Friday, March 16, 2012

Buat awak, sang bidadari

Kepada bakal isteriku,

Hai, apa khabar awak? Kita mungkin belum pernah berjumpa, atau kita mungkin sudah kenal lama. Hari itu, kita telah dijanjikan untuk terikat bersama. Siapa awak? Entah, saya belum pernah tahu siapa awak. Tetapi, biarpun begitu, saya pasti dengan perasaan saya. Hari itu bakal jadi salah satu hari kebahagiaan saya. Mungkin, pada saat lafaz nikah itu disahkan, hati saya akan terdetik kegembiraan. Mungkin saat awak dihalalkan untuk saya, akan mengalir air mata kegembiraan. 


Awak, mungkin saya tak pernah menyangka awaklah orangnya. Atau mungkin awak orang yang selama ini saya tunggu untuk jadi hakmilik saya. Namun yang pasti, siapa pun awak, saya akan terima awak seadanya. Saya akan menyiapkan diri saya, secara minda dan jasad saya. Khas untuk menerima awak seadanya.


Awak, saya tahu, peranan sebagai ketua keluarga ini bukannya ringan. Saya punya tanggungjawab yang besar sebagai imam untuk awak. Jadi, saya akan berusaha menyiapkan diri saya untuk menjadi imam yang baik. Mungkin saya tidak mampu untuk membimbing orang lain, namun saya akan berusaha untuk mampu membimbing awak dan keluarga kita. Andai ada kekurangan saya nanti, awak tegurlah, agar saya mampu untuk menutup kembali kekurangan itu.

Awak, awak tahu kan, wanita itu adalah tulang belakang bagi seseorang lelaki? Di sebalik kejayaan lelaki itu pasti akan ada wanita. Jadi, saya harap agar awak akan jadi penyokong utama saya nanti. Penyokong utama yang mampu memberi saya dorongan dan sokongan, baik susah mahupun senang nanti. Saya mahu awak jadi penyokong nombor satu saya. #senyum

Ini sahaja permintaan saya untuk awak. Saya tak perlukan rupa paras awak untuk menjadi yang tercantik di kalangan manusia. Cukup sekadar tercantik di hati saya, bidadari duniawi saya. Jika diizinkan, jadilah bidadari saya di akhirat sana jua. Sekian, buat awak.

Yang mendamba,
pemuda jiwang seketika.

8 comments:

Akim Iqbal said...

peh peh peh !

Bulan @ Moon said...

comelnya surat ni :)

aKu said...

awaresome :]

jiwakritikal said...

jg untuk calon suamiku... :)

Cangkul Emas said...

GR for Suami! lelong lelong lelong!

GR said...

lelong lelong. mana ada orang mau beli. haha

Sya_Merpati Putih 88 said...

sweet nye...memang puitis..=)

umie iryz said...

mnx share gmba yee..tq