Thursday, March 15, 2012

Kita Bukan Orang Asing Lagi.



Kepada kau,

Kau dengan aku tak pernah bercakap. Aku buat hal aku, kau buat hal kau. Aku ke Utara, kau ke Selatan. Jumpa dekat mana-mana, masing-masing buat bodoh aje. Kita bukan kawan. Kita orang asing. Itulah istilah yang aku bagi dekat hubungan kita tapi bila kau cakap ‘Hi’ dekat aku hari tu, serta-merta istilah orang asing tu dah hilang. 

Maafkan aku sebab tak balas ‘Hi’ kau hari tu. Aku terkejut. Sangat terkejut sebab orang yang tak pernah cakap dengan aku, dengan tiba-tiba tegur aku. Aku ingatkan kau tegur kawan-kawan kau yang sedang sibuk bekerja bersama-sama aku. Memang bila ada orang tegur, perkara tu tak pelik tapi yang peliknya, orang yang tegur aku tu adalah kau! Kalau orang lain, mungkin aku akan selamba aje. Maafkan aku juga sebab dah buat muka kau jadi merah hari tu. Aku tak bermaksud nak buat kau malu. Langsung tak! Dan disebabkan itu jugalah, aku mula serba-salah. Aku mula jadi tak tenang. Aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh jadi macam tu. Padahal, bagi orang lain itu perkara biasa tapi aku tetap tak tenang. Akhirnya, aku hantar mesej dekat facebook kau. Kalaulah kau tahu betapa malunya aku masa tu. Nak menaip pun, aku fikir berulang kali. Bila nak tekan butang send, makin menjadi-jadi debaran aku.

Awak cakap ‘Hi’ semalam dengan siapa? Maaf sebab tak balas kalau awak cakap dekat saya. Saya ingatkan awak cakap ‘Hi’ dekat kawan-kawan awak.

Aku menunggu. Menunggu dengan hati yang berdebar-debar. Rasa nak gugur jantung aku ni bila kau balas. 

Saya memang tegur awak pun semalam. Tak apa, tak payah mintak maaf.

Dan entah kenapa mula berputik perasaan lain dekat hati aku. Dari orang asing, hati ni mula kata kau dah jadi kawan aku. Tapi kita tak pernah bercakap secara berdepan. Kita cuma bertegur sapa dekat facebook. Sejujurnya, aku lebih selesa macam ini. Aku tak nak orang mula buat cerita yang bukan-bukan pasal kita. Aku rasa kau pun fikir benda yang sama, bukan?

Dah dekat 4 bulan sejak peristiwa kau tegur aku berlalu dan makin lama, makin aku rasa yang kau penting buat diri aku. Kalau tak, takkanlah aku serba-salah sangat bila tak balas ‘Hi’ kau hari tu kan? Kita tak selalu bercakap, tapi aku nak kau tahu yang aku sentiasa mendoakan kau. Moga kau berbahagia selalu. 

Daripada, 

Aku.



7 comments:

Cangkul Emas said...

naseb baik bukan yang IM conversation berbunyi begini:

Hi.
Wanna laugh?
Is this you in this video?

AMIRA ATIYA said...

moon... aku sengih panjang... hahahhaa dah pandai eh kau sekarang. lolololol

Akim Iqbal said...

Hahahaha.. +1000 untuk komen kat atas aku ni

Bulan @ Moon said...

Cangkul : Hahaha! Kalau yang tu, memang tak layan dah. Sah-sah tahu yang tu virus :)

Mia : Amboi kau, Mia! Blushing dah aku. Hahaha!

Akim : Kemain ye. :P

|| Gadis said...

Hehehhehe . HAmbuii :)

APi said...

gua nak hi jugak la..
ai bulan purnama indah mekar bak mawar yang sedang berbunga di musim salju..
eh

Bulan @ Moon said...

Gadis : Hambuii! :P Tahu dah sape ni. hehee

APi : Hi Api! Hahahaha!