| Name: | |
| E-Mail: | |
| Subject: | Masa Depan |
| Message: | Makin hari umur makin naik. Tanggungjawab pun nak makin bertambah.Kalau dulu cukup la terima apa yang ada tapi sekarang kena buat lebih.Kalau tak makin ketinggalan.Bila kawan-kawan bercakap pasal perkahwinan aku termenung.Gaya mereka seolah-olah perkahwinanlah segalanya dalam kehidupan.Aku persoalkan. Dah tiba masa untuk kahwin ke?Rasanya banyak benda lagi belum buat. Banyak benda lagi belum capai. Bahagiakan mak pun belum. Masa yang terlalu pantas atau aku yang sebenarnya masih di takuk lama? Setahu aku perjalanan kehidupan itu panjang lagi.jauh lagi aku kena melangkah.Cepat atau lambat biar takdir Allah yang menentukan. |
Wednesday, February 3, 2016
[Kiriman] Masa Depan.
Thursday, January 21, 2016
[Kiriman] Egois
| Name: | tmos |
| E-Mail: | |
| Subject: | Egois |
| Message: | Ada yang kata kalau rindu, jangan dihebah. Takut nanti hati berubah. Rindu, simpan dalam doa, dalam hati Sebab doa sampai ke langit hakiki At the end, Kau dengan dea saja yang tahu samada korang tengah betul merindu, atau masing masing ego nak mengaku. |
Wednesday, January 20, 2016
[Kiriman] Ultimate
| Name: | Yang ditinggalkan |
| E-Mail: | |
| Subject: | Ultimate |
| Message: | Takkan ada apa pun di dalam dunia ini yang bersifat selamanya, kecuali Allah Taala. Termasuklah dengan perasaan. Takkan ada perasaan yang akan selamanya kekal sekekal pemberi rasa. Tapi itu bukan tiket untuk engkau berubah seperti laut yang kadang nya tenang ditiup angin dan kadangnya kabut di pukul ombak. |
Sunday, January 3, 2016
Doa untuk yang terbaik.
Friday, September 4, 2015
[Kiriman] Maafkan Ku Cinta
Name:
Subject:Maafkan ku cinta
Message:Kepada bakal suamiku.
Maafkan aku sayang. Kejam rasanya diri ini untuk berterus terang yang sejujurnya tiada cinta dalam diri aku buat kamu. Sungguh, kamu bakal imamku yang sempurna. Bukan niatku untuk mempermainkan mu. Cuma hati ini terlalu letih untuk bermula kembali. Lalu ku teruskan langkah bersamamu walau hati ini kosong.
Berjuta maaf dari bakal isterimu..
Friday, August 21, 2015
[Kiriman] Rindu Tiada Penghujung
Name:AYUS HASMALIZA
Subject:RINDU TIADA PENHUJUNG
Message:rindu memaksaku mengingati kamu setiap hari dan waktu.............
Thursday, June 11, 2015
[Kiriman] Baju Kurung
Name: Izzah
Subject: Baju Kurung.
Message: Kata orang, perempuan itu indah sekali berbaju kurung, bertudung bawal. Katanya, ia menjadi kegilaan si lelaki. Namun, aku di sini masih terfikir, adakah aku? aku seorang perempuan biasa. Aku cuba berjinak dengan baju kurung. Tetapi, aku Perempuan yang dipenuhi dosa. Perempuan yang cuba mengejar ilahi. Tetapi? seringkali aku diperli, diejek. Bukan kerana perubahan aku. Tapi kerana tingkah laku aku. Aku menyertai satu bulatan gembira iaitu Usrah. Namun, sampai sekarang, aku malu dengan diri aku sebab aku masih gagal menjadi seorang manusia yang osem T.T
Tuesday, June 9, 2015
[Kiriman] Maafkan Saya Dunia Akhirat
Name: Fara
Subject: Maafkan Saya Dunia Akhirat
Message: Ke hadapan Puan Nurse,
Saya ingin minta maaf yang tak terhingga pada puan..dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..sesungguhnya terlalu besar dosa saya pada Puan..
Di sini saya ingin buat pengakuan jujur..setahun lebih saya telah menjalinkan hubungan sulit dengan suami Puan..bermula dari perkenalan sebagai teman sekerja sehinggalah ke kamar tidur..saya memohon maaf kerana menggunakan katil Puan berulang kali untuk memuaskan nafsu syaitan ini..
Sesungguhnya saya manusia biasa..berulang kali bertaubat..berulang kali juga tewas dengan nafsu ini...
Suami Puan bukan seorang yang baik..yang jujur..tapi Puan telah memandang beliau seperti malaikat..
Ingin sekali saya menyatakan perangai sebenar dia pada Puan..tapi saya takut kandungan Puan yang masuk 5 bulan akan terjejas...
Saya amat menyintai suami Puan..saya juga sgt kasihan pada Puan kerana tanpa sedar, Puan mempunyai suami yang curang..
Andai suatu hari nanti saya tak dapat bersama dengan suami Puan, saya redha..mungkin ini hukuman kami terhadap Puan sehingga tak dapat bersatu walaupon saling mencintai..
Banyak pengakuan yang ingin saya nyatakan..tapi cukuplah sampai sini saja pengakuan saya..
Truly deep in my heart, saya betul Minta maaf dari Puan..dunia dan akhirat..
-Cik Fara-
