Awak..
Tepuk amai-amai tak sama dengan tepuk sebelah tangan. Kalau main tepuk amai-amai seronok, tepuk sebelah tangan pula mampu buat dunia kau gelap walau cuma seketika. Perit dia tambah lagi bila dikaitkan dengan pepatah perigi cari timba.
Ada yang bilang cinta itu buta, yang pahit jadi manis, yang pedas masih manis, masam rasa manis. Ahh, segalanya! Aku sendiri jadi tak faham. Yang sepuluh kali terluka, sepuluh kali menangis kecewa masih tahan hati terus jadi setia. Yang masih tak diberi kata putus pula terus buat andaian yang diri sedang hebat dilambung asrama. Awak bodoh ya? Awak tutup mata, pekakkan telinga sebab Awak rasa diri sedang bahagia.
Sedang cuma, awak seorang yang sedang ralit dengan bahagia yang awak cipta, dengan dia yang pandang awak cuma dengan sekilas jelingan mata. Bangun. Cuba sedarkan diri kau dari angan mimpi kisah dongeng angan tak pasti ini. Aku kagum kerna kau berani, tapi aku rasa kasihan sama hati yang kau letak di kaki.
Boleh tolong letakkan ego dalam diri? Sekurang-kurangnya ego yang terbit nanti mampu per:tahankan maruah diri. Jangan biar hati disampahkan, dibuang, diletak tepi. Kalau mau beri hati, beri pada yang sudi. Itukan lebih bererti.
Atau kau..masih mahu berdegil? Terus biar hati terluka..langsung mati?
Thursday, May 17, 2012
Harga hati.
Monday, April 9, 2012
Pencuri hati.
Hari ini tiba lagi. Segalanya masih sama, seperti dua tahun lalu. Saat pertama kita ketemu.
Saturday, April 7, 2012
Syukurlah.
Sunday, March 25, 2012
Buat gadis.
Gadis,
Untuk awak semua yang mulai tinggalkan alam hingusan, untuk awak yang rasa sudah mulai dewasa. Mari sini kakak ingin sampaikan sedikit nasihat. Nasihat tentang diri awak sendiri. Awak tahu, dilahirkan sebagai seorang gadis ada banyak kelebihan yang tuhan beri. Awak tahu susahnya mak ayah awak nak jaga seorang anak gadis. Pernah dengar orang kata jaga lembu sekandang lebih senang dari jaga anak perempuan seorang?
Tahukah awak awak juga yang kita ni adalah golongan yang paling senang masuk syurga dan senang juga masuk neraka? Tahukah awak semua selagi awak belum berkahwin segala dosa yang awak buat, akan ditanggung sama oleh ayah awak? Tapi kalau dia dah lakukan tanggungjawab dia sebagai seorang ayah, yang lainnya terserah pada awak la. Sendiri buat, sendiri tanggung ya.
Oh, lagi satu perihal cinta. Kata orang cinta ini dari mata turun ke hati kan? Kalau awak dah terlalu tenggelam dalam angan buaian cinta mati awak tu, dari hati nanti lama lama dia turun ke bawah lagi. Sedar sedar awak dah buncit sebab cinta sejati awak. Lepas tu, macam biasa lah. Awak tak tengok cerekarama ke? Sama ada awak kena duduk sembunyi diri, awak bunuh jasad yang hidup dalam badan awak atau awak cari ayahnya ajak kahwin. Kan?
Awak belum jadi ibu bapa. Jadi awak mungkin tak tahu apa yang mereka rasa. Takda ibu bapa yang mengharapkan benda buruk terjadi pada anak anak dia. Gadis sekalian, awak ada satu permata yang tak ternilai harganya. Bila permata awak dah awak beri. Awak tak punya apa dah. Kosong.
Umpama makanan yang terbuka akan di hurung lalat dengan makanan yang di simpan di tudung saji, mana satu yang akan awak pilih? Mohon awak tahu jaga diri. Buka mata, hidup tak seindah yang awak jangka.


