Monday, March 19, 2012

Surat Cinta Untuk Mr.Unknown.



Kepada awak,

Nampak tak bintang-bintang tu? Itu untuk awak :) Saya buat khas untuk awak bintang-bintang dengan swan tu. Saya cakap dekat kawan saya yang balang kaca yang dipenuhi dengan bintang-bintang dengan swan tu akan jadi hantaran kahwin saya untuk awak nanti :) Lepas tu saya nak awak baca setiap pesanan saya yang saya tulis dekat setiap swan yang saya buat tu :) Jangan bimbang sebab saya akan ajar awak buat balik swan tu supaya balang kaca tu kita boleh letak dalam almari. :D HAHAHA! *maaf, saya gelak macam orang tak betul -.-

Kepada awak,

Saya ni tak baik mana. Banyak kekurangan saya tapi saya harap awak mampu bimbing saya. Ajaklah saya ke arah kebaikan ye, awak. Bawaklah saya pergi solat berjemaah dekat masjid tapi kalau awak jadi imam saya dekat rumah pun tak apa :) Asalkan kita solat berjemaah bersama-sama. :') Bersama-samalah kita mendekatkan diri dengan Allah ye kerana kita bersama-sama pun kerana izin Allah, betul tak? Saya suka jugak kalau awak kejutkan saya untuk qiam bersama-sama awak. Sejuk hati saya bila tengok awak yang sudah siap berbaju melayu menanti saya untuk qiam bersama-sama :) InsyaAllah ye, awak...

Kepada awak,

Selalulah bagi nasihat dekat saya ye :) Saya kadang-kadang tu banyak buat perangai yang tak elok. Saya suka bercakap kasar dengan orang. Awak, nasihatkan saya tau :) Saya tahu apa yang awak tegur pasal saya adalah demi kebaikan saya jugak. Itu tandanya awak cintakan saya kerana Allah dan awak tak sanggup tengok saya terus buat dosa kan? :) InsyaAllah, saya pun akan buat perkara yang sama supaya kita sama-sama berusaha menjadi lebih baik kerana kita berdua kan nak bercinta hingga ke Jannah :) InsyaAllah ye, awak...

Kepada awak,

Ajaklah saya mengaji bersama-sama awak ye :) Saya bukannya pandai sangat dalam bab tajwid ni tapi saya harap awak boleh betulkan saya bila saya buat salah. Saya nak mengaji dengan awak dengan menggunakan Al-Quran yang selalu awak gunakan untuk mengaji :) Saya nak sentuh Al-Quran yang selalu menjadi peneman awak setiap hari kerana saya tahu, Al-Quran itu menjadi tanda awak tak meninggalkan ayat-ayat cinta Allah pada kita semua dekat muka bumi ni :) Saya akan berusaha untuk setiap hari membaca ayat-ayat cinta Allah dan saya harap awak pun buat macam tu jugak ye. Ehem-ehem, saya pun nak awak baca Al-Quran untuk saya setiap hari. Hehehehe... Macam yang saya cakap tadi, kita kan nak bercinta sehingga ke Jannah :)

Kepada awak,

Saya ni lemah, awak. Kadang-kadang tu cepat je saya menyerah kalah. Jadi, peganglah saya ketika saya jatuh dan kuatkanlah diri saya ye. Jalanlah di sebelah saya dan temani saya ye, awak :) Dengan Allah dan kata-kata semangat awak dan jugak family kita berdua, insyaAllah saya akan terus tabah :)

Kepada awak,

Saya ni simple orangnya. InsyaAllah, saya takkan meminta benda-benda yang mampu membebankan awak. Saya tak nak jadi seorang isteri yang memberikan kesusahan pada suaminya. Jangan bimbang ye, awak. Kita jalani hidup dengan sederhana. Lebih bahagia bukan?

Kepada awak,

Jangan merokok ye, awak. Bahaya tau hisap rokok tu. Saya tak nak awak sakit dan saya jugak tak nak orang lain bahaya dengan asap rokok. Awak tahu kan yang orang menghidu asap rokok lagi boleh cepat sakit daripada orang yang merokok? So, please jangan merokok ye :)

Kepada awak,

Hormatilah ibu bapa saya seperti mana saya akan hormat ibu dan ayah awak :) Mereka adalah nyawa saya. Tanpa mereka, saya takkan mampu berada di sisi awak. Jagalah mereka seperti mana awak menjaga saya kerana seperti mana yang saya cakap sebelum ni, tanpa mereka...saya takkan mampu berada di sini. :) Tanpa restu mereka jugak, mungkin apa yang terjadi di antara kita sekarang ni takkan berlaku :)

Kepada awak,

Penting untuk awak tahu yang saya sayang awak, suka awak, kasihi awak, rindu awak kerana Allah SWT :) Tanpa Allah izinkan, mana mungkin rasa ini boleh ada untuk awak. Moga kita dapat bersama-sama hingga ke Jannah ye, awak dan bersama-samalah kita mencapai redha Allah. :)

Daripada,

Bakal isterimu...




“Ketika Tuhan menginginkan dua hati bertemu, DIA akan menggerakkan keduanya, tidak hanya salah satu.”


6 comments:

AMIRA ATIYA said...

tolong fowardkan surat ni dkt mr unknown aku jugak moon :D

cik_zetty said...

awak yg saya tunggu dalam doa akan tiba, bukan sebagai kekasih sementara tetapi kekasih abadi yg akan memimpin saya ke syurga, insyaAllah :)

Bulan @ Moon said...

Mia : Hahaha! Boleh2 :D

Cik Zetty : Insya-Allah :) Biarlah bercinta dengan halal hingga ke syurga :)

Haruno Hana 하나 said...

so sweet Moon :') Hana pun harap camtu :) amin..

mai said...

eh, macam pernah baca. hoho. ^______^. kali ni komen tak panjang. hehe

Terbang Bersamaku said...

sy suka baca surat nie...dan saya rasa para lelaki yg bakal bergelar suami patut baca...=)