejuk sikit hati saya…maybe awak stay pun sebab dia yang ajak kan? Awak tu mana pernah heran dengan saya pun…
Kita jalan balik sama-sama tapi berpecah kat tengah jalan. Saya ikut z sebab kolej awak kat jalan yang bertentangan. Bila saya sampai bilik tak lama tu awak mesej bagitau awak nak letak jawatan. Saya yang sengal ni pun konon-konon jadilah assistant yang baik & bagi sokongan kat awak untuk teruskan tanggungjawab sebagai ketua. Tapi tiba-tiba awak bagitau, gurau jer……saya ingat lagi ayat saya pada awak I’m speechless…Bingo! Awak Berjaya kenekan saya lagi.

Mr DoneTrying
Sebenarnya saya penat bergaduh dengan awak… akhirnya saya ambil keputusan untuk diam dari bercakap . Saya ingat ada satu malam tu kita ada meeting main dengan semua ahli. Awak ada kelas & minta saya handle. Ok saya handle. Bila awak sampai saya terus diam sebab awak mintak saya tolong handle time awak ada kelas je kan.. Saya diam & tak pandang awak pun sebab saya tak nak gaduh dengan awak depan anak-anak buah.Serius pandang awak je dah buat saya marah. Saya Penat &malas nak bergaduh . Lagipun tak lama lagi saya nak ke main campus. Waktu tu dah tak payah jumpa awak lagi.Bila saya diam je, awak dengan selambanya cucuk saya dengan pen kan?Awak memang suka nak gaduh dengan saya kan??? Semua orang pandang tapi awak memang tak heran kan! awak…awak…

Paling teruk waktu akhir sem tu s/u kita jadi mangsa untuk sampaikan mesej saya pada awak. Serius memang waktu tu saya tak nak langsung jumpa, mesej atau telefon awak.Sebab saya kecik hati awak tak ambil pun surat yang awak suruh saya buat tu. Dah la tak ambik, lepas tu tak maklumkan pada saya pun. Awak bagitau pada s/u je kan. Jadi saya buat keputusan untuk siapkan kerja saya & tak nak ada apa-apa lagi dengan awak. Kali terakhir saya jumpa awak tu pun waktu minta awak sign report.

Mr DoneTrying
Satu lagi sifat awak yang mungkin awak tak perasan. Awak tak boleh saya jauh dari awak kan? Saya ingat lagi bila awak nak bercakap atau present sesuatu awak mesti bagi signal saya duduk dekat dengan awak kan… dan saya yang baik hati ni pun tarik lah kerusi duduk dekat dengan awak, bawak buku nota saya untuk awak rujuk…Saya pelik, awak tak take note ke waktu discussion? & kenapa tak minta nota yang s/u tulis…Nota saya yang berserabut tu jugak yang awak rujuk…awak tak perasan ke orang pandang kita semacam jer…Jujur saya tak suka dengan pandangan tu sebab awak dah ada gf dan saya tak nak gf awak salah faham untuk perkara yang tak betul.

Bila kita buat program dekat Kem tu, awak selamba jer carik n panggil saya kan kat tempat perempuan kan…dah la saya tengah mengeliat waktu tu…awak…awak..dah tu boleh pulak marah bila saya bagitau jangan expect semua girls turun untuk qiamullail, faham-faham lah yer..Boleh pulak tanya kenapa. Z yang kat sebelah awak senyum & geleng kepala je bila saya dah beliakkan mata kat awak… awak…awak…Tinggi sunggguh tahap kesabaran gf awak kan…

Mr DoneTrying
Satu lagi yang saya perasan sepanjang kerja dengan awak , awak tak boleh bila saya diam, xbalas mesj & xjawab call awak kan?. Saya ingat lagi hari tu saya tertingggal phone kat rumah & bila sepupu saya hantar phone saya petang tu penuh mesej & missed call dari awak…heeee, saya dah gelak dalam hati bila dalam salah satu mesej awak minta maaf & suruh saya angkat call…Bila saya dapat hp saya terus balas mesej awak ingatkan apalah yang penting sangat… awak,awak…

Awak..Kadang-kadang saya tak faham dengan awak… awak selamba je mesej saya malam-malam & kadang-kadang ada masanya saya rasa awak tersalah hantar mesej untuk gf awak kat saya..Tak boleh ke mesej je diam-diam dengan gf awak & tak payah nak menganggu ketenangan saya yang sentiasa rasa terbakar jer dengan awak?

Last awak mesej saya waktu saya dah masuk main campus. Jujurnya malam tu saya baru balik handle program.. saya sangat penat & saya rasa macam dah nak mati & kalau Allah ambil nyawa saya waktu tu saya redha jer. Awak mesej saya sampai pagi kot. Saya balas jugak mesej awak sampai tertido-tido & akhirnya saya yang stop kan sebab esoknya saya ada kelas pagi. Isunya, pasal assistant baru & yang kelakarnya awak bukan head comm lagi pun. Bila saya kata tak payah pening-pening nak fikir, awak still nak libatkan diri dalam isu tu kan. Masa tu mesti awak rasa betapa untungnya awak dapat assistant yang macam saya kan? Dan saya terkejut bila awak betul2 buat apa yang saya cakap kat awak malam tu…ampun, sebab mesti dorang ingat awak gila kuasa kan? 

Mr DoneTrying
Saya nak bagitau yang saya sangat kecik hati bila awak tak datang untuk malam last meraikan ktorang yang nak pegi main campus nie…orang lain semua ada..awak tak bagitau apa-apa pun kenapa awak tak boleh datang. Saya sedih sebab tak dapat minta maaf kat awak, saya tau banyak dosa dengan awak & tiba-tiba malam tu saya rasa awak x hargai saya sebagai orang yg pernah bekerja dengan awak & saya sedar saya tak ada kaitan dengan hidup awak. Saya tak mintak awak bagi saya hadiah ataupun apa-apa…just be there sebagai tanda penghargaan. Tapi takpela saya tak berhak nak ada rasa macam tu

Lama kita tak bercakap & saya terkejut bila awak telefon saya waktu cuti sebelum saya ke main campus.Awak tanya pasl report. Rasanya saya dah maklumkan yang saya dah hantar report tu dengan s/u & saya suruh awak tanya s/u kan kalau tak percaya.Saya kan kecik hati dengan awak kan, so saya malas nak cakap lama-lama dengan awak. Tapi kenapa nada awak lain? Ke perasaan saya jer..

Mr DoneTrying
Saya nak bagitau, ada sebatang pen awak yang saya buat harta & bawak ke main campus…sebenarnya saya nak pulangkan kat awak tapi kan saya dah lancarkan perang dingin waktu last sem tu. So mintak tolong halalkan yer. 
Saya juga nak bagitau yang saya sangat happy sepanjang 1st saya di main campus sebab xpayah jumpa awak lagi & bila nak masuk 2nd sem saya dah stress sebab awak kan dah ke main campus & saya betul-betul tak nak jumpa awak lagi…kecik hati lagi ok…Nampak sangat perangai budak-budak.

Mr DoneTrying
Mungkin awak tak tau, awak adalah orang yang paling menyakitkan hati saya sepanjang hidup saya . Yup, juga orang yang paling saya benci(saya tak pernah benci orang macam saya benci kat awak). Awak tau tau setiap kali lepas jumpa awak xkisah la mtg ke, discussion ke, pass barang ker mesti balik bilik saya belasah pooh rooomate saya…Sampai terburai perut poooh tu..Tapi saya percaya awak adalah orang yang paling saya perlukan saat itu. Allah hadirkan awak sebab saya perlukan orang untuk saya bergaduh & provoke saya untuk menjadi lebih baik. Awak tau tak yang sem tu saya dapat dean list? Tau tak kenapa? Sebab saya sakit hati sangat dengan awak & saya nekad nak buktikan kat awak yang saya bukan pura-pura sibuk bila saya bawa nota-nota saya waktu meeting & baca bila ada masa terluang. Dan saya Berjaya….

Saya jugak nak awak tahu yang saya dah tak homesick lagi sejak kenal awak…dah tak fikir nak berenti belajar dan cabut dari kolej. Mungkin sebab saya sibuk gaduh dengan awak kot…hee…sebenarnya saya pernah doa pada Allah bagitau saya rindukan zaman sekolah saya…rindukan kawan-kawan gaduh saya sebab saya sunyi sangat bila tak da orang nak gaduh dengan saya. Dan tanpa saya sedari Allah makbulkan doa saya tapi saya yang tak sedar diri ni tertanya-tanya kenapa Allah temukan saya dengan awak yang selalu buat saya terbakar & mengganggu ketenangan hidup saya.

Dan saya juga nak awak tau, saya betul-betul jadi diri saya bila dengan awak. Saya takpernah nak cover cantik & comel depan awak. Bila saya nak marah, saya marah je…bila saya nak membebel saya membebel jer..Sorry yer saya memang kasar orangnya…mesti awak suffer kan dengan perangai saya dulu.

Mr DoneTrying
Tu semua kisah 8 tahun dulu, zaman kita masih mencari identiti dan masih belajar untuk memahami diri sendiri. Bila flash back balik sebab kita bergaduh adalah kerana kita terlalu banyak persamaan sebenarnya. Entah bila saya ingat2 balik semua perkara ni tiba-tiba terdetik “ mamat ni crush ngan aku ker” Heee saya gurau je. Saya tau awak dah ada gf.Tapi sekarang saya percaya saya dah cukup matang untuk berhadapan dengan awak. Saya takkan lari lagi kalau jumpa awak.& saya percaya kita boleh menjadi kawan yang baik. As long as we know how to RESPECT, TOLERATE & TRUST each other, we can be a good friend. 

Mr DoneTrying
Saya jumpa post ni kat blog awak. It hurt. Do I know who’s that ‘someone’? (>_o)

it hurts to LOVE someone when we can’t tell them what we really feel
because….
Sometimes we get HURT without them knowing
We get JEALOUS even if we have no right to feel that way.
We want their time even if we are not in the position to demand for it

Although our HEARTS are breaking in silence
We still continue to LOVE them
because..
Somehow in this HURTFUL LOVE there is still HOPE 
of having a simple moment with them
even if it means being just a FRIEND

Mr DoneTrying

Honestly bukan perkara yang mudah untuk saya hasilkan post ni. Sangat susah sebenarnya. Saya rasa saya gila bila saya nak post mesej nie.Keberanian saya datang bila saya teringat balik betapa menyesalnya saya tak dapat ucapkan apa yang saya nak lafazkan pada sahabat saya yang dah pergi...Kalau awak baca post ni saya nak awak tau;

Thank you for everything. Thank you for always be there when I need someone to shout at, thank you for letting me be myself in front of you…
You are no longer someone that I hate the most
Wish u all the best & hope you are happy with your love one..

Please forgive me…Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. 0-0 yer…

From : Ms ILUSI

Thursday, August 8, 2013

Surat Gurauan Beraya

Kehadapan kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik, pakcik-pakcik dan sepupu sepapat dengannya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Sedar tak sedar dah raya kita kan. Mesti hampa semua seronok beraya kan? Baju baru, kasut baru, langsir baru, kuali baru, kereta baru. Eh?! :D 

Mai sini ceq nak pesan dekat hampa semua, raya memang hari yang digalakkan untuk kita berseronok. Tapi berseronok jangan sampai melakukan perkara yang menyumbang kepada dosa naa. Hampa raya, raya juga tapi jangan sampai meninggalkan solat. Yalah, hampa kalut sangat nak beraya, pi sana pi sini last-last solat terbang entah ke mana. Takmau macam tu naa! Solat harus diutamakan dalam apa jua keadaan. Hampa pakai mekap tebal-tebal ka, pakai baju lip-lap-lip-lap ka, tetap kena solat. 

Buat awek-awek cun dekat luaq sana, hampa cantik sangat hari ni. Ceq yang perempuan pun tergoda tengok hampa apatah lagi kaum lelaki di luar sana. Amboi baju hampa, kalah ceq aih. Hampa yang wanita ni, pakaian biarlah yang menutup aurat. Takmau yang kecik-kecik (ketat-ketat) macam pakaian baby. Awat hampa teringin nak jadi baby pulak ka? Maaf naa. Gurau di hari raya :D Biaq pi lah pakai yang longgar macam baju kelawar. Longgar itu cantik. Beribu kali cantik habaq hang! Percaya lah cakap ceq. Biaq ceq kongsi dekat hampa satu rahsia, ceq ni sebenarnya fashion designer antarabangsa. Jangan bagitau orang sebelah naa, sat lagi depa ligan nak minta autograph ceq, naya ja. 

Haaaa lagi satu. Hampa toksah la dok gatai-gatai nak beraya (bersalam) dengan orang yang bukan mahram. Baik lelaki mahupun perempuan, sama ja. Mentang-mentang ada lagu "bersalam-salaman, bermaaf-maafan", hampa pun kalut nak bersalam minta maaf bagai. Ni ceq nak bagitau hampa, minta maaf tanpa salam pun takpa aih. Janji minta maaf ikhlas daripada hati.

Banyak lagi ceq nak tulis sebenarnya tapi hampa pun dah besaq panjang, boleh pikiaq sendiri dah aih. Semua dah mumayiz. Boleh beza baik dan buruk. Hampa jangan marah naa. Ceq hanya bergurau di pagi raya. Jika ada salah dan silap, tersinggung perasaan harap dimaafkan dengan setulus hati. Akhir kata, Selamat Hari Raya semua! Ceq pi beraya dulu naa. :D

Yang ingin beraya,
Baju Kelawar Cantik (BKC)

Tuesday, July 30, 2013

[Kiriman] Sakit makan ubat

"Makan ubat dah?"

"Belum."


"Makanlah, biar cepat sembuh."

"Jangan cakap macam aku orang sakit boleh tak?!"


"Maaf. Tapi boleh aku tahu kenapa kau kena hadap pil tu setiap hari dan malam?"


Sebab... ubat tu percuma?
Hiks.


Ok. Saya tahu ubat selalu dikaitkan dengan sakit. Tapi saya tak rasa saya sakit. Please.. jangan buat diri saya seolah - olah berbeza dengan anda semua.


Eh awak! Dah makan ubat?
Penenang jiwa; yakni zikir.
Udah ke belum?

Salam Ramadan!


kiriman : Saya, bukan nama sebenar 


Monday, July 22, 2013

[Kiriman] Aku Bodoh

saranghae oppa,

aku sendiri tak faham untuk apa kau kembali kepada ku? adakah kau benar- benar cinta kepadaku? atau ingin membalas dendam di atas apa yang aku lakukan? aku bingung. aku cuba untuk meninggikan ego aku agar aku tidak nampak bodoh di hadapan kau. tapi, aku tewas. tenyata kau berjaya menyuburkan bunga cinta di hati ini. aku terima kau kembali walaupun hati ini masih ragu- ragu akan ketulusan hati kau. aku gembira sangat apabila dapat mendengar suara kau setiap hari melalui telefon. masa itu, aku tak tunjuk sangat yang aku suka dekat kau. sebab aku takut kau khianati kembali cinta ini. lama- kelamaan diri ini rasa bagai dipukau. ya, aku benar cinta sama kau. tapi, bagi memastikan samada kau benar- benar serius dengan aku, aku telah buat akaun facebook yang baru. aku mula berkenalan dengan kau dengan nama lain. ternyata kau sama saja seperti dulu. tidak berubah, hati aku hancur, remuk, sakit. bagaikan dihiris- hiris dengan scapel! jantung ini berhenti berdegup seketika. ibaratnya kau telah menyuntik potassium chloride! lantas, aku mengambil keputusan untuk tidak bersama kau walaupun aku sayang pada kau. aku bodoh! bodoh menilai cinta kau. kau tak pernah berubah walaupun aku telah memberi peluang kedua. 


by Dara Kampung


Saturday, July 20, 2013

[Kiriman] Buat kalian berdua

Assalamualaikum buat Encik D dan Encik H.

Sebenarnya, saya tulis ni sebab nak hilangkan rasa resah hati ni sendiri. H, awak ingat tak yang awak pernah lamar saya?
But saya tak bagi jawapan pun. Walaupun ni lamaran kedua. 
D, awak kemana? Abang awak lamar saya, kenapa awak hilang macam tu je? Awak buat saya sendiri tak yakin dengan awak.
Abang awak datang tanpa saya minta. Tiba-tiba muncul balik lepas setahun dia pergi dari hidup saya. D, awak selalu dengan saya bila saya susah. Walaupun awak tersangatlah menyakitkan hati. 

H, awak serius ke dengan saya? Lepas saya tak bagi jawapan, awak terus hilang. Macam adik awak juga. 

Kenapa korang suka main blah macam tu je ha? Saya yang penat tanggung. Penat fikir. Penat jaga hati. Penat rawat hati sendiri.

Mungkin, saya bukan buat awak H. Juga buat awak D.
Korang layak dapat yang lebih bagus. 

Lupakan saya. Saya akan cuba lupakan korang berdua. 
Cuba teruskan kehidupan korang tanpa saya. 
Macam sekarang ni.
Jadinya buat selamanya.


by : Qawiyah 

Friday, July 19, 2013

[Kiriman] Selalu Dihati Ku

aku tak tahu perlu atau tidak aku coretkan disini akan sesuatu yang berlegar di ruang fikiran dan hati aku yang bertahun tahun lamanya. Bukan sifat aku untuk meluahkan sesuatu menjadi tatapan umum..namun tidak tertahan rasanya membendung perasaan ini yang seakan-akan kupu-kupu yang berlegar-legar di ruang fikiran...

aku tak sangka perpisahan sementara itu menjadi sesuatu yg sgt bererti bagi ku...ternyata perpisahan seketika menjadi perpisahan selamanya..dan janji yang kau kalungkan di leher ku rupanya kaca yang menikam-nikam leherku dan dadaku. Bertahun sudah berlalu dan kau sudah pun punya kehidupan lain namun aku masih begitu bukan kerana aku merindui mu cuma aku masih menanti di pintu yang telah tertutup buat ku...dengan harapan cinta akan keluar dari pintu itu dan melamar aku...doa ku pada Tuhan tak pernah putus agar suria menyinari kembali hidup ku dan kembalikan senyum ku...tapi bagaimana? sedangkan aku sendiri tidak tahu utk meneka hati ku sendiri...atau mungkin kah sehingga akhir zaman usia aku akan sendiri ...dalam mahabbah rindu ini aku bermohon pada Tuhan agar berikan aku kesempatan dan mengampuni dosa-dosa yang telah aku lakukan sebelum nafas yang terakhir... :) 


kiriman : kupu-kupu cinta

Tuesday, July 16, 2013

[Kiriman] Keluhan

kpd kwn aku yg suka sgt buat ak susah hati,

knp la korang suka sgt buat aku susah hati??
nasib baik la ak syg korg..kalo x! jgn harap la!
surat ni bukan dituju tuk lepaskn amarah tp..
geram pun ada jgak..
kita da bincang perkara banyak kali..bukan dua kali tapi berkali2..
kalo diikutkan hati mmg aku nk sgt ketuk kepala ko tu!biar sedar sikit..bagi nasihat xnk dgr..aku kutuk dia sbb buat ko terluka,kau 'back up' pulak dia!!
aku memang tak faham dgn ko ni..
susah nak dgr!!kalau ak jumpa makhluk tu mmg \'kaw-kaw\' aku kenakan dia nnti..
poyo je lebih~ko tu pun satu..punya la ramai orang lain dalam dunia,dia jugak yg kau harapkan..
haih*sigh*

kpd yg sorang lagi,
kau pun selalu buat aku susah hati..
tolong la!tolong la buat keputusan yg betul..
aku x risau sgt pasal ko sbb aku tahu ko capable handle masalah tu..
jgn buat aku naik angin da la..sbb kalo ak naik angin..
aku akan make sure yg ak akan ketuk kepala kau bila jumpa nnti..
*confirm aku ketuk!*

kpd kwn2 ak yg lain,
aku sayang korg!
nnti raya jgn lupa dtg umah..birthday ak sila bagi hadiah!*wink*
hehehe


by: unknown :)

Wednesday, July 10, 2013

[Kiriman] Demi Awak

Awak,
Sejak pemergian awak, setiap hari saya akan buat lucky star tau ? Saya buat lucky star sebab awak pernah kata dekat saya “Nampak bintang di langit ? Sebanyak itu laa kasih sayang abang dkat Lia, tak terkira.” 

Awak,
Lepas ni sapa lagi yang nak hantar sms dekat saya setiap petang ? Sapa lagi nak kejutkan saya bangun sahur ? Sapa lagi nak berkongsi menu berbuka dengan saya ? Sapa lagi nak cakap dekat saya “Dik, tidur petang tak elok tau ?” Sapa lagi nak buli saya ? Sapa lagi nak tarik tocang ekor kuda saya ? Sapa lagi nak bawa saya jalan-jalan bila saya pergi KL ? Bahu siapa lagi yang saya nak pinjam bila saya nak menangis ?

Awak,
Saya masih simpan tau tali name tag awak. Walaupun warna dia dah pudar tapi saya tetap simpan. Tali tu merupakan benda terakhir yang awak amanahkan dekat saya. 

Awak,
4 tahun, 6 bulan, 1 minggu dan 3 hari bukanlah satu jangka masa yang singkat. Dan percayalah saya redha dengan pemergian awak…

Al-fatihah… 



kiriman : lia


Wednesday, July 3, 2013

[Kiriman] Bakal isterimu bukan malaikat

Buat bakal suami yg ku kasihi,

Semoga awk sihat dan sntiasa ceria slalu..
Saya x tahu samada kita dapat bersatu d dunia ini atau hanya d akhirat sana..
Saya harap awk adalah org yang sy cinta seumur hidup sy nanti..

Setiap hari sy mnunggu kemunculan awk..
Semakin hari usia saya meningkat..
Kadang2 sy dah penat menanti awk..
Tapi sy tahu awk masih wujud d dunia ni..


Awak...
Sy nak minta maaf byk2 dekat awk..
Sy bukanlah malaikat yg terhindar dari dosa..
Sy bukan juga nabi yang bersifat maksum..
Sy hanya manusia biasa..
Kadang2 sy hanyut dgn bisikan syaitan..godaan hawa nafsu..
Mungkin sy tidak sesuci wanita yang awk idamkan..
Mungkin kesucian sy tercalar sedikit..


Sehingga hari ini sy masih mnjaga mahkota utama sy utk awk sorang ja..
Tapi saya sgt bimbang..sgt khuatir..
Sy bimbang jika sy tewas dgn bisikan syaitan..


Awak...
Datanglah selamatkan sy skrg..
Sy dah penat menepis godaan dunia ini..
Sy sering sj bertemu dgn kekasih2 yang penuh dgn pujuk dan rayu..
Kadang2 sy hampir saja tewas dgn mereka..
Sy tak tahu sampai bila sy dapat bertahan lagi..


Awak..
Sekali lagi sy minta maaf andai sy x dapat jg diri baik2 utk awk..
Sy akn cuba sedaya upya..biar lelah cmna pon..
Sy tetap akn menanti awk..


Awak..
Sy harap awk x biarkan sy menghabiskan masa terlalu lama dgn org yg salah..
Sy harap awk x biarkan sy terus menagih cinta pada org yg salah..
Sy harap awk akn muncul segera dan menerima saya seadanya..

Awak..
Sebenarnya sy syg awk sgt2 sebab awak adalah suami yg Allah SWT pilih untuk saya ;)



kiriman : miss server

Wednesday, June 19, 2013

Untuk FAM

Ke hadapan pengurusan FAM, atau lebih senang orang kenal Persatuan Bolasepak Malaysia,


Saya merupakan seorang peminat bola sepak Malaysia yang baru berjinak-jinak dalam lebih kurang 3 tahun dalam mengisi pengetahuan saya tentang perkembangan sukan bola sepak di Malaysia. Saya bukanlah seorang pemain bola sepak, walaupun ada lah jugak main bola sepak petang-petang kat sekolah dulu. Saya juga bukanlah seorang pengurus pasukan mana-mana pasukan bola sepak, tapi ada lah sekali sekala saya mengemudi pasukan Manchester United, secara maya dalam game Football Manager 2012. Saya bukanlah pengatur strategi dalam mana-mana pasukan bola sepak, tapi ada lah sikit-sikit saya rancang taktikal untuk Chelsea dalam game FIFA 2013. Di sini saya ada sedikit idea dan cadangan untuk diberikan kepada pihak pengurusan FAM supaya arena bola sepak di Malaysia lebih gamat selepas kemenangan pasukan Malaysia yang amat kami banggakan di Sukan SEA, Suzuki Cup dan Sukan SEA lagi. 

Saya gembira melihat arena bola sepak Malaysia sudah semakin gamat dengan keberadaan pasukan-pasukan yang semakin hebat dan power di Liga Super Malaysia seperti Kelantan, Pahang, ATM dan sudah semestinya Johor Darul Takzim. Tetapi apa yang menjadikan ini semua tidak bermakna adalah beberapa isu yang ditimbulkan oleh pengurusan FAM seperti pergantungan beberapa individu berjawatan tinggi dalam persatuan bola sepak negeri hanya kerana mereka mengutuk dan mengkritik FAM. Jadi, tanpa rasa takut yang saya akan digantung atau ditata tertibkan oleh FAM (saya bukan ahli mana-mana persatuan bola sepak negeri), saya mendesak supaya,

SILA TUKAR KEPIMPINAN FAM dan segala isi pengurusannya. Lebih-lebih lagi Sang PRESIDEN dan SETIAUSAHAnya. Mereka sudah tidak relevan.

"I watch you"

Oh, saya #TEAMKJ. Saya sokong Menteri Belia dan Sukan saya.
Oh, surat ini hanya menyentuh tentang bola sepak, tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti institusi diraja dan sebagainya. 

Yang benar, 
Semua penyokong bola sepak Malaysia (kecuali yang suka main kipas-kipas nih.)

Saturday, June 15, 2013

[Kiriman] Pendengar

Pendengar.

Kau sudah jemu
mahu jadi pendengar setia aku,
aku tahu itu,
tapi kau selalu bilang kau ada bersamaku,
saat aku perlukan kau,
aku Cuma perlukan telinga,
untuk dengar semua cerita,
cerita disebalik rasa ini,
kenapa kita tidak boleh kekal terus begini,
aku mahu kau terus disisi,
temani aku sentiasa,
selalu ada,
aku mahu kau terus jadi pendengar setia aku,
mohon kau jangan pergi,
aku belum bersedia,
aku belum bersedia mahu kau pergi.
Mungkin sampai bila-bila,
Aku mahu kau terus disisi.
Aku mohon sekali lagi.

diddiy


Friday, June 14, 2013

[Kiriman] Harapan

Harapan.

Dulu kau pernah bilang,
Kau akan selalu ada,
Tak akan hilang,
Selalu akan menyapa,
Sentiada akan menghitung,
Menghitung hari bersama,

Setelah aku percaya,
Semua bait kata itu,
Kau lari kemana?
Kau lari tinggalkan aku,
tinggalkan aku tergapai sendirian,
Macam mana aku mahu maju kehadapan?

Mungkin aku terlalu letak harapan,
Sedang kau sendiri tak mahu bersamaku,
Untuk maju kehadapan bersamaku.


diddiy

Sunday, June 2, 2013

[Kiriman] Harapan.

Dear syurga,

Harapan ni macam kau tengah makan siput sedut tapi bila kau sedut sedut isinya tak keluar pun. Senang letak harapan tapi perit bila nak tanggung harapan yang punah. Tak ke? Bila terlalu letak satu harapan besar untuk sesuatu lepas beberapa ketika harapan yang kau letak tu hancur. Kau tak rasa ke diri tu fucked up. Letak harapan tinggi sangat lepas tu hancur?

Aku penat nak letak harapan. Sebab setiap kali aku letak harapan untuk benda yang sama harapan aku tu macam angin je kena tiup. Tak ada makna langsung. Tapi aku letak jugak harapan tu. Entah, aku takut nak hadapi bila tahu tentang harapan tu. 

Tapi aku harap, harapan ni bukan macam harapan tinggal harapan je. Aku hopeless. 

Diddiy. 

Saturday, June 1, 2013

[Kiriman] Aku. Campur. Kamu.

Untuk kamu yang memilih aku berdasarkan hati.

Aku.. Campur.. Kamu..
Kita bina memori mahu..?
Aku mahu rakam memori itu..
Terus tampal ke hati aku..

Aku.. Campur.. Kamu..
Kita bina cinta mahu?
Aku mahu cinta tu..
Hayatnya, ke Jannah.. mahu?

Aku.. Campur.. Kamu..

Bukan mimpi..
Tapi manis..
Bukan magis..
Tapi realiti..

Kan?

^_^

Dalam hati.. ada Taman..
Aku tunggu kamu..
Dalam hati.. ada Cinta..
Aku tunggu kamu..

Ya..
Kamu datang.. saat aku paling sedia..
Tentu sahaja aku terima kamu!


<3

Friday, May 31, 2013

[Kiriman] Cari Saya.

Name     : Saya, bukan nama sebenar 
Subject   : CARI SAYA 

Oy oy!

Alamak aii, curi masa ni nak menulis. Sebenarnya kena wachaaaa! Bertukang bersilat dekat dapur. Dalam diam tu jugak, eh menyempat lagi rasa sedih ni datang. Bukan, bukan sedih tapi...insecure.  Carilah saya..seseorang..sesiapa... :/ 

Thursday, May 30, 2013

[Kiriman] Suka? Hmmm, entah

Name: Diddiy.
Subject: Suka? Hmmm, entah.

Message: Rasa tu subjek. Cinta pun subjek. Sampaikan aku tak tahu nak kategorikan rasa ni sebagai apa. Cinta? Atau suka? Entah. Tapi lepas baca cerita tentang kau. Aku faham apa kau rasa. Dan mungkin aku cuma suka dengan kisah kau. Bukan dekat kau. Mungkin. Aku rasa macam nak selam apa kau rasa. Tapi tu mustahil. Ada orang kata \'tak ada benda yg mustahil dalam dunia ni\'. Bagi aku, benda benda macam ni sangat mustahil akan berlaku. Sebab aku tahulah aku cuba fahamkan rasa hati aku ni sebenarnya macam mana. Ni bukan cinta mungkin juga ni sebenarnya cinta. Aku rasa lah.  


diddy

Wednesday, May 29, 2013

[Kiriman] Lone Ranger.

Dear self....

Sedihnya hidup kau. Selalu sensorang. Selalu tak berteman. Selalu forever alone. Sedih betul. Kenapalah hidup kau ni sedih sangat. Bilalah nak berteman. 

Diddy

Tuesday, May 28, 2013

[Kiriman] Buat Awak di London

Dari : Hati,

Hi awak. Nak bagitahu yang saya masih suka awak. Kita bercinta hampir 2tahun. Walaupun kita tak pernah jumpa. Saya tak pernah benci awak. Menyampah tu adalah juga. Awak delay London mesti ada yang orang suka awak. Lepas putus awak ada bercinta dengan orang Lain. Kita bertambah masalah lepas dapat tahu adik awak sukakan saya. Hmm. Saya harap awak bahagia.  

FadLee 

Monday, May 27, 2013

[Kiriman] Dari Mata Seorang Lelaki.

Hi, gadis yang aku cintai dalam diam.

Bentuknya seperti kotak. Penuh dengan kaca. Aku melihat kamu daripada dalam kaca yang memenuhi kotak segiempat ini. Berselindung di sebalik kacamata ini. Kamu yang senang untuk aku intip gerak-gerinya, walau terkadang aku rasa malu sendiri kerana asyik melihatmu sehingga rakan-rakan ku menegur aku. 

Pernah sekali aku lihat kamu termenung seorang diri di bangku kayu berhampiran dengan dewan kuliah. Aku lihat air mata kamu mengalir perlahan di pipi dan tanpa disedari langit turut sama menangis dan aku masih berdiri beberapa langkah dari kamu, basah dalam hujan. Mungkin aku dapat kongsi rasa sedih yang buat air matamu yang bagi aku amat bernilai itu membasahi pipi kamu yang comel itu.

Bertemu dengan kejujuran itu mungkin sulit. Kejujuran yang entah kenapa tetapi rasanya seperti aku telah melakukan satu kesalahan, satu kesalahan besar iaitu terlanjur jatuh cinta sama kamu. Banyak hal yang membuatkan aku gementar, gugup, gemuruh dan dalam masa yang sama gembira, teruja dan bahagia setiap kali mata aku menangkap mata kamu yang secara curi-curi melihat aku dari jauh. Atau mungkin kamu yang menangkap aku melihat mu dalam diam di sebali kacamata ini? 

Biarlah. Yang pasti aku gembira walau hanya untuk sesaat itu. Kamu begitu pendiam dan mungkin juga bingun untuk hanya sekedar mendengar suara hatimu sendiri dan memandang aku sambil mengenyit mata kananmu. Ah! Hanya dengan membayangkannya sahaja telah buat aku tersenyum sendirian. Membayangkan kamu menolak kacamata kamu menggunakan tapak tangan itu, memang satu aksi yang menggugurkan jiwa ini.

Sudahlah! Jangan pikir kali ini saya gombal. Aku memang senang membuat puisi, tapi untukmu, rasa ini berbeda. Kamu bukan seperti gadis biasa yang pernah aku jumpa. Kamu masih saja diam. Tidak bergeming. Saya berdiri dan berjalan lebih dekat ke arah kamu. Kamu masih menangis dan tidak menyedari kehadiran aku di sini. Teras luar tampak basah. Hujan deras, menghajar dahan. Aku mengeluarkan payung dari dalam beg, tetapi tidak dibuka. Aku menadah tangan untuk merasakan dinginnya hujan di telapak tangan. Tiba-tiba aku bergetar, merasakan dinginnya.

Jarak itu semacam latihan keseimbangan. Berjarak atau mengambil jarak itu semacam berdiri sebagai Tuhan lalu melihat manusia dari kejauhan. Tapi, untuk terus melihat kamu menangis di bangku kayu itu, ternyata aku tidak mampu. Tentu saja saya percaya, Tuhan dapat berdiri dimana saja. Termasuk saat ini berdiri di tepi aku, mungkin. Dan Dia berbisik kepada aku untuk menghampiri kamu dan menenangkan kamu. Jadi, aku mengambil kata putus untuk menghampiri kamu dengan sekaki payung di tangan kanan dan berbisik lembut ke telinga kamu, "Mari pulang. Saya temankan awak pulang hari ini."

Yang benar,
Lelaki yang mencintaimu dalam diam. 


Sunday, May 26, 2013

[Kiriman] Dengar.

Kepada SAM.

Dulu kita selalu sama-sama. Pergi mana-mana selalu berdua. Selalu akan bersama. Dulu tu bukan sekarang. Dulu. Sekarang. Satu masa yang berbeza. Sangat. Masing-masing ada kehidupan masing-masing. Masing-masing punya cara hidup yang berbeza. 

Aku rindu masa tu. Masa dimana kita selalu bersama. Sampaikan saat kau buat keputusan yang bercanggah dengan kehendak aku. Aku rasa macam aku akan hilang kau. Hilang selamanya. Aku takut tu. 

Tapi lepas kau cakap \"Jangan risaulah. Kitakan dipasangankan Tuhan untuk berkawan sehidup semati. Kita tetap akan bersama walaupun berjauhan.\" 

Ya, betul. Aku pegang kata-kata kau tu. Sampai sekarang kita berkawan sehati sejiwa. Kau masih bagi aku semangat untuk teruskan hidup aku walau tanpa kau yang selalu ada waktu aku tengah down. 

Kalau masa tu kita yang punya. Aku terlalu bermohon agar kita punya masa yang banyak untuk diluangkan bersama. Terlalu banyak cerita untuk aku ceritakan ke kau, untuk kau jadi pendengar dan penrespon yang tak bertauliah. Aku rindu kau. Tapi layak ke aku lafaskan rindu sedangkan lidah ni kelu?  


Diddiy. 


Saturday, May 25, 2013

Dari Pejabat Pos Syurga 6 : Kami Turut Menerima Pelbagai Jenis Pesanan!


Disini kami mahu update jenis-jenis pesanan yang kami terima. Dalam format faks, email, puisi, pesanan ringkas, catatan peribadi, sajak, syair, surat, video, pesanan suara? dan pelbagai jenis lagi. Kami menerima pelbagai jenis genre juga, cinta, kecewa, thriller, noir, sahabat, seram, mistik, keluarga, sarkastik, politik, tak puas hati dan macam-macam lagi. Mahu hantar surat anda, ini langkah-langkahnya.

1. Klik pada tab diatas yang tertulis hantar surat
2. Isikan nama anda jika mahu,nama pena ataupun biarkan kosong.
3. Isikan email anda. Ini wajib untuk kami contact anda.
4. Subject, isikan tajuk surat anda.
5. Tuliskan surat anda pada ruangan message.
6. isikan website anda jika mahu, terutama sekali jika anda sertakan nama, jadi kami akan link kan ke blog anda. boleh dibiarkan kosong.
7. Jawab anti spam protection
8. klik Send message!
9. Done =)

Pesanan kami, gunakan ejaan yang betul. Surat anda akan di pos ke blog kami secepat mungkin. Tiada lagi masa tetap untuk surat dikeluarkan. Kebiasannya sehari satu surat (itupun kalau surat ada). Anda akan menerima email balas daripada kami untuk mengetahui tarikh surat anda diposkan. Jadi ini peluang anda untuk berkongsi kepada kami. Mana tahu orang yang anda ingin tujukan tu terbaca nanti dapatlah dia tahu isi hati tu :) Jangan risau identiti anda kami boleh dirahsiakan :) Sebarang pertanyaan boleh juga tanya pada @amirazoe155 dekat twitter :)



Terima Kasih Kerana Menggunakan Perkhidmatan Posmen Ke Syurga.


[Kiriman] Tolong


Name : Saya, bukan nama sebenar
Subject : Tolong

Message :
Saya ada masalah. Memang semua orang ada masalah. Tapi apa awak buat jika orang yang selalu awak kongsikan masalah kini menjadi masalah awak?

Saya ada masalah ni :(
Ada tak... sesiapa yang nak tolong dengar?
Maksud saya, baca.
Tak boleh selesaikan pun tak apa. 

Friday, May 24, 2013

[Kiriman] Surat Untuk Papa


Dari lubuk hati untuk papa di alam sana.
Adakah rasa ini akan sampai padanya?
;')

Aku rindu papa.
Terlalu mudah hati aku menangis rindu kan papa.

Kamu tahu kenapa?
Mari sini aku cerita rasa hati aku..

AKU..
Terlalu..

Rindu.
Tapi tak mampu jumpa.

Rindu.
Tapi tak mampu dengar suara nya.

Rindu.
Tapi cuma mampu tatap gambarnya.

Rindu.
Tapi cuma mampu mendoakan nya.

Rindu.
Tapi cuma mampu bacakan Yasin, Al- Fatihah sahaja.

Rindu.
Sampai terkadang tewas teruk pada esak sendiri.

Aku redha.

Aku mahu beri Syurga pada mereka berdua,
Pada arwah papa aku, juga buat ibu aku.
Akan aku jaga ibu aku selagi ada.
In Syaa Allah. Aku tahu Allah ada bersama ku.


kiriman : panda jepun 

Thursday, May 23, 2013

Encik Doktor


Kepada: Doktor

Doktor. Hanya sekadar pekerjaan. Namun manusia di sebalik gelaran doktor itu betul-betul membuat aku kagum. Semua orang cari dia. Bila sakit semua orang tanya di mana dia. Banggakah dia? Ternyata tidak. Katanya, dia hanya manusia yang hidupnya bergantung kepada Allah sepenuhnya. Kesembuhan pesakit disebabkan keizinan Allah. Dia hanya boleh berusaha dan terus berusaha. Aku senyum. 

Katanya lagi, hidup sebagai doktor bukan untuk berasa takbur dan riak. Tujuan menjadi doktor ialah untuk mengejar saham di akhirat kelak. Jadikanlah pekerjaan ini sebagai usaha untuk masuk ke dalam syurga bukan ke neraka. 

Dia yang aku gelar doktor itu, bukan hanya merawat pesakit secara lahiriah tetapi rohaniah juga dia rawati. Dia bukannya jenis doktor yang pesakitnya demam, terus beri ubat demam. Dia doktor yang sentiasa tersenyum dan ramah melayan pesakit. Bersembang dan melayan pesakit seperti sahabat tanpa rasa kekok dan kaku. Katanya, di hospital itulah tempat dia menjalinkan ukhwah sesama manusia. 

Saya tabik sama awak Encik Doktor ;)

Daripada: Pesakit

Monday, May 20, 2013

[Kiriman] Surat Untuk Awak

kepada awak


Selamat pengantin baru buat awak yang dah 20 tahun bertahta di hati saya.....saya sangka selama ini kita berkongsi rasa yang sama..ternyata khabar yang kuterima dipetang hari membuatkan hati aku retak sendiri.

Kutuliskan surat ini hanya sekadar mengurangkan beban dihati yang tak siapa tahu.Aku hanya insan yang bertepuk sebelah tangan...

Kini aku pasrah dan redha dengan setiap ketentuanNYA...kau ternyata bukan tercipta untuk ku....

Semoga kau dan si dia bahagia sampai syurga.


akuinsanbiasa 

Sunday, May 19, 2013

Masa Silam.


Kepada semua,

Setiap orang ada masa silam yang gelap tak bercahaya. Sama ada kau ataupun aku. Manusia buat silap. Intentionally or unintentionally. 

Sesetengah manusia mempunyai hati yang keras bukan kerana dia degil tapi kerana orang sekeliling melayan dia dengan tidak adil dan berat sebelah seolah-olah dia manusia yang tak ada hati dan perasaan. 

Dan kisah silam yang satu ni buat aku jadi sangat suka memberontak dan membenci. Tapi ada satu saat aku mula sedar, kenapa nak membenci kalau diri sendiri yang sakit? Kenapa nak berdendam, kalau akhirnya diri sendiri yang terluka? 

Akhirnya aku cuba untuk memaafkan. Payah memang payah tapi aku cuba dan dengan izin Allah SWT, aku harap aku akan dapat memaafkan mereka dengan seikhlas hati. 

Dan aku tahu Allah sentiasa bersama aku dalam perjalanan mencari diri sendiri yang semakin hilang ini.

Daripada,

Aku.


Friday, May 3, 2013

[Kiriman] Aku Bingung..


Dari : Lara Hari

bila malam menjelma, aku mula resah gelisah. Bukan kerana gangguan atau apa, tapi kerana aku takut dengan diri ku sendiri.

nafsu atau keinginan tanpa disedari.. aku tidak pasti. tapi yang pasti.. bila kala malam menjengah tiba aku resah gelisah.

mimpi atau realiti.. aku sendiri tidak pasti..bila malam datang bersama sang bulan.. berirama sendu sayup.. dengan hembusan angin malam.. aku semakin resah gelisah.......

takdir atau nasib... aku tidak dapat memastikan.. mimpi datang menyapa bila mata tertutup sudah... hati hanya diiringi dengan perasaan resah bercampur dengan perasaan berserah hanya kepda yang Esa. 

keajaiban atau magis.. aku bukan tidak percaya.. tapi suara hati pasti... aku resah bukan kerana apa.. tapi bayangan si dia menjelma.. si dia igauan masa silam ku.. kenapa menjelma lagi......  

Thursday, May 2, 2013

[Kiriman] Maafkan Aku.


Kepada : Dia yang ku panggil 'AWAK'

Assalamualaikum...

Aku tahu kehadiran kiriman ini tidak disangka sangka atau mungkin juga tidak pernah diundang sama sekali. Tapi tolonglah... aku mohon... jangan abaikannya sebelum kau menemukan intipatinya yang aku pasti akan kau perolehi sebelum nokhtanya yang terakhir. Aku janji.

Mungkin terdetik di hati kau yang aku ini macam orang buang tebiat lagaknya. Ahhh tak kisahlah apa yang hendak kau andaikan... aku tak akan ambil hati jauh sekali berkecil hati. Ialah... ajal maut Allah sahaja yang dapat tentukan... terkadang dalam lena tidur... tahu tahu terus padam di pembaringan...

Sebenarnya... aku sudah berkali kali menahan jemari ini untuk menyusun ayat membentuk kata. Tapi ternyata... hati rupanya berkomplot sama mendera... memaksa dan terus memaksa. Lelah dan semakin tidak berdaya aku jadinya apabila ianya terus terusan meronta ronta... Sejenak dalam sedar aku bertanya pada Tuhan. Ya Tuhan.. seandainya memang benar hati kau sama sekali tidak pernah aku tersakitkan... maka jauhkan segala macam rontaan ini dalam relung jiwaku. Tenangkanlah nuraniku. Damaikanlah jiwaku. Tapi sayang... rasa itu masih tetap juga ada di situ... bertapak... menekan dan terus mengasak. Lalu dalam diam aku temukan jawapan... Maafkan aku \'AWAK\'. Aku merendahkan seluruh jiwaku memohon kemaafan di atas segala apa yang pernah aku lakukan yang memungkinkan engkau sempat merasa akan kesakitan. Walaupun dulu aku berandaian semua orang sekadar main main, suka suka... menganggap segalanya sekadar gurauan semata... sehingga aku lalai dan terlupa bahawa setiap insan itu berbeza beza... Maafkan aku.. Aku mohon kemaafan dari dasar keikhlasan kau yang paling dalam... Maafkanlah aku... aku mohon!

Kau gelakan aku ya... Tertawa kerana aku mempamirkan kebodohan ini. Dipandang bodoh pun bodohlah... tak mengapa.. asal bebanan kejiwaan ini dapat aku bebaskan. Aku sememangnya telah siap sedia menerima apa pun kemungkinan. Diherdik... dimaki... dicaci oleh kau pun tak mengapa... asalkan kemaafan itu aku perolehkan. Apa ada hal... bukan boleh dengar suara kau pun... habis tinggi baca cetakan huruf huruf roman... hihihiii 

Aku serius ni... bukan gimik atau apa apa yang negatif yang sempat melintas dalam kotak fikir kau. Aku harap kau sudi maafkan aku seikhlasnya... Terasa aku waktu semakin singkat sedangkan amalan aku tidak seberapa... pun pahala begitu juga... entah ada entahkan tiada... Tup tup di akhirat nanti kau tunggu aku di sana... menuntut yang di kanan aku... yang timbangannya sekadar ala ala sahaja... atau mungkin juga tiada... Lantaran itu... pada waktu yang masih bersisa... TOLONG.. MAAFKANLAH AKU.

Hanya itu sahaja yang aku pinta... hanya itu yang aku pohon... dan masih itu juga yang aku tuntut... Bukan macam macam... mahupun yang bukan bukan... Namun aku tahu memang payah meminta maaf... pun begitu... terlalu sukar memberi maaf. Aku pasrah... Terima kasih dari relung jiwa seandainya kau ikhlas memaafkan... Terima kasih jua kiranya kau masih meneruskan pembacaan. Maaf kerana terlalu banyak mencuri waktu kau... untuk kali ini sahaja. Itu janji aku. Moga akan aku temui kedamaian setelah segalanya aku lontarkan...

Jaga diri kau baik baik kerana pastinya Tuhan telah mengaturkan jodohnya yang terbaik buat kau. Jaga hati kau untuk dia... dan dia pasti menjaga hatinya juga untuk kau. Semoga kehidupan kau senantiasa dalam kerahmatan dan keberkatanNya.... Amin


kiriman : tinta sanubari 

Sunday, April 28, 2013

[Kiriman] Calar


Tangan tercalar. Bukan sengaja sengaja.
Sibuk bertukang, tangan bergaris langsung tak sedar.
Bila dah sedar? Saya buat dek aje.
Sama macam hati tercalar. Biarkan saja la.
Sebab sama je - tinggal parut juga.
Yang bezanya, kalau tak diubati, berjangkit bakteria sana sini.

Awak sekalian, buat kerja hati hati.
Jangan terlalu leka, jangan terlalu khusyuk.
Nanti jadi macam saya.
Sudahnya, sejak insiden tangan luka dan calar,
saya langsung tak boleh bagi tangan ketiga untuk teman lain.
"Cukuplah tangan awak tu calar"
"Pergi duduk diam diam, nanti luka lagi"
Diri dilayan macam anak kecil. Ah.



 kiriman : saya bukan nama sebenar

Monday, April 22, 2013

[Kiriman] Kenapa berubah?


Kenapa aku nak menangis pada orang yang tak pernah hiraukan aku?

---------

Dulu, cinta kau hanya untuk aku.
Dulu, segala jiwa raga kau hanya untuk aku.
Dulu, janji sehidup semati walau apa pun yang jadi.
Dulu, takkan ada lelaki lain yang mampu fahami kau selain aku.
Dulu, kau berjanji aku lah yang terakhir.

---------

Kini? Seseorang yang baru bernama "lelaki" di samping kau.
Kenapa berjanji kalau tak mampu tepati?
Aku manusia, bukan patung yang kau boleh bermain bila bosan.
Aku ada perasaan, bukan tunggul kayu yang boleh buang dan bakar sesuka hati.

"Sakit. Perit. Sakit. Perit. Sakit. Perit. Sakit. Perit."

Inilah yang ku lalui setiap hari. Pedih.

--------

Tapi siapa sangka kuasa Maha Esa itu lagi hebat.
Saat hati menangis, tarbiyah demi tarbiyah datang.
Alhamdullilah, kini aku mampu bangkit.
Dan, sungguh, cinta Illahi itu tiada tandingannya.
Alhamdullilah! Alhamdullilah! Alhamdullilah! Alhamdullilah!
Terima kasih Ya Allah!

--------
Semoga kau terus istiqamah dengan telekung pemberianku.
Semoga kau berjaya dunia dan akhirat.
Semoga kau terus bahagia. Bahagia dan bahagia. :)


Salam rindu buat emon ya!

kiriman : Emon

Friday, April 19, 2013

[Kiriman] Perlu ke Aku menangis?


Kepada Aku,

Wahai air mata,
Kenapa awak baru sahaja jatuh tadi?
Perlu ke awak jatuh untuk orang yang tak hiraukan awak?
Perlu ke awak jatuh untuk orang yang tak sayang awak?
Perlu ke awak jatuh kerana dimarahi oleh abah?
Perlu ke?

Wahai mata,
Jangan sesekali kau menangis disebabkan abah.
Jangan sesekali kau menangis disebabkan lelaki yang rosak seperti abah.
Jangan sesekali kau menangis disebabkan orang yang tak sayangkan kau.
Kau sayangkan dia?
Aku tak..
Aku dah benci dia..
Dia bukan bapak aku..
Dia bukan..
Sebab seumur hidup aku ni
Aku tak pernah merasai mempunyai bapak.

Wahai hati,
Tak perlulah kau sakit..
Tak perlulah kau membuat mata menangis.
Tak perlulah kau membelas kasihani orang itu.
Tak ada guna..
Kau hanya membesarkan kebarangkalian untuk otak membuat kerja terkutuk..
Kau mungkin buat aku ponteng sekolah dan seterusnya dibuang sekolah..
Kau mungkin buat aku lari dari rumah.
Jadi hati, sedarlah.
Kau yang selalu disakiti dan bertahan walau apa pun situasi..
Tabahlah dan berjuang untuk hidup ini.
Jadikan hidup ini fantasi dalam realiti.
Supaya kau boleh tersenyum di alam fantasi dalam realiti.

Daripada Aku.

kiriman :

Monday, April 15, 2013

[Kiriman] Surat Buat Ayahanda


Kehadapan Ayahanda,

Ayahanda, kenapa Ayahanda berubah?
Ayahanda, kenapa Ayahanda tidak menghiraukan Anakanda? Apa salah Anakanda?
Ayahanda, adakah Ayahanda sudah hilang akal?
Ayahanda, kenapa mahukan perempuan lain? Ayahanda tidak sayangkan Bonda? Ayahanda tidak sayangkan Anakanda?
Ayahanda, Anakanda rela Ayahanda kawin lain tapi mengapa Ayahanda menyoal 'Kenapa?' kepada Anakanda? Bukan itukah yang Ayahanda mahu?
Ayahanda, sebenarnya Anakanda rasa kecewa terhadap Ayahanda kerana Ayahanda melarang Anakanda daripada berkawan rapat dengan lelaki, namun kenapa Ayahanda yang melanggar larangan itu?

Ayahanda, Anakanda ingat lagi kenangan kita. Tidak pernah kenangan antara kita Anakanda lupakan namun mungkin Ayahanda yang sudah melupakannya.
Ayahanda, pada mulanya Anakanda rasa benci pada Ayahanda. Benci sangat-sangat. Tapi kini, Anakanda keliru, keliru untuk menyayangi semula atau terus membenci Ayahanda.
Ayahanda, tolong maafkan Anakanda jika Anakanda membenci Ayahanda.
Tolong maafkan Anakanda jika Anakanda tidak bercakap dengan Ayahanda.
Tolong maafkan Anakanda jika Anakanda membuatkan Ayahanda terluka.
Tolong maafkan Anakanda, Ayahanda

Daripada, Anakanda yang dilukai 


kiriman : lonely girl

Thursday, March 28, 2013

[Kiriman] Kefahaman


Sekali - sekala kena faham orang.

Betul ke sekali - sekala?
Saya mengaku, ego saya ni tinggi lebih nilainya dari tinggi sentimeter saya.
Saya memang keras kepala. Eh, macam kepala awak tak keras pulak kan?


Faham, faham, faham.
Saya tengah cuba la ni.
Cuba faham orang.


Tapi maaf, emosi saya terbabas lagi.
Akhirnya, saya ambil diri untuk abaikan anda.


Bukan salah saya, kut?
Anda yang bertindak mengabaikan saya
Langsung tak bagi tahu mana silap saya.


Anda nak tahu sesuatu?
Saya mungkin pandai membebel,
Tapi saya tak pandai baca isi hati orang.

Fahamkan yang itu, untuk saya, dan untuk semua orang.
Ok?

kiriman : saya bukan nama sebenar.

Saturday, March 9, 2013

[Kiriman] Saya Sedang Berusaha!


kenapa bagi harapan kalau tak mampu nak jadikan satu realiti?
kenapa buat sesuatu hingga saya salah faham?
hahaha..lawak je..padahal saya je yg perasan..hahaha
Tak apa lah awak,kalau awak tak suka saya..
saya yakin suatu hari nanti saya akan jumpa dengan orang yangg meletakkan saya sebagai ratu di hati..
saya harap dapat terus kawan dengan awak sampai bila2..

~liking someone doesn't mean that you have to be a lover,sometimes you just have to be friends~



pengirim
-unknown-  

Friday, February 22, 2013

[Kiriman] Awak ok?


From : Saya, Bukan Nama Sebenar

Shila Amzah punya lirik,
Satu dunia menentang kita; akhirnya kita terpisah jua. 
Saya punya lirik,
Satu dunia menyokong kita; akhirnya kita terpisah jua. 
Tapi saya ok.
Ok dalam tidak ok. 
Awak ok?
Marilah senyum.
Tak perlu tulis apa - apa. 

Thursday, February 21, 2013

[Kiriman] Tangan atas dihulur, tangan bawah menyambut.

From : Saya, Bukan Nama Sebenar


Diri terjatuh tersungkur. Sakit betul. Siapa tolak ni? Mengakulah cepat. Amboi, cepat betul menyorok. Yang muka berlapis - lapis, aka dalangnya, datang menghulur tangan dengan slang British tak menjadi "Are you okay?".

Belum sempat menyambut huluran, dia pura - pura menyisir rambut. Biar kita jatuh bangun sendiri sedangkan dia puncanya. Tanpa maaf tanpa kesal, dia pergi. 

Wednesday, February 20, 2013

[Kiriman] Impossible oh impossible

From : Saya, Bukan Nama Sebenar

Sangat mustahil bagi bulan dan matahari bertemu.
Tapi kita - tak mustahil kan?
Walau dunia ini penduduknya berjuta....
tapi saya tahu kita mesti pernah terserempak.
Cuma kita tidak saling mengenali.

Saturday, February 16, 2013

[Kiriman] Dua Darjat!


Dua Darjat!


Aku miskin,
kau kaya,
Apa yang ada pada darjat?
Kita tetap berkongsi bumi yang sama,
Kita tetap menghirup udara yang sama,
dan paling penting,
kita sama-sama makan nasi!


Kiriman,
Antigraviti

Wednesday, February 13, 2013

[Kiriman] Kenapa Saya Sentiasa Di Lukai?


Kepada yang pernah sakiti saya...........

Assalammualaikum... Walaupun saya masih sayang kat awak, tapi saya terpaksa lupakan awak.... Saya menyesal telah sayang awak sepenuh hati saya....kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya? Apa kurangnya saya? Semua lelaki yang saya temui tak pernah hargai saya. Buat saya macam tak ada perasaan... Apa? Ingat saya ni tak ada perasaan ke? Fikir muka saya macam ni tak da perasaan kah! tak apa lah...redha je lah... 

Kiriman : Whatever lh.....

Friday, February 8, 2013

[Kiriman] Siapa saya di hati awak??

Kepada awak yang menyakitkan hati


Assalamualaikum awak.

Sudah hampir 3 tahun saya mengenali awak. Sepanjang persahabatan kita saya rasa macam saya nak cekik-cekik awak sebab awak ni sangat menyakitkan hati. 

Pada mulanya kita hanya dua orang asing yang menjadi lab partner. Dan pada mulanya saya juga tidak pernah menyedari kehadiran awak disisi saya. Hanya selepas malam pertandingan sketsa kumpulan kita baru saya menyedari kehadiran awak disisi dan mula menghargai awak. Pelik. Daripada orang asing, awak semakin hari semakin dekat dengan saya. Adakah itu hanya perasaan saya?

Bila dapat tahu yang kita akan di tempatkan di Universiti yang sama, saya tersangat gembira. Adakah ini mimpi? Peti surat kecil di talefon semakin penuh dengan balasa surat kecil dari awak. Surat-surat kecil yang selalu menyakitkan hati, tetapi ada juga yang menjadi pengubat jiwa. Adakah saya sahaja yang berperasaan begitu? 

Siapa saya di hati awak? Kenapa awak layan saya seperti orang yang istimewa kalau awak tidak pernah bermaksud sebegitu? Adakah saya ni hanya spare part awak di kala kebosanan? GPS awak dikala sesat? Information counter untuk bertanya soalan itu dan ini?

Sampai hari ini persoalan itu bermain-main di hati saya. Saya belum cukup kuat untuk bertanya sendiri kepada awak kerana saya lebih menghargai persahabatan kita. Adakah awak juga berperasaan begitu?

Jadi, saya membuat keputusan untuk menjarakkan diri dari awak supaya saya tidak akan kecewa jika suatu hari nanti saya tahu perasaan sebenar awak dan supaya saya sendiri tidak sesak, sedih dan kecewa menanti jawapan siapakah saya di hati awak.

Penantian sangat menyeksakan. Jadi saya belajar untuk melepaskan awak sedikit demi sedikit dari hati saya. 
Jika saya bukan di hati awak, saya harap awak bahagia dengan pilihan hati awak. Saya harap awak juga mendoakan saya…

Daripada AdiMastulik


Friday, February 1, 2013

[Kiriman] Maafkan Saya.


Haii..doremonn..hehe..aku betul-betul minta maaf dengan kau ni..sorry aku tal dapat bahagiakan kau..aku bukan org yg baik untuk kau..dan aku tau kau sedar semua tu..aku terpaksa lepaskan kau sebab aku tau aku tak mampu untuk buat kau happy.. kau dapat sakit hati dan nangis pasall aku je..aku minta maaf degan kau banyak-banyak.. aku sayang kau tapi aku terpaksa jua buat macam tu... 
kirman : ash 

Monday, January 28, 2013

[Kiriman] Hai, Saya Sayang Awak!


Kepada #Beliau,

Hai,
Awak di balik tiang tu.
Ya, awaklah!
Tempat itu kali pertama kita bertemu.
Di balik tiang putih itu.

Hai,
Awak mungkin tak perasan kehadiran saya,
Tapi saya perasan setiap kelakuan awak.
Senyuman awak disebalik fail merah jambu itu.
Senyuman yang saya takkan lupakan sampai bila-bila.
Saya perasan semua itu.

Hai,
Awak yang berbaju biru itu,
Susah betul nak duga hati awak.
Susah betul nak tembus hati awak.
Tapi saya beranikan diri,
Mengurat, Mengejar.

Apa je saya tak buat? *hiks*

Hai,
Cinta saya dah ditolak.
Awal-awal dah kena 'friendzoned'.
Macam-macam dah saya buat.
Tapi semua gagal.
Saya okay!

Hai,

Awak jaga diri.
Awak jaga hati.
Awak jaga Iman.

Saya?
Saya hanya mendoakan dari jauh.
Saya percaya dengan kuasa DOA.
Saya tetap mendoakan kebahagiaan awak.
Senyumlah!

Saya cuma nak kabor ke awak!

Hai, Saya Sayang Awak!

Daripada Saya si Gadis Harimau

Sunday, January 20, 2013

[Kiriman] Aku Rindu Kau Kawan...


Rasa macam dah lama tak tulis ikut hati dan perasaan. Selama ni tulis ikut otak, harini, saat ni aku nak tulis ikut hati. Nak buat satu pengakuan !

Weyhhh..hampa ingat dak kenangan kita ? Masa mula-mula kita masuk Form 6 dulu ? Kita tak kenal sesapa kan ? Dalam satu kelas mesti ada beberapa group. Group dari Taman Selasih, Group dari Keladi, Group dari Taman kenari...

Ingat dak masa dulu mana ada yang nak berkawan dengan kita, kecuali si Olie. Dia jaa yang rajin dok tegur kita haa, kan ? Ingat dak ? Sampai laa kita jadi satu geng ! Kita empat orang campur dengan Olie. Pegi mana-mana mesti sekali haa. Ingat dak kita main police entry ? HAHA..macam budak-budak kan ? Ada ke patut remaja macam kita main game macam tu.

Aku takmau sentuh langsung pasal kisah-kisah tragis kita masa dekat sana. Aku nak cita pasal yang sweet-sweet ja. Tapi kena aku rasa yang aku bakal sentuh pasal something yang akan buat aku sakit ?

Ingat dak masa jamuan buka puasa dengan cikgu pratikal ?

Ingat dak kita main bowling ?

Ingat dak kita makan ayam penyet ?

Ingat dak ? Rindu kan nak buat macam tu ?

Ingat dak masa kita sambut birthday Olie? Makan kfc ! Ingat dak ?

Ingat dak masa kita pegi shot dekat Hi-tech ?

Ingat dak masa kita handle jamuan pra-u ?

Ingat dak masa kita kena jadi pembawa bendera warna-warni ?

Ingat dak masa kita lepak dataran ?

Ingat dak masa sambutan merdeka raya ?

Ingat dak masa MALAM KEJADIAN ?

Ingat dak album KEGEDIKAN TERSERLAH kita ?

Ingat dak masa rombongan sekolah ? Even masa tu hubungan kita dah renggang tapi semua orang ingat time tu kita akan berbaik semula, tapi..tapi..tapi..dieorang silap ! kita makin jauh !!!!!!

Banyakkan memori kita bersama ? Memori kita berlima...

Entah dekat mana laa salah kita, salah aku, salah hampa atau salah sesiapa jela, kita berpisah, kita BERPECAH !

Ingat lagi, cikgu Zaba pernah cuba nak baikkan kita.

Pendek kata semua cikgu form 6 laa. Semua takmau tengok kita berpecah. Macam-macam cikgu buat. Kalau ada apa-apa event, mesti cikgu letakkan kita dalam satu kumpulan, perasan dak ? Kalau hampa tak perasan pun takpe, aku paham.

Kan kampa kata aku berlagak. Nak berkawan dengan orang-orang hot jaaa.

Kan hampa kata aku mana layan budak-budak sekolah ni.

Kan hampa kata aku suka burukkan hampa dekat semua orang.

Kan hampa kata perangai aku macam setan.

Kan hampa kata aku layan orang buruk.

Kan hampa kata aku ni hipokrit.

Hampa tau dak ? Masa hubungan kita tengah teruk tu, kawan-kawan aku, kawan-kawan kita nak pegi serang hampa tau dak ? Tapi dieorang tak pegi. Nak tahu kenapa ? Sebab aku kata cukup laa aku sorang jaa hampa benci, cukup laa aku sorang ja yang hampa kutuk, maki. Aku taknak sebab aku semua orang pakat gaduh !

Mesti hampa kaa \" Haaa, nak tunjuk baik la tu. Nak raih simpati orang la tu \" Tak. Sumpah tak. Bukan niat aku pun nak buat macam tu. Aku tau, kalau dah benci, segala kebaikkan aku langsung hampa tak nampak ! Langsung hampa tak pandang ! Jeling pun silap-silap takkan ?

Ingat lagi masa aku cita dekat umie yang hampa panggil aku setan. Sumpah umie marah. Umie kata apa hak hampa nak kata aku setan ? Apa hak hampa !!!!!

Hampa tau dak, masa hampa sakit. aku risau. Sumpah aku risau. Aku tau kalau hampa sakit, sakit hampa akan teruk. Takde sapa pun yang tau pasal penyakit hampa. Hampa kata hampa cuma cita dekat aku. Hari-hari aku doa agar hampa cepat sembuh..HAHA..aku jahat..haa..aku jahat !!! Jahat aku sebab aku care pasal hampa tapi aku act macam aku tak care...

Hampa kata aku layan hampa teruk. Aku layan orang lain teruk. Betul ke ? Betul ke aku layan hampa teruk ? Betul ke aku layan orang lain teruk ? BETUL KEEEEEE !!!!!!

Hampa kata hampa ada mintak maaf dari aku tapi kenapa aku tak ingat ? Kenapa ? Betul ke hampa ada mintak maaf dari aku ? Betul ke ? Kenapa hati aku ragu ?

Hampa kata time tu aku tengah gelabah, tapi kenapa aku rasa hampa yang gelabah ? Sapa yang dok tweet ? Sapa ? Sapa ?????

Orang luar pun terbabit jugak kan ? Orang yang tatau apa pun terbabit jugak kan ? Tetiba mai maki aku ? haha..best..memang best !!

Hampa. hampa tau dak, time dok tulis ni kan..aku cuba ketawa. Betul tapi aku tak mampu. Air mata ni degil haa !! asik dok keluar jaa..bodo !!!!!! 

kiriman : liya

Friday, January 18, 2013

[Kiriman] Khas Untuk Our Rockers CNBLUE


14 Januari 2013

yang pertama sekali.. selamat ulangtahun yang keempat!!
Fuh! sudah 4 tahun menjadi peminat kamu semua..

kalau nak digambarkan perasaan harini.. terlampau berkecamuk..  gembira sebab lagu baru kamu semua da keluar.. dah bangga-bangga da.. siap download segala bagai.. fanatik la katakan..  tengah study revision untuk final exam pon rasa berkobar je.. so da petang-petang sikit tu.. etty bukaklah twitter.. bayangkan apa yang mata ni nampak.

"CNBLUE in KLIA" posted an hour ago

apa!!! aaaaa!!! runtunnya lah hati time tu!! rasa nak menjerit terjun bangunan segala la~ so ha! tweet etty pon berlambak la menangisi anda semua.. tetiba kawan etty ni tweet " mendalah menangis sebab kPop tercinta, aku maroon 5 datang x dapat pergi pon x menangis"

Odem~~~ sentap sungguh terasa time tu. tapi tetiba etty terpikir.. leklu.. kau x suka unfollow je la.. biasalah.. orang exaggerated.. bukannnya betul melompat bangunan ke apa..  plus kita semua ada minat muzik masing-masing.. justin bieber, taylor swift, paramore, one direction, maroon 5, tomok, yuna, bunkface, rabbani, maher zain.. sama la kan.. just genre berbeza....just respect la preference orang lain.. 

tapi ape pon betul la jugak apa dia cakap tu.. etty pon lagi tengah final.. boleh pulak nak emo lama2..  so etty decide herm.. maybe etty x de rezeki nak jumpa korang.. x pelah! ni kelekaan dunia semata-mata etty! cewah!

maafkan lah peminat anda ini yang tidak dapat turut bersama untuk Golden Disk Awards. but dont worry, i always support you guys.. CNBlue selamanya.. semoga surat kami tidak di banned seperti luahan planet makoto..

sekian,
BOYCE


Nota PKS : Gua tetiba rasa nak blok surat ni. hakhak kpop banget.

Monday, January 14, 2013

[Kiriman] Noktah buat Mantan Penghulu Hati


Buat awak. 

Andai kata-kata itu mudah untuk diungkapkan, pasti tidak perlu dipendam keluh kesah didalam hati.. Andai disingkap segala kisah cinta lama.. pasti tak ternoktah kisah yang ada..Namun, kisah kita dahulu biarlah menjadi kenangan.. Seandainya mampu dikuatkan hati, seandainya mampu surat ini sampai di pengetahuanmu.. Satu yang ingin ku ucapkan. Bukanlah ucapan maaf. kerana maaf tidak mampu mengubah apa-apa di masa lampau. tetapi terima kasih.

Terima kasih untuk segala yang pernah kita lalui bersama. Kau insan terbaik dalam hidupku. Seorang kawan baik yang tidak pernah tiada di saat diperlukan. Seorang abang dan bapa yang membawaku ke pulang ke landasan sepatutnya disaat aku terlampau leka dengan kematerialistikan dunia. dan kekasih hati yang sentiasa ada meskipun di saat aku membenci dunia dan satu dunia ibarat membenciku.

Kerana keegoanku, kisah kita berakhir, kerana keegoanku, kau bukan milikku lagi.. tapi tidak apa. kerana kita sudah dewasa. sudah 2 tahun segalanya berlalu.. kisah kita adalah pengalaman yang mendewasakan usia. sekadar sesuatu yang ku rasa sedikit pilu.. kerana keegoanku juga.. persahabatan kita sehingga kini masih di awangan dan mungkin akan kekal begitu selamanya..

Buat Anuar, saya sentiasa mendoakan kebahagiaanmu dan kejayaanmu dunia akhirat tidak kira dimana, bila dan dengan siapa. 

Kiriman : Etty Nasaruddin