Friday, July 6, 2012

Rindu Semilir Dingin Lebat Hujan



Duhai hujan,

Kenapa kau begitu kejam? Datang terlalu kejap sa-kadar membasah tanah gersang, memberi hawa dingin yang hangat matarinya masih jelas membungkam. Aku mahu kau turun lebat-lebat. Aku mahu hanyut lemas dalam nikmat kesejukan rasa yang kau zahirkan. Aku mahu kau. Aku mahu kau turut sama rasa derita yang aku rasa. Aku mahu lenjun disirami kau agar mereka tidak nampak aku sedang menangis bersama kau, juga bergembira dengan kehadiran kau. Aku hanya mahu kau.

Dalam pekat malam ini, aku takut. Aku takut keseorangan karena memang aku senantiasa ditinggalkan sa-orang. Mari datang temani aku yang kesepian ini. Aku sudah telah bunyi petir yang kau lemparkan. Aku tak kisah asalkan saja kau turut sama ada lebat. Semilir angin itu aku perlukan untuk secebis ketenangan. Jiwa ini mampir polos kau tinggalkan. Walau aku tampak tenang di permukaannya, gelodak di dasar ini hanya mampu aku pendamkan. Simpan dan telan.

Hujan, moga datang sekejap lagi. Aku tunggu kau di pembaringan. Jangan sampai aku terlena menanti dengan harapan karena ia membuahkan kekecewaan di akhirnya. Aku sudah cukup dikecewakan. Sakit lagi memeritkan. Jadi, sudikah kiranya kau temani aku sepanjang malam ini dengan lebat dan hawa dingin mendamaikan?


Tempayan kontang

1 comment:

blog-tips-kurus said...

boleh jadi banjir kilat kalau hujan turun tanpa henti...