Showing posts with label kaizen. Show all posts
Showing posts with label kaizen. Show all posts

Saturday, March 24, 2012

Awak yang nak jadi baik..


Kepada awak yang nak jadi baik,

       Saya tahu memang susah nak berubah.Banyak yang awak kena korbankan.Kadang-kadang awak rasa tak mampu nak berubah jadi baik,rindu sangat dengan zaman seronok dengan dosa macam dulu-dulu.Tapi percaya lah awak,awak akan dapat ganjaran yang lagi hebat kalau awak betul-betul berusaha nak jadi baik.Dan Cuma awak je yang boleh ubah diri awak sendiri.Allah takkan ubah nasib Sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri.

    Awak selalu Tanya saya,macamana nak jadi baik?awak kata kena kenal dulu baik tu macamana barulah boleh amalkan.Tak kenal maka tak cinta.Senang je awak,baik tu bila awak buat apa yang Allah suruh dan jauhi apa yang Allah larang.Macam skema SPM je jawapan saya kan.Tapi itulah skema Allah dan Rasul.Amar makruf nahi mungkar.Itu je yang awak kena buat.Tak susah pun kalau awak betul-betul berusaha nak jadi baik.

     Awak,walaupun awak solat cukup 5 waktu tapi awak main bola kat padang pakai seluar pendek,itu tak cukup baik lagi sebab aurat awak tak jaga.Kalau awak tutup aurat dengan sempurna tapi suka pegang tangan  perempuan pun tak cukup baik lagi,sebab dalam islam kena jaga batas pergaulan.Mungkin awak rasa susah sangat nak ikut semua tu,awak tak bebas nak buat apa saja macam dulu.Ikut hawa nafsu awak.Tapi mana yang awak pilih,bahagia kat dunia ke kat akhirat?Kalau awak ikut nafsu,awak akan bahagia di dunia je.Kalau awak ikut Allah dan Rasul,awak akan bahagia di dunia dan di akhirat.Pilihan di tangan awak.

       Yang paling awak kena jaga ialah solat.Jangan solat  semata-mata sebab tuntutan dalam islam.Tapi solat lah dengan ikhlas.Faham setiap ayat dan gerak geri dalam solat,barulah awk rasa solat tu adalah perkara yang sangat menakjubkan.Solat tu sangat penting.Sebab tu orang cakap solat adalah tiang agama.Kalau solat kita sempurna,mesti urusan lain akan dapat dilaksanakan dengan mudah.

     Awak mesti pernah main domino masa kecik-kecik dulu kan.Awak susun mainan tu,lepas tu tolak satu dan semua akan jatuh.Islam pun macam tu,bila solat dan ibadat kita sempurna,secara tak lansung  cara hidup kita akan menurut syariat.Hal aurat pun akan settle dan bila hal aurat settle,jadi tak susah untuk awak jaga ikhtilat(pergaulan).Tak susah kan awak,kalau nak berubah jadi baik.Awak Cuma kena jaga solat je.Dan solat akan jaga semua cara hidup awak yang lain.Solat memang memberi kesan yang sangat mendalam dalam hidup kita kalau kita fahami dan lakukan solat dengan sempurna.Sebab tu solat dianggap sebagai tiang agama.

       Saya harap awak akan kuat semangat dan berusaha untuk menjadi orang baik.Awak memang baik,tapi tak salah kalau awak berusaha menjadi lebih baik.Saya bangga ada sahabat macam awak.Yang selalu ada di sisi saya dan kita akan berusaha bersama-sama untuk jadi baik.Awak ingat tak apa yang Allah pesan dalam surah Al-Ashr “sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan-pesan”.Saya tak nak jadi orang yang rugi dan saya pun tak nak awak jadi orang yang rugi.Sebab tu awak kena ada untuk saya dan saya kena ada untuk awak supaya kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.Barulah kita boleh jadi baik.

Last,saya nak awak tahu yang saya sayang Awak kerana Allah Taala..Uhibukafillah.

Sekian,
Kawan awak yang nak jadi baik.

Wednesday, March 14, 2012

Cinta saya bukan untuk awak

Buat yang ku cintai, Lelaki Ini.


awak..
            Masih ingatkan pertemuan kita kali pertama.Hanya berbalas senyuman.tiada kata yang terucap. saya sentiasa menidakkan kata-kata orang sekeliling yang mengatakan bahwa kita ada hubungan yang istimewa.entah siapa yang menyebarkan gosip itu.Bila dah tak mampu melayan semua itu,akhirnya saya diam.Diam bukan tanda saya mengakui semua itu tapi diam kerana penat nak melayan kerenah orang sekeliling yang tak henti-henti berbicara tantang kita..


          Saya tahu tak mungkin untuk saya menjalinkan hubungan istimewa dengan awak seperti apa yang mereka katakan.kerana sudah ada insan istimewa bertakhta di hati awak.Seorang insan yang cukup baik dan menyayangi awak dengan sepenuh hatinya.Saya merasakan bahawa dia seorang insan yang bertuah kerana dapat memiliki awak.Saya sentiasa berdoa semoga awak dan dia bahagia.

            Tapi semakin hari kita mengenal hati budi,layanan awak kepada saya juga berbeza.Awak sangat baik,melayan saya bagaikan puteri yang turun dari kayangan.Bagaikan bidadari dari syurga.Setiap tutur kata dan tingkah laku awak menimbulkan tanda tanya,siapa saya bagi awak?kekasih atau sahabat.Tapi persoalan itu saya biarkan terbuku di hati.Sudah terang awak mempunyai dia,kekasih hati yang selalu awak sampaikan kata cinta.Takkan awak ingin jadikan saya kekasih yang kedua.

      Suatu hari,awak hadiahkan saya keychain berbentuk hati,berwarna merah.tertulis 'i love u forever'.Hati ini berbisik lagi,apa makna di sebalik pemberian ini.Hanya satu hadiah atau ada makna yang tersembunyi.Ingin sekali aku bertanya tapi kata-kata tak mampu terungkap bila melihat awak masih mesra di samping kekasih tercinta.Mungkin ini cuma hadiah sebagai tanda kasih sayang dari seorang sahabat.

          Di akhir pertemuan kita,awak hadiahkan cupcake yang terukir perkataan 'cinta' di atasnya.kata awak,ini khas untuk saya,orang yang paling awak sayang.Saya terkesima,betulkah apa yang awak katakan.Saya orang yang paling awak sayang,tapi bagaimana dengan dia.?Awak kata,awak sayang saya lebih dari awak sayangkan dia.Tapi awak tak boleh tinggalkan dia sebab dia pilihan hati mak dan ayah awak sedangkan saya pilihan hati awak.Awak merayu meminta saya menerima awak sebagai kekasih hati.Meminta supaya saya sanggup berkongsi kasih dengan dia.



Awak...

             Saya sayangkan awak.Lebih dari segala yang ada di langit dan bumi.Awak bagaikan bintang di langit yang menerangi malam yang gelita.Bersama awak,saya merasakan setiap kesusahan amat senang untuk dilalui.Tapi saya juga wanita,wanita yang ingin dicintai dan mencintai seorang lelaki tapi bukan wanita yang sanggup untuk berkongsi kasih dan sayang dengan wanita lain.Saya juga ada sifat cemburu,yang pastinya akan membuatkan hati ini bagaikan ditusuk sembilu bila melihat awak bersama dia.Dan saya pasti,dia juga akan merasakan hal yang sama bila awak bersama dengan saya.

            Saya putuskan,untuk membiarkan awak dan dia hidup bahagia.Biar saya pergi jauh dari hidup awak dan dia.Walaupun dia pilihan mak dan ayah awak,dan bukan pilihan awak..Tapi saya pasti itu adalah pilihan yang terbaik.Dan mungkin ada lelaki lain yang masih sudi menerima saya tanpa meminta saya berkongsi kasih.Maafkan saya kerana menolak permintaan awak.Biar saya pilih jalan bahagia saya sendiri.

Awak,Maafkan saya.

Yang Kau cintai,
Si Gadis Timur