Friday, April 19, 2013

[Kiriman] Perlu ke Aku menangis?


Kepada Aku,

Wahai air mata,
Kenapa awak baru sahaja jatuh tadi?
Perlu ke awak jatuh untuk orang yang tak hiraukan awak?
Perlu ke awak jatuh untuk orang yang tak sayang awak?
Perlu ke awak jatuh kerana dimarahi oleh abah?
Perlu ke?

Wahai mata,
Jangan sesekali kau menangis disebabkan abah.
Jangan sesekali kau menangis disebabkan lelaki yang rosak seperti abah.
Jangan sesekali kau menangis disebabkan orang yang tak sayangkan kau.
Kau sayangkan dia?
Aku tak..
Aku dah benci dia..
Dia bukan bapak aku..
Dia bukan..
Sebab seumur hidup aku ni
Aku tak pernah merasai mempunyai bapak.

Wahai hati,
Tak perlulah kau sakit..
Tak perlulah kau membuat mata menangis.
Tak perlulah kau membelas kasihani orang itu.
Tak ada guna..
Kau hanya membesarkan kebarangkalian untuk otak membuat kerja terkutuk..
Kau mungkin buat aku ponteng sekolah dan seterusnya dibuang sekolah..
Kau mungkin buat aku lari dari rumah.
Jadi hati, sedarlah.
Kau yang selalu disakiti dan bertahan walau apa pun situasi..
Tabahlah dan berjuang untuk hidup ini.
Jadikan hidup ini fantasi dalam realiti.
Supaya kau boleh tersenyum di alam fantasi dalam realiti.

Daripada Aku.

kiriman :

3 comments:

Lia said...

alahai dik..npe ni?sedihnye?sbr ye..x baik cite psl keburukan bpk sndri..g mtk maaf ngn bapak skrg. ngaku silap.nanti ok la tu ngn bapak..insya Allah..

Sya_Merpati Putih 88 said...

sedih sy baca puisi nie..
harap kamu bersabar...
susah nak komen sbb sy tiada di situasi kamu..
smoga kamu tabah..

Anonymous said...

Tak ada guna meminta maaf kepada siapa yang tak sedar kesalahannya sendiri.
Tak ada guna meminta maaf kepada siapa yang mabuk dalam cintanya yang kedua..
Tak ada guna meminta maaf kepada orang yang tidak hiraukan kita..
Kerana dia masih didalam dunianya sendiri.
Walaupun lidahku terkelu dihadapannya.
Namun hatiku tetap memberontak, mahu memarahinya.
Saya tahu saya pengecut sebab tak cakap apa yang saya nak dihadapannya.
Dan saya berharap dia akan sedar segala kesalahan yang dia telah buat dengan membaca surat2 ini.
Maaf jika saya terkutuk ayah saya sendiri..
Maaf jika saya terlalu mengikut kata hati untuk menulis surat ini..
Sesungguhnya saya mintak maaf.
-Lonely girl