Saturday, August 18, 2012

[Kiriman] Wahai Insomnia Bisu


Bahagia ke perasaan aku sekarang? Kadang-kadang aku sendiri tak pasti aku bahagia atau terdera oleh perasaan rindu yang tak pernah surut. Sampai bila aku akan terus begini? Menanggung sebuah rindu dan cinta yang tak bersambut oleh seorang lelaki yang aku gelarkan sebagai Insomnia Bisu. Insomnia sebab dia memang pengidap insomnia. Bisu sebab dia sentiasa bisu bila aku menyapa di facebook. 

Mesej dihantar tak pernah berbalas. Terasa seperti aku hantar surat pada sebuah rumah tanpa penghuni. Cuma masuk dalam peti surat tapi tak ada sape yang membaca dan menyimpannya. Sebenarnya aku tak pernah berharap dia akan membalas setiap kali aku mesej padanya. Aku seolah-olah dah mangli dengan sikap tak layan @ buat don\'t know dia pada aku. Kalau sedih pun sekejap saja. Sebab dah macam2 yang aku dah rasai dalam hati sepanjang aku mencintai dia dalam hati ni. Sampai aku rasa, apa yg aku rasai sekarang ni sebenarnya dah tak penting lagi dan tak perlu diungkapkan lagi untuk dia fahami.

Aku yakin, dia sememangnya dah faham semasak-masaknya apa yang aku rasa dan fikirkan pasal dia. Dia tahu aku cintakan dia...dia tahu aku rindukan dia...dia tahu yang aku ingin dekati hanya dia...dia tahu segala-galanya. Dan aku jugak yakin yg sesekali dia ada visit blog ni membaca semua luahan hati aku. Aku pasti dia dah faham aku sangat-sangat. Aku tak perlu nak buat dia lebih faham lagi. Aku tak perlu lagi menulis dalam blog mengungkap rasa cinta dan rindu ni lagi untuk menggetarkan jiwa dan hatinya. Sebab aku rasa cinta aku yg ikhlas kerana ALLAH , dengan doa-doa aku tentangnya yg tak pernah putus setiap hari, dengan solat hajat yang tak pernah kenal erti jemu dan putus asa...dengan sujud yang penuh harapan dan deraian airmata kerinduan yang teramat sangat telah mampu menggegarkan takdir cintaku di Luh Mahfudz. Cuma takdir yg kekal dan yg sebenarnya telah sedia ditetapkan oleh Allah s.w.t belum mampu aku mengubahnya kerana itu adalah takdir yg termaktub sejak azali...Tiada siapa yg dapat mengubahnya pasti...

Betul ke seseorang lelaki kalau dia dah sukakan seseorang tu maka dia akan berusaha mengejar cinta dan diri perempuan yg dicintai itu? Jadi maksudnya memang dia tak cintakan aku langsung walaupun aku dah berusaha untuk memenangi hatinya? Sebab dia tak pernah respon pada aku? Tak pernah mengejar aku? Hanya aku yang mengejar dia sedangkan dia terus lari semakin jauh meninggalkan aku dibelakang...

In case kalau dia singgah lagi ke blog ni, dan kalau awak baca entri ni, satu je saya nak awak faham. Buat masa ni saya belum mampu nak singkirkan cinta dan rindu saya pada awak. Mungkin awak anggap saya seperti orang gila yang tak nak terima kenyataan. Tapi walaupun saya \'gila\' mencintai awak, saya masih waras dan mendoakan awak dari jauh. Saya tak pernah paksa awak untuk terima cinta saya. Saya tak pernah buat lebih dan melampau dari sekadar yg saya lakukan iaitu meluahkan rasa cinta dalam blog. Kalau nak diikutkan rasa hati yang tanpa iman di dada, nak je saya kejar cinta awak sehingga ke bilik tidur awak. Nak je saya paksa awak untuk terima cinta saya sehingga awak tak mampu bernafas dan akhirnya akur pada kekuatan cinta saya. Nak je saya temui mana2 dukun, pawang atau bomoh terhebat dan menaburkan bisa voodoo yg dapat membuatkan awak tunduk pada cinta saya. 

Tapi..seperti yg saya katakan. Saya cintakan awak KERANA ALLAH. 
Cinta itu takkan saya cemari dan saya hanya akan minta Allah jaga awak dan memudahkan langkah-langkah awak menjalani hidup sehari-hari melalui doa-doa saya yang lebih ampuh dari semburan kata-kata serapah. 

Hanya itu yang saya nak awak faham.... 

kiriman : Aku Cinta Dia

3 comments:

LadyBird said...

pepatah ade menyatakan.. cintailah orang yang mencintai kita.. lebih2 lagi bg seorang wanita.. kerana hati wanita mudah untuk dipupuk untuk menerima cinta lelaki, ttp cinta lelaki sukar untuk diberi pada yang bukan dicintai..

Xilia said...

hanya takdir penentu segalanya. tak salah berusaha. tapi jgn sampai menyeksa jiwa...

Unknown said...

cinta itu akan lebih indah jika ia bertemu cinta yang membalasnye

jadi kalau benar cinta kerana Allah, lepaskan die apabila dia tak menerima cinta itu