Showing posts with label anonymous. Show all posts
Showing posts with label anonymous. Show all posts

Thursday, November 20, 2014

[Kiriman] Sailangers

Untuk orang yang suka sailang,

Aku sumpah tak faham kenapa? Kenapa suka ambil hak orang? Kenapa suka munafik. Kenapa tak boleh nak tengok orang lain bahagia. Aku tak faham kenapa kau boleh selamba badak nak ganti tempat orang yang berkasih dengan orang yang kau nak ambil tu. Kasihan. Kau ni kurang kasih sayang ke. Mak tak ajar masa kecik jangan ambil hak orang ke? Sumpah aku benci dengan kau. Memalukan kaum. Dengan tak bersalah kau nak ambil. Kenapa kau tak malu? Mana kau letak rasa malu kau? 

Depan baik, rupanya tikam belakang. Ingatkan kawan, rupanya lawan. Kau memang kejam kan. Sedaya upaya cuba ambil hak orang. Sampaikan orang dah hancur luluh. Aku tak tahu nak buat apa dengan orang macam kau. Dasar kurang kemaluan. Kau ingat kau berjaya dengan apa kau buat? Kau ingat kau akan bahagia dengan cara kau macam ni. Tak akan pernah. Kau ingat dengan mudah kau boleh rampas hak orang. Tak semudah itu. Aku rasa baik kau pergi mereput dan belajar hormat hak orang. Kalau kau teruskan, nampaknya kau memang tak sayang bahagia kau masa depan nanti. Sebab kau kena tahu, hari ni kita buat orang, esok orang buat kita. Karma tahu.



Daripada : anonymous.

Wednesday, September 17, 2014

[Kiriman] Rude

Name:
Subject: RUDE
Message:

Pernah dengar lagu Rude by Magic band? Secara konklusinya, lagu ini dinyayikan oleh seorang laki-laki yang cakap pak mentua tak jadi beliau adalah seorang yang rude sebab tak bagi anak perempuannya kahwin sama beliau.

Heh. Setiap kali aku dengar lagu ni, aku rasa ceritanya sama dengan seorang ahli keluarga aku.

Siapa yang akan kahwinkan nak dengan laki menipu duda padahal masih ada isteri? siap ada anak 2 orang lagi?

Heh. Lagi tragis. Bila kantoi katanya akan cerai tak lama lagi. Padahal isterinya kata elok elok saja.

Duit gadis naif ni habis si duda penipu ni guna. 

Siapa yang rude sebenarnya?

Ironinya, gadis naif ni salahkan ayah kandungnya sendiri. Katanya menyekat kebahagiaan dia.

Kalau aku ada kuasa, aku hantukkan kepala duda penipu tak guna tu. aku hempukkan jugak kepala gadis ni supaya clear sikit kepala dari tuduhan tak berasas tu.

Kenapa percaya pada orang luar? padahal ayah yang sayang kita dari kita lahir.

Salam.

[Kiriman] Kata Terakhir


Name: -
Date :      24 January 2014
Subject: Kata Terakhir
Message: Saya rindukan awak, Farahanis Waheda.

Thursday, March 22, 2012

[Kiriman] Lingkaran Gelap Malam.

kau,

kau tahu kan dalam dunia ini ada 7 manusia bermuka serupa, bak kata pepatah pelanduk dua serupa, dalam pada aku cuba melupakan kau, bayangan kau mengikuti jejak langkah ku.. mengapa? mengapa? mengapa dia mempunyai rupa sepertimu.. melihat nya membuat kan aku ingat akan diri mu..aku mahu luka yang kau tinggal kan di hati ku ini cepat sembuh,agar mampu ku tersenyum tanpa pura-pura.luka yang kau beri memberikan aku tamparan, bagai susunan bangunan jatuh menghempap dadaku.. 

aku.

kiriman : anonymous






Wednesday, March 14, 2012

[Kiriman] Berikan Kembali Hati Ini

Kepada si pencuri hati,

kau hilang umpaya angin lalu..
membawa bayang-bayang indah kita bersama..
membuat hati ku penuh duka lara..
kau yang ku suka dahulu,
meninggal kan ku bersama kepingan hati dan kini ku hidup dalam bayangan malam tanpa had..
ku cuba lupakan mu namun kisah kita menghantui kembali perjalanan ini..
pulangkan kembali hati ku seperti mana kau ambil dahulu..hanya itu ku mahu agar dapat ku lupakan mu..

Daripada,
Aku yang kehilangan hati.

nota pejabat : kiriman pertama kami terima dari pengirim misteri.