Saturday, September 8, 2012

Tuhan Jagakan Dia

Untuk : Kekasih hati

Walau dimana kau berada. Aku berharap tuhan sentiasa melindungi kau dan menjaga kau daripada segala anasir jahat didunia juga memberi kesihatan yang baik buat diri kau. Hai, aku rindukan kau. Apakah kau rasa? Ya Allah. Aku terlalu merindukan kau. Rindu yang membuat air mata aku menitis laju. Rindu yang buat aku ulang lagu yang sama berulang kali.

Wahai kekasih hati, aku insan tak sempurna. Kau juga. Tiada insan yang sempurna. Maaf andai sikap aku menyakiti kau. Aku tetap menyayangi kau. Aku memilih untuk menerima baik buruk kau setelah aku buka ruang dalam hati. Aku tetap setia kepada kau. Hanya engkau yang aku pilih. Aku tak mampu hendak alihkan pada tempat lain. Aku hanya merasakan kau yang terbaik buat diri ini. Yang dituju hanya pada kau. Bagaimana?

Maafkan aku menyepahkan ruang usang. Maafkan aku andai aku gagal memberi kau bahagia. Memberikan kau senyuman seperti dulu. Mungkin kau akan marah dengan kata-kata aku tapi entah. Aku tak rasa aku salah. Aku tak rasa kau salah. Entah. Saat ini harus kau tahu, rasa ngilu datang pada ruang antara rusuk aku. Rasa yang hanya datang bila keadaan kita begini. Aku sendiri tak mengerti.

Jauh mana aku. Rajuk mana aku. Kau tak pernah jauh. Aku sendiri tak mampu menanggung keadaan yg tanpa ketawa mahupun senyuman kita. Merintih aku dalam tidur. Merintih aku waktu berjalan sendiri. Merintih aku merenung silling. Esak tangis yang terlalu kuat. Apa yang sudah terjadi pada hati?

Aku juga tak mahu hal buruk berlaku. Kita rancang bahagia. Kita nekad hendak cipta hidup yang sempurna berdua. Tak mungkin pengakhiran hanya berakhir begini. Aku mencintai kau. Setulus hati aku. Moga ini sementara. Aku rindu masa kita bersama. Aku rindu mendengar jenaka kau. Aku terlalu merindu senyuman dan gelak tawa kau. Aku terlalu rindu raut wajah yang aku tak mampu hendak membenci. 

Daripada : aku.

No comments: