Thursday, October 4, 2012

[Kiriman] Surat yang terikat di dalam botol teroleng-oleng ke pantai.


Sudah berapa lamakah agaknya baris-baris ini kutulis baru sampai kepadamu.

Sengaja, aku olengkan ke laut gelora. Sama persisnya hati aku ini. Bergelora. Mohon, saat sampainya surat ini kepadamu, maka yang terpenting ini kau tahu apa rasa yang selalu tersekat tak mampu aku tuturkan.

Betapa saat ini, akulah yang terpaling gembira. Kerana aku yakin, saat ini kau sedang tercari-cari ke mana aku.

Di laut dalam ini, sekujur tubuh aku terpusara. Aku gembira melihat kawan ikan menari-nari, kuda laut berdansa sekaki, ketam-ketam turut menhentak kaki, para sotong bergoyang kepala sama khayal dalam lenggok lagu dan aku terapung di tengah-tengah antara mereka, memerhati.

bahagia? Ya. Kali pertama.

Tak pernah aku rasa walau kau pernah tersamping aku.

Botol yang membawa pesan ini sudah terlerai dari kejap genggam aku, seperti kamu terleraikan aku.

Terima kasih, kerana beri aku peluang bertemu bahagia. Walau bukan kamu, walau bukan kita.

(Rupanya, bahasa lara lebih indah berganding prosa cinta.) 

kiriman : .dayya dayyana

4 comments:

cik jannah said...

tersentuh. tapi saya tak pandai cakap bunga2. :(

Unknown said...

terima kasih. :)

Ermizi Muhamad said...

WOW. Sarat dan cukup bermakna.

http://kerdildesa.blogspot.com/

APi said...

Peh Dayya peh..