Tuesday, September 11, 2012

[Kiriman] Surat untuk jajahanku



Dari : Kerajaan Agung

Ada kerajaan yang sangat besar di dalam diri ini. Gerombolan tentera yang mampu merubah si kaya menjadi gelandangan mahupun sebaliknya. Dia berkuasa mengawal semuanya. Mampu merubah segalanya. Kerajaan ini selalu saja bermasalah dan merusak jajahannya yang maha kekurangan. Pesona jelita sedang menghancur titip - titip sadar maharajanya di kepala. Membuai nafsu sehingga pupus tenangnya. Gusar, keliru serta kesedihan menutup senyum segala.

Jelita itu bukan milik jajahannya, tetapi sentiasa bertautan dengan si kuku besi ini. Dijaganya dari jauh kerana milik jajahan berbeza. Dibelai misteri, disayangi semulajadi sambil berkasih - kasihan bagai bumi dan bulan. Si jelita buminya, dan kerajaan itu bulannya. Bumi tidak pernah memberi apa - apa zahirnya kepada bulan sedangkan si bulan terus - terusan menerangi sisi gelap bumi dengan bantuan matahari. Tidak diharap penghargaan apatah lagi sijil, plak - plak agung, pingat dan darjah - darjah kebesaran untuknya. Cukuplah wujud satu penghargaan untuk dia.

Hari ini hari paling memilukan si kerajaan. Menghiris halus dengan sempurna menghiasi susur galur kerajaan itu satu persatu. Mahu saja ia membubar, tapi kerana dek jajahannya yang sentiasa memerlukan sebuah pimpinan untuk ke sorga, ianya terus kekal memimpin walau tidak keruan keliru wajahnya. Si jelita mendamparkan satu kenyataan yang mensia - siakan indah sebuah senyuman. Ia pahit untuk ditelan tetapi apakan daya, kekuatan itu terus ada zahirnya berkat ego pimpinan yang disemai sejak dahulukala.

Jelita sudah ditikam desah raksasa
Yang tidak pernah kenal erti untung
Yang tidak pernah kenal erti dosa
Yang jauh dari sebenar bahagia
Yang jauh dari sebenar sorga
Jelita tewas mencetak roh direjam

Dia takut, lalu mengandai.

Kerajaan ini ingin sahaja mengadu pada maharaja agar seluruh jajahannya akur, setia mengasihaninya tapi ia tidak tahu bagaimana. Difikir dalam - dalam agar tiada silap tutur dan akhirnya terbongkarlah kesedihan itu. Dengan teresak - esak hakikat dicanang. Dalam sunyi tanpa bicara mereka.

Memang kerajaan ini mahu sentiasa melihat jajahannya senyum riang seperti selalu tapi apakan daya, kebenaran itu harus diterjemahkan pada semua walau apa jua keadaannya.
Jajahannya kelihatan sugul. Masing - masing menggeletar seakan tidak percaya. Seakan mengugut mahu berpisah dari semua termasuk maharaja. Kaku sebentar semuanya, dalam keadaan masih tidak percaya.

" Apa benar apa yang terjadi? "

" Kenapa tidak kau jaga si Jelita itu? "

" Kenapa kau boleh membenarkan perkara ini terjadi bangsat! "

Bicara penduduk jajahan itu kononnya



Kerajaan ini terdiam lena. Resah tidak pupus, sudah ditambah perasaan serba salah yang maha banyaknya. Peluh dingin menikmati incian kerajaan. Apa yang harus ku lakukan sekarang? Apa kesudahannya?

Sehingga waktu ini, segalanya masih belum terputus. Semuanya masih dalam kekeliruan yang menghukum, dari hujung ke hujung tanpa henti. Kerajaan itu menghadap sakit yang amat. Sakit yang tidak pernah terungkap apabila hilang segala apa yang dipercaya dalam sekelip mata. Apa ini balasan atas ketidaksetiaan jajahanku? Sebagai kerajaan unggul jajahan ini, setelah aku menghiasi jajahanku dengan dosa, apa ini keadilan untukku?

Apa amanat yang boleh aku sampaikan pada jajahanku? apa daya aku untuk memulihkan mereka? Apa pula yang aku harus lakukan pada si jelita?

Semuanya tinggal persoalan yang tidak berpenghujung. Persoalan ini bukan permainan lagi. Ia harus diselesaikan dengan secepatnya, sebelum kerajaan ini hancur.

Semoga segalanya sempurna wahai hati.
ya, kau lah kerajaan berdaulat tubuh ini.


Untuk : Jajahan yang disayang

kiriman : kosong, http://publicitypublic.blogspot.com/ 

No comments: