Showing posts with label api. Show all posts
Showing posts with label api. Show all posts

Monday, September 17, 2012

Surat Ini Buatmu Bunga

Wahai Bunga,



Aku ingin, ingin sekali deklamasi suatu sajak indah buatmu bungaku. Tapi aku bukannya pemuisi si pujangga cinta. Aku bukannya orang yang pandai menyusun aksara mencoret bait juga stanza yang bisa menguntumkan baja-baja kelopak rasa. Jadi aku cuma mahu kongsikan sebuah nukilan jiwa yang aku pinjamkan daripada empunya prosa. Bacalah, dengarkan.

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana:
dengan kata yang tak sempat diucapkan kayu,
kepada api yang menjadikannya abu --
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana:
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada..

-Sapardi Djoko Damono-

Friday, July 6, 2012

Rindu Semilir Dingin Lebat Hujan



Duhai hujan,

Kenapa kau begitu kejam? Datang terlalu kejap sa-kadar membasah tanah gersang, memberi hawa dingin yang hangat matarinya masih jelas membungkam. Aku mahu kau turun lebat-lebat. Aku mahu hanyut lemas dalam nikmat kesejukan rasa yang kau zahirkan. Aku mahu kau. Aku mahu kau turut sama rasa derita yang aku rasa. Aku mahu lenjun disirami kau agar mereka tidak nampak aku sedang menangis bersama kau, juga bergembira dengan kehadiran kau. Aku hanya mahu kau.

Dalam pekat malam ini, aku takut. Aku takut keseorangan karena memang aku senantiasa ditinggalkan sa-orang. Mari datang temani aku yang kesepian ini. Aku sudah telah bunyi petir yang kau lemparkan. Aku tak kisah asalkan saja kau turut sama ada lebat. Semilir angin itu aku perlukan untuk secebis ketenangan. Jiwa ini mampir polos kau tinggalkan. Walau aku tampak tenang di permukaannya, gelodak di dasar ini hanya mampu aku pendamkan. Simpan dan telan.

Hujan, moga datang sekejap lagi. Aku tunggu kau di pembaringan. Jangan sampai aku terlena menanti dengan harapan karena ia membuahkan kekecewaan di akhirnya. Aku sudah cukup dikecewakan. Sakit lagi memeritkan. Jadi, sudikah kiranya kau temani aku sepanjang malam ini dengan lebat dan hawa dingin mendamaikan?


Tempayan kontang

Sunday, April 8, 2012

Soalan Untuk Dijawab

Duhai elitis,

Satu, kenapa perlu memandang enteng kami? Apakah sosiologi kami layak dipandang begitu?

Dua, kenapa darjat ini dicipta sedangkan pemikiran kita tak jauh bezanya?

Tiga, kenapa kami tidak seperti kamu dan kamu tidak seperti kami?

Empat, kenapa kami bertanyakan soalan ini?

Lima, kenapa kami belum ketemu jawapan ini?

Enam, kenapa Tuhan adakan perbedaan ini?



Tamat.


Sang marhaen.

Thursday, March 29, 2012

Puisi Buat Jiwa

Duhai Jiwa,



Kenapa kau bergelora?
buat aku merana..
kala aku bahagia..
bagai ditiup sangkakala..
hampir melayang separuh nyawa..
akan dugaan diterima..
semuanya sekelip mata..
direntap rakus binasa..

Aku mohon jiwa..
agar kau senantiasa..
kekal utuh perkasa..
jangan gadai segala..
kerna esok tiba..
butuhkan kolaborasi kita..
sebagai satu nyawa..
sebagai sa-manusia..

Tenanglah hai jiwa..
jangan kau merana..
terusan buat aku gila..
aku homosapiens biasa..
emosi tak tentu hala..
otak perlu kerja..
hadapi lumrah dunia..
apa kata kau ketawa..
mereka kata; pengubat duka..


Sang Perana

Tuesday, March 13, 2012

Rindu

Kepada hujan,

Terima kasih wahai hujan. Kau datang menyirami permukaan ku yang sedang tandus. Malah makin gersang dek lapisan ozon yang makin menipis. Ku panjatkan syukur setingginya kepada yang empunya kerna dingin yang datang berserta manik-manik yang indah dari langit. Sepertinya hati ini, kadang terlalu berharap agar engkau datang pada kala terik mentari yang menyakiti. Hati ini merintih sedih, tapi kau tiada menemani. Hati ini begitu pilu tanpa kau di sisi. Kita ibarat pasangan bercinta. Tidak lengkap jika salah seorang tiada. Rindu ku mula terdetik di saat kali terakhir kau datang. Tapi aku faham, kau terpaksa bergilir dengan menunggu giliran sebelum tiba masa kau datang. Walau bukan musim, aku menaruh harapan untuk kau datang supaya rumput-rumput hijau menari keriangan. Andai katak bersahutan, itu menandakan mereka gembira tidak sepertinya datang si terik yang tiada siapa alukan.

Wahai hujan, kekalkan dingin ini agar aku sentiasa mampu tersenyum dengan hawa yang kau beri. Biar siang mahupun malam, aku tetap setia menanti kau datang lagi suatu hari nanti.

Yang rindu,
Bumi