Thursday, May 10, 2012

Anak Mak Nak Minta Izin Dari Mak Boleh?

Kehadapan mak.

Mak.
Anak mak nak cakap ni.
Mungkin mak terkejut bila dengar apa saya kata ni.
Mungkin mak akan marah saya juga.
Mungkin mak akan bulat-bulat mata tak percaya.

Mak.
Anak mak nak minta izin mak.
Anak mak ni nak kata pada mak.
Boleh tak kalau anak mak ni nak bernikah?
Pada usia ini? Secepat ini?

Mak.
Anak mak ni dah fikir banyak.
Anak mak ni dah kaji ciri-ciri calon menantu mak tu.
Dan insyaAllah mak, anak mak ni percaya dia boleh jadi suami yang baik.
InsyaAllah segalanya akan mendapat keredhaan Allah diatas keputusan anak mak ni.
Mak.
Sebab anak mak ni dah fikir nak jaga diri dia daripada segala fitnah.
Anak mak ni lakukan kerana Allah yang esa.
Dia bukan buat keputusan kerana trend mahupun nafsu.
Dia buat kerana dia tahu sudah tiba masanya, mungkin ini jalan yang terbaik.
Anak mak dah lakukan istikharah jua sebelum memilih dia mak.


Mak.
Mak sebaik sahaja mak dapat surat ni,
Anak mak ni dengan senang hatinya akan berbicara sebab lebih lanjut.
Anak mak ni harap mak dapat sokong.
Jangan marahkan anak mak ini tapi slow talk dengan anak mak ini.

Oh ya,
Mak selamat hari ibu,
Saya sayang mak,
Ini hadiah saya dari mak,
menantu *heheheh*

Daripada,
anak mak

6 comments:

si ngokngek said...

mak sokong,mak pun nk cucu cepat..lol

APi said...

tak sabor dah ni..
warga pks akan dapat anak buah tak lama lagi..
hihi

Amira Atiya said...

@si ngokngek

terima kasih mak. lol

@api

hahaha, malu la kiteww. cehh apakah.

Nurarnida Sabrina said...

ya Allah, kalaulah aku seberani ini beritahu mak aku. Tapi masih aku rasa takut dan bimbang mak kecewa. Baik aku kejar apa yg dia minta dulu

cimöt said...

woooooooo..ni sememangnya betol2 berani..

NiNa ZizaN said...

hadiah?! Superb benau eyy... *dya kasi menantu? -_-