Saturday, December 29, 2012

[Kiriman] Kepada Semua Sahabat-Sahabatku.



Assalamualaikum,
surat ini dituju khas untuk mereka yang bergelar sahabat saya.. memang seronok bila ada sahabat yang meluahkan rasa pada diri ini.Terasa diri rapat dengan mereka.Berbicara dengan mereka mengenai hati,iman dan sebagainya. Dikala mereka inginkan nasihat aku cuba hulurkan pertolongan selagi diri ini mampu.

Sahabat,
aku sangat bersyukur kepada Dia kerana mengurniakan rakan-rakan yang sanggup menerimaku seadanya.
Kita menangis sama-sama.Kita gelak sama-sama.Kita kongsi segala cerita.Kita sentiasa ada untuk satu sama lain.Tetapi kenapa sekarang dah lain. Kadang-kadang nak dapat satu panggilan pun susah.Ibarat tunggu kucing bertanduk.Macam itu rasanya..Sedih,sakit hati,geram..semua bercampur.Adakah aku ini hanya wujud dikala kau sedih dan hilang kala kau gembira?Aku ini ibarat bantal ke?Tempat yang hanya diperlukan bila perlu?

Sahabat,
setiap kali engkau dalam kesedihan,aku sedaya upaya mencuba untuk menenangkan kamu..i want to be ones who you can rely on..tapi kenapa setiap kali aku bagi nasihat supaya jangan ikutkan sangat kata hati itu,kau tak nak dengar??Banyak kali aku nasihat tapi hati kau juga yang kau nak dengar..Aku cakap serahkan segala perkara pada Allah.Tapi kau seolah-olah masuk telinga kanan keluar telinga kiri!!Pasal jodoh,rezeki,dan segalanya hanya Allah yang tahu.Kenapa taknak mengadu dekat Allah?Mengadulah pada Dia.Dia Maha Mendengar.Doa banyak-banyak dekat Allah supaya jodoh kau dengan dia.Bila lelaki itu buat sesuatu yang menyakitkan hati mula la kau menangisi dia yang sememangnya tak patut ditangisi..Membazir air mata,masa dan otak.Sebab apa sebab terpaksa fikirkan perkara yang menyeksakan kepala.Nasib baik aku sayang kau..

Sahabat,
Bila bersama senyuman aku akan melebar.Siapa tidak gembira bila ada member dekat tepi.Beberapa tahun ini,ramai kawan yang aku jumpa.Ada kawan yang sememangnya sahabat yang baik.Dia bukan sahaja nak aku berjaya dalam hidup, di akhirat pun dia nak aku berjaya juga.Alhamdulillah,aku dipertemukan dengan sahabat yang nak bantu aku mengenal Dia dengan lebih dekat.Ada juga sahabat aku yang sentiasa,sentiasa ada..dekat di hati.Setiap kali aku telefon bertanya khabar,pasti ada yang menyambut dengan gembira.Walaupun ada yang jauh,ada yang dekat,ada yang terpisah bertahun lamanya,kita masih lagi kawan.

Sahabat,
mati itu pasti hidup itu mungkin..aku tidak tahu bila ajal aku tiba.Jika kau dengar berita mengenai aku yang telah pergi.Jangan menangis ye!Tapi tolonglah aku di alam sana.Doakan aku ye!Sebab aku tidak tahu samaada amalan aku ini macam mana?Layakkah aku bertemu Penciptaku?Keadaaanku yang penuh dengan dosa ini..Maafkan aku kalau ada perkara yang menyakitkan hati kau masa aku ada dulu.Halalkan segala apa yang kau bagi aku ye!

Sahabat,
sampai sini warkah aku untuk kamu semua.Aku berdoa agar persahabatan yang terjalin ini sampai ke Syurga..Amin.Amin.Amin. Jangan lupa Allah tau!Kalaulah kita tahu betapa ruginya kita kalau Allah melupakan kita.Ingat jangan lupa buat apa yang wajib kita buat.Jangan lupa baca surat cinta dari Illahi..Banyak benda ada dalam buku itu.Kalau kita sama-tama tadabbur surat-surat cinta Dia banyak kita dapat..Kalau ada masalah dengan hati,bincanglah dengan doktor hati.Bak kata cikBeah..Allah lah doktor hati.Dia yang paling tahu apa dalam hati kita..

sekian..

kiriman : -

Monday, December 24, 2012

[Promote] Tahniah Wahai Cik Posmen Bulan!

Mari baca khabar berita ini. Panas-panas.

"Jemput baca bab2 awal Kafe Damia sementara nak tunggu keluar bulan depan :)" (Moon Leeya Zafrina, 2012)

http://jemariseni.com/images/stories/KafeDamiaHD_web2.pdf

"Tahniah moon atas kelahiran anak sulung mu. Aku sungguhh cemburu. Hakhak. Mohon satu copy percuma. Hakhak. Mohon pembaca blog posmen ke syurga pakat serbu novel hasil tulisan posmen bulan ni segera! Sekali lagi, tahniah moon!" (Amira Atiya, 2012)

Details from Jemari Seni [dot] com

Novel Umum Jan. 2013: Kafe Damia~ Moon Leeya Zafrina

Penulis: Moon Leeya Zafrina
ISBN: 978-967-0508-06-1
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 7 Jan. 2013

Menyukai seseorang tak bermakna kita perlu menjadikannya kekasih, kadangkala kita hanya perlu menjadi kawan  Liya melangkah ke tempat baharu dengan 1001 rasa yang berbaur dalam diri. Harapnya, agar semuanya berjalan lancar. Namun, apa yang terjadi tak seindah yang diharap. Belum apa-apa, ada sepuluh peraturan yang perlu dipatuhi! Dia pening kepala.

Zafran pula rimas dengan sikap kecoh Liya yang mengganggu rutin hidupnya. Entah datang dari mana keberaniannya untuk mengusik perempuan. Dan, dia suka melihat wajah itu memerah. Aku, Zafran Adha suka kat Liyana Damia, Minah Kecoh tu??? Huh… mustahil!


Masa berlalu, mereka bertemu kembali. Liya sudah punya kafe idamannya sendiri, Kafe Damia. Zafran pula sudah pasti dengan apa yang dimahukannya. Baru sahaja Zafran ingin menyusun kata, sudah ada yang meluah rasa. Liya pula keliru, antara cinta pertama atau kasih di depan mata, yang mana satu pilihannya? Jodoh itu rahsia Allah, siapa tahu apa akan terjadi, kan?

***

MOON LEEYA ZAFRINA menulis kisah Liya dan Zaf bertemu cinta di Kafe Damia dengan bahasa yang ringkas dan santai. Cerita ini sesuai buat pembaca berjiwa muda yang suka akan cerita yang manis tanpa konflik di depan mata.



Friday, November 2, 2012

[Kiriman] Kepada perempuan yang....


tajuk : kepada perempuan yang so damn celaka 



kepada kau perempuan celaka yg kat luar sana
terima kasih kerana kehadiramu telah memecahbelahkan kehidupan aku dan suami ku,..

ahh kau memang hebat

hati aku sudah lumat kau pijak,..
kau rampas kepercayaan suami ku..
kini aku sudah tidak punya siapa...
aku cuma ada DIA

kau bangga dengan perbuatan kau..
tak mengapalah

karma itu bernyawa

tolong jangan jemput aku di majlis perkahwinan mu nanti,..

-,-

kiriman : melati

nota pks : erk kami hanya postkan aje >.<

Saturday, October 27, 2012

[Kiriman] Hanya Kerana Mesej Dari Kau


Kepada Shiro,

Aku rasa bagaikan orang gila..
Pabila kau menghantar sms kepada ku...
Gilakah aku??
Hanya kerana mendapat mesej dari kau..
Aku dah simpan semua sms kau untuk aku tatap kembali...
Suatu hari nanti..
Walaupun kau tak balas mesej aku..
Takpe..
Aku faham..
Lagipun..
Aku bersyukur..
Sebab kau tak lupakan aku..
Aku ingat..
Kau dah dapat peganti aku dekat sekolah kau...
Tapi aku silap..
Kau tak pernah jumpa aku yang kedua kat sana...
Jika kau jumpa..
Kawanlah dengan dia..
Aku tak kesah kalau kau lupakan aku..
Tapi..jangan biar kau keseorangan..
Sorry..
Aku tak boleh masuk sekolah yang sama dengan ko..
Sebab aku terlalu lalai..
Lalai dengan nikmat didunia ini..
Kau baik..
Kau comel..
Kau..ahhh..semua ada pada kau..
Tapi aku..
Aku tak de apa-apa..
Aku tak pandai..
Aku tak comel..
Kita jauh beza...
Tapi kau tetap terima aku seadanya...
Kau tak perlu jaga hati aku kalau kau dah bosan dengan aku...
Kau boleh buang aku..
Dan jangan patah balik kembali..
Jangan risaukan hati aku..
Sebab hati aku dah lali dengan kesakitan..

Daripada Orang Yang Mencintai Kau...
P/S:Aku bukan lesbian ok...hehehe..^_^

pengirim : lonely girl

Thursday, October 18, 2012

[Kiriman] Surat Untuk Gadis Kelibut.


Kepada Gadis Kelibut,

Malam ini, aku petikkan gitar untuk kamu...
Malam ini, aku menangis tanpa sebab..
Seperti selalu..
Aku akan menangis tanpa sebab...
Malam ini, aku teringat kenangan kita bersama...
Kenangan kita yang indah-indah belaka..
Maaf..
Aku tak boleh kotakan janji kita..
I'm sorry..
My tears can't stop when I think about you..
Maafkan aku..
Aku terlalu beremosi...
Aku selalu teringatkan kau pabila..
Aku menyebut sebuah puisi..

Bisikku pada bulan,
Kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku..

Tanpa dia, malam menemaniku..
Sepi memelukku..

Bulan jangan biar siang,
Biar alam ini kelam,
Biar ia sepi,
Seperti diriku..

Ya, puisi yang mempunyai makna yang cukup mendalam..
Puisi yang membuatkan aku rasa tenteram..
Puisi yang membuatkan aku menyebutnya berulang-ulang kali...
Aku tak pasti kita boleh bertemu kembali..
Namun..
Aku pasti yang aku tak akan melupakan kau..
Sampai bila-bila...
I always miss you..
Forever...^_^

Daripada Sahabatmu..

from : lonely girl

Thursday, October 4, 2012

[Kiriman] Surat yang terikat di dalam botol teroleng-oleng ke pantai.


Sudah berapa lamakah agaknya baris-baris ini kutulis baru sampai kepadamu.

Sengaja, aku olengkan ke laut gelora. Sama persisnya hati aku ini. Bergelora. Mohon, saat sampainya surat ini kepadamu, maka yang terpenting ini kau tahu apa rasa yang selalu tersekat tak mampu aku tuturkan.

Betapa saat ini, akulah yang terpaling gembira. Kerana aku yakin, saat ini kau sedang tercari-cari ke mana aku.

Di laut dalam ini, sekujur tubuh aku terpusara. Aku gembira melihat kawan ikan menari-nari, kuda laut berdansa sekaki, ketam-ketam turut menhentak kaki, para sotong bergoyang kepala sama khayal dalam lenggok lagu dan aku terapung di tengah-tengah antara mereka, memerhati.

bahagia? Ya. Kali pertama.

Tak pernah aku rasa walau kau pernah tersamping aku.

Botol yang membawa pesan ini sudah terlerai dari kejap genggam aku, seperti kamu terleraikan aku.

Terima kasih, kerana beri aku peluang bertemu bahagia. Walau bukan kamu, walau bukan kita.

(Rupanya, bahasa lara lebih indah berganding prosa cinta.) 

kiriman : .dayya dayyana

Thursday, September 27, 2012

[Kiriman] Warkah Buat Kamu


Wahai insan itu,
Jarum jam menunjuk ke angka satu pagi, sedangkan aku masih berjaga, memendam rasa sendiri. Tanpa sedar, air mataku turut jatuh berjuraian. Maafkan aku, aku bukan sengaja. Aku cuba untuk melupakan kamu, tapi kamu tetap insan yang pernah hadir dalam hatiku, dan masih ada di situ biar setiap hari aku cuba mengikis rasa itu dari sini, di hati ini. kamu pasti takkan mengerti keperitan yang aku rasa, menyimpan rasa yang tidak ada ertinya ini. Namun aku mahu kamu mengerti yang aku selalu berusaha membuangnya, dan sentiasa akan berusaha sampai namamu lenyap dari situ.

Wahai insan itu,
Andai kita dapat berdepan, ingin sekali aku nyatakan yang aku ingin memohon maaf, untuk ke sekian kalinya. Biarlah ia berjuta kali sekalipun aku rela, kerana aku sedar, aku terlalu banyak salahnya pada kamu. Aku terlalu mengganggu hidup kamu, dan mungkin dengan kehadiran warkah ini yang entah akan kamu baca atau tidak, namun jika kamu terbaca, aku yakin kamu akan rasa terganggu sekali lagi. maafkan aku. Maafkan aku kerana aku memang gila dengan perasaan ini hinggakan aku bisa mengikut perasaan,menjadi seorang yang sangat menjengkelkan. Aku sedar kini.

Wahai kamu,
Aku tahu hnya tinggal berapa detik lagi sebelum kamu akan menjadi imam kepada insan yang kamu sayang. Aku sedar hakikat itu dan aku tidak punya niat untuk mengganggu. Aku cuma ingin kamu bahagia, benar, aku tidak berbohong. Aku ingin lihat kamu sentiasa bahagia biarpun bukan aku di sisi kamu. Walaupun kamu tidak akan pernah percaya, namun dari dulu lagi aku tidak pernah mengharapkan rasa aku ini akan berbalas, kerana aku sedar betapa kau tinggi di langit sedangkan aku hanya melata di bumi. Tapi memang aku selalu khilaf, aku seorang yang selalu saja mengikut perasaan dan selalunya apabila aku kembali tenang, aku akan menyesal dengan apa yang aku titipkan padamu. Mungkin warkah ini juga akan aku sesali nanti, namun aku tidak menyesal untuk memohon kemaafan darimu berulang kali.

Wahai kamu,
Aku akan selalu doakan kebahagiaanmu walaupun aku tahu, doaku pun kamu tidak inginkan lagi. malah andai bisa, kamu tidak mahu ada sebarang perkaitan lagi dengan aku. Walau begitu, aku masih tetap akan berdoa dan akan sentiasa berdoa, semoga kamu akan bahagia bersama dia sampai syurga. Amin amin amin! Semoga kamu bisa menjadi imam yang terbaik bagi dia dan juga anak2mu kelak. Amin!

Wahai pemilik hati si dia,
Awak... saya minta maaf andai selama ini saya mengganggu hidup awak dan dia. Saya faham perasaan awak yang rimas apabila insan yang awak sayang, diganggu oleh insan lain. Saya minta maaf, saya khilaf dan saya selalu ikut perasaan. Maafkan saya biarpun saya sedar, sukar untuk awak maafkan saya. Saya tidak punya hak untuk meminta awak menjaga dia dengan sebaiknya kerana awak sudah sedia maklum tentang itu, dan tidak perlu ada insan lain utk mengingatkan perkara yang awak sudah sedia tahu. Saya takkan meminta itu, cuma saya hanya mengharapkan semoga kebahagiaan akan mengiringi awak berdua sampai Jannah. Itu doa saya. Walaupun mungkin awak meragui keikhlasan saya, tapi jujur saya katakan, saya ikhlas.

Maaf kerana selama sembilan tahun ni, perasaan saya masih sukar saya kikis. Saya sedang berusaha, dan apabila lafaz ijab itu terlafaz, saya memang tidak akan punya hak lagi dan adalah menjadi dosa bagi saya untuk mempunyai perasaan pada dia lagi. Maafkan saya ya awak. Saya selalu mengganggu hidup awak dan dia, maafkan saya...

Dengan lafaz Bismillah,
Ya Allah, hilangkan segala rasa yang membelenggu hatiku ini ya Allah. kirimkanlah aku insan yang bisa membimbingku ke jalanMU ya Allah. Jalan yang diredhaiMu dan bukan jalan orang-orang yang dilaknat. Suburkanlah bahagia di hati dia dan insan yang dicinta. Semoga rumahtangga yang bakal mereka bina, dirahmatiMu dan membawa mereka ke jalan syurgaMU. Amin ya rabbal a’lamin.

Penuh rasa cinta,
PencintaSetiaPadaCintaSiaSia


Tuesday, September 18, 2012

Surat untuk Miss Hipster

Kehadapan awak yang hipster,

Hai awak. Awak khabar apa? Khabar baik lah semestinya kan. Harap-harapnya begitulah. Bukan apa, saja nak bertanya. Mana tau sakit, bolehlah saya tolong bawakkan ke hospital.

Saya nak cakap ni, semenjak saya nampak awak, saya rasa macam sukalah pulak pada awak. Entahlah, kalau awak tanya kenapa pun saya tak tau nak jawap ape. Awak lembut, sopan-santun peramah, berhijab, dan yang paling penting, awak hipster. Saya suka bila tengok awak pakai cermin mata besar awak. Kenalah dengan muka awak. Saya pun pakai cermin mata besar jugak. Nampak tak permainan takdir di situ?

Saya pun nak ucap terima kasih lah kat awak sebab temankan saya ituhari. Sengaja je saya ajak awak, nak jugak jalan-jalan dengan awak. Dapat jugak rasa akhirnya. Saya tau, awak mesti tak perasan kan taktik saya? Nampak tak permainannya di situ?

Awak, saya ingat lepas ni nak ajak awak pergi makan kat luar kampus pulak, kalau awak nak lah. Tapi rasanya kalau ajak sekarang, potensi untuk di-friendzone tu lebih tinggi. Taknak lah saya asyik kena friendzoned je. Nak jugak rasa kejayaan kadangkala.

Dear awak,

Harap-haraplah sangat awak tahu isi hati saya. Sebab tiada cara lagi untuk saya luahkan isi hati saya kecuali melalui posmen ni. Posmen ni boleh sampai syurga tau (harap tiada orang PAS serang saya selepas mengeluarkan statement ini). Saya tak berani, saya tak juga gentlemen sangat. Kalau setakat main gitar kapok depan orang ramai tu saya beranilah. Bab-bab perempuan ni saya gugup sikitlah awak. Kalau awak nak tau, saya dah siap tulis satu lagu untuk awak. Awaklah sumber inspirasi saya sekarang.

Okaylah, sampai sini sajalah warkah saya untuk awak. Sorrylah kalau ada terkasar bahasa ye awak.



Yang tak berapa hipster,
Kelasmet awak.












mood: festaim hantar surat jiwang!

Monday, September 17, 2012

Surat Ini Buatmu Bunga

Wahai Bunga,



Aku ingin, ingin sekali deklamasi suatu sajak indah buatmu bungaku. Tapi aku bukannya pemuisi si pujangga cinta. Aku bukannya orang yang pandai menyusun aksara mencoret bait juga stanza yang bisa menguntumkan baja-baja kelopak rasa. Jadi aku cuma mahu kongsikan sebuah nukilan jiwa yang aku pinjamkan daripada empunya prosa. Bacalah, dengarkan.

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana:
dengan kata yang tak sempat diucapkan kayu,
kepada api yang menjadikannya abu --
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana:
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada..

-Sapardi Djoko Damono-

Thursday, September 13, 2012

[Kiriman] Luahan Hati


Kepada : Hati Sekeliling

bahagia ke aku?
aku bahagia...sumpah...tapi bila
org sekeliling sibuk bertanya
bila?bila?bila?
aku sangat jemu,bosan penat, melayan orang sekeliling...
Ingin saja rasanya aku lari jauh dari sini...
Tinggalkan semuanya...
salahkah kalau aku marah....
salahkah kalau hanya begini...
bukan aku tiada perasaan..
bercakap memang senang...
suruh aku teruskan hidup...
aku sedang mencuba ..
ingat aku suka- suka tak nak cakap dengan dia..
ingat aku suka-suka tak nak bertembung dengan dia..
ingat senang ke ingin melupakan orang yang kita sayang kini menjadi kekasih sahabat sendiri
aku tau aku tak kuat lagi..
sebabnya aku akan menangis bila aku selesai bercakap dengan dia...
aku belum kuat untuk berhadapan dengan dia seperti biasa...
ingat perasaan sayang tu boleh hilang sekelip mata
dan sekarang aku tidak tahu aku masih lagi ada perasaan ke tiada.
aku hanya mampu berdoa pada tuhan....
YA ALLAH..
Kau tenangkanlah hatiku..
Kau tetapkanlah imanku...
Untuk aku menghadapi dunia yang penuh pancaroba ni
untuk aku berhadapan dengan orang sekeliling...

Daripada : Jiwa yg entah dimana

kiriman : ika

Tuesday, September 11, 2012

Memory.



Kepada diri di masa lalu, 

Bertemu dengan someone sambil dengar lagu Heaven dan nampak senyuman dia jugak :) Sampai sekarang tak lupa. Terima kasih awak.

Memori tu satu kenangan yang terindah. Tak mudah nak dapat, dan tak mudah nak lupa. 

Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose.  

Memori mengingatkan balik siapa diri kita yang sebelum ni. Kalau diri kita buruk sebelum ni, memori buat kita tak nak kembali jadi macam dulu. Memori jugak buat kita rasa macam kita tak kehilangan seseorang tu walaupun kita tak mungkin jumpa lagi orang tu. Macam aku.

“Always remember to slow down in life; live, breathe, and learn; take a look around you whenever you have time and never forget everything and every person that has the least place within your heart.”

Dan memori jugak mengingatkan kita pada perkara-perkara yang bahagia dan kita tahu perkara itu mungkin takkan berlaku lagi. 

“I've never tried to block out the memories of the past, even though some are painful. I don't understand people who hide from their past. Everything you live through helps to make you the person you are now.”

Be tough and appreciate life.


Daripada,

Diri di masa sekarang yang menunggu masa hadapan.


[Kiriman] Surat untuk jajahanku



Dari : Kerajaan Agung

Ada kerajaan yang sangat besar di dalam diri ini. Gerombolan tentera yang mampu merubah si kaya menjadi gelandangan mahupun sebaliknya. Dia berkuasa mengawal semuanya. Mampu merubah segalanya. Kerajaan ini selalu saja bermasalah dan merusak jajahannya yang maha kekurangan. Pesona jelita sedang menghancur titip - titip sadar maharajanya di kepala. Membuai nafsu sehingga pupus tenangnya. Gusar, keliru serta kesedihan menutup senyum segala.

Jelita itu bukan milik jajahannya, tetapi sentiasa bertautan dengan si kuku besi ini. Dijaganya dari jauh kerana milik jajahan berbeza. Dibelai misteri, disayangi semulajadi sambil berkasih - kasihan bagai bumi dan bulan. Si jelita buminya, dan kerajaan itu bulannya. Bumi tidak pernah memberi apa - apa zahirnya kepada bulan sedangkan si bulan terus - terusan menerangi sisi gelap bumi dengan bantuan matahari. Tidak diharap penghargaan apatah lagi sijil, plak - plak agung, pingat dan darjah - darjah kebesaran untuknya. Cukuplah wujud satu penghargaan untuk dia.

Hari ini hari paling memilukan si kerajaan. Menghiris halus dengan sempurna menghiasi susur galur kerajaan itu satu persatu. Mahu saja ia membubar, tapi kerana dek jajahannya yang sentiasa memerlukan sebuah pimpinan untuk ke sorga, ianya terus kekal memimpin walau tidak keruan keliru wajahnya. Si jelita mendamparkan satu kenyataan yang mensia - siakan indah sebuah senyuman. Ia pahit untuk ditelan tetapi apakan daya, kekuatan itu terus ada zahirnya berkat ego pimpinan yang disemai sejak dahulukala.

Jelita sudah ditikam desah raksasa
Yang tidak pernah kenal erti untung
Yang tidak pernah kenal erti dosa
Yang jauh dari sebenar bahagia
Yang jauh dari sebenar sorga
Jelita tewas mencetak roh direjam

Dia takut, lalu mengandai.

Kerajaan ini ingin sahaja mengadu pada maharaja agar seluruh jajahannya akur, setia mengasihaninya tapi ia tidak tahu bagaimana. Difikir dalam - dalam agar tiada silap tutur dan akhirnya terbongkarlah kesedihan itu. Dengan teresak - esak hakikat dicanang. Dalam sunyi tanpa bicara mereka.

Memang kerajaan ini mahu sentiasa melihat jajahannya senyum riang seperti selalu tapi apakan daya, kebenaran itu harus diterjemahkan pada semua walau apa jua keadaannya.
Jajahannya kelihatan sugul. Masing - masing menggeletar seakan tidak percaya. Seakan mengugut mahu berpisah dari semua termasuk maharaja. Kaku sebentar semuanya, dalam keadaan masih tidak percaya.

" Apa benar apa yang terjadi? "

" Kenapa tidak kau jaga si Jelita itu? "

" Kenapa kau boleh membenarkan perkara ini terjadi bangsat! "

Bicara penduduk jajahan itu kononnya



Kerajaan ini terdiam lena. Resah tidak pupus, sudah ditambah perasaan serba salah yang maha banyaknya. Peluh dingin menikmati incian kerajaan. Apa yang harus ku lakukan sekarang? Apa kesudahannya?

Sehingga waktu ini, segalanya masih belum terputus. Semuanya masih dalam kekeliruan yang menghukum, dari hujung ke hujung tanpa henti. Kerajaan itu menghadap sakit yang amat. Sakit yang tidak pernah terungkap apabila hilang segala apa yang dipercaya dalam sekelip mata. Apa ini balasan atas ketidaksetiaan jajahanku? Sebagai kerajaan unggul jajahan ini, setelah aku menghiasi jajahanku dengan dosa, apa ini keadilan untukku?

Apa amanat yang boleh aku sampaikan pada jajahanku? apa daya aku untuk memulihkan mereka? Apa pula yang aku harus lakukan pada si jelita?

Semuanya tinggal persoalan yang tidak berpenghujung. Persoalan ini bukan permainan lagi. Ia harus diselesaikan dengan secepatnya, sebelum kerajaan ini hancur.

Semoga segalanya sempurna wahai hati.
ya, kau lah kerajaan berdaulat tubuh ini.


Untuk : Jajahan yang disayang

kiriman : kosong, http://publicitypublic.blogspot.com/ 

Monday, September 10, 2012

[Kiriman] Hurt


to = you...

Do you know what love is?
No actually, I don't even know
I just don't know
My heart is hot, it's beating and I keep crying
What should I do?
Should I go to you and kneel before you?
I don't even know
I keep searching for you, running, walking
But I'm in the same place

Do not you love me- Do not want to forget
Though I try to start anew
It's not that easy
Our love, my memories, remembrances
I can't even hide it anymore

Forget the past days
We just need to watch over each other
We know now- we don't have to say it to know
We just need to shout everyday for the yesterdays that aren't far away
I'm sorry I couldn't speak- I love you

I tried calling multiple times
I worried about what I would say
Without me knowing
When I sleep and wake up,
I keep searching for you

Look at me, look at me right now
I changed so much that it's awkward but
Wait for me- let's not get too far apart
I will promise to the world in front of me

From = Anna

Sunday, September 9, 2012

[Kiriman] Sebuah Cerita


duhai pembaca,

aku ada satu cerita..tentang seorang jejaka dan gadis..hati mereka saling menyayangi..namun entah di mana silap nya, mereka tidak pernah bersama..saling melengkapi, saling ada..tapi tidak pernah bersama..datang dan pergi menjadi lumrah hubungan mereka..saat si jejaka sedih, memerlukan, malah gembira, gelak tawa, sentiasa dikongsi bersama si gadis..begitu juga sebalik nya..umpama pasangan yang selayak nya bersama..umpama rakan karib yang sentiasa sehati sejiwa..umpama adik beradik yang tak mampu dipisah..namun tetap, si jejaka milik yang lain, si gadis juga begitu..sehebat mana amarah, bertikam lidah, pasti jua kembali mencari separuh dari diri yang umpama hilang..pasangan bersilih ganti, namun untuk menjadi pasangan kepada satu sama lain, tidak pernah menjadi persoalan..mungkinkah kerana takut kehilangan? aku tak pasti..mungkinkah kerana tiada nya rasa sayang? 'org teristimewa' jawab masing-masing..bodoh, kata mereka yang lain..sangat, jawab mereka..usah lah kita mengadili..cuma mereka yang tahu..dan tentu nya Tuhan..sampai bila? tak tahu..biarlah masa menentukan, jawab si jejaka..si gadis? saya tak mampu hilang dia, katanya..persoalan yang mereka sendiri tiada jawap nya..macam mana kalau satu hari, kita gaduh dan takkan baik lagi..macam mana kalau satu hari, salah seorang dari kita pergi..macam mana kalau satu hari, salah seorang dari kita, dimiliki secara sah..tak mungkin untuk kita terus wujud dalam hidup masing-masing macam sekarang.. Tuhan, hanya kau mampu menjawap..aturkan lah yang terbaik untuk mereka..

sekian, pencerita. 

kiriman : lady unwanted

Saturday, September 8, 2012

Tuhan Jagakan Dia

Untuk : Kekasih hati

Walau dimana kau berada. Aku berharap tuhan sentiasa melindungi kau dan menjaga kau daripada segala anasir jahat didunia juga memberi kesihatan yang baik buat diri kau. Hai, aku rindukan kau. Apakah kau rasa? Ya Allah. Aku terlalu merindukan kau. Rindu yang membuat air mata aku menitis laju. Rindu yang buat aku ulang lagu yang sama berulang kali.

Wahai kekasih hati, aku insan tak sempurna. Kau juga. Tiada insan yang sempurna. Maaf andai sikap aku menyakiti kau. Aku tetap menyayangi kau. Aku memilih untuk menerima baik buruk kau setelah aku buka ruang dalam hati. Aku tetap setia kepada kau. Hanya engkau yang aku pilih. Aku tak mampu hendak alihkan pada tempat lain. Aku hanya merasakan kau yang terbaik buat diri ini. Yang dituju hanya pada kau. Bagaimana?

Maafkan aku menyepahkan ruang usang. Maafkan aku andai aku gagal memberi kau bahagia. Memberikan kau senyuman seperti dulu. Mungkin kau akan marah dengan kata-kata aku tapi entah. Aku tak rasa aku salah. Aku tak rasa kau salah. Entah. Saat ini harus kau tahu, rasa ngilu datang pada ruang antara rusuk aku. Rasa yang hanya datang bila keadaan kita begini. Aku sendiri tak mengerti.

Jauh mana aku. Rajuk mana aku. Kau tak pernah jauh. Aku sendiri tak mampu menanggung keadaan yg tanpa ketawa mahupun senyuman kita. Merintih aku dalam tidur. Merintih aku waktu berjalan sendiri. Merintih aku merenung silling. Esak tangis yang terlalu kuat. Apa yang sudah terjadi pada hati?

Aku juga tak mahu hal buruk berlaku. Kita rancang bahagia. Kita nekad hendak cipta hidup yang sempurna berdua. Tak mungkin pengakhiran hanya berakhir begini. Aku mencintai kau. Setulus hati aku. Moga ini sementara. Aku rindu masa kita bersama. Aku rindu mendengar jenaka kau. Aku terlalu merindu senyuman dan gelak tawa kau. Aku terlalu rindu raut wajah yang aku tak mampu hendak membenci. 

Daripada : aku.

Friday, September 7, 2012

[Kiriman] Rain In My Heart.


to : my love..

Rain in my heart,
The tears won't stop, tonight
In the end, you left me behind, like something temporarily forgotten... I miss you

This world without you trembles in the dark
It\'d be nice if this was all just a dream
Though I want to see you,
The reason I can't meet you
Is because I don't want to hear your goodbye

I still love you

Don't cry anymore,
You're always being a crybaby
And even that part of you is so sweet
Now someone else, not me,
Is wiping away your tears

But I love you, you're unforgettable
Alive only in my memories,
This feeling is forever
You're my love

Even now, I love you
I still love you
You're unforgettable

I'm just living in memories
This feeling will last forever
Even if ceaseless rain falls on my heart alone,
Eternally drenching it
I can't say "goodbye" cause I love you

from : anna

Wednesday, September 5, 2012

Surat untuk bakal menantu

RE: Surat untuk mak mertua (Monday, August 27 2012)

Ke hadapan bakal menantu yang belum apa-apa dah bagi surat,

Mak ok je maintain kesihatan mak. Biasalah, semenjak buat poco-poco dan Gangnam Style dengan Rosmah ni, badan mak terasa kuat macam orang muda. Kau pulak macam mana? Sihat? Mak dah baca dah surat kau tu. 'Banyak' kebolehan kau ye nak..

Untuk pengetahuan kau nak, mak suka kat menantu yang pandai masak. Lagi-lagi kek masak cili padi ngan asam pedas tu. Mak ingat kalau raya nanti, mak nak order kat kau sikit kek-kek tu. Mak bagi bonus sikit la kalau kau boleh buat kuih 'Batang buruk bebenor nampaknya'. Susah nak buat tu.

Tentang nak masakkan masakan ekspres tu kat bakalan suami kau merangkap anak mak, kau masaklah. Selama dia dengan mak pun, mak buatkan sup cendawan Campbell je untuk dia tiap-tiap hari. Sampai dah muka fungus dah mak tengok dia. Mak tak kisah pun. Tapi mak tak boleh konpem lah kau bahagia ke tak dengan dia. Takut jugak kalau dia merajuk nanti lari balik rumah mak. Malas mak nak melayannya.

Oh menantu,

Mak tak kisah jugak kalau bab nak berkongsi anak mak tu. Tapi syaratnya tiap-tiap kali malam raya kena tidur rumah mak meaning that tiap-tiap kali beraya kena bali rumah mak. Muktamad. kalau tak, jangan harap nak jadik menantu mak.

Kalau tak boleh ikut jugak syarat mak, jawapannya adalah:








Sincerely,
Overly attached mother in law.

Friday, August 31, 2012

[Kiriman] Surat Untuk Awak.


Assalamualaikum awak…
Hai, kenal saya tak? Kenal bukan? Maaf saya tulis surat bukan nak mengganggu kerja awak. Apatah lagi menyakitkan hati awak lagi. Saya cuma nak minta maaf. Yalah, selama ni saya selalu sakitkan hati awak. Selalu marah awak. Selalu malas layan awak. Selalu buat awak kecewa. Maaf.

Tapi awak, hidup ni bukan mudah. Nak cakap tidak adalah payah. Saya terpaksa. Saya tak mahu beri janji yang takkan mungkin saya tepati. Saya tak mahu serah hati kalau diri tak nak relai. Saya tak mahu bonekakan awak yang setia menanti.

Awak… cinta itu indah tahu? Tapi cinta lagi indah kalau awak sandarkan pada tuhan awak. Cinta manusia akan lebih indah saat awak dan sang bidadari mencintai satu sama lain. Cinta itu akan lebih indah jika ada yang memberi dan menerima. Saling cinta mencintai. Fahamkan?

Jadi saya tulis ini untuk awak faham apa yang saya nak sampaikan. Saya tak sampai hati nak cakap sendiri. Sebab saya tahu sakitnya hati bila harapan punah. Sakitnya jiwa saat cinta tak terbalas. Namun, percayalah sakit sekarang akan membawa seribu kebahagian untuk awak. Maaf, saya terpaksa menolak awak jauh-jauh. Hati saya belum sedia untuk sesiapa… 

Kiriman : Iffah Afeefah

Thursday, August 30, 2012

[Kiriman] I'm thinking about only you.


to N.E.I.L,

Since the day you left me without even saying "goodbye"
I felt the scenery and scent of this town change
The promise I made with you because I wanted to be everything you desired
It will turn into a memory without being carried out.
If I rushed to see you when you were crying along
Would you still be by my side now?
If I was given a chance,
I would want to say again, "I love you so much"
But my feelings for you and the overflowing words won\'t reach you now.

I wonder where you are, who you're with
What kind of clothes you're wearing
And what you\'re doing that makes you smile
I'm here and still am believing that the two of us can meet again...
I'm thinking about you, and it won't change....
I'm thinking about just you

When I saw someone with the same kind of hair tied back from behind
Repeatedly I mistook them for you before they turned around
Everytime when I got a call
I was expecting your name on my phone
I'm spending everyday doing nothing but embarrassing myself
"I can't forget" was a lie
The truth is that I just don't want to forget
If bluffing is the real me, then I don't want myself like this anymore
I don\'t feel happy without you again
No matter how hard I tried
Tears are falling down, and it won't stop anytime soon

I wonder where you are, who you're with
What kind of clothes you're wearing
And what you're doing that makes you smile
I\'m here and still am believing that the two of us can meet again...
I\'m thinking about you, and it won\'t change....

So here I am now
I'm alone, calling your name again
I can no longer embrace this heart-rending feeling anymore
But that's all I have left to do

The bright time when you were still around
That time will never come back again, but
Not happens, no matter what I lose
I never want to forget the memory of loving you
No matter where you are, who you're with
What kind of dreams you're having, or what you're doing that makes you smile
I've always been here, and I still am
Believing that I can see you someday...
I'm thinking about you and it won't change...
I'm thinking about only you..

from : anna


Nota PKS : Surat pertama dalam bahasa Inggeris rasanya :)

Wednesday, August 29, 2012

[Kiriman] Berhenti


Assalamualaikum...
sungguh aku suka kat dia. ingat aku suka sikit sikit ke? ya aku yang memilih untuk suka kat dia sangat sangat bila dia macam tunjukkan dia suka aku. suka aku? haha. perasan kot. ye lah rasanya dia memang baik dengan sesiapa pun. aku je perasan lebih. sigh. (_ _")tapi kali ni aku isytiharkan diri aku untuk berhenti suka dah kat dia. BERHENTI!

dear wan,
sungguh memang aku suka kau. kau tau tak? mesti tak tau kan.. dont worry small matter je ni. tak kisah... *sobsob* aku harap kau berhenti juga melayan aku. ya. berhenti layan aku walaupun kita ni kawan.
cukup la aku dah perasan selama ni. jangan tegur aku di fesbuk, macam yg kau dah biasa buat sekarang. kalau boleh takkan layan langsung. aku juga akan cuba untuk tak tegur kau dah. jangan usik aku dah. ya. berhenti usik usik aku. maybe aku suka kau sebab kau suka usik aku. (-.-') aku penah termesej kau dulu, masa seorang membe kita kahwin, tanya kau pergi ke tak? tapi dalam mesej mesej kau tu, ada 1 mesej kau usik aku. aku terkejut. tp aku tak reply dah mesej kau tu. malu sebab budak baik mcm kau yg mengusik. pelik.. sigh. aku memang kuat perasan.

jangan tanya nak datang rumah aku boleh ke tak. sebab soalan ni kau penah tanya masa kau aktif berYM dulu. kan aku dah cakap aku kuat perasan. soalan ni aku tak penah lupa. (-.-') jangan ajak aku datang rumah kau jugak. kau tau aku jadi pendiam seminggu after dijemput dan dihantar pulang selepas ke rumah kau tu. mengelamun sikit ingat kau. nanar aku tau! nanar.. -.-' jangan ajak aku tengok baju kahwin dah. kan aku ni kuat perasan.

jangan tanya pasal mana suami aku. sebab kau punya soalan ni buat aku jadi lagi saiko. jangan cakap nak suruh aku temankan kau jalan jalan. lagi aku gila nanti, macam mana? jangan cakap, jangan YM, jangan layan aku. itu the best way. and aku sememangnya puas sebab baru baru ni masa raya, aku mesej kau and kau tetiba call aku and tanya, "ini siapa?" tercengang juga aku. tapi tak apa. no worries. aku terkilan sikit je.

aku ni hanya perempuan biasa yang tak sesuai dengan kau. aku akan sentiasa doakan kau dapat jodoh yang baik, dan berjaya membina keluarga bertaqwa yang boleh memimpin negara ni. insyaAllah. aku pula? aku kan dah berhenti suka kau, jadi aku akan memperbaiki diri aku. bukan kau je nak jodoh yang baik. aku pun nak jugak. haha.

assalamualaikum. 

Monday, August 27, 2012

Surat untuk mak mertua.



Kehadapan bakal mak mertua saya yang entah siapa,

Saya harap mak baik-baik sahaja hendaknya. Tujuan saya menulis surat ini seperti biasalah, untuk memberitahu mak tentang segala kebolehan yang saya ada. Kiranya, mak boleh ambil ini sebagai resume.

Untuk pengetahuan mak, bakal menantu mak ni tak berapa tahu memasak. Namun begitu, mak jangan risau, setakat ni kalau mak suruh saya masak kari, asam laksa, tomyam, soto mahupun sup ayam. Semua tu di hujung jari saya je mak. Mak bagi saya tiga minit je mak. Tiga minit je saya mampu siapkan setiap hidangan tu. Tanpa ragu-ragu ni mak. Percayalah! Encik suami bakal kenyang makan masakan saya tapi mungkin perlu dua bungkus dan tambah telur. Eh? Masakan ekspress pun dikira sebagai masakan jugak yedak mak?

Dear Mak,

Mak tau kan, perempuan sekarang ni sibuk nak bake Pavlova, Macroone, Red Velvet juga Rainbow Cake? Mak jangan risau,saya layan astro channel 706, Food Network Channel. Kalau mak suruh saya masak ala Jamie Oliver, Nigella, Anna Olsen atau Rachel Ray? Tiup kuku je dah boleh siap mak. Di sebabkan kita orang melayu kan mak, saya paham lidah kita pelik sikit nak makan benda alah gini. Jadi, saya dah buat sikit twist. Mungkin saya akan buat kek masak lemak cili api, kek masak kari, kek masak merah. Segala akan saya buat mak.


sumber : google


Sampai sini saja surat saya untuk kali. Harap mak dapat terima saya apa adanya. Harap mak tak berebut kasih sayang suami saya. Kita kongsi ya mak ya? Hik! 

xoxo




Menantu kesayangan.

Friday, August 24, 2012

Assalamualaikum Kekasihku.


Hai,

Saya tenung hujung jambatan sana. Kosong. Saya tunggu sesuatu yang muncul, atau mungkin sebenarnya seseorang. Saya tertanya apakah ia? Siapakah dia? Kadang-kadang saya terlalu penat menunggu. Lama sudah saya disini. Mengharapkan sesuatu. Bagai menanti bulan jatuh ke riba mungkin. Haihh, mengeluh berat.

Mata makin mengecil pagi sudah membawa kepada tengah malam. Lama menanti sampai tak sedar terang bertukar gelap. Gelap bertukar ke terang balik. Papp, gelap. Lena. Perlahan terasa bahu disentuh. Tersentak. Huh, menakutkan. Saya pandang siapa yang berani mencemar duli menyentuh bahu. Dia senyum.
Ah sudah. Senyum ikhlas atau niat jahat.

"Assalamualaikum kekasihku yang selalu dirindu..."

Oh, sekian lama. Dia yang dinanti akhirnya kembali. Selamat pulang sayang. Selamat kembali ke pangkuan. Saya telah lama menanti kamu datang. Terima kasih kerana masih ingat untuk pulang. Meneruskan kisah kita seterusnya. Mengejar awan, melakar sinar bahagia.

Okbai, jiwang sangat. Keh.

Saturday, August 18, 2012

[Kiriman] Wahai Insomnia Bisu


Bahagia ke perasaan aku sekarang? Kadang-kadang aku sendiri tak pasti aku bahagia atau terdera oleh perasaan rindu yang tak pernah surut. Sampai bila aku akan terus begini? Menanggung sebuah rindu dan cinta yang tak bersambut oleh seorang lelaki yang aku gelarkan sebagai Insomnia Bisu. Insomnia sebab dia memang pengidap insomnia. Bisu sebab dia sentiasa bisu bila aku menyapa di facebook. 

Mesej dihantar tak pernah berbalas. Terasa seperti aku hantar surat pada sebuah rumah tanpa penghuni. Cuma masuk dalam peti surat tapi tak ada sape yang membaca dan menyimpannya. Sebenarnya aku tak pernah berharap dia akan membalas setiap kali aku mesej padanya. Aku seolah-olah dah mangli dengan sikap tak layan @ buat don\'t know dia pada aku. Kalau sedih pun sekejap saja. Sebab dah macam2 yang aku dah rasai dalam hati sepanjang aku mencintai dia dalam hati ni. Sampai aku rasa, apa yg aku rasai sekarang ni sebenarnya dah tak penting lagi dan tak perlu diungkapkan lagi untuk dia fahami.

Aku yakin, dia sememangnya dah faham semasak-masaknya apa yang aku rasa dan fikirkan pasal dia. Dia tahu aku cintakan dia...dia tahu aku rindukan dia...dia tahu yang aku ingin dekati hanya dia...dia tahu segala-galanya. Dan aku jugak yakin yg sesekali dia ada visit blog ni membaca semua luahan hati aku. Aku pasti dia dah faham aku sangat-sangat. Aku tak perlu nak buat dia lebih faham lagi. Aku tak perlu lagi menulis dalam blog mengungkap rasa cinta dan rindu ni lagi untuk menggetarkan jiwa dan hatinya. Sebab aku rasa cinta aku yg ikhlas kerana ALLAH , dengan doa-doa aku tentangnya yg tak pernah putus setiap hari, dengan solat hajat yang tak pernah kenal erti jemu dan putus asa...dengan sujud yang penuh harapan dan deraian airmata kerinduan yang teramat sangat telah mampu menggegarkan takdir cintaku di Luh Mahfudz. Cuma takdir yg kekal dan yg sebenarnya telah sedia ditetapkan oleh Allah s.w.t belum mampu aku mengubahnya kerana itu adalah takdir yg termaktub sejak azali...Tiada siapa yg dapat mengubahnya pasti...

Betul ke seseorang lelaki kalau dia dah sukakan seseorang tu maka dia akan berusaha mengejar cinta dan diri perempuan yg dicintai itu? Jadi maksudnya memang dia tak cintakan aku langsung walaupun aku dah berusaha untuk memenangi hatinya? Sebab dia tak pernah respon pada aku? Tak pernah mengejar aku? Hanya aku yang mengejar dia sedangkan dia terus lari semakin jauh meninggalkan aku dibelakang...

In case kalau dia singgah lagi ke blog ni, dan kalau awak baca entri ni, satu je saya nak awak faham. Buat masa ni saya belum mampu nak singkirkan cinta dan rindu saya pada awak. Mungkin awak anggap saya seperti orang gila yang tak nak terima kenyataan. Tapi walaupun saya \'gila\' mencintai awak, saya masih waras dan mendoakan awak dari jauh. Saya tak pernah paksa awak untuk terima cinta saya. Saya tak pernah buat lebih dan melampau dari sekadar yg saya lakukan iaitu meluahkan rasa cinta dalam blog. Kalau nak diikutkan rasa hati yang tanpa iman di dada, nak je saya kejar cinta awak sehingga ke bilik tidur awak. Nak je saya paksa awak untuk terima cinta saya sehingga awak tak mampu bernafas dan akhirnya akur pada kekuatan cinta saya. Nak je saya temui mana2 dukun, pawang atau bomoh terhebat dan menaburkan bisa voodoo yg dapat membuatkan awak tunduk pada cinta saya. 

Tapi..seperti yg saya katakan. Saya cintakan awak KERANA ALLAH. 
Cinta itu takkan saya cemari dan saya hanya akan minta Allah jaga awak dan memudahkan langkah-langkah awak menjalani hidup sehari-hari melalui doa-doa saya yang lebih ampuh dari semburan kata-kata serapah. 

Hanya itu yang saya nak awak faham.... 

kiriman : Aku Cinta Dia

Friday, August 17, 2012

Adik-adik yang tak kenal erti Ramadan.

Wahai adik-adik,

Bulan Ramadan ini dijadikan Allah sebagai medan untuk Muslimin dan Muslimat beribadah dengan dikurniakan pahala yang berlipat ganda. Bertuah sungguh kita sebagai umat Islam dikurniakan nikmat sebegini rupa. Ditambah pula dengan kehadiran malam Lailatul Qadar yang menjadi raja segala malam. Sesungguhnya sembahyang terawih itu adalah salah satu medium untuk kita menundukkan diri kepada Allah. Seperti dikatakan tadi, banyak pahalanya.

Baiklah, henti dengan ceramah seperti Ustaz Azhar Idrus. Di sini saya ingin menyatakan isi hati saya kepada kanak-kanak budiman yang dibawa oleh parents mereka yang sememangnya berakal waras untuk sembahyang terawih bersama. Kalau boleh biarlah disenyapkan mereka itu. Lebih bagus, tutuplah mulut mereka dengan cellophane tape. Tolonglah, saya ni bukanlah sealim peserta-peserta Imam Muda Astro. Ramadan ini sahajalah peluang saya nak lipat gandakan amalan.

Pulak tu, tengah imam duk sedap punya layan baca surah, dah perang saudara pulak kat luar. Ikutkan hati, nak saja saya doakan terkena tangan ke, muka ke, alat sulit ke. Tapi tak baik pulak kan... Tolonglah hormat. Yang rasa dia tu sepatutnya digelar 'mak bapak', toonglah jaga anak-anak anda. Kalau kena sound kang, cakap saya ni kuang ajo pulak. Cuba kalau awak nak beribadat, saya layan duk main mercun kabait depan rumah. Mesti berapi kan?

Akhirulkalam, tolonglah hormat bulan Ramadan yang mulia ini. Main mercun tu bukanlah budaya kita. Adik saya pun saya larang nak main mercun tau. Dah lah, cakap pun tak guna, saya nak gi main meriam buluh lah. Oh, saya main meriam, bukan mercun.

Yang alim-alim kucing


#P.S: bulan puasa pun ada orang main 'geli-geli' jugak ke? pelik aku.

Thursday, August 16, 2012

[Kiriman] Penantian Yang Tiada Noktah


Pertama adalah kebetulan
Kedua adalah peluang
Ketiga adalah takdir
Dan HAKIKAT adalah kenyataan yg harus ku terima.

Berlalu rindu bukan bermakna hatiku kosong untuk meninggalkanmu.Hilangnya kasih bukan beerti setiap yg kita ciptakan akan terus lenyap dalam ingatanku.Setiap langkahku kini harus diatur dengan rapi,bimbang ianya jatuh kembali.Aku hanya mampu untuk melihat kebahagiaan itu pada wajahmu.Mungkin pengorbanan ini tidak memberi apa apa erti padamu, tapi aku sedaya upaya untuk memberi kegembiraan dalam hatimu.Perit untuku laluinya tapi lagi terseksa jiwa ini menanggung segala derita.Penat melawan segala kesedihan ini.Yang pasti inilah takdir untuk kita,bahagia yang dicipta hanya sementara.Bukan untuk diraikan tapi sekadar ujian dari Yang Esa untuk terus kita berfikir dan membuat keputusan yang terbaik dalam hidup ini.

Tahajjud Cintaku masih belum ku noktahkan.Semakin ku mencari,semakin sulit untukku mendapat jawapannya.Aku semakin keliru dengan hatiku sendiri.Melupakanmu mungkin cara yang terbaik untukku meneruskan kehidupan yang mendatang tetapi hatiku sukar untuk merelakan pemergianmu.Aneh,masih ada suara yang menghalang perasaan ini untuk terus berpaling pada kenyataan.Bisikan yang hadir dalam ruang hatiku semakin memenuhi ruang perasaan .Aku sedaya upaya menidakkan apa yang aku rasa.Seboleh bolehnya biarlah aku harus merelakan pemergianmu bersama insan lain.

Noktah ini adalah ruang untuk kita bernafas.
Noktah ini bukan pengakhiran sebuah perhubungan.
Noktah ini akan tetap menjadi kesinambungan cinta kita.
Dan yang pastinya Noktah ini tetap ada dihujung penantian.

kiriman : Mary Zane

NOTA PKS : Kami mula menerima puisi dan sebarang bentuk rant :)

Tuesday, July 31, 2012

[Kiriman] Dalam beribu ada satu.


Dari aku,

Dalam beribu ada satu,
Satu yang selalu aku rindu,
Dan yang aku tunggu,
Walau tak pasti bila akan bersatu.
Tapi aku masih setia di situ.
Setia menunggu.
Di suatu sudut dengan badan yang lesu.
Aku membisu.
Yang aku tahu.
Aku hanya mahu kamu.
Kamu yang mengajar aku erti rindu.
Dan sekarang aku terhimpit dengan perasaan sendiri.
Aku tak ingin mati.
Aku tak ingin berhenti.
Masih belum pasti.
Kau belum pergi.
Masih ada peluang menanti.
Aku menunggu lagi.
Di suatu sudut yang sepi.
Datanglah sang peri.
Kau masih di kekal di sini.
Di hati.
Di hati aku yang sangat menyintai.
Mari kita bahagia bersama lagi. Mahu? 


nama pengirim : izara 

Monday, July 16, 2012

[Kiriman] Kawan Baik Yang Pergi.


Kepada Iden,

Pernah aku berazam agar tidak lagi mengangkat sesiapa sebagai saudara. Kawan baik itu aku gelar saudara. Dia kawan baik aku bukan hanya kerana dia baik, tetapi kerana aku sudah dapat menerima walaupun apa yang dibuatnya penuh cela dan tidak sempurna. Demikianlah dia, kawan baikku.

Barangkali pabila masa gembira mungkin aku tiada di sana, namun tidak pernah aku hilang tatkala kesusahan menimpa (atau sekurang-kurangnya aku mencuba). Aku perit jika dia ditimpa bencana. Yang pertama kerana aku tidak sanggup melihat terjadinya bencana, yang kedua kerana bencana itu menimpa dia. Rela aku menanggungnya dari dibiarkan hati aku luka melihat dia terseksa.

Khilaf dan silap itu sebahagian dari manusia, termasuklah diri aku dan dia. Sejujurnya, banyak yang dibuatnya menyakitkan hati. Aku sakit hati tetapi masih sanggup berada di sisi, kerana itu lah dia kawan baik. Mungkin ada yang aku buat juga menyakitkan hati. Namun seperti sukar nampaknya dia untuk menerima. 

Aku menjangka andai dia pergi, rasanya seperti mereka-mereka yang lain yang juga pernah pergi. Namun aku silap, berminggu rasa perit bermukim di dalam hati. Aku tertanya juga mengapa begitu sekali. Lantas aku menghulur tangan, membuang ego dan bongkak dalam diri, demi persahabatan yang sangat bernilai dan aku hargai. Aku tahu tangan itu mungkin ditepis pergi dan aku pastinya malu tidak terperi. Namun aku hulurkan juga, kerana malu tidaklah terlalu mahal untuk aku korbankan demi persahabatan ini. Walau begitu, rasa hati tidak dapat dinafi, bertambah pedih bila tangan itu ditolak pergi.

Aku tidak berhajat dia membalas kepada aku dengan sesuatu yang serupa. Namun tidak juga aku jangka untuk aku diluka. Dia tahu rasa hati aku, seperti mana aku tahu rasa hati dia. Mungkin baginya tidak mengapa. Namun bagi aku, tidak begitu.

Pedih mengenangkan perginya dia yang aku gelar saudara, andai itu pilihannya. Mungkin tidak banyak yang gembira dikongsi aku dan dia, namun segala susah dan jerih hidupnya banyak bersama aku, kerana dia aku angkat sebagai saudara.

Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, dia aku kasihi lebih dari aku mengasihi diri aku. Sekuat dan semampu kudrat seorang insan, wilayah kemanusiaan hanya berusaha dan berdoa, wilayah penentuan tergenggam erat milik Sang Pencipta. Aku sudah usahakan apa yang perlu, aku juga berdoa kepada Tuhan Yang Satu dan aku juga cuba berserah kepada ketentuan-Nya, walau hati seakan enggan berbuat begitu. 

Di sebalik kehendak-Nya ini pasti membawa kepada kehendak-Nya yang lain, mungkin lebih baik. Namun aku rayu semoga hati ini terus tabah menghadapi hari-hari yang tidak lagi begitu indah. Mengapa begitu perit, aku sendiri tidak mengerti. Pernah dahulu pabila tiba-tiba perit hati ini, aku tahu tatkala itu dia susah hati. Namun kini aku tidak pasti. Apakah dia turut merasai betapa peritnya hati ini.

Dia kawan baik aku. Tidak tergamak meminta sesuatu yang nista untuk berlaku. Namun jauh dalam sudut benak aku berharap, agar hatinya merasa apa rasa hatiku. Tuhan, jika dia pergi, jadikan hati aku redha dengan kehendakMu. Jika dia ditakdirkan kembali, kembalikan kami seperti dahulu.

Sesungguhnya aku mengasihi dia hanya kerana Zat Yang Maha Esa.

Dari aku. 

From : Tanpa Nama

Wednesday, July 11, 2012

[Kiriman] Aku Si Penanggung Sepi.


Kepada Kawan Yang Tidak Setia,

Fiezah..
Kenapalah kau tinggalkan aku???
Aku tak sedar bila kau tinggalkan aku...
Tapi selepas hari yang aku cuti tu...
Aku perasan sesuatu...
Sesuatu yang pelik sangat-sangat...
Kau macam lain...
Kau tinggal kan aku sorang-sorang wei...
Aku tak tahulah kenapa..
Mungkin ko dah tak larat nak layan aku??
Mungkin ko dah lali tengok muka aku...
Heh...tapi sejak hari tu jugaklah...
Aku rasa tak kisah kalau kau tak ada...
Walaupon aku tak tau kenapa ada rasa sakit kat hati ni...
Tapi tak pe...
Aku akan buang perasaan ni jauh-jauh...
Tapi aku pon rasa sakit bila tengok muka kau...
Aku rasa masa cuti tu...
Aku banyak belajar tentang KAWAN...
Heh...kawan...
Kawan banyak muka...
Tapi tak kisah lah...
Kalau kau hanya nak gunakan aku pun tak pe...
Aku tak kisah...
Sebab sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman mengenai kawan macam kau ni...
:D
Berkawan biar seribu...tapi yang setia jangan kan satu je...:D
Aku mintak maaf sebab banyak susahkan kau...
Maafkan aku....
tapi aku hanya boleh temankan ko hanya sekejap...
dan maafkan aku sebab aku layan ko macam tak ada perasaan..
sebab aku tak sanggup tengok muka kau...maafkan aku sangat-sangat...

Daripada Boneka Hidup...


From : lonely girl

Friday, July 6, 2012

Rindu Semilir Dingin Lebat Hujan



Duhai hujan,

Kenapa kau begitu kejam? Datang terlalu kejap sa-kadar membasah tanah gersang, memberi hawa dingin yang hangat matarinya masih jelas membungkam. Aku mahu kau turun lebat-lebat. Aku mahu hanyut lemas dalam nikmat kesejukan rasa yang kau zahirkan. Aku mahu kau. Aku mahu kau turut sama rasa derita yang aku rasa. Aku mahu lenjun disirami kau agar mereka tidak nampak aku sedang menangis bersama kau, juga bergembira dengan kehadiran kau. Aku hanya mahu kau.

Dalam pekat malam ini, aku takut. Aku takut keseorangan karena memang aku senantiasa ditinggalkan sa-orang. Mari datang temani aku yang kesepian ini. Aku sudah telah bunyi petir yang kau lemparkan. Aku tak kisah asalkan saja kau turut sama ada lebat. Semilir angin itu aku perlukan untuk secebis ketenangan. Jiwa ini mampir polos kau tinggalkan. Walau aku tampak tenang di permukaannya, gelodak di dasar ini hanya mampu aku pendamkan. Simpan dan telan.

Hujan, moga datang sekejap lagi. Aku tunggu kau di pembaringan. Jangan sampai aku terlena menanti dengan harapan karena ia membuahkan kekecewaan di akhirnya. Aku sudah cukup dikecewakan. Sakit lagi memeritkan. Jadi, sudikah kiranya kau temani aku sepanjang malam ini dengan lebat dan hawa dingin mendamaikan?


Tempayan kontang

Friday, June 22, 2012

Kasih untuk Ayah

surat terbuka ini buat orang yang macam aku, punya ayah yang tak berpangkat sultan, tak punya syarikat besar untuk aku ambil alih dan tak punya personaliti sehebat superdaddy.


Aku agak kehairanan bila orang terlalu bangga akan ayah sendiri. Terutama perempuan. Kebanggaan mereka terhadap ayah sendiri bagai tatkala dulu Mawi menjuarai akademi fantasia. Bagai Sheikh Muazaphar naik ke ISS. Ibarat malaysia menang aff suzuki cup. Ibarat mat salleh menyanyikan lagu Baldu Biru. Bangga bagai ayah mereka ibarat Sultan Kelantan. The awesome king, kind hearted and a gentlemen.

Tapi aku tak merasa pun begitu. Langsung tidak berperasaan bangga akan ayah sendiri walau sekelumit di celah gigi. langsung aku hairan akan mengapa mereka mereka ini begitu bangga akan ayah sendiri. Ayah aku tak cukup awesome macam ayah ayah yang lain kah? Sememangnya tidak.

Di awal remaja ku, sebagai anak lelaki, aku lebih rapat dengan mama. Ayah? Punca yang buat aku rasa malu. Kadang kala aku takut hendak menjemput ayah ke majlis ataupun acara yang menjemput ibu bapa turut sama hadir. Aku takut aku dimalukan oleh ayah. Berbagai cara aku mengelak agar mama saja yang hadir. Tapi pada umurku 15 tahun semua tanggapan itu berubah.

Selesai semester 1 persekolahan, sekolah aku akan menjemput ibubapa dan pelajar berjumpa dengan guru subjek masing masing. Sesampainya surat di rumah mengenai acara ini aku hanya menunjukkan surat pada mama. Mengharapkan hanya mama dan aku hadir menemukan guru-guru subjek ku. Tapi mama sudah bercakap mengenainya dengan ayah. Terpaksalah aku menerima hakikat ayah dan mama akan menemani aku hadir ke acara. Acara dimana penilaian prestasi akademik aku akan di bentangkan di hadapan ayah dan mama. Aku takutkan keputusan dan komen dari cikgu kerana takut di rotan di rumah kelak. Walhal, aku lagi takut ayah akan memalukan aku dengan sikapnya di hadapan cikgu.

Seperti sudahku jangka, memang ada suatu saat di mana aku dimalukan. Cikgu cuba menerangkan prestasi dan markah ujian ujian ku sepanjang semester tapi ayah seakan tidak mengerti dengan terma terma yang di sebut oleh cikgu. Mama sudah tersenyum bila ayah menyebut perkara yang berlainan terus dari yang di bincangkan. Aku terus mengeleng kepala. Lalu cikgu memandang aku.

"Jangan macam tu, ini ayah kamu. Macam mana pun tetap ayah kamu. Memang begitu sikapnya"

Bermula dari saat itu, aku langsung menerima sikap ayah sememangnya begitu. Tanpa ada warning, senang saja dia memalukan aku di hadapan aku dan rakan-rakan ku. Akan sudah memahami sikapnya sememangnya begitu, aku belajar memahami sikapnya lantas cuba mengawal keadaan suapaya aku tidak dimalukan olehnya. Juga menghalang ayah memalukan dirinya sendiri dengan sikapnya. Ayahku sangat ramah. Kadang kala ramahnya tak bertempat. Keuntungannya, dia senang saja mendapat rakan untuk borak borak dimana-mana.

Ayah aku tak sehebat mana. Tak punya duit yang mampu penuhi kehendak anak-anak dan mama. tapi aku senang saja berada disisinya. Ayah aku bukanlah idola aku seperti orang lain banggakan "ayah aku adalah idolaku". Aku tak tahu itu cuma ikhlas dari hati atau membanggakan diri bagi mereka. Tapi aku bersyukur punya ayah yang masih ambil berat pada aku dan mengatakan sayang pada aku bila dia mahu. Beginilah cinta ayah padaku.



Aku hidup dalam ketakutan untuk mengatakan aku sayang kan ayah aku.



Wednesday, June 20, 2012

[Kiriman] Pecinta Dunia Hayalan




Kepada Conan Edogawa..

Hai Conan..
Kau tau tak yang kau tu comel sangat...
Kau nak tau..sebab kau aku tak tidur malam..
Nasib baik masa tu cuti sekolah...
Aku tengok kau dari pagi sampai malam tau tak...
Sampai termimpi-mimpi aku kat kau...
Sebab ko juga lah aku rasa macam ada semangat..
Membara semangat aku tau tak...
Heheheeh...
Sebab kau juga aku rasa nak belajar bahasa jepun..
Walaupun kene bayar 10 ringgit...
Tapi aku tak kisah...
Asalkan aku paham apa yang kau cakap...
Lagi-lagi...
Aku sanggup habiskan duit 100 ringgit..
Untuk beli CD ko yang The Movie je tau tak...
Aku tak pernah menyesal beli semua tu..
Lagi pun baik suka kau...
Daripada suka manusia..
Sebab selamat..
Tak ada siapa nak cemburu kalau aku suka kau pun..
^_^
Ok lah...biarlah aku jadi peminat kau...
Walaupun kau tak wujud..
Tapi apa aku kisah..
Asalkan kau ada...:D
Daisuki Conan-kun
Biarkan aku tinggal di Dunia Hayalan ini bersama kau..

Daripada Nia Nasuha.. 

kiriman : lonely girl

Monday, June 18, 2012

[Kiriman] Kenangan Hanya Kenangan.


Kepada Sahabatku sekalian,

Aku sebenarnya rindu korang sangat-sangat...
Korang nak tau tak..
Kat sini tak ada yang serupa dengan korang...
Sebab aku tau korang satu dalam seribu...
Aku suka bila korang gembira..
Korang boleh bergelak ketawa...
Aku gembira bila korang gembira...
Aku akan nangis bila korang sedih...
Aku akan turut sakit bila korang sakit...
Aku tak kisah mereka nak panggil kita apa pun..
Sebab kadang-kadang kita pegang hujung lengan baju je..
Mereka ingat kita berpegangan tangan...
Aku tak kisah dengan segala kata cacian..
Yang telah engkau berikan..membuat ku rasa...
kosong...kosong...kosong..
ehh...ternyanyi lak...hheheh...
Akhir kata dari aku...
Korang mesti sabar menghadapi dugaan...
Walaupun kita berjauhan..
Aku akan selalu disisi korang...
Jangan lupakan aku...
sebab aku takkan lupakan korang pon..
:D

Daripada Sang Perindu... 

kiriman : Lonely Girl 

Saturday, June 16, 2012

Encik JPJ

Kepada Encik JPJ,

Apa khabar encik JPJ? Sudah minum kopi belum? Sudah trim misai encik yang lebat macam rumput tu? Eh banyak tanya pula saya kan? Tau tak siapa saya? Sayalah Rahim. Tak ingat? alahhhh..yang encik gagalkan ituhari lah kat Sekolah Memandu Bajet Rendah.

Kenapa saya pos surat ini? Di sini saya ingin menyatakan rasa tidak puas hati setelah digagalkan oleh encik dengan sewenang-wenangnya ketika ujian memandu JPJ tempoh hari! Saket hati!(dengan suara Ropie) Encik ingat saya ni banyak duit sangat nak repeat ujian JPJ tu? Encik bagi saya duitlah baru tau mahal tak mahal! Encik ni memang tiada hati perut lah! Hanya kerana saya lambat untuk parking sisi itu sahaja, encik sudah menghalau saya tanpa rasa belas kasihan untuk turun dari kereta! Cubalah encik tanya kenapa saya lambat. Tak boleh ke?

Buat pengetahuan encik, punca utama saya lambat ketika melaksanakan ujian itu adalah, ketika saya hendak parking sisi, di garisan kuning parking itu, saya ternampak seekor siput babi sedang melintas sambil mengendong anaknya. Oleh kerana sifat perikemanusiaan yang ada dalam diri saya, saya berhentikan kereta supaya siput babi itu boleh melintas tanpa rasa segan dan silu. Encik ni tak ada sifat kemanusiaan ke? Tak sangka saya! Belum sempat saya menunggu siput babi itu melintas, encik pula boleh suruh saya turun.

Ingin saya tegaskan di sini, bahawa saya akan berusaha sedaya-upaya untuk membawa hal ini ke muka pengadilan! Akan saya dakwa encik dalam isu hak asasi manusia dan keselamatan haiwan Malaysia. Baru encik tahu bahawa encik tak sepatutnya menggagalkan saya tempoh hari! Saket hati! Menci tau!

Yang kecewa, Rahim Al-Kontol



*Rahim sudah tidak dibenarkan mengambil ujian memandu JPJ lagi dan diharamkan untuk mendaftarkan diri di mana-mana sekolah memandu di Malaysia oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Tuesday, June 5, 2012

Tabah dan bersabarlah.


Kepada kamu,

Hari ni aku mungkin akan bercakap panjang lebar mengenai sesuatu yang aku tahu semua orang rasa iaitu mengenai perasaan cinta yang Allah kurniakan pada semua makhluk-Nya di muka bumi ini. :) Kenapa aku tiba-tiba nak cakap pasal benda ni? Well, sejak kebelakangan ni banyak benda yang dah berlaku dalam hidup aku dan hidup orang lain jugak. It just aku nak bagitahu apa yang aku rasa kerana hanya dengan cara ini je, aku mampu meluahkan perasaan aku tanpa perlu berkata-kata. *Amboi, metafora ayat kau eh! Hahaha!

Nampak gambar dekat atas tu? It's all about patience. :') Ya, aku memang tengah bersabar sekarang ni dan aku memang mencuba sehabis baik untuk bersabar. Kenapa? Sebab aku tahu, jika aku bersabar, Allah pasti akan tolong aku. Aku tahu di sebalik kesabaran aku, ada hikmah yang tersembunyi. Memang, menahan perasaan itu amat pedih. Sakitnya usah dikata tapi kita kena cepat-cepat sedar yang kesakitan itu hanyalah bersifat sementara. Memang sekarang hati kita pedih, terseksa... tapi lama-kelamaan kesakitan itu akan hilang dan diganti dengan satu keindahan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.


Looking around and realising that you’re not worrying about anything, not because there’s nothing worth worrying about, but because you know the Best Planner is taking care of your affairs. You’ve placed your whole life in His hands, and for the first time, you’re not dwelling in the past or breaking your head over the future.It’s a wonderful, beautiful feeling. Let the chips fall where they may.

Aku tahu Allah dah merancang sesuatu yang baik untuk aku dan juga untuk si dia. Cuma aku perlu menanti dan bersabar. Menguatkan hati dan berubah untuk menjadi lebih baik. Memang sakit apabila melihat orang lain senang untuk bercakap sesama sendiri tetapi kami? Langsung tidak bertegur sapa dan tidak bercakap. Memang pedih di hati usah dikata tapi aku reda. Aku tahu dia cuba menjauhkan aku dari selalu mengingati dia. Aku faham. Sangat faham.


kadang - kadang,
bila dia menolak,
bila dia menjauh,
bila dia mengelak,
bukan sebab dia membenci kamu…
bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…
tapi kerana dia tahu,
dan kerana dia sedar,
ini bukan caranya,
ini bukan masanya,
walaupun dia punya rasa yang sama.
dia melakukan itu,
kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….
kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…

Dulu kami pernah bertukar senyuman dan salam. Tapi itu dulu bukan sekarang. Aku akui jauh di sudut hati aku, memang aku amat merindui Assalamualaikum dan Hi yang selalu dia cakap dekat aku dulu. Sekarang ni, setiap kali bertembung... apa yang aku mampu ucapkan adalah Assalamualaikum tapi semua itu hanyalah di dalam hati dan tidak diluahkan di bibir. Biarlah begitu asalkan kami masing-masing bahagia dan senang hati. Bila melihat dia gembira, itu dah cukup bagi aku. Automatiknya, bibir aku pun akan tersenyum gembira dan mendoakan dia agar sentiasa bahagia.

“The one who loves you will prevent you from sin and the one who is your enemy will provoke you towards sin. Just use a bit of your time to think about what people ask you to do, then I am sure you’ll soon figure out who really loves you.”

Mimpi tu memang membuatkan aku banyak berfikir. Aku takut walaupun mimpi itu memang menyenangkan hati aku. Kadang-kadang aku menangis dan akhirnya aku berhenti menangis bila sedar betapa lemahnya aku. And then aku bangkit balik. Menguatkan balik hati aku dan cuba sedaya upaya untuk menjadi seperti sebelum ni. Aku cuba buang pasal benda ni dari otak aku walaupun susah sangat! Dah macam dilekat di dalam otak aku guna gam uhu paling kuat!

Tapi aku tahu yang aku perlu bersabar. InsyaAllah, segalanya akan mempunyai kesudahan yang baik. Put your trust in Allah. He knows the best! :')

Kepada awak,

Mungkin sekarang ni segalanya masih kabur, tapi saya yakin insyaAllah satu hari nanti, Allah akan memperjelaskan semuanya. Mungkin sekarang ni, kita meninggalkan antara satu sama lain kerana Allah dan jika ada jodoh, insyaAllah Allah akan mempertemukan kita kembali. Apa yang kita perlukan adalah kesabaran dan keyakinan. Allah tahu apa yang baik untuk kita. Saya tahu apa yang awak buat adalah untuk kebaikan saya dan juga untuk awak. Memang situasi kita tak sama macam orang lain. Saya mengaku kadang-kadang tu saya jealous tengok orang lain tapi saya cepat-cepat sedar bahawa kita berlainan. Jika saya mempunyai keberanian dan kuat, insyaAllah saya akan cakap dekat awak apa yang saya rasa sebab perit sangat nak tahan perasaan ni tapi saya tak berani dan tak kuat. Saya cuma mampu berserah pada Allah dan menunggu masa yang sesuai. Bergembiralah di mana sahaja awak berada kerana dengan melihat senyuman awak, saya pun akan turut gembira. :) InsyaAllah, saya akan selalu mendoakan awak kerana tanda saya menyayangi seseorang adalah dengan mendoakan dia. Walau seribu tahun, jika Allah ingin menjadikannya satu kenyataan... insyaAllah bakal terjadi.

Daripada,

Aku.


[Kiriman] Surat Kepada Bakal....

source : google
kepada,
pemilik tulang rusuk yang hilang

Assalamualaikum...

hai awak ! saya ni bakal isteri ehh tunang ehh kekasih ehh susah la..saya ni bakal pendamping awak..tulang rusuk awak..wanita yang patut awak lindungi nanti :)

awak,
saya harap nanti bila kita bertemu, awak jangan la terkejut dengan saya. ehhh..saya nihh bukannya alien, saya ni manusia biasa jugak, ada hidung, ada mata, ada mulut, pendek kata semua lengkap cuma saya ni tak sesempurna wanita di luar sana. saya menutup aurat, saya mempunyai asas-asas agama tapi saya tetap rasa saya tidak sempurna jadi saya harap nanti awak dapat la bimbing saya.

awak,
saya harap awak nanti bukan seorang perokok tegar. saya tak suka lelaki yang merokok. merokok tu bahaya tahu ? dah la bahaya, membazir plak tu..dari awak beli rokok, ada baiknya awak bagi duit tu dekat saya, dapat juga la saya shopping..muehehe *maaf, saya gelak macam orang kurang waras --'

awak,
saya ni anak manja, anak tunggal perempuan plak tu jadi saya harap awak dapat sabar dengan perangai saya. umie dengan abah selalu akan penuhi semua permintaan saya jadi saya harap awak dapat jadi seperti mereka. kalau awak tak dapat penuhi semua permintaan saya, jangan tanya kenapa saya lari balik rumah keluarga saya -.- *ok..yang ini gurau :)

awak,
saya ni seorang yang mudah rapat dengan semua orang jadi saya berharap sangat awak bukan seorang yang cemburu buta -.- sejujurnya saya ni lebih cepat mesra dengan kaum adam jadi mohon jangan cemburu. ehhh..saya rapat dengan mereka sebab mereka ni bukan jenis yang cepat sentap macam kaum saya, kaum hawa. saya boleh buat lawak keji dengan mereka dan mereka tidak akan sesekali tersentap

awak,
saya nak bagi tahu satu rahsia ni..mohon jangan ketawa atau kecewa..hmm..sebenarnya saya tak berapa mahir kalau bab-bab masak ni..terutamanya masakan kampung tapi kalau masakan barat..pencuci mulut..saya mahir..jadi saya harap awak tidak akan sesekali minta saya masak masakan kampung -.-

awak,
saya ni dari kecil teringin nak melancong satu dunia, jadi saya harap awak mampu membuat impian saya menjadi nyata. saya juga berharap satu hari nanti, awak, saya dan kedua orang tua kita dapat menunaikan ibadah haji sekali. saya juga sebenarnya teringin nak jalan-jalan berpegangan tangan dengan yang halal buat saya, di tepi pantai, tengok matahari terbenam..best kan ? :')

awak,
saya berharap sangat awak adalah calon pilihan kedua orang tua saya. biarlah apa orang nak kata, saya ni kuno la..apa ke..janji saya puas sebab selalunya pilihan orang tua adalah yang terbaik. saya juga berharap awak akan menghormati umie dan abah saya sebagaimana awak menghormati ibu dan ayah awak

awak,
sesetengah perempuan akan meletakkan harta sebagai kriteria yang penting tapi bagi saya cukup la sekadar yang termampu. apa yang penting bagi saya adalah iman awak..ilmu agama awak..sebab tanpa semua itu, macam mana awak nak bimbing saya kan ?

daripada,
tulang rusuk awak 

kiriman : lia