Showing posts with label islami. Show all posts
Showing posts with label islami. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Tak takut ke?


Kepada lelaki dan wanita di luar sana,

 Ini cuma satu luahan. Harap korang tak terasa hati. Cuma aku ingin menyatakan rasa tak puas hati aku bila tengok lelaki dan perempuan pergi jalan-jalan sambil berpegangan tangan tanpa ada hubungan yang halal. Berjalan-jalan ke sana ke sini sambil berpegangan tangan walaupun baru jadi kekasih. Tahu tak dosanya pegang seseorang yang bukan mahram bagi kita? Lebih baik pegang khinzir daripada pegang orang yang bukan mahram tau tak? Khinzir tu haiwan yang haram disentuh oleh umat Islam tapi tengoklah, lagi elok kita pegang khinzir dari pegang seseorang yang bukan mahram!

Rasa bangga ke bila pergi jalan-jalan sambil berpimpinan tangan tanpa rasa bersalah pada Allah? Tak takut ke dengan balasan Allah di akhirat nanti? Kalau dah sayang sangat, kenapa tak kahwin je terus? Nak pegang tangan pun tak dosa. Kenapa nak buat dosa sedangkan ada sesuatu yang boleh kita lakukan untuk elak diri kita daripada berbuat dosa?

Kalau sayang sangat, nikahlah dengan dia. Jadikan dia yang halal buat kamu. Bimbing dia ke jalan Allah. Jangan terus lalai.

Daripada,
Aku.

Friday, March 30, 2012

Ingatlah Wahai Wanita!


Daripada wanita,

Ingatlah wahai wanita,

Lelaki yang jahat itu sentiasa melirikkan matanya di setiap inci bahagian tubuhmu yang terdedah. Nafsunya sentiasa mencari jalan untuk melihat wajah, serta lenggok dan bentuk tubuhmu yang menawan.Sesungguhnya tubuhmu itu adalah hak bagi suami mu sahaja.

Ingatlah wahai wanita,

Sesungguhnya kejahatan yang engkau lakukan pasti akan menarik 4 golongan lelaki yang lain bersama ke dalam neraka. Iaitu ayahmu,suamimu,anak lelakimu serta adik-beradik lelakimu. Sedangkan kejahatan lelaki itu tidak akan menarik seorang wanita pun bersama mereka ke neraka.

Ingatlah wahai wanita,

Kepanasanmu bertudung, longgarnya pakaianmu, panjangnya lengan bajumu, panjangnya sarung kakimu, sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu ganjarannya syurga di akhirat kelak.

Kebaikan itu adalah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya (Riwayat Muslim)

Ibn Umar ada berkata, “Kebaikan itu mudah, muka yang berseri-seri dan perkataan yang lemah lembut.“Abu Darda’ pernah menyebut, “Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan“

Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa.Adakah seorang wanita itu menjadi harapan kepada bangsa sekiranya auratnya tidak dijaga dengan sempurna, peri laku akhlaqnya memualkan sesiapa yang melihatnya? Wanita yang tidak memelihara agama itukah yang bakal melahirkan generasi-generasi akan datang yang akan menyambung mata rantai perjuangan Rasulullah SAW?

Sesungguhnya al-Quran dan Sunah Rasul telah menunjukkan jalan untukmu wahai wanita. Segalanya terpulang kepadamu untuk memilih jalan Maryam, ibu kepada Nabi Isa as, ataupun jalan Ummu Jamil, isteri kepada Abu Lahab.

Namun sekiranya syurga itu impianmu, maka ketahuilah jalan ke syurga itu penuh dengan pelbagai kesusahan yakni engkau perlu mengawal kehendak nafsumu yang menggoda. Sekiranya, neraka itu cita-cita mu, maka ketahuilah sesungguhnya jalan ke neraka itu dihiasi dengan keseronokan-keseronokan yang bersifat sementara dan tidak kekal abadi.

Renung-renungkanlah...

Kepada,
Wanita-wanita yang lain.

Thursday, March 29, 2012

Dari Cik Manis pipi gebu..

teet..teet..ada mesej masuk pukul 3 pagi semalam:

dari awak,orang yang paling saya sayang..

                               Ya Allah,jaukanlah perasaan cintaku ini padanya jika dia bukan milikku,jika betul dia milikku,maka engkau dekatkanlah hati-hati kami.Hanya kepada Mu aku minta pertolongan..

                       Tak lena tidur sebab mesej awak ni.Dari malam sampai pagi.Terfikir-fikir apa yang patut saya balas.Saya tak pandai buat ayat puitis macam awak.Patut ke saya balas saranghae..aishiteru..uhibukafillah..I love u so much..Tapi tu cuma saya cakap dalam hati je lah..Kalau saya balas macam tu..nanti awak juga yang tak lena tido malam.Akhirnya saya balas:

         Kalau awak sayangkan saya,cari saya bila tiba masanya.Saya cuma nak hubungan yang halal antara kita.Saya nak jaga hati saya dan saya nak awak jaga hati awak.Kalau awak tak mampu,sila cari orang lain sebagai pengganti.Maafkan saya..

                      Bukan sengaja saya nak tinggalkan awak.Saya memang sayangkan awak.Tapi saya lebih sayangkan Yang Maha Esa.Tuhan yang telah menganugerahkan seorang kekasih sebaik awak.Sebab saya sayang awaklah,saya tak nak heret awak buat dosa.Dosa bercinta sebelum nikah..Biarlah kita terpisah untuk sementara dari kita terpisah selamanya di dalam neraka.Kalau memang ada jodoh antara kita,sejauh mana pun kita terpisah...satu hari nanti  kita akan tetap bersatu.


             Saya tahu sukar untuk awak terima semua ni.Saya pun sama.Rasa macam lain gila bila tak dapat nak dengar suara awak hari-hari macam dulu.Rindunya kat semua tu.Tapi kita kena sabar.Awak juga yang cakap syurga itu maharnya mujahadah..Kita kan nak hidup sama-sama kat syurga nanti..so,kenalah mujahadah kan.Kalau saya rindu awak,masih ada keychain love yang awak bagi ni..saya bawak pergi ke mana je.Kalau awak rindu saya,peluk je teddy bear yang saya bagi tu.

    Saya nak awak tahu,yang saya sayang awak sangat-sangat dan saya berharap awak  akan pegang tangan ayah saya masa akad nikah nanti.Awak yang akan sarung cicin kat tangan saya dan awak yang akan cium dahi saya sebagai sahnya saya menjadi isteri awak.Itulah saat yang paling bahagia yang saya nanti-nantikan.Sabar ye awak,tak lama pun.Saya tahu awak mampu.

Dari: Cik Manis pipi gebu..

Tuesday, March 27, 2012

[Kiriman] Cinta Halal.

Aku tujukan surat ini kepada Cinta Halal aku yang aku sendiri tak tahu siapa. 

Semoga kehadiran surat ini tak menggangu gugat naluri kewanitaan yang akan mengatakan jodoh mu sedang bersedih. Sedih. Ya, aku bersedih. Sedih kerana sering kali gagal dalam hubungan. Segeralah kau hadir dalam hidup wahai Cinta Halalku. Aku dah tak sanggup. Tak sanggup untuk meratapi pemergian. Apatah lagi untuk merasai kehilangan.

Kepada posmen, segeralah hantar surat ini. Agar penghuni syurga tahu bahawa aku sedang dambakan Cinta Agungku..





Pengirim : HafizMahmod




Saturday, March 24, 2012

Awak yang nak jadi baik..


Kepada awak yang nak jadi baik,

       Saya tahu memang susah nak berubah.Banyak yang awak kena korbankan.Kadang-kadang awak rasa tak mampu nak berubah jadi baik,rindu sangat dengan zaman seronok dengan dosa macam dulu-dulu.Tapi percaya lah awak,awak akan dapat ganjaran yang lagi hebat kalau awak betul-betul berusaha nak jadi baik.Dan Cuma awak je yang boleh ubah diri awak sendiri.Allah takkan ubah nasib Sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri.

    Awak selalu Tanya saya,macamana nak jadi baik?awak kata kena kenal dulu baik tu macamana barulah boleh amalkan.Tak kenal maka tak cinta.Senang je awak,baik tu bila awak buat apa yang Allah suruh dan jauhi apa yang Allah larang.Macam skema SPM je jawapan saya kan.Tapi itulah skema Allah dan Rasul.Amar makruf nahi mungkar.Itu je yang awak kena buat.Tak susah pun kalau awak betul-betul berusaha nak jadi baik.

     Awak,walaupun awak solat cukup 5 waktu tapi awak main bola kat padang pakai seluar pendek,itu tak cukup baik lagi sebab aurat awak tak jaga.Kalau awak tutup aurat dengan sempurna tapi suka pegang tangan  perempuan pun tak cukup baik lagi,sebab dalam islam kena jaga batas pergaulan.Mungkin awak rasa susah sangat nak ikut semua tu,awak tak bebas nak buat apa saja macam dulu.Ikut hawa nafsu awak.Tapi mana yang awak pilih,bahagia kat dunia ke kat akhirat?Kalau awak ikut nafsu,awak akan bahagia di dunia je.Kalau awak ikut Allah dan Rasul,awak akan bahagia di dunia dan di akhirat.Pilihan di tangan awak.

       Yang paling awak kena jaga ialah solat.Jangan solat  semata-mata sebab tuntutan dalam islam.Tapi solat lah dengan ikhlas.Faham setiap ayat dan gerak geri dalam solat,barulah awk rasa solat tu adalah perkara yang sangat menakjubkan.Solat tu sangat penting.Sebab tu orang cakap solat adalah tiang agama.Kalau solat kita sempurna,mesti urusan lain akan dapat dilaksanakan dengan mudah.

     Awak mesti pernah main domino masa kecik-kecik dulu kan.Awak susun mainan tu,lepas tu tolak satu dan semua akan jatuh.Islam pun macam tu,bila solat dan ibadat kita sempurna,secara tak lansung  cara hidup kita akan menurut syariat.Hal aurat pun akan settle dan bila hal aurat settle,jadi tak susah untuk awak jaga ikhtilat(pergaulan).Tak susah kan awak,kalau nak berubah jadi baik.Awak Cuma kena jaga solat je.Dan solat akan jaga semua cara hidup awak yang lain.Solat memang memberi kesan yang sangat mendalam dalam hidup kita kalau kita fahami dan lakukan solat dengan sempurna.Sebab tu solat dianggap sebagai tiang agama.

       Saya harap awak akan kuat semangat dan berusaha untuk menjadi orang baik.Awak memang baik,tapi tak salah kalau awak berusaha menjadi lebih baik.Saya bangga ada sahabat macam awak.Yang selalu ada di sisi saya dan kita akan berusaha bersama-sama untuk jadi baik.Awak ingat tak apa yang Allah pesan dalam surah Al-Ashr “sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan-pesan”.Saya tak nak jadi orang yang rugi dan saya pun tak nak awak jadi orang yang rugi.Sebab tu awak kena ada untuk saya dan saya kena ada untuk awak supaya kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.Barulah kita boleh jadi baik.

Last,saya nak awak tahu yang saya sayang Awak kerana Allah Taala..Uhibukafillah.

Sekian,
Kawan awak yang nak jadi baik.

Friday, March 16, 2012

Cinta.. Apa maksud cinta?



Kepada,
Cinta.


Cinta. Sungguh kehadiranmu amat membahagiakan hati-hati insan dan kehadiranmu juga melukakan hati-hati insan sehingga tidak ditemui penawarnya. Cinta, apakah maksudmu yang sebenarnya? Adakah cukup engkau mengatakan bahawa engkau ialah perasaan sayang yang terjalin dalam hati dua insan yang berbeza. Adakah maksud cinta yang engkau mengertikan hanya fitrah semata-mata? Jika begitu, mudah sungguh engkau mentafsir dirimu, Cinta. 

Sedarkah engkau Cinta bahawa dirimu ialah perasaan yang dianugerahkan oleh Tuhan untuk setiap hati manusia. Ungkapan cinta fitrah sahaja tidak sempurna, cinta mesti dipandu dengan ilmu, disubur dengan iman, disalurkan mengikut syariat dan dihiasi oleh akhlak. Oh Cinta, ketahuilah, hubungan antara manusia dimulakan dengan perasaan cinta tapi itu sahaja tidak cukup. Cinta, kau sepatutnya harus sempurnakan hubungan itu dengan tanggungjawab dan sebaik-baik cinta ialah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab.

Cinta,

Pernahkah engkau dengar? Untuk mengekalkan cinta, seseorang itu perlu meletakkan asas cinta pada cinta Tuhan. Oleh sebab itu Cinta, kemudilah tuanmu ke arah jalan yang boleh mendekatkan dirinya dengan Tuhan Yang Esa. Ingatlah satu hal Cinta, cinta yang meminggirkan cinta Tuhan adalah rendah mutunya dan tidak tahan diuji. Justeru itu Cinta, letakkanlah dulu perasaan cintamu pada Tuhan Yang Satu, pasti cinta yang lainnya sentiasa kekal bersatu. 

Hakikat yang perlu engkau tahu Cinta, cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan atau sesuatu hubungan sebagai kebun percintaan. Sentiasa subur menghijau. Walaupun kadangkala  bergolak, namun atas dasar ibadah, tanggungjawab, cinta dapat dibina semula. Malah cinta sesama insan akan dipacu ke arah cinta selamanya, di syurga! Bukankah itu lebih baik, Cinta?

Cinta,

Simpanlah bait-bait warkah ini dalam hatimu dan ingatlah akan perkara yang paling penting, hubungan dan perasaanmu itu hanya akan berharga dan menjadi sumber pahala apabila ikatan yang sah telah terjalin dan di situlah wujudnya cinta sejati sesama manusia. Oh Cinta, fikirkanlah sendiri. Sekian dulu Cinta. Peliharalah rasa cinta itu baik-baik ya. 


Daripada,
Pencinta Setia.

by cik shiqah.

Wednesday, March 14, 2012

Untuk Tanah.

Untuk tanah yang bakal menimbus aku,

Bila celik mataku ini, aku memijak kamu dengan kasar. Kadang-kadang terlalu kasar disebabkan terlajak tidur. Maafkan aku tanah, aku terpaksa berlari. Aku terasa banyak dosa bila dahi aku terlewat menyentuh tanah menyahut seruan Illahi. Di tanah ini jugalah aku sering melakukan dosa dan maksiat, melawan cakap ibu bapa dan memusnahkan hubungan aku dengan kawan-kawan.

Bertemu cinta juga di atas tanah, menghadap cinta yang sejati di dalam tanah. Mampukah aku ?

Kasihanilah aku wahai tanah, saat aku berada di dalam mu. Kau jagalah jasadku dengan sempurna. Kau halanglah ribuan ulat yang cuba menggigit diri ini. Aku ingin tenang bila berada di situ. Seksaan di situ amat dahsyat untuk di bayangkan. Aku tak mampu.

Tercipta aku dari tanah, akan kembali menjadi tanah. Tanah yang gersang, tiada berteman. Di sekeliling cuma sekujur jasad tidak bergerak.

Yang sering lalai di dunia,
Hamba Allah