Monday, March 26, 2012

[Kiriman] Saya Mimpi Kamu Lagi.

Kepada encik mimpi, Assalamualaikum...

Maaf saya tidak pandai bermadah kata, kerna lidah kelu untuk berbicara, tatkala memandang wajah si dia; walaupun hanya di mimpi sahaja... Sungguh hati ini terasa... bahawa ingin bertemu padanya... encik yang hanya hadir di mimpi saya...

Senyum manisnya terasa di jiwa.. sehingga aku terbuai dengan kasihnya... tapi sayang pabila aku tidak ketahui namanya, jauh lagi rupa paras yang kabur tatkala mentari menjelma, hanya bayangan mimpi semalam membuai hati nan indah.

Tapi sampai bilakah? akan tibakah waktu untuk bertemu si dia? berhadapan bersama... bertentang mata dengan si dia...

Wahai encik mimpi.. sungguhnya aku meminta.. hadirlah ke alam maya... agar aku tidak buat spekulasi yang berbeza.. sama ada awak hanya mainan mimpi semata-mata. ataupun petanda jodoh itu milik kita.

Hadirlah ke realiti.. sayu hati ini merintih.. engkau muncul di mimpi.. membelai hati... Ia terlalu lama encik mimpi! sejak aku hadir melihat alam maya ini... bertahun lamanya aku bernafas.Tatkala aku cuba lupakan kamu, engkau hadir malam tu jua.. mengingatkan aku.. jangan sesekali melupakan mu...

Daripada, pemilik mimpi

Pengirim : Nur Serenity
Nota Pejabat PKS : Masa menerima surat, ingatkan 
surat untuk Encik Mimpi yang penyanyi youtube tu >.<


No comments: