Monday, March 19, 2012

[Kiriman] Kau dan aku tiada lagi cinta.

kau yang pernah kucintai

assalamualaikum awak, semoga sihat nun jauh disana,
awak...
ingat tak pada saya ...
sayalah gadis bertuah yang memiliki hati awak suatu ketika dahulu,
sayalah gadis malang yang sentiasa disakiti oleh si kasanova cinta,
sayalah gadis yang selalu menangis dikala hati gundah gulana, dan awak pula...
si lelaki pencuri cinta,awak dah curi cinta dari hati saya..
selama 6 bulan kita menyulam cinta,
selama 6 bulan juga kita berjanji setia,
tapi kemana awak selepas 6 bulan?
sepi tanpa berita?
saya mengharapkan awak kembali menyinari kehidupan saya,
saya tahu kita harus redha dengan ketentuan yang kita harus memutuskan ikatan,
tetapi janganlah memutuskan ikatan persahabatan antara kita..
saya rindukan suara awak, saya rindukan petikan gitar awak,saya terlalu rindukan wajah awak..
tolonglah jangan menyepikan diri,hati saya sakit mengenangkan kebahagian yang telah kita cipta,
apabila saya rindukan awak,saya mengadu pada tuhan yg Esa,semoga sampaikan kerinduan saya untuk awak,
saya sayangkan awak sampai bila-bila,jika bukan kerana kasih ,saya akan sayangkan awak sebagai seorang kawan,
saya mendoakan yang terbaik demi kebahagian awak, dikala hati ini masih berkesempatan untuk bebicara,
ingin saya lafazkan \"saya menyanyangi awak kerana awak menyayangi saya \"

yang ikhlas mencintaimu 
stb

pengirim : surat tidak bersetem

1 comment:

Cangkul Emas said...

petikan gitar. irama syahdu yang bisa mencairkan hati.