Thursday, May 17, 2012

Harga hati.


Awak..

Tepuk amai-amai tak sama dengan tepuk sebelah tangan. Kalau main tepuk amai-amai seronok, tepuk sebelah tangan pula mampu buat dunia kau gelap walau cuma seketika. Perit dia tambah lagi bila dikaitkan dengan pepatah perigi cari timba.

Ada yang bilang cinta itu buta, yang pahit jadi manis, yang pedas masih manis, masam rasa manis. Ahh, segalanya! Aku sendiri jadi tak faham. Yang sepuluh kali terluka, sepuluh kali menangis kecewa masih tahan hati terus jadi setia. Yang masih tak diberi kata putus pula terus buat andaian yang diri sedang hebat dilambung asrama. Awak bodoh ya? Awak tutup mata, pekakkan telinga sebab Awak rasa diri sedang bahagia.

Sedang cuma, awak seorang yang sedang ralit dengan bahagia yang awak cipta, dengan dia yang pandang awak cuma dengan sekilas jelingan mata. Bangun. Cuba sedarkan diri kau dari angan mimpi kisah dongeng angan tak pasti ini. Aku kagum kerna kau berani, tapi aku rasa kasihan sama hati yang kau letak di kaki.

Boleh tolong letakkan ego dalam diri? Sekurang-kurangnya ego yang terbit nanti mampu per:tahankan maruah diri. Jangan biar hati disampahkan, dibuang, diletak tepi. Kalau mau beri hati, beri pada yang sudi. Itukan lebih bererti.

Atau kau..masih mahu berdegil? Terus biar hati terluka..langsung mati?


sumber:google

Hati. Bukan sampah.

9 comments:

Amira Atiya said...

papp papp. macam kena tepek dekat muka sendiri. pernah rasa. hmm

Amna Qadeeja said...

teach me how to move on :'(

APi said...

hati tempat yang lembab kebasahan punya darah..
kesetiaan tiada punca adalah sia-sia..

Anonymous said...

Teruskan hampar kesetiaan selagi masih mahu bertahan. Berdegil? Untuk cinta mati, degil itu memang harus kau angkat-angkatkan.

Ariff Masrom said...

Setia, tapi sampai bila?
Ego, tapi sampai bila?
Abaikan, tapi sampai bila?

Soal hati ni, kalau empunya hati tak nak lepas, sampai bila-bila tak hilang semua rasa. Susah, tapi tak mustahil katanya.

ch000tz axoera ヅ said...

hati yang luka tak kan mungkin mematikan seseorang..percayalah tapi kompem akan mematikan jiwa dan rasa heheheheh tiba² plak kan :p

Delle. said...

kadang, hati terus setia bukan kerana itu semua. tak mudah semua perkara di jelaskan. bertahan mengajar erti kekuatan.

Iffah Afeefah said...

ahh jatuh cinta ngn blog ni

gamba menawan

nitnot said...

bedebuk ! *batu jatuh atas kepala*