Tuesday, July 24, 2018

[Kiriman] Mental Health

Name:KN 
Subject:mental health 
Message:Assalamualaikum,

Moga surat ini sampai pada para pembaca.
Ini adalah luahan seorang manusia yang mengalami masalah tekanan. Dari dulu lagi aku memang ada masalah ini. Tidak tahu apa faktor yang membuatkan aku jadi begini. Mungkin akibat perpecahan keluarga.
aku seorang yang tidak tahu bagaimana nak mengatasi masalah tekanan. Dan tekanan itu makin teruk apabila aku mula bekerja. Tekanan kerja yang aku alami sejak tahun lepas makin teruk.

Setiap hari aku balik rumah, aku akan mengamuk.kadang-kadang aku menangis tanpa sebab.aku tahu tertekan tapi ini jalan yang aku pilih untuk bahagiakan mak. Mak aku bangga aku mempunyai kerjaya sebagai peguam.Tetapi disebalik kehebatan itu, aku sakit. Sakit dari segi mental. Seringkali aku tak makan sebab terlalu sibuk bekerja. Aku jadi pendiam. Termenung sepanjang masa. Sentiasa mengamuk.
Keadaan makin teruk sehingga aku menjadi 'suicidal'. Ketika itu aku membuat keputusan untuk berhenti kerja. Berhenti menjadi peguam. Keputusan aku akhirnya disokong oleh mak. Mak menjadi penyokong aku untuk berhenti walaupun semua orang membantah.

Keputusan ini memang 'reckless' tapi aku lega. Aku makin sihat. Kesihatan mental aku makin sihat. Aku dah tidak berfikiran pelik2. Aku dah jadi diri aku yang lama. Rezeki aku menjadi peguam mungkin terhenti di sini. Rezeki aku dalam bidang lain bakal bermula.

Ingin aku tegaskan disini tekanan perasaan bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh.dan bukannya sengaja nak dapatkan perhatian. Ianya satu perkara yang serious dan perlu dicegah sebelum makin teruk. Aku beruntung kerana ada mak yang tahu anak dia ini seorang manusia yang sentiasa memerlukan sokongan moral.

Yang benar,
Unknown