Tuesday, March 13, 2012

Rindu

Kepada hujan,

Terima kasih wahai hujan. Kau datang menyirami permukaan ku yang sedang tandus. Malah makin gersang dek lapisan ozon yang makin menipis. Ku panjatkan syukur setingginya kepada yang empunya kerna dingin yang datang berserta manik-manik yang indah dari langit. Sepertinya hati ini, kadang terlalu berharap agar engkau datang pada kala terik mentari yang menyakiti. Hati ini merintih sedih, tapi kau tiada menemani. Hati ini begitu pilu tanpa kau di sisi. Kita ibarat pasangan bercinta. Tidak lengkap jika salah seorang tiada. Rindu ku mula terdetik di saat kali terakhir kau datang. Tapi aku faham, kau terpaksa bergilir dengan menunggu giliran sebelum tiba masa kau datang. Walau bukan musim, aku menaruh harapan untuk kau datang supaya rumput-rumput hijau menari keriangan. Andai katak bersahutan, itu menandakan mereka gembira tidak sepertinya datang si terik yang tiada siapa alukan.

Wahai hujan, kekalkan dingin ini agar aku sentiasa mampu tersenyum dengan hawa yang kau beri. Biar siang mahupun malam, aku tetap setia menanti kau datang lagi suatu hari nanti.

Yang rindu,
Bumi

3 comments:

AMIRA ATIYA said...

tolong hujan sirami hati bumi ini yang telah kering. Haish.

Bidadari Syurga said...

hujan memberi rahmat kepada sebahagian yang lain... sementra sebahagian lagi menunggu giliran...

ps: aku suka entry kau... tenang aja baca...

APi said...

@amira atiya
mungkin juga hati manusia itu sekali.. =)

@bidadari syurga
terima kasih sudi datang sini.. =)