Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Friday, July 6, 2012

Rindu Semilir Dingin Lebat Hujan



Duhai hujan,

Kenapa kau begitu kejam? Datang terlalu kejap sa-kadar membasah tanah gersang, memberi hawa dingin yang hangat matarinya masih jelas membungkam. Aku mahu kau turun lebat-lebat. Aku mahu hanyut lemas dalam nikmat kesejukan rasa yang kau zahirkan. Aku mahu kau. Aku mahu kau turut sama rasa derita yang aku rasa. Aku mahu lenjun disirami kau agar mereka tidak nampak aku sedang menangis bersama kau, juga bergembira dengan kehadiran kau. Aku hanya mahu kau.

Dalam pekat malam ini, aku takut. Aku takut keseorangan karena memang aku senantiasa ditinggalkan sa-orang. Mari datang temani aku yang kesepian ini. Aku sudah telah bunyi petir yang kau lemparkan. Aku tak kisah asalkan saja kau turut sama ada lebat. Semilir angin itu aku perlukan untuk secebis ketenangan. Jiwa ini mampir polos kau tinggalkan. Walau aku tampak tenang di permukaannya, gelodak di dasar ini hanya mampu aku pendamkan. Simpan dan telan.

Hujan, moga datang sekejap lagi. Aku tunggu kau di pembaringan. Jangan sampai aku terlena menanti dengan harapan karena ia membuahkan kekecewaan di akhirnya. Aku sudah cukup dikecewakan. Sakit lagi memeritkan. Jadi, sudikah kiranya kau temani aku sepanjang malam ini dengan lebat dan hawa dingin mendamaikan?


Tempayan kontang

Sunday, April 8, 2012

Soalan Untuk Dijawab

Duhai elitis,

Satu, kenapa perlu memandang enteng kami? Apakah sosiologi kami layak dipandang begitu?

Dua, kenapa darjat ini dicipta sedangkan pemikiran kita tak jauh bezanya?

Tiga, kenapa kami tidak seperti kamu dan kamu tidak seperti kami?

Empat, kenapa kami bertanyakan soalan ini?

Lima, kenapa kami belum ketemu jawapan ini?

Enam, kenapa Tuhan adakan perbedaan ini?



Tamat.


Sang marhaen.

Saturday, April 7, 2012

Syukurlah.

Untuk sekalian manusia alpa,

Kau tau, kita hidup di dunia yang sama. Cuma, coretan hidup kita buat kita lain setiap satunya. Untung kita, jika masih mampu duduk santai sambil baca akhbar, sedut cerut di temani kopi import terkemuka. Cuma tahu geleng kepala lihat nasib manusia yang tak berdaya. 

Tapi, untung juga pada kau yang sedari kecil dah mulai lihat rupa sebenar dunia. Hidup yang sebenarnya. Yang di kelilingi pelbagai kisah manusia. Kalau setakat tahan lapar sehari dua, bukan ada apa. Sekurang-kurangnya, kau ada ilmu. Ilmu untuk hidup.

Tiap dari kita punya kitaran hidup yang berbeza kan? Jadi, tak salah kalau kita sama berkongsi apa yang kita punya. Manusia yang tak perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu itu, mungkin akan lemas jika dibiar keseorangan. Kau sendiri, tak salah kalau kau mau bantu dia. Pengalaman hidup yang kau ada, banyak membantu sebenarnya. 

Kau nampak mana lebih dan kurangnya sekarang? Syukurlah dengan apa yang kau ada. Kesusahan yang kau alami dulu yang bantu kau untuk berjaya sekarang. Segala kesenangan yang dia pernah ada, buat dia termanggu-manggu kerna dia belum khatam lagi ilmu perihal hidup. Syukur juga buat dia kerna belum melalui frasa kejatuhan dalam hidup. Hidup tak selalu indah? Mungkin dia belum nampak jalan yang sebenarnya. Namun, masih, tiap sesuatu yang diberi tuhan akan ada manfaatnya. 

Nah! Selamat buat kamu, manusia-manusia alpa yang selalu lupa untuk panjatkan rasa syukur, pada DIA.

Monday, March 19, 2012

Aku yang takde hidup

Orang yang penuh dengan kehidupan (Ada LIFE),

   Salam saudara/saudari, pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kerana anda telah menggelarkan diri anda sebagai seorang yang penuh dengan kehidupan walaupun dengan pengesahan sendiri. Saya dapat lihat ketelusan pengesahan anda itu melalui sikap anda dan gambar-gambar anda. Gambar anda semuanya cantik-cantik sehingga kadangkala saya lihat tidak berkelip selama lima belas minit. Di sini saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada anda kerana menjadi seorang muda yang punyai 'LIFE' yang berwarna-warni.

   Berpandukan saudara/saudari, saya dapatlah memahami bahawa kehidupan itu atau 'LIFE' hanya boleh dicapai jika kita menjejakkan kaki ke dalam disko-disko mahupun dangdut-dangdut. 'LIFE' juga boleh dicapai dengan kita menafikan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Apa nak susah hati kan, dunia sekarang dah serba maju. Untuk mencapai 'LIFE' tahap moksya pula, kita mestilah mengikut budaya pemakaian homosapien-homosapien zaman prasejarah sebagai contoh, pakaian-pakaian di dalam animasi lejen, The Flinstones. Barulah tidak kolot, kerana mengikut beberapa kajian dan penemuan, didapati tamadun-tamadun dahulu lebih berteknologi tinggi dan lebih pandai dalam pelbagai perkara termasuklah pemakaian.

   Saya juga mendapati bahawa zaman sekarang ini, air teh dan kopi sudah lapuk ditelan zaman dan sangat kolot untuk dibuat sebagai minuman-minuman lepak di waktu bulan mengganti matahari. Setelaha beberapa pengamatan, saya juga mendapati bahawa tindakan anda dan lain-lain yang punyai 'LIFE' untuk menggantikan teh dan kopi dengan minuman lazat Heineken dan Tiger Beer adalah sangat-sangat bijak kerana kajian sendiri telah membuktikan bahawa arak adalah minuman yang bagus untuk badan. Jadi, saya yang tidak mempunyai kehidupan ini ataupun 'LIFELESS' sangatlah bangga kerana lahirnya homosapien seperti anda dalam masyarakat kita yang kian rosak dengan puak-puak yang anti-sosial dan buta fesyen. Saya akan mempengaruhi adik-adik saya untuk mengubah penampilan mereka yang kolot dan tiada 'LIFE' itu kepada apa yang dikatakan ada 'LIFE'.

   Saya harap dapatlah kiranya anda meneruskan usaha-usaha dakwah 'LIFE' anda dan seterusnya menjadikan anda seorang anak yang dibanggakan ibu dan bapa. Jangan pedulikan apa orang-orang yang buta fesyen dan anti-sosial nak cakap kerana mereka itu semua 'LIFELESS' dan tiada zaman muda untuk bersuka-ria.

Sekian, salam 1 Malaysia.

Dari,
Yang tiada kehidupan (LIFELESS)