Wednesday, March 21, 2012

Moirai (2)


Asalamualaikum,

     Amin, mak tahu ini kerja gila, tetapi mak rindu sangat kat Amin. Sepagi sabtu mak duduk di sini dan berdoa pada ILAHI. Supaya dekat mana pun Amin sekarang, Allah akan pelihara Amin. Sepagi ini juga lah mak duduk dan menulis surat untuk Amin, sebab mak rindu sangat. Mak rasa Amin tak marahkan pada kawan Amin tu, kan? Basyar tinggalkan pau kegemaran Amin kat sini. Tapi dah berkulat. Dia rindu sangat kat Amin. Mak pun begitu. Menitis air mata mak baca surat dia untuk Amin. Inikan lagi mak menulis surat untuk Amin, pipi mak kebasahan. Dulu Mak ada Amin untuk lapkan air mata Mak. Mak datang sini sebab mak sunyi sangat. Kami tahu, Amin takkan datang sini lagi.

     Muhaimin, nama ni ayah yang bagi. Katanya, kawan dia dulu namanya Muhaimin. Orang nya bijak. Arif dunia dan akhirat. tak silap keputusan mak bersetuju dengan Ayah. Amin sentiasa senangkan hati mak, gembirakan hati mak kadang-kadang mak meminta terlalu banyak dan di luar jangkaan Amin, Amin masih dapat tunaikan. Amin sokong hujah-hujah mak bila bertengkar dengar Ayah kamu walaupun Amin tau mak sebenarnya salah. Mak rindu sangat kat Amin. Mak tak harapkan Amin pulang, sebab itu bukanlah ketentuan ILAHI. Mak tahu itu. Mak masih waras, Min.

     Izinkan mak beransur pulang. Ingat, Amin sentiasa di hati mak, adik-adik, Ayah. Semalam kami ke restoran rumah hijau, sebab kat situ la Amin belanja kami semua makan mula-mula Amin dapat gaji. Seronok sangat. Tapi tak se-seronok dulu. Masa Amin ada dulu.

Nanti kita pasti akan jumpa, mak akan peluk Amin kuat kuat.

Salam sayang dari mak, mak balik dulu.

(surat terdahulu - Moirai)

1 comment:

EZAN IDMA said...

amin,. tenang di sana ya :)