Friday, March 23, 2012

Dari Pejabat Pos Syurga 4 : Surat Anda.


Langit, 23 Mac : Setelah hampir seminggu beroperasi Posmen Ke Syurga menerima banyak surat daripada para pengirim. Terima kasih Posmen Ke Syurga ucapkan. Tentang surat-surat yang dihantar ke pejabat pos Posmen Ke Syurga, ada beberapa perkara yang ingin dimaklumkan.

  1. Pastikan yang surat anda itu berupa surat, kepada.... daripada...... dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kita panggil kepala surat. Jadi PKS tak perlu mencipta kepala surat untuk anda, biar semuanya datangnya dari penulisan anda sendiri.
  2. Surat dalam bahasa Inggeris, bahasa Indonesia, bahasa yang boleh difahami oleh pihak PKS juga boleh dihantar.
  3. Surat yang dihantar boleh juga dalam format surat rasmi, email, telegram, faks dan pesanan suara.
  4. Anda perlulah menggunakan bahasa yang betul. Yang bahasa Melayu, ejalah yang sebetulnya. Begitu juga dengan bahasa lain. Contoh  Bile = bila, jew = aje/sahaja/saja
  5. Anda dikehendaki menggunakan ejaan yang betul dan bukan disingkatkan ejaannya. Contoh, dlm = dalam, Awk = awak. 
  6. PKS masih menanti surat-surat genre selain genre cinta seperti sarka, keluarga, islami, lawak dan sebagainya.
  7. Surat berisu sensitif minta dijauhkan seperti seks, perkauman, dan politik melampau.
  8. Selepas anda menghantar surat satu email balasan akan diterima untuk memaklumkan masa surat akan disiarkan. PKS akan cuba respon secepat mungkin surat anda.
  9. Surat Pengirim diposkan pada setiap hari pada pukul 3 petang. 1 surat sahaja akan dipos dalam satu hari.

Hantar sahaja surat anda. Tak perlu ayat sastera hebat sampai petala langit ke tujuh. Tulis apa yang ada dalam hati. PKS akan berusaha pos surat anda secepat mungkin. Sekian sahaja berita hari ini dari pejabat pos ke syurga =)



No comments: