Sunday, March 25, 2012

Si Bujang bercanda sendiri

Dari aku,

Dahulu kita sama-sama membina istana pasir di pantai ini. Kita sama-sama menanam diri di sini. Kita sama-sama lari berkejaran di sini. Pabila kau menyuarakan kebosanan, ku petik gitar dan alunkan muzik kegemaranmu itu. Indah sungguh kenangan ketika itu. Terasa aku dan kau ibarat terbang melayang sambil berpegangan tangan di atas langit cinta.

Tapi semua itu dulu. Hanya kerana satu ketidak sempurnaan, kau curang dengan aku. Apa salah aku? Apa dosa aku sehingga sanggup kau berbuat begini? Apa dosa aku sehingga sanggup kau bergomol dengan jantan lain? Ketika kau tiada rumah dan tempat bergantung, siapa yang bawa kau pulang dan menyayangi kau lebih dari ibu bapamu? Aku tak pernah minta balasan. Yang aku harapkan hanya keikhlasan mu membalas cintaku.

Ternyata aku hanya melepaskan batuk di tangga (kau faham peribahasa ni? Aku nampak macam best aku letak je). Kau itu ibarat kacang lupakan kulit, pensil lupakan penutup, teddy lupakan bear! Kau mesti pelik bagaimana aku dapat kesan kerja kotor kau itu kan? Bukankah kau lupa yang kau bergurau senda dengan jantan itu di rumah aku? Dasar betina tak guna. Engkau nak bukti? aku tunjukkan bukti! Nah! Tengok gambar yang aku sertakan sekali dalam poskad ini!


Pabila tibanya surat ini di hadapan mata kau, kau patut tahu yang kau telah pun dihalau dari rumah ini. Pergilah kepada jantan itu. Kau hanya akan mengotorkan penglihatan aku.

Sekian, wassalam.



Untuk,
Si Comel.


Aku zoom dari jauh sahaja.

2 comments:

Anonymous said...

:'( Sabar bro

jhnrdzi said...

melepaskan BATOK di tangga.

BATOK tu sejenis alat nak simpan air. Orang zaman dulu pakai BATOK. Tapi bila translate daripada jawi kepada rumi, terjadilah BATUK. Entah kenapa batuk dekat tangga pun aku tatau.

Ini lucah ._.