Wednesday, May 9, 2012

Tak takut ke?


Kepada lelaki dan wanita di luar sana,

 Ini cuma satu luahan. Harap korang tak terasa hati. Cuma aku ingin menyatakan rasa tak puas hati aku bila tengok lelaki dan perempuan pergi jalan-jalan sambil berpegangan tangan tanpa ada hubungan yang halal. Berjalan-jalan ke sana ke sini sambil berpegangan tangan walaupun baru jadi kekasih. Tahu tak dosanya pegang seseorang yang bukan mahram bagi kita? Lebih baik pegang khinzir daripada pegang orang yang bukan mahram tau tak? Khinzir tu haiwan yang haram disentuh oleh umat Islam tapi tengoklah, lagi elok kita pegang khinzir dari pegang seseorang yang bukan mahram!

Rasa bangga ke bila pergi jalan-jalan sambil berpimpinan tangan tanpa rasa bersalah pada Allah? Tak takut ke dengan balasan Allah di akhirat nanti? Kalau dah sayang sangat, kenapa tak kahwin je terus? Nak pegang tangan pun tak dosa. Kenapa nak buat dosa sedangkan ada sesuatu yang boleh kita lakukan untuk elak diri kita daripada berbuat dosa?

Kalau sayang sangat, nikahlah dengan dia. Jadikan dia yang halal buat kamu. Bimbing dia ke jalan Allah. Jangan terus lalai.

Daripada,
Aku.

4 comments:

GrApE@KhAiRuL said...

salam..btul 2,budk2 sekarg bnyak yg cm 2,dh xpk sal agama,yg pnting dpt puaskn nafsu diorg...:(

Amira Atiya said...

betul moon aku pon sakit hati. hmmmm

Qaseh said...

satu suara pernah berkata kepada kawan lelakinya..

adalah lebih baik kau memegang babi dari tangan kekasih kau, haramnya tetap sama.
cuma nya dengan babi, kemaksiatannya tidak ada.
pada kekasih pula, takut2 ia berlanjutan kepada keharaman yang kedua,ketiga...

si ngokngek said...

ye lar,pegang khinzir boleh samak..pegang orang yg bukan mahram sendiri fikir lar..