Friday, March 16, 2012

Dari Pejabat Pos Syurga 3 : Para Posmen Ke Syurga

LANGIT, 16 MAC : Alhamdulillah daripada 12 Mac hingga 15 Mac 2012, blog Posmen Ke Syurga mendapat sambutan yang baik daripada penghuni maya. Blog PKS mendapat pelbagai jenis surat yang menarik. Setelah beberapa hari nampaknya pencarian sepuluh orang posmen telah pun cukup sejak semalam. Maka disini blog PKS ingin mengenalkan para posmen yang berkerja tanpa gaji disini sejak beberapa hari lepas.

1. Amira Atiya posmen yang emosi
2. Api posmen yang misteri
3. GR posmen yang pelik
4. Naqib posmen yang minat nombor
5. Kaizen posmen pantai timur.
6. Bulan posmen yang coolio
7. Cangkul Emas posmen yang sarkastik
8. SNJ posmen jiwa-jiwa
9.Akim Iqbal posmen yang mencintai langit
10. Pemuzik Jalanan seorang posmen jalanan

Surat daripada posmen Naqib, Pemuzik Jalanan dan SNJ akan keluar tidak lama lagi. Klik pada nama-nama posmen untuk melihat surat-surat mereka. Untuk makluman, surat daripada posmen akan dipos pada pukul 9 pagi dan 9 malam. Manakala surat pengirim akan dipos pada pukul 3 petang. Seterusnya buletin pejabat pada pukul 3 pagi pada hari tertentu. Untuk melihat blog-blog para posmen boleh klik pada tab diatas yang tertulis para posmen.


No comments: