Saturday, March 17, 2012

Biarlah Aku Mencintaimu Secara Diam.

Kepada awak,

Saya mencintai awak secara diam. Saya menjaga awak secara diam. Awak bersedih, saya bersedih. Awak gembira, saya pun turut gembira. Bukan kerana diri ini pengecut tapi kerana diri ini takut. Takut terlampau leka dengan cinta dunia sehingga lupakan cinta yang kekal abadi iaitu cinta Ilahi. Biarlah saya mencintai awak secara diam sehinggalah tiba masa yang sesuai. Masa yang sesuai yang bakal menentukan sama ada saya akan menjadi yang sah buat awak ataupun tidak. Mana-mana keputusan pun, saya redha kerana saya tahu Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita berdua. Andai ada jodoh, insya-Allah Allah akan satukan hati saya dan hati awak. Buat masa sekarang, biarlah saya mencintai awak secara diam

Daripada,
Dia yang mencintaimu secara diam.

4 comments:

Cangkul Emas said...

diam lebih baik dari berkata-kata? nah, baik cakap sebelum terlambat.

Amira Atiya said...

aku setuju dengan cangkul. hahahaha

Bulan @ Moon said...

cangkul : hahaha! insyaAllah one fine day.

amira : kalaulah benda tu senang...

me said...

nampak moon!! yeyh, joget2. eh2, nak cakap. biarlah hati kita ni Allah pesongkan pada arah yang Dia redhai. kita simpan rasa tu sekarang mungkin sakit rasanya, tapi sapa tau, kuasa Allah. tak mustahil, manis hasilnya..:))